Isnin, Jun 25, 2012

Cerpen : KISAH HATI...#48 - Episod Akhir

BAHAGIAN 47 | SELESAI

Assalammualaikum , ” bahunya dicuit membuatkan Arina tertoleh .

Zakuan ? Awak pun ada kat sini ? Bila sampai ? “ Arina tercengang-cengang . Seperti drama pula bila memikirkan peristiwa pagi ini . Sebentar tadi dia terserempak dengan kekasih lama. Sekarang Zakuan pula  di hadapan mata !

Saja saya buat kejutan untuk awak . Saya bertolak dari KL pagi-pagi tadi , ”  Zakuan tersenyum kacak . Eh , kenapa aku ni ? Tiba-tiba hari ini aku nampak Zakuan ni macam jejaka idaman ! Sebelum ni aku tengok dia biasa je ! Alamak , apakah yang telah melanda aku ni ?

Wajah Arina tiba-tiba merona menjadi merah . Hatinya menjadi tidak keruan . Tiba-tiba dia teringatkan kata-kata Zakuan malam tadi . Menjadikan dirinya semakin segan untuk bertentang mata dengan jejaka berkulit sawo matang itu .

Awak ok ke Rina ? ” Zakuan memandang ke arah gadis yang tiba-tiba malu untuk menatap wajahnya seperti selalu ketika berbual . Mungkin segan dengan pengakuannya malam tadi . Ya benar , dia berhasrat untuk memperisterikan Arina . Sudah lama dia ingin berbuat begitu . Cuma baru malam tadi hasratnya terluah . Kali ini dia tidak mahu mempersia-siakan peluang yang ada . Dia tidak mahu berputih mata jika Arina memilih untuk bersama orang lain kerana tidak tahu apa perasaan sebenar Zakuan kepadanya . Kerana tidak mahu mempersia-siakan peluang yang ada inilah dia bersungguh-sungguh memandu dari KL menuju ke Cameron seawal lepas solat Subuh pagi tadi . Dia ingin memberikan kejutan pada Arina . Dia mahu Arina tahu dia ikhlas . Dia mahu Arina tahu yang dia bersungguh-sungguh . Bukan sekadar berkata-kata !

Saya ok . Tapi .. ” tampak jelas gadis ini kelihatan tidak keruan . Arina seperti sudah lupa tujuannya ke ladang strawberi ini .

Awak segan dengan saya ? Atau awak tak suka dengan kata-kata saya di telefon malam tadi ? ” Zakuan masih mahu menduga . Arina membelakangkan jejaka itu . Wajahnya merah padam. Dia benar-benar segan dengan bekas pensyarahnya kini .

‘ Ah , aku suka dia ke ? Aku pun dah sayang kat dia ke ? ‘ Arina bermonolog sendiri .

Rina , kalau awak tak suka dengan apa yang saya cakap malam tadi , saya minta maaf . Tapi saya benar-benar maksudkannya , ” sambung Zakuan lagi setelah gadis itu masih berdiam diri .

Tak .. tak .. bukan Rina tak suka . Urmm .. Cuma terkejut , tak sangka .. dan .. entah .. macam-macam fikir .  Itu je , ” Arina menoleh memandangnya kembali .

Maknanya , Rina setuju kalau saya masuk meminang ? ”  wajah gadis cantik ini direnung sedalam-dalamnya . Arina kehilangan kata-kata buat kesekian kalinya .

Rina , ” Zakuan menggenggam jari-jemarinya erat . Cuba untuk meyakinkan gadis ini dia benar-benar ikhlas mahu memperisterikan Arina . Dan rasa ini bukan baru sehari dua , tapi sudah bertahun-tahun dia menahan gejolak rasa yang tidak keruan ini . Kalau Arina menolak , dia redha . Dia akan terima bahawa Arina tidak pernah sukakan dia . Tapi hari ini Arina tidah menolak , pada masa yang sama masih tidak menerima . Dia memilih untuk tidak menjawab pertanyaan itu menjadikan Zakuan benar-benar terseksa .

Zakuan , seharusnya sebagai seorang perempuan , Rina bahagia bila awak berniat begini pada Rina . Cuma .. ”   dan kata-katanya terhenti lagi .

Cuma apa Rina ? “ Zakuan segera mahukan jawapan . Arina diam . Suasana hening . Agak lama mereka begitu .

Cuma Rina takut jika Rina kecewa lagi . Itu sahaja . Rina tak pernah benci atau tak sukakan awak . Cuma Rina berhati-hati . Apa yang terjadi pada Rina sebelum ini benar-benar mengajar Rina untuk tidak mudah menerima cinta seorang lelaki . Sebab itu Rina diam malam tadi. Rina takut sangat-sangat kalau Zakuan pun macam lelaki yang pernah hadir dalam hidup Rina sebelum ini . Hanya sekadar untuk melukakan , mengecewakan ,” akhirnya terluah jua apa yang terbuku di dada Arina . Itulah yang punca dirinya menjadi kebal dan tegar untuk tidak mahu mengerti apa perasaan Zakuan kepadanya selama ini .

Zakuan menarik gadis ini rapat ke dadanya lalu dia memeluk gadis pujaannya ini erat-erat. Arina pula sekadar membiarkan . Arina memejamkan matanya . Cuba merasakan kedamaian di sebalik pelukan yang kemas dan menenangkan itu .

Saya ikhlas , Arina . Saya tidak bergurau . Saya bersungguh-sungguh . Saya harap awak sudi memberi saya peluang untuk membahagiakan awak . Mungkin ada lelaki lain yang pernah hadir dalam hidup awak sebelum ini dan melukakan perasaan awak , tapi percayalah ! Seboleh-bolehnya saya tidak akan melukakan perasaan awak , Arina , ”  bisik Zakuan perlahan namun jelas kedengaran oleh Arina . Arina berasa damai dan tenang . Dia membalas pelukan jejaka ini . Pelukannya juga erat . Ah , kenapalah tidak dari dulu ? Kenapa baru sekarang ? Kalau tidak sudah tentu hatinya tidak akan pernah terluka !

Tuhan tidak zalim , pada setiap dugaan ada kebahagiaan yang menanti , ’ kata-kata Yusnizah terngiang-ngiang di telinganya . Terima kasih sahabat ! Terima kasih Tuhan kerana akhirnya bahagia itu kembali menyinari hidupku ! Terima kasih Zakuan kerana akhirnya kau hadir untuk membahagiakan diri ini !

Hati ini masih ada namamu …
Jiwa ini masih mengharapkan cintamu…
Fikiran ini masih menyimpan setiap kenangan cinta kita , Zammir …
Lantaran itu adakalanya terlihat bayangmu berlegar di segenap ruang… kau sebut namaku…

Ternyata…cintamu masih berbekas di hati …
Namun… masih tidak dpt mengenepikan rasa curigaku…
Masih tidak dpt menghilangkan ketakutan yg pernah bertandang…
Masih tidak dpt mengusir penderitaan yg pernah menggila dlm jiwaku…
Masih tidak dpt melupakan betapa hancurnya hati ini tatkala dipersia-siakan…
Masih tidak mampu melenyapkan segala kesengsaraan yg pernah bersarang di minda , jiwa dan hati ini …

Maafkan aku kerana kembalinya hadirmu hanyalah sekadar melepaskan sepi….
Maafkan aku kerana sekadar melepaskan rindu…
Maafkan aku kerana sekadar ingin tahu sedalam mana cintamu lantaran diri ini sanggup kau persia-siakan…
Maafkan aku, Zammir…

Dan buatmu, Zakuan..terima kasih kerana kau ikhlas padaku..
Dan sesungguhnya inilah cintaku …
Cinta yang amat membahagiakan …
Cinta yang amat bererti …
Cinta yang terindah … tidak mungkin luput dari hati yang pernah kehilangan cinta …
Selamanya …


tamat..

0 ulasan: