Isnin, Jun 04, 2012

Cerpen : KISAH HATI...#37

BAHAGIAN 36 | BAHAGIAN 38

Hampir 3 tahun berlalu . Mila sudahpun mendirikan rumahtangga bersama Safuan. Elise dan Fara pula sudah menamatkan pengajian mereka ke peringkat ijazah dalam bidang perbankan. Arina pula sudah hampir 2 tahun menjadi eksekutif di sebuah syarikat multiniaga terkemuka di Kuala Lumpur . Dan hingga kini dia masih bersendiri .

Bukan dia tidak mencuba untuk berjumpa dan berkawan dengan lelaki lain , namun hatinya tidak terusik dengan kata-kata indah mereka . Hatinya tidak terpujuk dengan janji-janji mereka . Pada masa yang sama juga , dia bukan anti lelaki , Cuma bersikap lebih berhati-hati agar tidak terluka lagi .

Rutin hariannya kini hanya berulang-alik dari rumah ke pejabat . Sesekali dia keluar berlibur bersama teman-teman sepejabat yang bersikap santai di luar waktu kerja . Seronok bekerja di sini biarpun ada juga yang iri hati . Itu semua lumrah di kala mencari rezeki . Tidak pernah Arina memandangnya sebagai penghalang , sebaliknya dia menganggap itu sebagai satu cabaran untuk dirinya agar lebih berjaya dari sebelumnya .

Hey , dah pukul 9 . Tak nak balik ke ? ” tegur Norel yang sudah bersiap-siap untuk pulang .

Times Square punya opening ni , busy sikitlah Norel . Dah la supplier luar ni tak reply-reply lagi email aku . Bila nak siap ni ! ” balas Arina sedikit tertekan . Sejak diberi kepercayaan menguruskan sendiri urusan jual-beli asset dan keperluan syarikat , tugasnya semakin mencabar . Apatah lagi apabila memerlukan dia untuk berurusan dengan pembekal dari luar . Kesabarannya cukup teruji . Sebelum ini dia bersengkang mata untuk persiapan cawangan bowling di Kajang . Sekarang di Berjaya Times Square pula . Sikapnya yang mementingkan kesempurnaan mendesaknya untuk terus menyelesaikan semuanya dengan sempurna .

Cik Arina sayang , awak tu manusia tau , bukan robot . Kena rehat . Tak apa , esok mesti supplier tu reply . Sekarang ni kat sana baru pukul 5 pagi , belum habis mimpi pun mereka tu ! ” pujuk Norel sambil melihat jam tangannya seraya mencongak-congak .

Yelah , kalau tunggu ni mahu pukul 11 lebih karang baru aku boleh balik . Off dululah . Jom minum dulu , nanti aku hantar kau balik eh ? ” Arina juga bersetuju . Dalam menunggu dia terlupa untuk mengira perbezaan waktu negara pembekal . Mujur Norel mengingatkan .

Haa.. macam tu lah ! Jom . Nanti hantar aku balik tau ! ” Norel sudah bersiap-siap dengan beg tangannya sambil menunggu Arina mengemaskan mejanya . Sesudah itu mereka meninggalkan pejabat . Pengawal keselamatan yang menunggu di luar diberitahu agar mengunci pejabat . Memang lumrah apabila bekerja lebih masa , pengawal keselamatan akan menanti di luar pejabat .

Nak minum kat mana ye ? ”  tanya Arina sebaik sahaja mereka menuruni lif .

Tak payah jauh-jauh , kat mamak seblah office kita ni pun ok . Kau pun suka makan tosey masala dia kan ? ” pancing Norel nakal . Arina tertawa kecil sambil mengemas-ngemaskan kemejanya yang disalut overcoat .

Beb , malam-malam macam ni kita masih berbaju kerja . Macam tak ada life je kita ni kan? ” cakap Arina dengan tidak semena-mena .

Alahai .. tak apalah , orang lain kerja sekejap , dapat pun tak seberapa . Tengok kau dengan aku , aku dah ada rumah . Kau dah ada kereta . Ada hasilkan ? ” jawab Norel selamba . Betul juga ! Hailah Arina , lekas betul alpa ! Memang tidak dinafikan biarpun mereka ada masanya penat dan tidak larat kerana terpaksa bekerja lebih masa . Arina menguruskan urusan jual-beli keperluan syarikat , Norel pula menguruskan bahagian akaun . Syarikat mereka bekerja ini pula mempunyai 14 buah cawangan seluruh Malaysia . Bukan kerja yang boleh diambil mudah dan lebih kurang . Semuanya mesti teliti dan mengikut prosedur . Jika tidak , mereka yang akan dipertanggungjawabkan jika terdapat kesilapan di mana-mana .

Setelah memesan makanan , mereka berbual-bual lagi . Sejak dinaikkan pangkat dari kerani ke eksekutif , Arina bertukar dari pejabat lamanya ke pejabat Norel . Itu yang menjadikan mereka rapat hari demi hari .

Assalammualaikum , Arina  binti Zainal bukan ? ” tegur satu suara menyentak lamunan 2 gadis ini menyebabkan mereka berpandangan sesama sendiri...


bersambung..

0 ulasan: