Ahad, Jun 10, 2012

Cerpen : KISAH HATI...#42


Rancangan di televisyen pada malam ini tidak menarik perhatiannya . Arina menutup televisyen dan melangkah masuk ke ruang kamarnya . Teman-teman serumahnya masih belum pulang . Mungkin masih bekerja atau mungkin juga sekadar berlibur. Arina tidak ambil tahu .

Badannya direbahkan di atas tilam . Dia merenung kipas di siling . Fikirannya kosong . Dia tidak tahu apa yang mengganggu fikirannya sekarang . Yang pasti , dia terfikirkan sesuatu .

Sejak berpisah dengan Muzammir , hatinya kosong tidak terisi oleh mana-mana lelaki pun. Bukan kerana dia tidak sudi , Cuma bimbang terluka lagi . Daripada menanggung rasa yang tidak-tidak , ada baiknya jika dia memilih untuk terus bersendiri .

Akan tetapi , sampai bila aku harus bersendiri ? Tidak akan adakah lagi cinta yang seterusnya hadir dalam hidupku ? Bagaimana jika lelaki itu juga seperti Muzammir ? Semuanya indah pada mulanya namun akhirnya kecurangan dan kelukaan , curiga dan luka menjadi perhiasan hingga penghujungnya hanyalah derita sebuah perpisahan . Aku tidak sanggup melalui semua itu lagi ! Aku tidak mudah untuk menyayangi , tetapi jika hati ini sudah mula menyayangi , teramat sukar untuk aku lepaskan !

YA-ALLAH , di apakah penghujung cintaku kepada kaum adam ? Apakah rasa itu akan hadir kembali ataupun mungkin hilang sampai bila-bila ? Apakah aku masih mengharapkan Muzammir kembali dalam hidupku atau pun aku tidak pernah cuba untuk mencari yang lain ?

Arina berusaha memejamkan mata . Harapannya malam ini dia akan kembali bermimpi indah . Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi . Arina membuka matanya kembali seraya melihat apa yang tertera di skrin .

Sudah tidur ke tu Rina ? ’ oh , Zakuan rupanya .

I’m about to .. but not yet . Awak ?

Nak tidur juga . Tapi teringat nak sms Rina . Hehe !

Ada-ada sahaja awak ni eh ! =P ’

Can I call you within 2 minutes?

Please do. =)

Dan telefon bimbitnya berdering tidak lama kemudian . Agak lama mereka berbual hingga Arina tidak pasti pukul berapa dia terlena …


0 ulasan: