Rabu, Januari 04, 2012

New Year's Eve..Hellooooo 2012!!

Assalammualaikum dan salam sejahtera untuk pembaca tersayang.. {cheeewaahhhh lagi!}. Maafkan Cik Mendezz jika entry ini agak basi mengenangkan kita sudah menjelang hari ke 4 untuk tahun baru..bukannya apa..kepulangan Cik Mendezz ke kampung halaman kali ini tidak dirancang..tambahan pula komputer riba yang mula buat hal membuatkan Cik Mendezz beranggapan..lebih baik tak payah bawa daripada bawa tapi hati ni sakit!Hehe..ok..let's check it out!

Seawal pagi Sabtu Cik Mendezz bertolak ke Johor menemui ayahanda dan bonda tercinta di Muar, Johor. Perjalanan melalui tol PLUS bermula dari tol Sungai Besi yang sepatutnya memakan masa hanya 2 jam lebih menjadi hampir 3 jam disebabkan pergerakan trafik yang perlahan di Seremban dan juga kereta-kereta yang makan angin di lorong kanan lebuhraya AMJ sebaik sahaja Cik Mendezz keluar dari Tol Jasin..memang bikin hangin tau..nasib baik la kesopanan masih merajai diri..terpaksalah Cik Mendezz memintas mereka dari lorong kiri..adoii!!Kehkehkeh! =P

Setibanya di Muar..tak sampai setengah jam adinda-adinda Cik Mendezz pun sampai dari Segamat dan Nilai..terus masing-masing menggesa Cik Mendezz agar bersiap-siap. Rupa-rupanya dah rancang nak sambut tahun baru di Melaka. Alahai..baru pukul 3 petang..nak tunggu sampai pukul 12tengah malam..larat ke??Larat tak larat..dah terlanjur masuk kereta ikut mereka ke sana..layanzzz! 


Muka Rayyan yang sangat excited..Ini bukan parents dia yeh!


With my younger sista..Bella..


Cute isn't it??


Dataran Pahlawan..sangat hot sampai kene buka cardigan!


Pahlawan Wall Market


Rayyan dah boring..baru kol 8 lebih masa ni..


Almost 12..memang kaki berjalan la adik Cik Mendezz & her hubby neh!


After 12..semua org dok berpusu2 nak bayar parking kat mall..

Penat jek tunggu lama-lama..bunga apinya tak sampai 5minit kot??Badan pon penat..but it's ok..quality time with my siblings..hehe!


Me latest..hehe!
Ok readers..see u in d next entry then! 

2 ulasan:

Azhana Sharim [Nak balas komen]berkata...

comelnya dgn imej baru ;)

Azura Mendezz [Nak balas komen]berkata...

@Azhana Sharim : Thanxs..xbaper nk baru pon..
since raya haji tahun lepas.. =)