Sabtu, Mei 19, 2012

Cerpen : KISAH HATI...#31


Rina belum bayar lagi . Sebab tu Rina nak naik JB esok , ” jawab gadis ini dengan suara yang mendatar .

Baru raya ke berapa ni kau sibuk nak ke sana ? Apa yang dikejar sangat tu , Rina ? ” soal ibunya pelik . Lebih-lebih lagi sejak anak sulungnya balik dari bermalam di rumah Yusnizah pada malam raya keempat itu , mukanya memang keruh semacam . Bergaduh ke dengan Muzammir sampai tak nampak bayang anak muda itu bertandang ke rumahnya pada hari lebaran tahun ini ? Hai , entahlah anak-anak muda sekarang ni ! Sudah betul hendak dibaca rentak hati mereka !

Mak , Rina dah lama hilang mood nak beraya ni , tau tak ? Rina dah tak boleh nak pandang tempat ni lagi ! ” bentak gadis itu akhirnya apabila ibunya masih berkeras tidak mahu melepaskan dia pergi .

Takkanlah tiba-tiba anak dara Mak ni boleh hilang mood nak beraya ? Balik ke sini pun bukannya selalu . Jumpa Zammir pun dah jarang . Ha , dia tak datang pun ke rumah tahun ni , kenapa ? Tiba-tiba Yazid yang tak pernah muncul tu pula yang datang , ” ternyata ibunya masih tidak dapat meneka apa yang tersirat di hati anak sulungnya ini . Sejak kelmarin , keletah manjanya hilang entah ke mana ! Yang jelas terserlah hanyalah wajah yang hendak senyum pun tidak berdaya , hendak diajak menziarah sanak-saudara pun tidak mahu . Asyik berkurung saja mahunya !

Mak , please ... stop mentioning about Zammir , Mak ... it’s over . I’d loose him , Mak ... And if he is still don’t wanna think about us , it’s gonna be forever ! ” akhirnya terluah jua apa yang cuba disembunyikan dari pengetahuan ibunya .

Kenapa pula jadi macam tu ? Dia marah kamu keluar dengan Yazid ke ? Takkanlah sampai macam tu sekali ?

Yazid tak ada kena-mengena lansung dalam hal ni . Si Zammir tu , entah hantu raya mana yang merasuk agaknya musim raya ni . Habis semua tentang Rina ni ditolak ke tepi ! Sebab tu Rina nak naik JB sekejap sampai habis cuti semester ni . Rina duduk rumah Wati . Dah tak boleh nak pandang tempat ni ... terseksa rasanya ! ” keluhnya berat . Airmata yang memang mudah bergenang sejak akhir-akhir ini diseka pantas . Dia tidak mahu menangis lagi ! Cukuplah menangisi lelaki itu semahu-mahunya sepanjang malam selepas perpisahan mereka !

Hmm ... pergilah . Mak tak kisah . Tapi Ayah kamu , Mak tak tahulah , ” putus ibunya akhirnya tanda mengerti akan penderitaan yang sedang melanda jiwa muda Arina .

Terima kasih , Mak , ” wajah yang semakin dimamah usia itu dikucup pipinya pantas dengan rasa terharu yang tertahan-tahan .

Kalau betul pergi ke sana tu buat Rina lega , pergilah . Tapi jangan sampai dah tak mahu balik sini pula , ” ah , ibunya masih sempat mengusik !

Ok , tapi Mak tolonglah back up Rina depan Ayah nanti . Rina kalau boleh petang ni juga nak pergi ke sana . Dah tak boleh dah lama-lama kat sini , ” pujuknya manja . Lengan ibunya diraih lalu dipautnya erat .

Petang ini ?! ” hampir saja ibunya terpekik .

Mak ..., ” Arina mencebikkan bibirnya manja .

Hmm ... ikut kamulah Rina ..., ” ibunya akur akhirnya .


0 ulasan: