Rabu, Mei 16, 2012

Cerpen : KISAH HATI...#28



Reen hantar sms lagi ? ” Azlan yang baru pulang menepuk bahunya . Meskipun agak terkejut dengan kepulangan Azlan secara tiba-tiba itu , Muzammir hanya mengangguk lesu . Mungkin membeli sarapan agaknya .

Kau ni … ada masalah ke ? Dua tiga kali Reen call aku . Apa cerita ni ? Selalunya , pantang kau dengar Reen ke KL , macam semut cari gula kau jadinya ! Sekarang ni … semacam je ! ” ternyata Azlan juga dapat menghidu masalahnya .

Entahlah , Lan …, ” keluhnya berat .

Kes yang lepas tak habis lagi ke ? Sehari suntuk dia tunggu kau kat KLCC . Kau selamba je ! Bersungguh-sungguh betul awek engkau tu nak jumpa kau semester ni . Tapi kau .. macam orang tak ada perasaan je ! ” Azlan mencapai tuala hendak mandi .

Aku punya bengang tak habis lagilah , Lan . Terasa betul aku dengan perangai dia sejak kebelakangan ni …, ” Azlan tidak jadi hendak mandi . Sebaliknya dia duduk berhampiran meja belajarnya . Jam sudah menunjukkan angka 1045 pagi .

Apa yang kau nak bengang sangat ? Cakap sajalah apa yang kau tak puas hati . Apa guna bercinta kalau semuanya kau simpan sendiri . Kau patut beritahu dia apa yang patut sebagaimana dia buat sebelum ni …, ” Muzammir memandang teman sebiliknya yang menyapu-nyapu mukanya dengan tuala mandinya itu . Memang agak bosan kalau pagi-pagi lagi sudah bercerita tentang masalah . Tapi dia yakin , Azlan bukan sekadar bercakap kosong . Dalam bicaranya , serba sedikit terdapat panduan dan nasihat .

Sebelum ni , memang kau jarang cerita pasal Reen . Tapi dari air muka kau , cara kau , aku yakin … kau betul-betul sayangkan dia . Bila kau buat macam ni , masalah takkan selesai , beb ! Kau sendiri pun buntang mata bila Reen on eyes couple weeks ago , kan ? Nasib baik kau pergi jumpa adik kau . Kalau Diana , apa cerita ?

Satu hal juga tu ! Memanglah salah aku … tapi aku benganglah bila dia spy aku macam tu ! ” Muzammir menggaru kepalanya yang tidak gatal .

Ha … tau pula bengang ! Come on , beb … kelemahan Reen , dia tak boleh kehilangan kau . Jadi , janganlah buat dia rasa kehilangan . Once dia rasa macam tu … macam-macam dia akan buat . Yang terbaru … macam hari tu lah ! ” Azlan menepuk-nepuk bahu teman sebiliknya ini lembut . Muzammir mengangguk-anggukkan kepalanya . Memang diakui kata-kata Azlan ada benarnya .

Dia balik dengan Tajul hari ni . Sakit hati aku !

Hah , di situlah bagusnya Reen ni …,

Bagus kata kau ? Konon nak ikut KL … saja nak ambil hati akulah tu ! Tak pun nak sakitkan hati aku , ” cemuh Muzammir agak marah .

Eh , Tajul mana pula ni ?

Entah ! Katanya abang angkat dia . Dah kahwin pun … entah betul entah tidak tak tahulah aku …, ” hatinya kembali dikuasai amarah .

Hish , betullah kau ni macam budak-budak ! Kalau dia berani beritahu kau , maknanya betullah lelaki tu abang angkat dia . Tak ada perempuan bodoh nak beritahu dia keluar dengan orang lain , melainkan kau seorang yang disangkakan memahami . Bila dia berani cerita pasal lelaki selain kau , itu maknanya dia tak ada apa-apa dengan lelaki tu . Malah percayalah , kalau pun kau terserempak dia berjalan dengan lelaki tu , dia takkan menggelabah , ” bersungguh-sungguh Azlan menasihatinya . Tiba-tiba Muzammir berasa tersindir .

Sejak bila kau membela dia pula ni ? Jangan cakap dengan aku kau dah sukakan awek aku tu . Nahas kau nanti ! ” Muzammir bangkit memandang teman di hadapannya ini sinis .

Bukan itu maksud aku , Zammir . Janganlah kerana satu perkara kecil yang menyebabkan kau terasa , kau ketepikan semua kebaikan dia pada engkau . Engkau sendiri cakap dia awek pertama yang kau bawa jumpa parents kau secara terang-terangan . Perempuan , bab-bab macam ni , mereka take serious , beb ! Once kau dah dibawa berjumpa dengan parents dia dan once kau dah bawa dia jumpa parents kau , perempuan akan rasakan hubungan ni dah serius dan tak boleh main-main sebab bila kau dah bawa dia jumpa parents kau , maknanya kau dah beri dia satu harapan , satu tanggungjawab untuk terus memelihara hubungan kamu berdua . Lebih baik kita menghargai apa yang kita ada daripada mencari sesuatu yang tidak pasti , Zammir . Diana cuma dugaan hubungan kau dengan Reen . Semuanya bergantung pada kau ! Kuat perasaan kau pada Reen , beruntunglah kau kerana kesetiaan kau tidak teruji . Tapi kalau sebaliknya … ALLAH lebih mengetahui , Zammir , ” Azlan sudah tidak berlengah-lengah lagi untuk mandi . Muzammir menghenyakkan dirinya ke kerusi . Mesej di telefon bimbitnya dibaca lagi .

Setiakah Reen padaku kini setelah apa yang terjadi ? ” hatinya berbisik sepi …..


0 ulasan: