Sabtu, Mei 12, 2012

Cerpen : KISAH HATI...#25

BAHAGIAN 24 | BAHAGIAN 26


Reen , cuti-cuti ni Zammir tak mahulah nak serabut-serabut ! Tiada apa-apa pun yang terjadi pada hubungan kita ni .. semuanya ok , sayang . Reen tu yang banyak sangat berfikir yang bukan-bukan ! “ Muzammir cuba memujuk . Dia tahu Arina berasa tercabar dengan perbuatannya . Dia tahu Arina terluka . Dan dia tahu Arina tetap setia dengannya . Ah, kenapa dengan kau Muzammir Amri ? Apa lagi yang membuatkan kau takut untuk berterus-terang ?

Zammir, perasan pandai betul awak ye ? Sampai hendak pandang Reen ni macam perempuan bodoh pula ! ” bentak Arina marah . Memang sabarnya sudah hilang ! Melihat muka Muzammir sekarang ini pun hatinya sudah tidak berasa damai .Malah semakin sakit , seperti ditusuk-tusuk !

Habis , Reen dah tak percayakan Zammir lagi ? ” Muzammir sudah buntu . Dia sudah tidak tahu untuk berkata apa lagi . Arina yang membelakanginya menoleh kembali . Wajahnya sudah menyinga . Hilang sudah raut wajah yang manja dan keanak-anakan itu . Matanya sudah mencerlang seperti mahu ditelan sahaja lelaki yang berada di hadapannya ini !

Zammir ! Setakat pertanyaan ‘Habis , Reen dah tak percayakan Zammir lagi ?’ Zammir ingat Reen lemah sangat ke ? Hey lelaki ! Lelaki yang bernama Muzammir Amri bin Mohammad ! Perempuan bodoh saja yang lemah dengan pertanyaan semacam itu ! Dan Reen tak bodoh ! Bodoh Reen ni satu je ! ” jerkah Arina geram .

Apa dia ? Di mana bodoh Reen tu ? ” pintas Muzammir sinis .

Reen terlalu percayakan Zammir ! That’s it ! Malangnya , sejak Reen percayakan Zammir, Zammir kelentong Reen macam-macam ! Patutlah tiba-tiba tengah cuti panjang Zammir nak balik KL tanpa sebab ! Tiba-tiba saja ada plan dengan kawan ! Housemate konon ! Macamlah Reen ni bodoh sangat ! ” dan kali ini Muzammir benar-benar terdiam .

Setakat hendak bayar bil , boleh saja ke pejabat pos ! Setakat hendak bayar sewa rumah, pergi saja bank-in ! Kalau tak percayakan kawan-kawan , terus saja bank-in pada tuan rumah ! ” tengking Arina lagi . Suasana tepi sungai kampung halaman mereka ini agak tenang . Namun kedamaian itu terganggu dengan pertelingkahan pasangan ini .

Reen , ” hanya itu yang mampu terluah oleh lelaki ini . Lelaki kacak yang merajai hati remaja Arina . Namun entah kenapa semakin lama rasa itu semakin tenggelam . Hingga ada masanya Arina merasakan tiada apa lagi yang perlu mereka pertahankan . Muzammir menyentuh bahu Arina . Dia cuba untuk menyabarkan gadis itu , namun Arina lebih pantas menepis .

Rupa-rupanya ada bil lain yang menanti . Ada sewa rumah lain yang Zammir taburkan harapan . Hendak katakan dia sahaja yang rapat dengan awak , dia yang terhegeh-hegeh pada awak , bertepuk sebelah tangan masakan berbunyi , Zammir ? ” suara Arina mulai kendur . Amarahnya yang menggila sudah bertukar menjadi sayu dan pilu .

Sebab bertepuk dua belah tanganlah sepanjang masa orang nampak awak dengan perempuan itu . Dan sebab itu jugalah awak macam janggal hendak berjalan-jalan dengan Reen kalau kita di KL kan Zammir ? Awak ingat Reen tak perasan awak di KL macamana dan bila awak di sini perangai awak macamana ? Zammir ingat Reen buta ? Dan awak ingat Reen ni percaya sangat dengan air muka awak masa Reen tanya tentang perempuan itu ? Mustahil awak boleh jadi setenang itu bila Reen mempersoalkan tentang kesetiaan !

Jangan menuduh boleh tak ? Tuduhan Reen ni berat tau tak ? Zammir tak boleh terima !” pintas Muzammir lagi .

Sudahlah Zammir ! Reen rasalah kan .. kalau dia itu betul-betul seorang perempuan , sehebat mana pun lelaki itu , dia akan nafikan perasaannya demi perempuan lain ! Kalau jadi juga, itu ayat awaklah ! Kalau tidak , macamana dia masih boleh dengan awak kalau dia tahu awak ada Reen ? Perempuan takkan berada disisi seorang lelaki semudah itu sahaja melainkan dia sudah ada jaminan ! Awak faham tak ? Saya seorang perempuan ok ?

Memang lah Reen perempuan ! Ada Zammir cakap Reen lelaki ke ?

Zammir , perempuan tidak akan zalim jika dia tidak dizalimi ! Reen takkan lantang sebegini kalau Reen tidak terluka ! Kalau Zammir yakin apa yang Reen cakap ni salah , buktikan ! Buktikan Zammir tak bersalah ! Reen sedia terima kekhilafan itu dan apa jua akibatnya ! Dan kalau apa yang Reen cakap ni betul , katakan apa sebabnya ! Katakan di mana silapnya Reen sehingga Zammir berubah ! Supaya Reen dapat memperbaiki kelemahan yang Reen sendiri mungkin tidak pernah nampak ! ” sepasang mata kecil milik lelaki itu dilihat dalam-dalam . Arina mengharapkan pengertian . Dia tidak mahu kehilangan Muzammir ! Tetapi apa guna mempertahankan apa yang tidak ada ?

Reen , bawa bertenang , sayang ... betul Zammir cakap , tiada apa pun yang berlaku antara Zammir dengan dia . Apa yang kawan Reen nampak tu bukan seperti apa yang mereka sangka . Memang saya kenal dia , tapi kami hanya kawan baik . Tiada apa pun yang berlaku . Zammir diam selama ini pun sebab Zammir rasa Reen tak mahu bagi Zammir peluang pun untuk jelaskan semua ini .

Bohong !!!! ” Arina memalingkan pandangannya lantas meraup mukanya ! Hatinya benar-benar marah ! Dia hilang punca ! Dia tidak tahu apa yang dia harus percaya sekarang . Pengakuan Zammir ataupun kata-kata Elise .

Sayang , jangan macam ni . Percayalah , Zammir sayangkan Reen sangat-sangat . Perasaan Zammir tidak pernah berubah sejak dari mula kita bertemu . Jangan macam ni , Reen , tolonglah percayakan Zammir sekali ini saja , ” Muzammir memberanikan diri menghampiri Arina . Dia memeluk gadis itu dari belakang . Cuba menenangkan gadisnya yang sudah hilang pertimbangan . Ya , mereka berjauhan pada musim kuliah . Dia di ibu kota , Arina di Pahang . Dugaan yang sebegini memang mampu mengundang curiga antara mereka biarpun ia bukan seperti yang Arina sangka .

Diana hanyalah teman sekuliahnya . Dia sedar Diana berusaha untuk mendekatinya . Namun pelawaan Diana hanyalah sekadar melepaskan sunyi pada ketika dia berjauhan dengan Arina . Tidak lebih dari itu . Tidak pernah ada rasa cinta pada gadis itu . Hatinya hanya untuk Arina. Tapi hari ini Arina mencurigai perasaannya . Arina mempersoalkan cintanya . Serba-sedikit hatinya juga terluka , namun dia sedar sebagai seorang lelaki dia tidak boleh melatah sewenang-wenangnya .

Reen , maafkan Zammir . Zammir akui , Zammir banyak sakitkan hati Reen kebelakangan ni . Zammir akui ada masanya Zammir memang marah dengan tuduhan Reen yang bukan-bukan , tapi Zammir tahu jauh di sudut hati Reen , Reen sayangkan Zammir macamana Zammir sayangkan Reen , kan sayang ? ” pujuk lelaki ini lagi . Tangisan Arina semakin reda . Dia kembali tenang dalam pelukan Muzammir . Lelaki yang sangat-sangat dirindui . Sangat-sangat dicintai . Sangat-sangat dikasihi .

Awak , Reen nak balik , ” Arina melepaskan dirinya dari pelukan Muzammir . Tidak mahu perlakuan itu nanti disalahertikan oleh mata yang melihat . Muzammir menurut sahaja . Dia tahu dengan penjelasannya serba-sedikit apa yang membebani fikiran Arina akan berkurangan .

Jom , Zammir hantar Reen balik , ” Muzammir membukakan pintu kereta . Arina segera masuk . Kereta Muzammir menderum laju meninggalkan tempat mereka bertengkar hampir sepanjang petang . Ah , sudah menjengah Maghrib rupanya !



bersambung..

0 ulasan: