Isnin, Mei 07, 2012

Cerpen : KISAH HATI...#23


Weh , sedap juga kan lepas penat-penat ni kita pekena Nescafe ais ? ” cadang Fara tiba-tiba . Arina dan Elise yang masih kepenatan cepat bersetuju .

Menarik tu . Jap .. tapi tadi aku perasan Mila tak ada . Lama betul tak Nampak minah tu . Mana dia hilang eh ? ” Arina tiba-tiba teringat  akan ketiadaan Mila sebentar tadi .

Entah lah dia tu . Macam misteri betullah aku tengok . Kejap ada .. kejap tak ada .. dia tu kenapa sebenarnya ? ” getus Elise pula .

Itulah .. sampai sekarang kita tak tahu dia siapa kan ? Dia ada masalah ke ? Awal semester ni tak Nampak dia pun . Semester lepas nampak lah juga . Jangan-jangan dismiss kot ? ” ujar Fara selamba . Arina memandang temannya seorang ini . Betulkah ? Mila , biarpun misteri , tetapi gadis itu nakal dan menghiburkan . Baik hati juga orangnya biarpun ada masa-masanya dia agak emosi . Mungkin ada masalah yang tidak mahu dikongsi membuatkan adakalanya masalah yang dipendam mengusik emosinya .

Cik Arina sayang , nak terus balik bilik ke ? Bukan tadi kata nak singgah café beli Nescafe ais ? ” laung Elise apabila melihat Arina terus melangkah tidak membelok menuruni tangga café . Arina tersengih-sengih .

Eh , aku terlajak eh ?

Kau ni pun boleh tahan juga kalau dah berangan , menonong saja jalannya ! ” pelak Fara pantas . Elise hanya tergelak gelihati . Mereka menuruni tangga menuju ke café dan mencari tempat duduk .

Weh , baru balik ? Lewat hari ini ? ” tegur Norita sebaik sahaja melihat kelibat 3 gadis berbaju taekwondo ini .

Ah ah beb , hari ini lambat sikit , panjang pula celoteh Sir Jalal tu . Nasib baik handsome , kalau tidak aku menonong balik juga tadi , ” jawab Arina lantas ketawa lagi .

Kau tu semuanya handsome . Tapi setia separuh mati kat mamat tak handsome juga ! ” sambut Elise pula .

Wah .. kau Rina , diam-diam saja bercinta ya ? ” Norita mengusiknya pula . Merah muka Arina yang masih dibasahi peluh itu .

Mana nak nampak orangnya Ita oii , Cik Rina kita ni mana nak bercinta dengan orang sekampus . Nun jauh di mata juga ditunggunya , ” Fara menyiku Arina membuatkan Arina tergelak lagi .

Amboi , tadi kau dah menyakat Elise di gelanggang , sekarang ni aku pula yang hendak dibahan ye Fara ? Kurang asam sungguh ! Sekeh kang ! ” Arina pura-pura membeliakkan matanya garang membuatkan Fara dan yang lain-lain terkekeh-kekeh .

Beli apa Ita ? ” cepat-cepat Arina menukar topik . Tidak mahu diusik mereka lagi . Bukannya apa , buat masa sekarang dia tidak mahu memikirkan Muzammir . Biarkan perkara ini buat seketika . Hatinya masih sakit dan terluka . Muzammir juga sudah tidak kisah tentang hal mereka sekarang . Maka untuk apa dia mahu beria-beria menunjuk wajah bahagia apabila berbicara tentang cinta di hadapan teman-teman sekampusnya ini . Itu semua hanya mengundang luka yang makin dalam pada hatinya !

Tunggu kak Qis balik kelas . Nak tapau lepas tu balik bilik . Kak Qis tu bukan sihat sangat , kalau tak makan kang macam-macam sakitnya , risau tau ! ” cerita Norita panjang lebar .

Eh , Kak Qis tu cantiklah..tapi muka dia garang , aku takut ! ” ujar Arina ikhlas . Memang pada pandangannya Kak Balqis itu memang cantik orangnya . Cuma seperti yang dia katakan tadi, air mukanya agak garang .

Dia tu nampak je garang , tapi kalau kau kenal dia , dia tu baik tau ! Kalau garang takkanlah aku baik dengan dia , “ terang Norita lagi . 3 gadis ini terangguk-angguk .

Haa , ada orang mengumpat kakak ye ! ” entah dari mana Balqis muncul membuatkan mereka agak terkejut .

Hehehe..mana ada umpat kak , mereka cakap muka akak nampak garang , Ita cakap la akak ni nampak je garang , tapi hatinya baik sangat tau ! ” Norita menjawab sambil tersengih-sengih .

Hai akak , baru balik kelas ? ” tegur Arina ramah .

Ye Rina , baru balik kelas . Hari ini baru nampak muka kamu ceria . Hari tu mula-mula nampak sugul saja , ” Balqis meletakkan tangannya ke bahu Arina lembut seraya melabuhkan punggung di sebelahnya .

Oh , hari tu Rina ada masalah sikit kak . Rina memang kalau ada masalah susah nak senyum . Tapi dah ok dah , ” balas Arina sopan . Betullah Norita cakap , baik Kak Balqis ni . Dia pun tak perasankan Kak Balqis pada tempoh hari .

Tak apa , semua orang ada masalah kan ? Cara kita menanganinya itu yang menunjukkan sejauh mana kematangan kita . Yang penting Rina sabar . Jangan melatah bila ditimpa masalah , ” nasihat Kak Balqis lagi .

Terima kasih , Kak , ” Arina mengangguk setuju . Dan mereka sama-sama menikmati minuman masing-masing sebelum kembali ke bilik sambil berbual-bual .


0 ulasan: