Khamis, Mei 17, 2012

Cerpen : KISAH HATI...#29



Teruk betullah kau ni , Niza … belum sempat aku lepas rindu pada Mak aku , kau dah kidnap aku …, ” rungut Arina seraya tergelak kecil . Memang dia dan Yusnizah berkawan baik sejak sekolah rendah lagi dan hubungan mereka akrab hingga kini biarpun terpisah seketika sewaktu di sekolah menengah kerana berlainan sekolah . Malah sekarang ini , meskipun dalam satu universiti , mereka berada di kampus dan jurusan yang berlainan . Arina dalam bidang kejuruteraan awam, manakala Yusnizah dalam bidang senigrafik dan senireka .

Ala … nak buat macam mana ? Bukan mak kau saja yang rindu , aku pun rindu juga kat kau …, ” Yusniza membalas kata-kata Arina pantas . Kekenyangan setelah menikmati satay di rumah Arina tadi masih terasa .

Ok juga Farhan tu , ya ? ” getus Yusnizah dalam nada mengusik .

Tolong sikitlah kalau kau nak puji Farhan tu … dia laser , tau tak ! ” Arina mengerutkan dahinya tanda kurang senang apabila Yusnizah memuji Farhan .

Kau nak setia dengan Zammir , kau punya pasallah . Takkan setia punya pasal , tak boleh nak puji pakwe lain , kot ? Serious injured kau ni , Rina …, ” Yusnizah menggelengkan kepalanya .

Niza … lantak kau lah nak kata apa pun . Yang penting , aku kurang berkenan dengan perangai dia yang tak menghargai perempuan tu …., ” muncung Arina sudah sedepa . Masih terbayang-bayang kata-kata Farhan sewaktu Tajul yang sedang berurusan meninggalkan mereka berdua di dalam kereta .

Apa ringtone macam budak kecik ni ? ” Farhan terus mentertawakan . Arina menahan rasa . Ikutkan hati , mahu saja dicili-cilikan mulut lelaki itu . Biar cakapnya beralas sikit ! Sakit hatinya bila diperbudak-budakan sebegitu rupa oleh Farhan yang sebaya dengannya .

Patutlah Dura reject ! Laser tak agak-agak ! ”  sangkanya Farhan akan terdiam apabila dibalas begitu . Namun sebaliknya yang terjadi ; gelaknya semakin galak dan semakin menjengkelkan !

Pergi mampuslah dengan Dura ! Dia ingat dia seorang saja ke perempuan kat Malaysia ni ? ” luahnya sinis dalam tawa . Arina terus mengambil telefonnya kembali dan mengalih pandangannya ke luat tingkap . Sakit hatinya apabila serendah itu sekali Farhan memandang teman sebiliknya . Semakin sakit hatinya apabila Farhan berlagak bagai anak kecil mengadukan perihal itu kepada bapa saudaranya .

You ni banyak memorilah , Rina …, ” usik Tajul apabila Arina lebih banyak mendiamkan diri sepanjang perjalanan . Hmm … bukan banyak memori , tapi sakit hati !

Teruk juga tahap laser mulut Farhan tu , ye ? ” komen Yusnizah apabila mendengar Arina mengadu .

Hish , sakit hati aku , tau tak ! ” menderam-deram Arina menahan marah . Sangkanya lelaki seperti itu hanya wujud dalam drama ! Mungkin penulis itu pun dapat ilham setelah mendengar percakapan Farhan agaknya .

Kau sepatutnya buat dia tunduk pada engkau . Takkan selamanya kau nak biar dia pandang perempuan macam tu ! ” cadang Yusnizah pantas .

Tolong sikitlah aku nak layan lelaki macam tu ! Aku tak suka nak buang masa dengan lelaki macam tu , ok ? Dahlah muka dia tu ada iras Johan . Uh , tengok mukanya pun aku dah sakit hati ! ” pantas Arina menempelak kata-kata teman baiknya ini . Namun Yusnizah hanya menyambut dengan gelak ketawa .

Ok lah … ok lah … Kita tak payah cerita pasal lelaki yang menyakitkan hati tu , ok ? Kita tukar topik , tentang Muzammir . Ha … apa yang tak kenanya dengan kamu berdua ni ? ” tawa nakal Yusnizah sudah mula reda . Ternyata dia agak terkejut dengan keluhan teman baiknya beberapa minggu lepas . Ah , siapa yang dapat menerima hakikat insan yang disayangi berlaku curang ?

Seperti Arina , Yusnizah juga mengenali Muzammir . Malah dia dan Muzammir berada dalam satu sekolah yang sama sewaktu mereka sekolah menengah dahulu . Dari apa yang dia tahu , Muzammir bukanlah seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab . Dan … pendek kata , memang dia tidak percaya Muzammir akan berbuat begini kepada teman baiknya .

Aku kebelakangan ni banyak mendiamkan diri . Beberapa minggu lepas dia ada balik sini. Aku pun ada balik . Ada juga selisih faham . Tapi bila aku call dia , he’s okay … Cuma dia dah tak mahu jumpa dan call aku … suddenly ! Hari tu , aku spy dia … tapi dia just jumpa Intan . Aku geram betul bila aku rasa bodoh dan tertipu macam ni ! ” matanya sudah mula digenangi airmata .

Apa yang tak kena ni ? Amri … Amri …., ” Yusnizah turut mengeluh apabila melihat kolam mata Arina mula basah . Apakah hubungan Arina dengan Muzammir sudah sampai ke penghujungnya ? Tapi kenapa begini akhirnya ? Benarkah Muzammir kini bukan Muzammir yang pernah kita kenali dulu , Arina ? Entahlah …

Aku sudah tidak berdaya , Niza … aku rasa lemah sekali ! Macam sesuatu yang telah sebati dalam jiwa ni diragut , disentap … sakit , Niza ! ” ah , lemah sekali Arina ketika menyatakannya .

Hish , apa yang tak kena ni ?! ” Yusnizah semakin sakit hati . Serba-salah pun ada kerana Muzammir dan Arina adalah kawannya . Kedua-dua mereka Yusnizah sangat maklum . Hendak disalahkan Arina , dia nampak kesungguhan Arina . Mahu disalahkan Muzammir , tidak pernah dia mendengar cerita yang tidak baik tentang bekas rakan sekolahnya itu .

Apakah yang telah terjadi ? Adakah kerana tidak pernah mendengar cerita yang tidak baik tentang Muzammir , maka Muzammir itu baik orangnya ? Dan apakah kerana dia berani mengakui dia benar-benar mengenali Arina maka dia tidak berani mengakui Arina mungkin pesalahnya ? Pelbagai persoalan terus melanda fikiran Yusnizah . Namun penghujungnya tetap buntu .

Mungkin kerana aku dan Zammir jauh …, ” keluh Arina tiba-tiba .

So ? Sebab kau jauh , dia nak cari perempuan lain for his pleasure ? Atau kau pleasure dia ? Aku tak suka macam ni … sebab aku suka kamu berdua bersama ! ” bentak Yusnizah bertambah marah  . Tiba-tiba dia dihantui perasaan yang tidak-tidak . Tiba-tiba juga dia rasa hubungan cinta sahabat baiknya yang selama ini bahagia sudah mula berantakan dan mungkin tidak dapat diselamatkan lagi . Oh , sedihnya dia sebagai seorang sahabat kerana melihat kesetiaan Arina selama ini ! Kesanggupan Arina melakukan apa sahaja demi Muzammir adalah sesuatu yang dia sendiri tidak sanggup untuk lakukan ! Memang kadang-kadang dia jadi benci apabila Arina terlalu menurut kata-kata Muzammir hingga ada masanya dia berasa seperti diketepikan sebagai seorang sahabat . Hai … entahlah !

Niza … aku tak sanggup nak habiskan cuti semester aku kat sini …, ” keluh Arina setelah agak lama suasana bilik Yusnizah sunyi-sepi . Yusnizah turut sepi . Keperitan yang dialami oleh kekasih setia seperti Arina bukanlah satu perkara yang boleh dipandang mudah ! Kerana kesetiaannya sebagai seorang kekasih mungkin sudah tidak dihargai Muzammir lagi ….


0 ulasan: