Sabtu, Mei 05, 2012

Cerpen : KISAH HATI...#21


Setelah mendengar pemberian Arina berupa 2 buah kaset dan satu buku kecil mengandungi kata-kata yang asyik menekankan tentang kesetiaan , Muzammir berasa benar-benar tersindir dan terluka . Seolah-olah sudah hilang kepercayaan gadis itu kepadanya . Seolah-olah juga , dia benar-benar telah berlaku curang kepada Arina . Ah , benarkah aku telah berlaku curang ? Hingga kini Muzammir masih terfikir-fikir akan perasaannya kepada Diana .

Dalam diam , sesungguhnya dia mengakui pada hari yang Arina maksudkan itu dia ada berjalan-jalan di KLCC . Tapi sungguh dia tidak merancang untuk keluar bersama Diana hari itu ! Kebetulan dia terserempak dengan Diana maka rasanya tidak salah dia menemankan Diana yang kebetulan juga berseorangan hari itu .  Memang dia terserempak dengan Elise , kawan Arina ketika dia dan Diana sudah masuk ke Kinokuniya . Namun belum sempat dia mendapatkan Elise dan menjelaskan segala-galanya , Elisa sudah menghilangkan diri di khalayak ramai . Oleh kerana ketidaksempatan itulah menyebabkan dia menjadi serba-salah untuk  berterus-terang dengan Arina .

Muzammir tidak kisah sekiranya Arina hilang pertimbangan hari itu dan merajuk buat beberapa ketika . Dia sanggup menunggu berakhirnya tempoh rajuk gadis itu . Namun apa yang dirisaukan ialah sekiranya Arina merajuk terus ! Nah , ketika itu … Muzammir tidak dapat membayangkan apa yang terjadi selepas itu !

Arina memang seorang yang kelakar , periang , banyak bercakap , nakal dan suka mengusik . Namun dalam sikap-sikap yang menggembirakan itu , Arina merupakan seorang gadis yang sensitif dan sukar memaafkan . Bukan sekali dua Arina mengingatkan dan bukan sekali dua juga dia beringat !

Reen bukan setakat cintakan Zammir . Reen perlukan Zammir …, ”  ah , syahdu sekali Muzammir rasakan ketika itu . Dalam kedewasaan yang menyerlah pada penampilan kekasih hatinya ini , masih tersimpan sifat keanak-anakan yang mampu mengusik perasaan lelakinya .

Satu-satunya kelemahan Arina yang nyata , Arina terlalu bergantung kepadanya . Arina terlalu percaya kepadanya . Arina terlalu berharap kepadanya . Kelemahan yang satu inilah membuatkan Muzammir kurang yakin untuk terus berterus-terang pada saat-saat genting itu . Ya , memang ketika Arina menyoalnya begitu , Muzammir merasakan hubungannya dengan Arina benar-benar genting !

Benarkah hubungan kami sudah genting ? Hmm … sudah naik buntu Arina memikirkan semua kesilapannya . Apakah kerana sikapnya itu maka Muzammir sukar untuk berterus-terang ? Atau sememangnya benar bukan Muzammir yang Elise nampak hari itu ? Sekali lagi Arina menemui jalan buntu .

Jika benar Muzammir melakukannya , apa … kebudak-budakan benarkah aku ini hingga tidak mahu menerima sebarang penjelasan ? Mungkin pada mulanya ya , dia akan menyalahkan Muzammir . Mentang-mentanglah jarak kampus mereka beratus kilometer jauhnya , semudah itu Muzammir beralih arah ! Mungkin itu yang mula-mula sekali terbit di fikiran , menyebabkan Arina menyalahkan diri sendiri kerana jarak antara kampus yang jauh memisahkan mereka .

Namun , andai kerana jarak yang jauh menyebabkan Muzammir memilih untuk beralih arah … ah , betapa murahnya cinta seorang lelaki bernama Muzammir Amri !

Kerapkali Arina memberontak ingin bersemuka dengan Muzammir . Namun apabila dia menyuarakan melalui sms , Muzammir hanya diam membisu . Menjadikan Arina seorang yang dahaga . Dahagakan pertemuan … dahagakan penjelasan !

Sesungguhnya dia mengakui yang dia tidak sanggup kehilangan Muzammir Amri yang sangat dia sayangi . Tapi … andai perasaan Muzammir kini bukan kepada semakin sayang , apalah daya Arina untuk terus berharap pada yang tidak sudi .

Ringtone Bidadari oleh Tyco bergema dari telefon bimbitnya menyentak Arina dari lamunan . Lambat-lambat Arina menyambut panggilan itu .

Ah , Tajul rupanya ! ” bisik Arina sebelum menjawab sebaik sahaja melihat nama yang tertera di atas skrin .


2 ulasan:

Unknown [Nak balas komen]berkata...

best best :D

Azura Mendezz [Nak balas komen]berkata...

@Eny Yusnizar : Thanxs..semoga terhibur dalam meneruskan bacaan eh??
=)