“ Kau rasa … patut ke aku jumpa Zammir minta penjelasan ? ” tanya Arina agak kebingungan .
“ Of course you should , Rina . Takkan selamanya kau nak biar dia buat macam ni ? At least , kau akan tahu kenapa dia diam macam ni , keluar dengan orang lain , ” pantas Elise bersetuju dengan cadangan Arina yang masih samar-samar itu .
“ Tapi … macam mana kalau dia tak nak jumpa ? Macam mana kalau dia tahu aku pun dah tahu ? Macam mana kalau aku buat sesuatu yang aku sendiri tak jangka , Lise ? ” Arina mula dihantui oleh perasaan yang tidak-tidak . Bagaimana jika segala apa yang dijangkakan itu terjadi ? Mampukah ia menghadapi semua itu ?
“ Rina , walau apa pun kemungkinan yang mendatang , kau mesti tabah menghadapinya . Jangan cepat mengalah walau sejauh mana Zammir tahu kelemahan kau . Kuatkan hati untuk mendengar segala apa penjelasan dan alasan yang bakal Zammir suarakan , ok ? Jangan cepat melatah . Anggap itu semua ketentuan ALLAH , ” nasihat Elise tegas . Dia tidak mahu Arina cepat mengalah dengan keadaan sepertimana sewaktu dia menghadapi perpisahan dengan Harry dulu . Biarlah kisah cintanya itu menjadi pengajaran buat kawan-kawannya .
Benar … cinta tidak hadir secara paksa . Namun perginya cinta itu , adakalanya tanpa kerelaan kita sendiri . Membuatkan kita mula menyesali setiap pertemuan , menyesali setiap kata-kata indah yang pernah terlafaz , menyalahkan diri sendiri apabila bersusah-payah memenuhi setiap pertemuan yang bukan mudah bagi mereka yang terpisah oleh jarak kampus yang beratus kilometer jaraknya .
Muzammir merupakan cinta kedua Arina . Cinta baru yang telah mengembalikan segala kekuatan dan kepercayaannya kepada kaum Adam . Cinta ini telah kembali membuatkan wajah murung gadis itu ceria kembali seperti sediakala . Betapa besarnya impak kehadiran Muzammir di dalam hidupnya . Maka , adakah besar juga impaknya jika Muzammir bertindak untuk meninggalkannya ?
“ Jangan jadi aku yang menyesali segala-galanya kerana tidak berusaha untuk mendapatkan cinta yang sepatutnya masih mampu aku dapat , Rina , ” bahu temannya ini ditepuk lembut . Elise tersenyum pahit . Arina memandang temannya ini simpati .
“ Oh , Elise … maafkan aku . Aku tak bermaksud untuk buat kau teringatkan kisah kau dengan Harry . Cuma aku takut … aku takut lain yang aku nak tanya , lain pula yang keluar dari mulut aku ni . Waktu tu , semua usaha aku dah tak ada gunanya lagi , ” Arina meraup rambutnya resah . Dia mula mundar-mandir di bilik temannya ini .
“ Cuba dulu , Rina . Whatever it is , you must get through it , ok ? Whether it’s gonnabe good or bad , happy or sad , be strong . Kalau tak , sampai bila pun kau takkan tahu kenapa dia bodoh sangat nak sia-siakan kau , kan ? ” pujuk Elise lagi lembut . Dia tahu , bukan mudah untuk Arina menghadapi semua ini . Begitu jugalah sewaktu Elise menghadapi itu semua dulu . Menerima keputusan Harry untuk berpisah bukanlah semudah memetik jari . Namun , itu semua perlu dihadapi demi mengetahui sesuatu yang pasti . Tiada gunanya dia terus membiarkan dirinya dibuai angan-angan indah sedangkan diri Harry tidak begitu !
“ Thanks , Elise … I’ll try all my best to be strong tomorrow whatever its gonnabe . It’s getting late now , aku tidur dululah . Nanti tak terjaga pulak esok …, ” Arina mengilas telefon bimbitnya lantas meminta diri .
“ Baru pukul 1.30 ni … bukan ke selalunya kau tidur lambat even nak naik KL pun ? ” tanya Elise lagi pelik .
“ Memanglah . Tapi esok , sebelum aku jumpa Zammir , aku kena teman Ida cari handphone . Tu yang aku kena relaks sikit so tak adalah aku letih tak tentu pasal masa berjalan esok . Good night , Dear , ” Arina sudah memulas tombol pintu .
“ Good night , ” Elise membalas diiringi dengan sebuah senyuman .
Setibanya di bilik , Arina mengemas apa yang patut untuk dibawa esok . Selepas selesai menemani Rafidah mencari telefon bimbitnya , dia akan bertemu dengan Muzammir dan seterusnya pulang ke Johor ditemani Rafidah . Rafidah pernah menemaninya sebelum ini , samada untuk bertemu Muzammir di Kuala Lumpur mahupun mengikutnya pulang ke Johor . Cuma Arina yang tidak pernah sampai ke rumah Rafidah di Pahang . Tambahan pula bila Rafidah menyatakan bapa-bapa saudaranya yang hampir sebaya dengan mereka turut tinggal bersama keluarganya , lebih berat hati Arina untuk pergi ke rumah salah seorang teman baiknya di kampus itu . Bukan kerana tidak sudi , tetapi sifat pemalunya yang memang tidak betah untuk bermalam di rumah orang lain menghalang dirinya untuk menerima pelawaan itu .
Selesai mengemas barang-barangnya dan menggosok bajunya , Arina ke bilik air menggosok gigi dan mencuci muka lantas mengambil wuduk .
“ Ya ALLAH , Kau permudahkanlah perjumpaan aku dengan Zammir esok …, ” bisiknya sebelum dibuai lena ….
18 ulasan:
semakin mencapai klimaks nmpknya cite ni cik mendezz...hepi ending or sad ni...hoho
@OdahOne OdahOneBizz : Heheheh..pada setiap penghujung penderitaan & dugaan pasti akan ada bahagia yg menanti..
tapi..kebahagiaan bagaimana yg sedia menanti itu..tungguuuuu~~~ =P
as-salam cik mendezz
lama dah x terjah sini rupanya dh tulis cerpen..kena baca dari awal baru best la ye x..
ok nnt bila free akak dtg bc dr awal..skang x sempat dik non :p
Yuhuuuuuu Emma singgah sini dari blog mak dara =)
@Rina AVAIL a.k.a Cik Betty : Haaa..tu la..Cik Mendezz pulak dh baper lama dok via phone ni jd susah sket nk menempek kt blog kengkawan..
ni pon tumpang pc ofiz jap..hehe! =P
@Emma : Hikhik..kus spirit..bru dok usha blog awak td..
tp line slow..tgk2 aje..ngee~~ =P
Hai salam kenal dan salam terjah..
(link dari Blog Bicara Mak Dara)
http://hazey-2ndjanuary.blogspot.com
waaa
boleh jadi penulis novel ler pasni:)
cerpen buat sendiri ker?
yeah come from Bicara Mak Dara : Ini Link Saya.. Sila Promote!
Tengok anak nad jom..:)
http://www.nornadiah.com/2012/04/joeybaby-sugar-glider-kelihatan-30.html
@Hazey : Thanx 4 d visit awak..nti kita BW blk ok??
Ngeee~~
@shark : I menulis ni ms i tgh study dulu..
Laa ni ms nk berangan dh kurang..hehe!
@Nor Nadiah : Yup..sendiri bikin ni..
dun play2 tau!Hehe! =P
mase sekolah dolu, leez layan betul cerpen dlm majalah remaja. kwn2 pun sama. diorg siap ceraikn dr majalah tuh then, scrapkn jadik buku cerpen. nostalgia betul! ;)
@ArELeEz : Samalah kita..hehe!
wah...lama dah rasanya tak baca cerpen/novel, saya follow awak k..
best citer ni nanti ada saya baca dari awal..
best kan kalau ada bakat menulis, lepas ni boleh buat novel. All the best Cik Mendezz ^_^
dtg sini dan follow dari blog mak dara :)
http://trueny.blogspot.com/
@nita : dh lama tulis..ms study dulu..
skrg bru berani nk publish..hehe!
@Eny Yusnizar Abdullah : will do darling..tgu kite on lappy eh..
now stil via phone . =)
Catat Ulasan