Suasana kafe kompleks kediaman siswi UiTM Pahang hiruk-pikuk setelah dipenuhi kebanyakan pelajar yang baru pulang dari kampung . Tambahan pula hari ini adalah penghujung minggu menjadikan mereka lebih suka bersantai di kafe dari beratur di dewan makan .
“ Weh , Ita ! Join the club ! ” laung satu suara ke arah Norita membuatkan Norita dan Balqis tertoleh lalu menghampiri mereka .
“ Hei , Elise … lama tak nampak . Ni , apasal monyok Rina ? ” tegur Norita ramah .
“ Ada probs sikit lah , Ita . Ni roommate kau ke ? ” tanya Arina antara mahu dengan tidak .
“ Yup , merangkap classmate aku , Kak Balqis , ” sampuk Elise sebelum sempat Norita menjawab . Arina menghulur tangan lalu bersalaman dengan gadis itu . ‘ Galak sungguh matanya ! Mesti ramai yang minat ! ’ bisik hatinya pantas tanda mengagumi Balqis .
“ Rina …! ” namanya dilaung oleh tukang masak salah satu gerai tanda pesanannya sudah siap .
“ Weh , Elise … pergi ambil , aku malaslah … ni duit , ” Arina menyeluk sakunya mengeluarkan 3 keping not RM1 .
“ Kau ni , kalau dah frust … semua benda tak boleh buat , ” mulut Elise mengomel seraya mengambil duit tersebut lalu menuju ke gerai .
“ Aku minta diri dululah , Rina . Kami belum pesan lagi , ” Norita meminta diri . Arina hanya menganggukkan kepala . Tiada niat dihatinya untuk diam begitu membekukan suasana . Cuma perasaannya yang kacau-bilau menjadikan dia tidak bernafsu untuk terus ceria .
“ Kenapa dengan kawan kamu tu , Ita ? Macam bermasalah je , ” Balqis segera bertanya sebaik sahaja mereka melabuhkan punggung .
“ Entah . Ita pun pelik ! Selalunya si Rina tu banyak cakap . Bukanlah hendak kata Ita ni rapat dengan dia . Sebab kami ni satu course tapi lain-lain kelas . Tapi yang Ita tau , dia memang peramah . Siapa-siapa yang lalu kalau dia kenal memang dia sapa . Senang berkawan . Tengah bermasalah agaknya , tu yang monyok , kot ? ” balas Norita senang .
“ Bagusnya orang macam tu . Pergi mana-mana pun boleh hidup . Lawa pun lawa , ” puji Balqis senang .
“ Tapi tu lah … agaknya hidup kita manusia ni memang tak sah kalau tak ada yang dengki kan , Kak ? Ramai siswa course Ita tak suka dia . Rina pun tengok gaya memang tak berapa nak berbaik dengan siswa course kami , ” cerita Norita lagi .
“ Eh , kenapa pula ? ”
“ Rina kalau ke kelas memang melawa sikit . Muka pula kalau masuk kelas memang muka sombong . Dah keluar kelas barulah keluar perangai ramah dia . Tu yang agaknya siswa menyampah , kata dia mengada-ngada , sombong . Walhal , kalau baik nanti dikata miang pula . Complicated betul siswa kami ni kalau Akak nak tahu , ” terang Norita panjang lebar .
“ Habis , Rina tau ke siswa kamu tak suka dia ? ” tanya Balqis lagi .
“ Apa pula tak tahu . Yang nakalnya Rina ni satu , Kak ; kalau orang tak pasal-pasal nak benci dia , lagi dia sakitkan hati . Lagi dia cuba baik-baik sampai ada yang rimas . Dia buat tak faham aje . Selamba ! Tu yang lagi bengang siswa kami tu …, ” Norita tertawa kecil .
“ Boyfriend dia ? ”
“ Entah , yang pasti bukan dalam kampus kita . Yelah , dengar kata memang dia tak suka couple satu kampus . Minat tu adalah , kot ? Sebab Ita tak pernah nampak dia dating dengan siswa kat sini , ” cerita Norita lagi .
“ Macam tu pula ! ” geleng Balqis sambil tertawa kecil .
“ Manusia , Kak …, ” getus Ita akhirnya .
1 ulasan:
dr blOg Mak Dara :D
Catat Ulasan