Jumaat, Jun 08, 2012

Cerpen : KISAH HATI...#40


Eh , Zakuan . Awak buat apa kat sini ye ? ” Arina agak terkejut melihat Zakuan tiba-tiba ada di sebelahnya . Zakuan tersenyum kacak .

Saya dah lama di sebelah Rina . Dari sebelum naik lif tadi . Awak saja yang tidak perasankan saya . Yelah , siapalah kita ni kan ? Nombor awak pun tak muncul-muncul di skrin telefon saya ni , ” usik Zakuan lagi membuatkan Arina menepuk dahi .

Ya-Allah , Rina betul-betul lupa la awak ! Ni nak makan pun baru teringat . Sibuk sangat-sangat ! Minta maaf ye ? ” Arina bersungguh-sungguh meminta maaf .

Sibuk betul awak ni . Tapi janganlah sampai lupa nak makan . Kesihatan tu perlu dijaga . Nanti kalau sakit siapa yang susah ? Jom saya belanja awak makan , ” bersahaja Zakuan memimpin tangannya menuju ke cafeteria membuatkan Arina sedikit gamam . Cepat-cepat dia menarik tangannya kembali .

Saya minta maaf sebab pegang tangan awak . Bukannya apa , takut Rina pengsan pula sebab tak makan-makan lagi ni , ” usik Zakuan lagi masih mahu berjenaka .

Hish awak ni ada-ada aje lah . Saya ok je . Kadang-kadang tu kalau sibuk sangat , dari masuk kerja sampai balik kerja tu sempat minum pagi je , tak pengsan pun ! ” Arina masih tidak mahu kalah .

Jangan selalu sangat , nanti kalau betul-betul pengsan , saya susah hati tau ! Sekarang ni awak nak makan apa ? Awak duduk je sini , biar saya belikan , ” pesan Zakuan bersungguh-sungguh . Arina menongkat dagu menyerlahkan kelakuan keanak-anakannya .

Apa-apa sahaja yang mengenyangkan . Tapi kalau boleh saya nak makan nasi goreng ayam dengan air kelapa muda , boleh ? ” Arina tersenyum-senyum .

Anything untuk tuan puteri . Tunggu sekejap ye , saya pergi beli , ”  Zakuan meninggalkan dia di meja makan dan berlalu ke gerai-gerai makanan yang terdapat di cafeteria Times Square ini . Tempat makan di sini agak sunyi dan selesa . Mungkin sebab sudah pukul 3 petang . Para pelanggan sudah beransur reda dan kembali ke pejabat . Suasana di cafeteria ini berbeza ketika hujung minggu atau cuti sekolah . Ada masanya tiada tempat duduk !

Ok , jom kita makan , ” ujar Zakuan setelah kembali dengan dulang berisi makanan dan minuman . Mereka mula menjamu selera sambil berbicara .

Zakuan , sejak balik dari Holland awak buat apa ye ?

Belum buat apa-apa lagi . Bulan depan baru mula kerja balik , ” jawab Zakuan seraya menyuap makanan ke mulutnya .

Oh , sebagai apa pula ya ?

Pensyarah di UM ,

Still in the same subject ?

Well , sort of , ” Zakuan mengangguk sahaja . Makanan mereka berdua hampir habis .

Zakuan , it’s so kind of you . Thanks for the lunch treat but I can't be long because I’m still at work . I have to go back to my office , ” Arina terpaksa meminta diri . Bukan dia tidak suka berborak lama dengan lelaki itu . Malah dia berasa amat selesa dengan Zakuan . Tetapi dia masih bekerja . Tidak elok rasanya mencuri tulang begini . Tambahan pula masih banyak kerja yang bertangguh di pejabat .

Tak apa , saya faham . Nombor awak , bila nak bagi ? ” cepat-cepat Zakuan mengingatkan . Arina seperti teringat kembali . Cepat-cepat dia mengeluarkan telefon bimbitnya dari beg tangannya serta menghantarkan pesanan ringkas kepada jejaka yang berada di hadapannya ini .

Ok , ini nombor Rina  . Jumpa lagi ok , Zakuan . Assalammualaikum , ” Arina mula tergesa-gesa hendak meninggalkan ruang makan itu . Zakuan mengangguk faham .

Waalaikumussalam , jumpa lagi , Arina , ” Zakuan melihat gadis cantik itu berlalu pergi . Entah kenapa hatinya berasa girang apabila dapat bertemu gadis itu sekali lagi . Ada sesuatu tentang Arina yang menarik minatnya untuk mengenali gadis itu dengan lebih mendalam . Tapi tidak berpeluang . Maklumlah , Arina agak pendiam ketika di kelas . Berbanding ketika di luar bersama teman-teman yang tidak sejurusan dengannya , keceriaannya terserlah . Namun ada masanya gadis itu kelihatan mengelamun jauh . Entah apa yang berada di fikirannya , Zakuan tidak dapat meneka . Hendak dirapatinya , bimbang mengundang curiga pada pelajar-pelajar yang lain . Dan kini , tiada halangan lagi untuk mendekati Arina . Melainkan gadis itu sudah berpunya !