Khamis, Ogos 04, 2011

Agak-agaklah kalau ia pun!!

"........BODOHHHHH!!" itu sahaja hujung kata yang Cik Mendezz dengar semasa berjalan-jalan dengan Master Ladin & Maam Salmah di Pasar Parit Jawa tengahari tadi..Bulat mata Maam Salmah dan terpana sekejap dia di situ..apakah??Cik Mendezz yang pantang tengok lelaki spesis macam ni lagi la..tarik Mak jauh-jauh..

Apeeeeeee  lah punya perangai..bulan puasa begini cubalah banyakkan bersabar!Ibu Cik Mendezz yang melihat pun terpana..apatah lagi isteri awak..Tak elok!!Seorang suami senantiasa mahukan seorg isteri taat dan sentiasa menjaga maruahnya..tapi kenapa maruah isteri itu seperti tiada harga??Kalau ye pon hilang sabar..tunggulah sampai rumah..janganlah di khalayak ramai awak nak bertempik begitu..tambahan lagi umur awak bukanlah muda lagi pun..kalau diperhatikan muka..mungkin sudah menjangkau lebih 40-an..kenapa lah begitu perangai..

Life begin at 40..owh yeahh!!Sebab tu orang-orang lama selalu cakap..nak tengok macamana perangai suami awak tu..tengoklah bila dia sudah menghampiri usia 40-an..kalau umur 36-37 masih dengan panas barannya..masih dengan susah nak jadi imamnya..macam tuuuu lah perangai dia smpi ke sudah..bersedialah seadanya..{Cik Mendezz berpengalaman mempunyai atok Ayah yg sgt panas baran..lagi berusia, laaagi baran!!Takutt ooooo~~ askar pencen katenye..cap Bugis lak tu!!! =P}



Akan tetapi..kalau perangainya bila semakin hampir ke usia 40-an tu semakin ke arah kebaikan..Alhamdulillah..berdoalah ianya kekal hingga ke hujung nyawa..biarpun siapa suami kita suatu ketika dulu..{kenapa Cik Mendezz bercakap ala-ala dah ada suami neh??}

Penulisan entry terhenti seketika sebab dh waktu berbuka puasa ~ Balik KL ~ Tdo ~ Keje ~ Bbuka ~ Now sambung balik! =D

Pada Cik Mendezz..mungkin benar isteri dia bodoh..atau nama isteri dia tu BODOH..sebab itu sesedap rasa dia nak memanggil sebegitu di khalayak ramai..Pasar ikan..faham-faham sahajalah..yang berada di sekeliling tu mereka yang kita kenal juga..Bukan orang lain..belajarlha bersabar dengan pasangan..biar macamana teruk pun perangai..hishh...mmg buat Cik Mendezz kembali berfikir bukan mudahlah nak jumpa pasangan sehati sejawa sejiwa..

Ada suara bisik-bisik cakap..nak pilih calon suami..tengoklah macam mana dia bercakap dengan mak dia..cara dia bercerita tentang ibu dia..jika kasar je caranya pada yang melahirkan..mungkin jika bukan sekarang, di kemudian hari kita juga akan dilayan begitu..tegurlah dengan berhemah..dan penuh kasih sayang..kerana buluh kalau dilentur-lentur kelak patah menyembah bumi..{apa kebenda la Cik Mendezz membebel ni!!}


Kesimpulannya..Cik Mendezz memang cepat terasa bila melihat lelaki yang tidak tahu menghormati dan menghargai perempuan..rasa nak lempang-lempang jek..sepak-sepak jek..kalau tidak boleh menghormati dan menghargai sebagaimana kamu mahu dihormati & dihargai..jangan kahwin dengan dia..kahwin dengan lembu ataupun beruk..sebab haiwan ini mungkin tiada perasaan bila dipanggil sebegitu dikhalayak ramai..huh!

P/S : Alhamdulillah..lelaki-lelaki yang sebegini telah pergi dari hidup Cik Mendezz.. =)



4 ulasan:

odahonebizz [Nak balas komen]berkata...

lelaki camtu mmg...bodohhhh....(ucapan dengan penuh sopan)...apolah marah bini cmtu kt khalayak ramai...kalao pndi nape cr bini yg bodoh, bodoh....hoho...ahad lepas g shop kt pt jawa gak tapi ikan mahal giler wooo...dieorg saja amik ksempatan naikkan harga...smbong pulak tu peniaga ikn time2 cmni...kita tawar mtk kurang mmg dia xlyn coz rmi lg yg bminat nk beli katanya...amboi!

Azura Mendezz [Nak balas komen]berkata...

@Odah One = OdahOne : Tau xpe dear..
kalo pandai sgt awat cri bini yg xbape nk pandai??
1st time smpi situ..
tp ikan dia fresh2 la..patut la my mum suke ke situ..
even jauh sket dr Muar..
hehe! =P

Anis Azalea [Nak balas komen]berkata...

oh ye mmg kalau laki tu dgn family tak okey, mmg agak tak okey dgn kita nanti. masa mengubah kan..
bersyukur gakla aku zcat tu dgn mak dia baik2 je..dgn mak aku pun dia hormat.thehehehehe..

Azura Mendezz [Nak balas komen]berkata...

@Eri-chan : Gud 4 u beb..
aku ni xtau lg..
harap2 ok la.. =)