Melayan segment pagi di siaran HOT.FM pagi tadi sepanjang perjalanan menuju ke tempat kerja. Tertarik Cik Mendezz dengan issue "Wanita : Gear Kereta Auto atau Manual" setelah cadangan mengeluarkan lesen untuk pemandu kereta auto sahaja bakal berkuatkuasa tidak lama lagi.
Cik Mendezz sendiri boleh memandu kedua-dua jenis kenderaan samada auto atau pun manual. Akan tetapi, Cik Mendezz lebih suka memandu kereta manual. Biarpun hari-hari meredah kesesakan lalulintas ibu kota Kuala Lumpur. Kenapa saya suka memandu manual??Selain kos penyelenggaraannya yang rendah, kos minyak yang kurang berbanding kereta bergear auto, kereta bergear manual lebih lancar di atas jalan raya. Yelah..Cik Mendezz dah biasa bermain clutch dan minyak tiba-tiba memandu kereta auto..memang berasa tidak kena. Hehe!
Pada ketika bilakah Cik Mendezz berasa betapa maskulinnya seorang wanita jika memandu kereta manual??Sudah semestinya ketika meredah lebuhraya dari lebuhraya Sungai Besi sehingga ke Jasin sebelum melalui lebuhraya AMJ menuju ke Muar..sebab pada hemat Cik Mendezz..kelajuan sesebuah kereta itu tidak semestinya bergantung pada jenama sebuah kereta..ia juga bergantung pada kecekapan si pemandu juga. Tidak guna memandu kereta Honda model terkini pon kalau dudk di lorong kanan dengan pemanduan 80km/j..Serius masa ni rasa nak lupa diri je maki empunya kereta-kereta hebat ni!Pheww~~
Apa pun..pada asasnya.. kereta bergear auto atau manual sama sahaja. Gear auto juga perlu diselaraskan mengikut permukaan jalan dan kelajuan yang kita mahu. Cuma jika memandu kenderaan auto..mungkin kita berasa sedikit selesa jika menghadapi kesesakan lalulintas yang tidak terjangka. Tidak la macam Cik Mendezz yang sudahnya dok dendiam free gear tekan brake. Tanda dah tak larat nak hadap kesesakan lalulintas yang teruk! Dan mulut juga mula menggumam sendiri mengeluarkan bahasa yang sangat indah di dengar. OPSS!!Hihihi! =P
4 ulasan:
minat kete manual?alahai..rase cam leceh la :D better bawak auto..relex je..drive sambil pejam mata pon boleh..cett.. :D
@mira maisara : Sebab xbiasa bawak manual la kot rasa leceh..
Cik Mendezz dh bertahun dah bawak manual..ok je..
Tapi lom try lg la drive sambil pejam mata..hehe! =P
kalo duk KL better guna auto jek coz xlarat nak mnggerakkn kaki & tgn byk2...kalo auto bleh drive smbil pejam mata time jam...hoho
@OdahOne OdahOneBizz : Sorang lagi cakap kalo drive auto ley pejam mata sambil try..
cer load video nk tgk canner korg drive sambil pejam mata??
Kehkehkeh!
Apa2pun saya tetap minat memandu kereta manual..
Sebab tu berasa sgt thril bila layan semua muvie Fast & Furious!
Hehehe! =P
Catat Ulasan