Malam kelmarin, tengah Cik Mendezz leka membasuh baju di pantry belakang selepas mandi Cik Mendezz terperasankan seperti ada bayangan yang melihat Cik Mendezz..dari celah-celah lubang pantry dapur tu dapat Cik Mendezz perhatikan ada susuk tubuh yg berkain pelikat..apa kejadah la manusia ni dok jengah-jengah pantry Cik Mendezz??Tak memasal-masal..dah macam askar Cik Mendezz merangkak-rangkak masuk dalam rumah!Bila jengah-jengah semula dari tingkap dapur, memang ada seorang lelaki tua yang sama tengah bersidai di koridor depan lift.Cari pasal ye pakcik??Nanti ko!
Semalam..balik je kerja..terus Cik Mendezz masuk ke pantry nak sidai baju yang dah dispin malam tadi..tengok-tengok je pakcik tu dh bersidai semula kat koridor depan lift. Dan Cik Mendezz stil tak nampak muka pakcik ni..pandai dia menyorok!Hati ni dah sumpah seranah macam-macam!!Orang tua gatal!!Tak sado tua!!Bini ko mane???Hish..macam-macamlah Cik Mendezz menyumpah bagai dalam hati ni..Tak sampai dua helai Cik Mendezz sidai..Cik Mendezz masuk dalam rumah hempas pintu pantry kuat-kuat!Sempat Cik Mendezz jerit..
"DAH TUA-TUA PON GATAL!!DAH TAKDE KERJA KE DOK MENGINTAI RUMAH ORANG??!!"
Dan malam tadi bila Cik Mendezz nak keluar makan dengan date Cik Mendezz..Pakcik tu boleh buat muka tak malu bersidai kat koridor depan lift tu lagi!!Lu memang nak kene la pakcik tua!!Nanti kau!!TUNGGU!
Malam tu Cik Mendezz dibawa makan di sebuah restoran fastfood terkemuka di Kuala Lumpur.Lepas makan dan berborak..kami bersiar-siar lagi menaiki kereta di sekitar KL. Tenang sikit lah rasa hati yang marah berasap tadi..selepas itu..dia hantar Cik Mendezz balik. Perkara yang paling best selepas dia berhentikan kereta di hadapan lift, dia suruh Cik Mendezz ambil sesuatu kat bonet kereta dia. Bila Cik Mendezz bukak bonet..tu dia..satu rumah punya set langsir dia bagi!Hahahhaahahah!!Tergelak-gelak Cik Mendezz..katanya langsir itu ibu dia bagi untuk dipasang di rumah dia..tapi takkanlah rumah lelaki nak pasang langsir warna merah jambu??Tu yang dia bagi kat Cik Mendezz alang-alang Cik Mendezz pon memang sedang memerlukan bekalan langsir dengan kadar segera..
Maka..tengah malam tadi memang Cik Mendezz tak boleh tidur..dah rasa macam nak declare perang dengan orang tua gatal tu!Macam dah tak boleh tunggu esok!Malam tadi jugak Cik Mendezz pasang cangkuk-cangkuk langsir tu..sebelum tu satu keje juga nak cari kotak berisi cangkuk langsir kat bilik setor belakang. Dah lama tak usik bersepah pulak dah..kemas terus..serius multitasking malam tadi.Bila dah pasang cangkuk langsir..Cik Mendezz tak perasan pukul berapa Cik Mendezz terlena sampai hampir tengahari hari dah terang.. {macam penat apa je malam tadi tu kan??Hehe!}
Sebaik sahaja celik mata Cik Mendezz ni..Cik Mendezz tidak berlengah lagi..cepat-cepat Cik Mendezz menggantung langsir tersebut di pantry dengan penuh senyap dan berhati-hati..
Dannnn...ini lah hasilnya!!
Kemudian baru lah Cik Mendezz menyelesaikan laundry di pantry seperti biasa..Mesti pakcik tu buat-buat nak bagi kucing makan time tu jugak!HAHAHAHAHAHHH!!!!Haaa...baru la puas hati Cik Mendezz!!Selamat tinggal pakcik gatal!!Tenunglah kau langsir Cik Mendezz ni puas-puas!!Kehkehkeh! =P
6 ulasan:
ala biasalah lelaki makin tua, makin menjadi hahaha.....
@C` Ayob-Ilmu Asas Hidup : Haa...u tau xpe..
Ni i dh xnmpk dh kt luar tu entah apa2 la dia bikin time i buat laundry kt belakang tu..
macam2 hal..adeyy!
bagus cik mendezz...syabas! anda bjaya melawan nafsu pakcik gatai...hoho...kalau ada langsir gambo gurl sexy bagus gak biar dia tenung kain langsir tu hari2...hoho
@Odah One = OdahOne : Xdan la i nk demand mcm2..
langsir pon my date yg bg..
kehkehkeh!
Kalo pix gul sexy mau dia bersila kt situ haihh!
hahahahahah!! =P
baik taruk langsir gambar kubur..lps tu psg lagu nasyid bila izrail dtg memanggil kuat-kuat..
baru tahu insaf sket pakcik tu..
@Rina AVAIL a.k.a Cik Betty : Dgn I sekali insaf terus pastu..
kihkihkih! =P
Catat Ulasan