Seorang kenalan Cik Mendezz menghubungi Cik Mendezz..
"Saya ada dua wanita dalam hidup saya..dan saya sayangkan kedua-duanya.Saya bercadang untuk menikahi kedua-duanya sekali.Saya gila kan, Zura??" ucapnya berat. Cik Mendezz hanya tersenyum sendiri.Sedikit pun tidak terkejut.Sedih pun tidak..kecewa apatah lagi.
"Awak tak gila lah..apa yang gilanya??" Cik Mendezz jawab selamba.
"Ye la..saya belum pernah berkahwin tapi dah berangan nak berpoligami,"
"Awak..betullah cara awak tu..awak sayangkan dua-dua wanita tu kan?Jadi awak kahwin kedua-duanya.Dan kedua-duanya pun dah bersetuju..bukan tak setuju..jadi apa masalahnya??"
Diam.
"Awak gila kalau awak buat keputusan untuk mengahwini salah seorang sahaja daripada mereka!Dan seorang lagi terpaksa mengalah jadi perempuan simpanan awak!Itu gila..sedangkan awak cakap awak sayang dua-dua!Macamana pula seorang awak buat isteri..jadikan dia tanggungjawab awak dan seorang lagi cuma sekadar wanita biasa yang tiada ikatan dengan awak..tapi awak ikat dia..tak bagi dia pergi ke mana pun dengan cara yang kejam..Haaa...pada saya, itu baru awak betul-betul gila!" panjang lebar Cik Mendezz menjelaskan.
"Hehe..betul jugak tu..terima kasih awak.." suaranya kedengaran kendur dan lega.
Cik Mendezz tahu..mesti ada yang tidak berpuas hati dengan kata-kata saya pada kenalan saya itu. Tapi..setelah melalui pelbagai fasa kehidupan..saya belajar banyak perkara.Dahulu..pandangan saya tentang poligami juga berbeza..saya mengambil masa yang amat lama untuk memahami betapa poligami itu sebenarnya tidak salah..dan saya semakin faham kenapa Allah menghalalkan poligami dan juga penceraian.
Mengapa kita sebagai wanita sentiasa terluka bila memperdengarkan isu ini??Lebih-lebih lagi wanita yang statusnya isteri pertama.Kenapa sedih apabila si suami meminta izin untuk berpoligami??Apakah kerana kita berasakan bahawa kita tidak akan disayangi lagi??Atau mungkin merasakan selepas ini kasihnya kepada kita akan berkurangan.Mungkin sebab itu kah??Atau sebab-sebab lain??Ataupun kita lebih rela suami kita bersama dengan mana-mana sahaja perempuan diluar sana tanpa pengetahuan kita asalkan kita tidak dimadukan??Pada saya sendiri..lebih baik saya tahu dengan siapa dia bersama jika dia tidak bersama saya berbanding saya kantoikan dia dalam keadaan yang mengaibkan..tak begitu??
Bohonglah jika emosi saya tidak tercalar sedikit pun apabila si suami menyatakan hasratnya..namun jika dia mampu..kita pula menghalang..akan tertanggungkah kita akan dosa-dosa yang dibuat di luar pengetahuan kita nanti??Dengan alasan kita tidak mengizinkan dia berpoligami??
Namun pernyataan saya ini pula bukan lah kerana saya menyokong lelaki berpoligami sewenang-wenangnya!Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum mereka membuat keputusan untuk berpoligami.Kemampuan dari segi agama sudah tentu..ekonomi..kewarasan minda juga penting..sebab bila dah ramai isteri banyak keputusan yang perlu dibuat secara berhemah & bijak demi menjaga hati kedua-dua belah pihak.Kalau semua ini lelaki tidak ada..jangan cuba-cuba mahu mencari peluang di luar sana!Memancing sana-sini..janji sampai langit ke-7..tapi kemudiannya tanpa disedari dia telah melukakan hati kedua-dua belah pihak.Pihak isteri sudah tentu!Kerana sudah terang-terang anda curang dan membuatkan dia hilang kepercayaan kepada kamu!Kepada perempuan yang sudah dikatakan teman wanita tapi dilayan seperti isteri juga terluka..kerana kamu kata kamu sayangkan dia..tapi kamu tidak berbuat apa-apa pun untuk menjadikan dia tanggungjawab kamu!Sebaliknya kamu lelaki hanya pentingkan diri kamu dengan alasan kamu tersepit dan tidak mampu membuat keputusan!
Wanita lain yang si suami cari diluar itu telah diberikan bermacam-macam harapan..limpahan kasih sayang yang memang dicari-cari selama ini sehingga wanita ini akhirnya bersedia menghadapi segala kemungkinan hidup berpoligami {setelah mengetahui lelaki yang menyayanginya telah berkahwin!} namun tidak kesampaian..bagaimana pula nasibnya??Di mana hak dia sebagai seorang perempuan jika dia hanya layak dilayan seperti perempuan simpanan sedangkan dia boleh mendapat lebih dari itu??Mengapa lelaki yang status sudah berkahwin ini memberi alasan tidak mampu sedangkan dia yang memberi janji dan harapan agar wanita ini menerima diri dia seadanya!Wajarkah setelah diterima..wanita ini diperlakukan sebegitu rupa??Di manakah keadilan untuk dia??Wanita ini dizalimi hanya semata-mata dia percaya lelaki ini sayangkan dia dan akan memperisterikan dia.Masihkah salah wanita ini semata-mata??Mengapa lelaki ini mencari wanita lain diluar sedangkan dia sedar yang dia tidak mampu??Hanya untuk keseronokan??Penyedap??Uhhh~~ sangat kebinatangan sungguh alasan itu!Lelaki-lelaki seperti ini lah sebenarnya yang menampakkan cinta itu zalim dan kejam!
Hah..lelaki yang berperangai seperti ini pada Cik Mendezz memang tidak layak langsung untuk sebut pasal poligami!

Dan buat kenalan saya ini..saya sangat menyokong tindakan kamu. Kerana kamu berlaku adil pada wanita-wanita yang kamu benar-benar cinta. Pedulikan apa yang bakal orang perkatakan ok??Lebih baik hina di mata manusia daripada hina di mata Allah. Manusia ni apa sahaja tentang orang lain yang mereka tidak nampak??Beli seluar salah warna pun jadi bahan juga!
Kita sebagai manusia biasa perlu ingat..perjalanan hidup setiap manusia takkan pernah sama.Yang sama hanya rasa sesama kita. Yang membezakan kita pula adalah dosa dan pahala.Bukan hak kita sewenang-wenangnya kalau kita tidak pernah ada dalam suatu keadaan itu. Sebagaimana kita rasa orang lain tidak berhak hendak memperkatakan tentang kita sewenang-wenangnya tanpa mereka tahu apa sebenarnya yang kita hadapi..apa sebenarnya yang kita lalui..kan??
Sebagai manusia biasa, kita perlu adil dalam menilai seseorang.Sebab itu bukan semua orang boleh jadi hakim bukan??Masyarakat masa kini sangat lantang bermegah-megah dengan kehidupan mereka..hal yang tidak sepatutnya kita ambil tahu dan mencemar maruah orang itu lah yang jadi buah mulut..senang sungguh mengata orang..esok-esok bila kena batang hidung sendiri nak kata apa ye??Mungkin tidak kena pada diri kita..tapi mungkin pada anak-anak kita..cucu-cucu kita..siapa tahu??
Janganlah benda yang termaktub halal oleh Allah dinafikan oleh kita yang hanya sekadar manusia biasa.Dan hanya kerana apa yang boleh itu salah pada mata kita..jangan sesekali bertindak di luar batasan!Itu namanya dah melawan hukum Allah..tahu kah apa hukumnya??Tau kannnnn?? =)
Ok..penat cakap panjang-panjang..tapi ini lah yang terfikir dek Cik Mendezz malam ni..{sebenarnya dah lama sangat..tapi baru malam ini terluah!}. Jumpa di lain entry!Salam.. =)
2 ulasan:
x gile
mende betol
mmg ade org akn bnth tp Allah beri poligmi utk pe
klo bnde bek, sape kite nk hlg
@Iffah Afeefah : Setiap perkara yg telah Allah aturkan untuk kita ada hikmahnya..
bersangka baik adalah yang terbaik.. =)
Catat Ulasan