Isnin, Januari 09, 2012

Suami Yang Beriman..

Suami yang baik dan beriman sama sekali tidak akan memburukkan isteri atau bercerita perihal kelemahan/kekurangan isteri kepada orang lain. Dia tidak akan berbuat begitu sama ada berpoligami atau tidak. Suami yang baik dan beriman juga tidak akan bermuka-muka dan membuat fitnah tentang isteri ataupun wanita yang bakal dikahwini..berani berterusterang dengan isterinya mengenai niatnya untuk berpoligami. Apabila wujud lelaki sebegini..ternyata dia bukan lah calon suami yang terbaik..apatah lagi untuk berpoligami..sesungguhnya lelaki seperti ini sangat tidak layak!

Setiap insan tidak sama..jika lelaki itu benar-benar seorang lelaki yang hebat, dia tidak akan memijak kepala orang lain semata-mata kerana niatnya hendak berpoligami. Jika sebelum kahwin si suami sudah bermuka-muka..dengan isteri lain katanya..dengan bakal isteri lain pula bicaranya..dimanakah titik persefahaman jika poligami itu berlaku nanti??Akan bahagiakan institusi kekeluargaan itu??

Fikir-fikirkan ye wahai para suami/lelaki yang berniat demikian.. 

sumber : diskusi sesama teman facebook

2 ulasan:

mykhalis [Nak balas komen]berkata...

laki yg kutuk bini sendiri meamng tak berguna...sndiri tak pandai pimpin lagi mau salahkan orang lain

Azura Mendezz [Nak balas komen]berkata...

@mykhalis : Bila berjumpa dgn ciri2 suami yg begini..
i xnmpk dimana rumahtangga mereka akan harmoni..
sentiasa mencanang kelemahan isteri pada org lain..
bukannya menegur isteri itu dgn cara yang sgt berhemah!
Macam2..