Ahad, Januari 15, 2012

Mr Labuci

Lepas makan malam Cik Mendezz duduk di hadapan televisyen. Berbekalkan remote yang kejap ok kejap tak ok, Cik Mendezz memilih untuk menonton slot Cerekarama yang dah berapa minggu Cik Mendezz tak layan dek sebab leka melayari internet di malam minggu..hehe!

Slot yang sangat menarik untuk dikupas. Antaranya..idea Mr Mama memang ternyata idea yang tidak bagus terutama sekali dalam masyarakat kita yang sudah sedia maklum dengan tugas-tugas/tanggungjawab suami di dalam Islam itu sendiri yang mana tugasnya mencari nafkah untuk keluarga. Apabila si isteri yang mula menjadi ketua keluarga, power of money akan menyebabkan rasa hormat isteri pada suami akan mula luntur hari demi hari hinggalah suatu hari nanti isteri akan memandang suami itu sebagai beban {Cik Mendezz gelar 'biawak hidup'} dan akan merasakan dia boleh hidup sendiri tanpa seorang suami disisi.

Gambaran ibu mertua yang berkecil hati melihat anak lelakinya diherdik oleh seorang isteri adalah suatu pengajaran yang berharga. Pada si suami, biarpun keputusan untuk tidak bekerja telah dibincang bersama isteri, ini tidak bermakna anda perlu melepaskan tanggungjawab anda sepenuhnya kepada isteri untuk mencari nafkah keluarga. Mungkin bekerja dari rumah adalah lebih baik daripada mengharapkan isteri sepenuhnya. Macam yang kita lihat tadi, Zulaikha malu hendak membawa Malik ke majlis syarikat tempat dia bekerja kerana malu dengan keadaan suaminya yang tidak bekerja biarpun perkara ini telah sama-sama mereka persetujui. Mahukan anda para suami tidak menjadi kebanggaan isteri??Jika mahu dan sanggup, dipersilakan. =)

Yang kedua, budaya membodek dalam suatu organisasi. Uhhh~~ memang sangat memualkan menjadikan Cik Mendezz sangat bersetuju apabila isteri majikan Zulaikha menyatakan budaya membodek akan menyebabkan sistem suatu organisasi boleh terjejas. Bukankah lebih baik jika kita membodek dengan kebolehan kerja kita yang baik berbanding membodek dengan menjadikan diri orang suruhan yang tiada harga diri??Seperti Cik Mendezz sendiri, saya memang tidak tahu nak bodek majikan dengan cara membelikan dia sarapan pagi, ataupun cenderahati apabila pergi bercuti, mahupun sekadar masuk ke biliknya berbual kosong tanpa arah tuju. Saya lebih suka dinilai dengan cara saya bekerja. Itu lebih baik..kerana matlamat saya ke pejabat adalah untuk memperkembangkan karier ke arah yang lebih baik. Bukannya membina hubungan yang baik dengan cara yang tidak betul, tapi bila diberikan tugasan, hasilnya mengecewakan!

Oh tidak!!Biarpun saya akui masih ramai yang mengamalkan budaya ini di jabatan saya, dan kebanyakan mereka yang bersikap begini..suka membodek dan dibodek adalah golongan yang sudah berusia..dan cara bekerja??Hehehe..tidak perlulah saya nyatakan di sini..dan pesanan manja buat majikan saya, jika bodekan yang kamu harapkan dari pekerja-pekerja kamu, bukan kualiti kerja, jangan salahkan sesiapa jika jabatan kamu ini tidak mencapai matlamatnya!

Perkara yang terakhir yang Cik Mendezz suka dalam slot Cerekarama ini..owh..mestilah jahitan-jahitan labuci yang sangat cantik dan bergemerlapan itu!Membuatkan Cik Mendezz teringat dah lama betullaaaaahh Cik Mendezz tidak menjahit manik. Hehe!

Ok readers..itu pendapat Cik Mendezz untuk kisah Mr Labuci ini. Jumpa di lain entry..bye! =)

2 ulasan:

Saleem [Nak balas komen]berkata...

oit..... aku ni Mr Mama gak tau.... jgn lak perli aku

Azura Mendezz [Nak balas komen]berkata...

@Saleem : Alolololooo~~ terasa pulak kawan aku sorang ni..
Ko tu Mr Mama yg ada karier..
Ni Mr Mama yg kejenye dok uma jd househusband la Saleem oii!!
Hehe!