Pheww~~ hari ni baru sempat update..smlm sehari suntuk sibuk kt ofiz..dokumen&parcel melambak2..blk keje pulak terus layan Transformers ~ Dark Of The Moon kt Mid Vec..smpi rumah pulak mata dh xdaya nk on9..sempat on lappy jek..pastu Cik Mendezz tdo bbantalkan lappy..bole?? =P
Bercakap tentang post yg kali ini..Mak kite2 kan selalu pesan..cinta itu mmg la buta..tp kita janganlah buta kerana cinta..kalau perangai dah terang-terang mmg xboleh dipertimbangkan nk dibuat calon suami jgn la nk dicalonkan jugak..Kerana diakhir nanti diri sendiri juga yg merana..org luar xbuat apa..ada yg suka kita sedih..kalo simpati pon cuma bole ckp "kesiann~~"
Arjuna..jejaka..atau lelaki..Usah salah memilih idaman hati kerana ada diantaranya yg patut kita jauhi!!Jom kita skodeng arjuna spesis mana yg perlu ditolak awal2!!
1. PEMABUK - Sewel terutama sekali setiap malam minggu dan ahli jemaah tetap kelab2 malam.Kalaupun dia menjawab panggilan telefon, subjek utamanya adalah letih, mengantuk dan sakit kepala tanpa diserang demam atau penyakit.
2. PENAGIH - Dewasa ini sukar untuk mengenali lelaki sedemikian (penagih) apatah lg dgn kehadiran dadah sintetik yg membanjiri pasaran semasa.Lelaki seperti ini agak baran dan sering gagal mengawal emosi, suka memeras ugut dan hubungan yg dijalinkan selalunya kurang stabil.
3. PEROSAK - Setiap bicaranya menjurus kepada subjek seksual dan keghairahan.Bijak mempergunakan kemahiran sentuhan erotik yg mengasyikkan. Tidak semestinnya tampan tetapi tutur katanya umpama pukauan yg mampu mengawal perasaan gadis hingga tidak berupaya menolak kehadirannya. Sentiasa hangat dgn bicara romantik, godaan juga dikagumi kerana 'persembahan' yg mampu memenuhi tuntutan nafsu wanita dgn sgt baik.
4. PENDERA - Tidak byk berinteraksi atau dlm erti kata lain, seorang lelaki yg agak pendiam. Pertentangan identiti yg sgt nyata; menjadi seorg kekasih yg agak menyenangkan tetapi berubah sgt buas apabila kemarahan menguasai diri. Rata2 lelaki yg bersikap demikian dipengaruhi dadah dan masalah konflik kehidupan (kaki judi) yg tidak terbendung. Pantang silap sedikit, tangan dan kakinya pasti laju menerpa. Pantang tercabar dan dicabar.
5. PEMALAS - Kuat tidur, memilih sofa tiga tempat duduk (sofa panjang) sebagai lokasi kegemarannya. Kualiti kebersihan diri yg agak rendah. Ada sesetengahnya malas memotong rambut, kuku atau mandi bersabun!Selalunya kurang prihatin soal perapian diri dan kalau pun ada, penampilannya sekadar ringkas dan kemas.Suka memberi arahan dan sgt liat apabila disuruh. Sesekali gelagatnya menghiburkan dan seorang lelaki yg agak kelakar. Suka melepak dan cepat letih berjalan. Selalu dalam angan2 dan dunianya sendiri.
Tp walau mcmanapon jgn sesekali menjauhi Vin Diesel..kerana dia adalah antara jejaka yg sedang bertahta di hati Cik Mendezz..dr dulu smpi sekarang..OPSSS!!Hehe!! =P |
2 ulasan:
hahahaha
sangat2 sokong
cuma gambar untuk pemalas tu mana dapat
lucu
:-)
Racun Serangga Terbaru - Hansect
eheheheh...Cik Mendezz dpt kt google la Hans..
btuah I nk jumpa lelaki bsidang mcm tu dpn mata..
hahahhhaahahaahaah!! =P
Catat Ulasan