Khamis, Julai 21, 2011

Nostalgia Cinta Lama..




Bagaimana hidupnya..sebelum dan selepas kehadiranku??
Entah..
Aku faham sendiri..betapa kukuhnya sebuah cinta untuk digugat..
Apatah lagi cinta itu milik seorang lelaki yang begitu futurristik..
Lelaki yang sehebat manapun dia bermain bahasa dengan aku..
Wanita itu tetap cintanya yang sejati..
Benarkah itu??

Ah..bingung aku..kebingungan!!
Mengapa aku membiarkan perasaan itu terus berputik??
Sedangkan aku tidak tahu siapa dia sebenarnya..

Memuja bunga lain..yang terlebih dahulu..dan aku hanya sahabat..
Menyintai wanita lain yang terlebih dahulu hadir dalam hidupnya..
dan aku hanya masih seorang sahabat..

Namun perasaan aku ini..adakah ia perasaan yang sekadar satu perasaan??
Apakah aku ini invidualistik hingga perlu memaksa dia memahami..
dan mendalami perasaan ini??
Perasaan aku..yang istimewa..terhadap dirinya??

Ahh..zalimnya aku jika semua itu benar2 terjadi!
Itu bermakna..aku telah menzalimi cintanya!
Cintanya yang asyik..
Dan mungkin iramanya lebih gemersik dari irama cintaku..
Dapatkah aku menerimanya??
Bingung lagi aku..aku kembali keliru dengan perasaan aku sendiri..

Perasaan amarah kerana terlewat mengenalinya..
Perasaan rendah diri setelah mengetahui siapa dirinya yang sebenar..
Perasaan benci kerana terdetik hati ini untuk melukai hati perempuan lain..
demi diri aku sendiri..
Perasaan luhur ini terhalang kerana tiada kekuatan untuk menghadapi semua itu..

Zalimkah aku??
Butakah aku??

Bodohkah aku??
Entah..tidak mahu aku mengakui semua itu!!

Sebagaimana aku tidak sanggup untuk mengakui..
AKU SANGGUP KEHILANGANNYA..





~ 2003 ~

2 ulasan:

Syafiq Rosli [Nak balas komen]berkata...

huhu..sabar2..kadang2 cinta ini tidak adil..so kita harus kuat tempuh

Azura Mendezz [Nak balas komen]berkata...

Hehehe..kisah cinta xkesampaian zaman study..
it's over so many years back..
I'd muv on..& may I found a better person at d end of track..
=)