Ahad, November 27, 2011

Terlintas Di Fikiran.. #2


"Mummy..kalau Mummy nak Kir bawak Dhia datang sini sebab Mummy nak buat dia macam orang gaji, lebih baik Kir hantar dia balik!" ujar Zikir pada ibunya dengan perasaan marah.
"Nenek yang mahu Dhia masak!" tiba-tiba nenek Zikir muncul dari tingkat atas.

Pheww~~ bayangkan kita berada dalam situasi Dhia..apa kah yang kita rasa kan??Yang memang pandai bawak diri..pandai masak..mungkin relax-relax jer dan cakap.. "Ok..tapi tunjukkan saya dimana garam dan gula yeh??" Tapi..bagi yang sudip dengan senduk pun tak kenal..macamana pulak??Mesti seram kan??

Cik Mendezz sendiri..yang serba sederhana sahaja di dapur..kalau-kalau diuji begini oleh bakal mertua..mungkin risau jugak..lauk yang kita selalu masak pon takut jadi lauk yang tak pernah kita masak!Sape nak jawab tu??Kehkehkeh!

Apa-apa pun..masakan isteri itu salah satu pengikat kasih sayang. jangan abaikan..hari-hari dok bantai makan kat luar..sampai si suami boleh ada second thoughts "Macam ni lebih baik tak kahwin!" Yes..ada masa-masanya kita penat..tapi kalo hari-hari penat dan beralasan..tambahan tidak pula mahu mencuba..yang tak tahu masak tidak mahu belajar memasak..yang dah pandai masak pulak asyik tidak sempat aje katanya..Esok-esok..jangan salahkan suami jika dia mula nak merasa masakan orang lain!{chewahh...Cik Mendezz cakap macam dah pernah jadi isteri pulak kan??} =P

Oleh itu..kepada bakal-bakal mertua..memang Cik Mendezz bersetuju lah kalau calon-calon menantu diuji begini..tidak ada salahnya..seorang ibu senantiasa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Tapi bakal mertua pulak jangan lah mengharapkan semuanya sempurna macam masakan Chef Wan jek!Kalau itu macam Cik mendezz pon hempas periuk membaling sudip kat dapur!OPSSS..kehkehkeh! =P

P/S : Sangat tidak sabar menunggu sambungan Tentang Dhia pada hari Isnin ini!

0 ulasan: