Khamis, November 24, 2011

Spontaneous Thursday.. #21 - Terlintas di fikiran!

 Terlintas di fikiran | Terlintas di fikiran #2


Teringat dialog dlm Tentang Dhia smlm..
"Alah Mak..Azmi tu Dhia kenal lebih 5 tahun..xjadi kahwin jugak..
Jadi apa bezanya Mak..kenal sehari dgn 100 tahun??"
Cik Mendezz setuju dengan dialog Dhia ni. Kadang-kadang terfikir..bagus juga kalau masyarakat masa kini masih berfikiran begini bila berfikir tentang jodoh dan pertemuan. Tapi ternyata pemikiran kita sudah tidak seperti dulu. 

Orang dulu : dijodohkan/diketemukan ibu bapa ---> nikah ---> kenal lepas berkahwin = jarang kes penceraian terjadi..
Orang sekarang : Cari sendiri/mak ayah tidak berani nak carikan ---> berkenalan pakej siap gaduh + perang + berbaik +  manja + test drive + segala bagai ---> kecewa banyak kali ---> tak tahu kahwin atau tidak = malas/jemu/tidak percaya tentang perkahwinan..

Jika ada perempuan atau lelaki yang berfikir seperti Zikir ataupun Dhia..mereka akan dikategorikan..
  • sangat terdesak!
  • kg.com {kampung!!}
  • "Korang ni xnk kenal2 dulu ke??kot dia penyamun ke..apa ke??Cuba bawak bersabar sikit!"
  • "Jangan-jangan sudah mengandung tak??"
Dan macam-macam lagi respon negatif yang mereka akan terima..sedangkan ibu bapa hanya akan melafazkan "Alhamdulillah!" sambil tersenyum lega.. =)

Pengalaman Cik Mendezz sendiri..lama-lama kenal..memang jadi bergaduh dikemudian hari..Sebab memang Cik Mendezz ni jenis tak suka berkawan lama-lama. Bila dah lama-lama berkawan tanpa ada penghujung ni ikatan akan jadi beku dan bosan..sebab apa??Hubungan yang tiada perancangan akan membuatkan pasangan kita berasa buang masa..terlalu banyak alasan..dan mula mencari jaminan yang lebih baik..

Oleh itu..buat mereka yg dah kawan lama-lama..tapi akhirnya tidak menjadi/pasangan anda berkahwin dengan orang lain..jangan salahkan pasangan anda!Jangan tuduh dia curang atau mempermain-mainkan perasaan anda!Salahkan diri sendiri yang suka memberi harapan tetapi tidak tahu entah bila dapat menunaikannya..suka berjanji namun janji itu sekadar janji..setiap manusia ada perancangan hidup masing-masing..jika anda rasa si dia tidak termasuk dalam perancangan anda..jangan lah memberi harapan..jangan buang masa si dia..kelak di penghujung masing-masing akan saling menyalahkan..{pesanan ini secara amnya adalah untuk para lelaki kerana bukan perempuan yang salam tok kadi yeh!}And why I'm saying all these??Only because of one sweet reason..I'D BEEN THERE..so many time..and trust me..it's such a waste!Dan sekarang mentaliti Cik Mendezz kembali seperti dahulu..setia Cik Mendezz & kasih sayang Cik Mendezz hanyalah milik SUAMI.Bukan untuk mereka-mereka yang suka melengah-lengahkan penantian yang tiada berkesudahan.

P/S : Kalaulah hidup ini sebuah drama..mesti Cik Mendezz akan pilih skrip yang terbaik untuk kehidupan Cik Mendezz! =)


4 ulasan:

mentega^^terbang [Nak balas komen]berkata...

saya suh mak saya carikan calon tapi mak saya kata,

"carik sendiri, nanti apa-apa mak yang kena kemudian hari"

adesh...sampai sekarang tak jumpa la mak oii.. hehe

Azura Mendezz [Nak balas komen]berkata...

@mentega^^terbang : Hahahaahahh!!Cik Mendezz pon dulu suruh cari sendiri..
bila asik kecewa ni mak plax offer nk carikan..
tapi takut jugakkkk!!Hehe! =P

AinNur Haris [Nak balas komen]berkata...

hehehe...
serah pada-Nya..insyaAllah ditunjukkan dengan yang paling sesuai.. :)

aku dulu pun bercinta 7 tahun..last2 dia kahwin dgn org lain..alasannya,keluarga dia tak setaraf dgn keluarga aku..konon2 dia org susah..hahaha..!!kalau aku nak yg kaya, tak kan aku tunggu dia sampai 7 tahun..kan..??!!buduhsss...

apa-apapun skrng aku bahagia dgn kehidupan aku..dpt suami yg baik..yg bimbing aku ke arah lebih baik..dia pun bahagia dgn hidup dia..anak pun dah 3..Bila aku pikir2 balik, dh memang bukan jodoh kami..tak kira la apa pun alasannya..Agak2 kalau kami kahwin pun, skrng dh bercerai kot..(huhuhuu...)

ehh..cik Mendezz..
yang penting kita siapkan diri kita..buat apa yg sepatutnya..berserah sangat pun tak boleh..mengharap sangat pun tak boleh..Doa jangan berhenti ok.. aku doakan ko akan jumpa Prince Charming yang terbaik utk hidup ko...

peace yawww... :)

Azura Mendezz [Nak balas komen]berkata...

@CAHAYA MATA : Betul la kan??Tempoh perkenalan bukan ukuran..
Sebab pengikat sesuatu hubungan itu jodoh..
I xpernah putus asa..cuma ada masanya..lelah..penat..
Aminn~~ tertunggu2 siapakah gerangan Prince Charming yang bakal menempuh hidup dgn Cik Mendezz.. =)