Ahad, Jun 04, 2017

Sekejapnya masa berlalu..

2017..tahun yang agak sibuk buat Cik Dezz..tambahan pula dah serumah dengan En Shuben yang sebelum ni PJJ..meniaga serba-serbi lagi dan macam2 aktiviti yang jadikan aktiviti nak update blog asyik tertangguh dari hari ke hari sudahnya makan bulan daaa..akhirnya malam ini baru berkesempatan..itu pon tak pasti lagi entry ni panjang sedepa atau sejengkal sekejap lagi..hehe!

Tahun ni officially bergelar #MakcikKuih dan #PremiumBeautifulExpert . Alhamdulillah..memula malu juga nak buka mulut nak berniaga..biasa mulut ni sibuk gelak kuat2 je..hihihi!
Dan Alhamdulillah. .ini Ramadhan kali kedua bersama En Shuben tercinta..masih menantikan kehadiran si kecil dalam hidup kami..doakan yang baik2 ye! Akak nak pulun #JamuHerbaMaharani nanti..tengok testimonial pon menarik ja..Cik Dezz last amalkan masa siang malam dok kerja masa single sebelum ni..Siang keje office..malam dan hujung minggu keje part time cashier..mana larat kalo takde tenaga..makan la jamu ni supaya tak letih..kelmarin Cik Dezz dok google testimonial bukan setakat tak kasi letih ja..lebih dari itu khasiat jamu ni..patut la #HotSelling item!

Kejap..Cik Dezz terbagi testimonial #JamuHerbaMaharani ka??Bukan update recent activities ekk?? Opss..takpe lah..nanti cerita lain ekk..nak tido dulu..esok nak bangun sahur..masak pulak..Selamat malam cinta!

0 ulasan: