Jumaat, Oktober 10, 2014

Belanjawan 2015

Hari ni our beloved Prime Minister bentang belanjawan untuk 2015. Agaknya apalah pengumuman yang baik untuk penjawat awam terutamanya kami golongan pembantu tadbir ni. Risau..resah..gelisah..semua ada!

02/10/2014 dah umum minyak naik.Naik minyak dah kami  sekejap..buat kerja pon ati tak senang.Macamana nak tambah lagi pendapatan kalau barang naik harga lagi. Sekarang ni Cik Dezz hari-hari kerja.Sabtu Ahad pon buat kerja sambilan. Malam aje berehat. Hari Isnin datang pejabat badan lesu sebab hari Ahad punya letih kerja sambilan tak habis lagi. Kalau tak boleh nak cope gak tak tahulah masa mana lagi nak selit untuk kerja sambilan kedua..ada tak kerja yang boleh buat sambil tidur??Kalau ada cantek ar tu..

Kuda besi ni pon sesekali je mandi.

#MohLaKitaBkojoSekueknyoooo!!

Jumaat, Oktober 03, 2014

Salahkah??

Seawal pagi tadi bertolak ke pejabat dengan bekalan undercover. Bekalan yang bekasnya pakai buang dan tak payah bawak balik. Senang keje..senang nak proceed modus operandi. Modus operandi apa??RAHSIA!Hehehe!

Sampai di pejabat..parking motor dah penuh.Aku pon main selit je la mana yang motor aku muat nak selit. Then terus bergegas kejar lift naik tingkat 12.Dalam tengah bergegas  tiba-tiba..alamakkkk..ternampak seseorang yang errrr...ehem-ehem!!Hahahahahah! Ok..tak bercinta tapi pernah rapat..feeling macam bercinta tapi complicated..Tapi..tapi..tapi..hahahahahah! Adoi!!Ok..no details!

So..dalam jam nak dekat ke 8.15 tu aku perlahankan langkah dengan harapan dia sempat naik lift dulu aku pon tak perlu lah malu-malu alah dengan perasaan "kalau tak tegur dia kata aku sombong kalau aku tegur dia kata aku nak ngorat dia". Tapi bila sampai kat lift lobby tengok dia terpacak lagi. Adoiiii...

So..aku tak nak fikir banyak..aku tegur..muka buat-buat biasa walaupon hakikatnya tebal jek rasa. Apa yang aku malu sangat lah dengan dia ni..

"Assalammualaikum.."  Aku tegur dia .

"Waalaikumussalam.. Lama tak nampak??" Dia toleh sekejap dan tengok lampu lift kembali.

"Ah ah..menyorok.." Hehe..boleh aku jawab gitu??

Thanks to Allah lift pon sampai.Sambung lagi berbasa-basi dalam lift..sambil borak tu aku macam rasa-rasa terdengar satu lagu..

Tidak salah rasanya
Andai ku memuja
Anggun di wajahmu
Kerna hati ini telah tertawan

Cinta tak kenal siapa
Hadir tanpa dipaksa
Walau berkecai badan
Melepaskanmu..aku rela berputih tulang..

Duhhh..handphone siapalah ni??Macam kena-kena jek lagu tu dengan kami..(erk??)

"Balik kampung ke raya haji?"

"Ah ah..balik. Halfday hari ni." Ok..jujur..ni la modus operandi aku arini..nak lari dari office!Hehe!

Aku call it off since dah sampai level office aku.

Dan tak sanggup aku lihat
Engkau dipimpin oleh insan lain..

Laa..bunyik lagi lagu ni!Mana datang ni??Aku pon on screen handphone aku.

CISSSSS!!!Mesti aku tertekan mp3 player masa aku off screen tadi.Mujur lah sayup-sayup je! Aii malu tau!!Aaaaaaa!!