Rabu, Mac 30, 2011

Peluang kedua..

Alamak..lupe nk post blog ni..
Walhal Dezz dh update ms kt Johor ritu..hehe..
Layanzz~~

***Wah..nyamannya tengahari ni..
Maklumla..tgh kt kg halaman bersama keluarga tercinta..
mcm pelik pulak pg td bila pergi bersarapan kt luar tgk org lain semua pakai baju kerja..
sedangkan Dezz, mak & Ayah pulak dgn baju riadah..
layan jogging kt tepi muara Tanjung Emas pg2..
owh yeah..memang layanzz~~

Seblom blk ke Johor tghari semalam..
Dezz sempat singgah ke PD..
Bertemu dgn seseorg yg pernah bertahta di hati Dezz sebelom ini..
tp dek kesibukan kerja dia..
&keterbatasan waktu serta jarak yg memisahkan..
Dezz dcide utk bawa haluan sendiri..
& xmahu menaruh harapan pd dia lg..
Pd Dezz..dia seorg lelaki yg ego..dan xkn sekali2 bertolak ansur mahupon mpertimbangkan apa2 pon permintaan Dezz demi mahu memelihara kesejahteraan perhubungan kami..

Tp ternyata..dia lelaki yg kurang berkata..lebih byk bertindak dpd bercakap..
Bila Dezz dpt tau dia dh dpt tukar kembali ke semenanjung..
Dada Dezz rs lapang..selapang2nya..xtau kenapa..
mungkin sebab kami berpisah secara baik..
bukan kerana pengkhianatan yg xdapat Dezz terima..

Byk yg kami bualkan sepanjang pertemuan..
byk persoalan yg terbuku selama ini terjawab..
Tp hati ini seperti takut utk kembali mengharap seperti dulu..
Walaupon xdapat Dezz nafikan..Dezz gembira sgt3 dia dh kembali ke sini..
Dia tetap mcm dulu..lembut..tenang & sabar dgn karenah Dezz..
Yg byk bertanya..yg suka bermanja..yg suke merajuk..
Dia masih mcm dulu..ada masa sengaja bsikap sinis..
menjengkelkan..namun rasional..
Sedikit sebanyak..pertemuan semalam mengubat rindu kami..
Dua tahun kami membawa haluan sendiri..ternyata masih xkemana2..
Mungkin kini..apabila jarak sudah tiada halangan..
juga waktu sudah tidak jadi penghalang..
Kami memutuskan utk mencuba sekali lg..
semoga kami lebih belajar dpd kesilapan dek perpisahan yg lalu..
Dezz tahu dia marah bila Dezz putuskan utk bawa haluan sendiri kerana keadaan yg xmengizinkan utk hubungan kami berjalan dgn tenang ketika itu..
Lebih dia marah apabila mengetahui lelaki selepas dia bukan lelaki bujang..
Semua itu mengundang kemarahan..tp dia tetap diam & sabar memerhatikan segala2nya bermula hingga ia berakhir..

Namun itu semua sudah berlalu..biarkanlah...
biarkan semua itu menjadi pengajaran buat kami supaya tidak terburu2 lg selepas ini..
Semoga kali ini perhubungan itu berjalan dgn lebih lancar dan tenang..
Dezz xmahu nk fikir byk2 lg..
Kerana pd Dezz..dia mampu menjaga Dezz & menjamin masa depan Dezz jika kami melangkah lebih jauh..
Akan tetapi..pd ms yg sama..xberani juga nk meletak harapan yg tinggi..
Bimbang kelak jatuhnya lebih sakit lagi..biarkan saja ia berjalan dgn tenang & lancar..
Andai dia bpegang pd kata2 dia..Insya Allah..adalah jodoh kami..
kalo tidak..mungkin bukan dia juga bahagia yg Dezz nanti2 kan selama ini..

Bila bercakap tentang lelaki dlm hidup Dezz..
Mmg byk yg Dezz mahukan..logiknya..kerana Dezz mahu bercerai mati dgn suami Dezz..
Dezz xmahu bcerai hidup..sungguh2 Dezz xmahu..
Ya Allah..jauhkan aku dr perkara yg itu..
  1. Dezz mahukan lelaki yg jujur tentang apa perasaan dia pd Dezz..jika dia sekadar hanya mahu berkawan..berkawan sahaja lah..jgn letakkan apa2 harapan yg lebih2..kelak nti yg luka bukan org lain..Dezz jugak..
  2. Dezz juga mahukan lelaki yg ikhlas pd Dezz..bukan yg sekadar dtg dgn penuh muslihat..dan menaburkan perbagai janji palsu yg mungkin xkan tertunai..
  3. Dezz juga mahukan lelaki yg tahu erti tanggungjawab sebagai seorg lelaki..Dia bukan menjaga ahli2 keluarga perempuannya..tetapi juga tau menghormati wanita lain di luar keluarganya..xkn sekali2 terdetik mahu mengambil kesempatan biarpon peluang itu terbuka luas di depan mata..{ada lg ke lelaki yg mcm ni??} Dia juga tahu tanggungjawab dia pada diri dia..keluarga dia..serta wanita2 yg dia sayangi..
  4. Dezz juga mahukan lelaki yg stabil..Stabil dr segi ekonomi & emosi dia pd Dezz..nk ckp Dezz materialistik ke..apa ke..terpulang..tp dlm sedar xsedar kita kene akui betapa kestabilan ekonomi pasangan kita juga antara jaminan kebahagiaan suatu keluarga..kan?? =)
  5. Pd masa yg sama dia berpendirian..dia bukan lah lelaki yg xada pendirian & xmampu buat keputusan sendiri dalam hidup dia..owh tidak..mmg Dezz xmahu lelaki yg seperti ini!!Biarpon Dezz seorg perempuan yg berdikari..Dezz masih mahu idea2 bernas dpd si dia..bukan sekadar membuat keputusan yg ikutkan hati..& xfikir panjang..
  6. Dezz mahukan lelaki yg mbuka ruang diri dia utk Dezz fahami..bukan yg jenis mahukan hanya Dezz yg memahami dia..Jgn harapkan Dezz akan fhm sendiri setiap apa yg tsirat..sebab Dezz xde ms nk fikirkn jauh2 ttg apa yg tsirat itu..berterus terang adalah yg tbaik..
  7. Bertolak ansur..tolonglah ada perkara yg satu ini..mmg susah sgt3 kalo xde..lg2 kalo time dua2 merajuk..dua2 pon tgh marah..dua2 pon tgh bengang..sikap tolak ansur ni tolonggggla ada..
  8. Bole menerima teguran..kalo Dezz salah..Dezz bole terima kalo ditegur asalkan kene caranya..makanya dia juga boleh ditegur..Ini x..dia jek yg ley sesuka ati tegur kita..bila kita tegur dia..dia melompat xhengat!Duuhhh~~~ mau sakit jantung dgn org mcm ni..
  9. Lagi satu bab2 menipu & hipokrit..Dezz mmg sesungguhnye xley blah!!mmg rs nk lempang aje la lelaki2 kaki penipu & hipokrit ni...mesti dr kecik dh pandai menipu..tu yg tbawak2 smpi ke beso..hishhh!!
Alhamdulillah..sepanjang perkenalan Dezz dgn ramai lelaki yg dtg & pergi dr hidup Dezz..
Ternyata masih dia yg memiliki semua itu..apa yg Dezz mahukan..
Makanya..pd Dezz..tidak salah rsnya jika Dezz memberikan dia peluang kedua..
Mungkin peluang itu akan dia hargai..mungkin juga bakal dipersia2kan begitu sahaja..
tp xmengapalah..dgn sisa perasaan yg masih ada antara kami yg kembali dipupuk semula..
Dezz harap semuanya bakal berakhir dgn baik..
Dezz xmahu kecewa lg..sungguh2 xmahu..kerana sesungguhnya ia sangat2 mnyakitkan!!
Dan..buat ms ini juga biarlah Dezz diam2kan dahulu siapa orgnya sehingga semuanya pasti..
SSSYYYYHHHHH!!!! =P

Semoga Tuhan semakin mendekatkan Dezz dgn bahagia Dezz..
biarpon hidup ini bukan tentang apa yg kita mahu..
tetapi tentang apa yg perlu kita hadapi..
tp harapan & doa Dezz tetap satu..
Semoga Dezz diketemukan dgn jodoh Dezz..
yg mampu membahagiakan Dezz sebagai seorg isteri..juga ibu pd anak2 Dezz sendiri..
Dan semoga bahagia itu kekal hingga ke syurga..biarpon byk dugaan yg bakal melanda sepanjang Dezz menempuh bahtera kehidupan di alam fana ini..
Aminn~~ Ya Rabbal Alamin.. =)

0 ulasan: