Jangan pernah sekalipun kita jadikan seseorang itu keutamaan kita sedangkan kita ini hanyalah pilihan dalam hidup dia..
Khamis, Disember 08, 2011
Spontaneous Thursday.. #28
Label:
Apa yg kurasa..,
Spontaneous Thursday
Spontaneous Thursday.. #27
Sometimes..you will never know the value of a moment until it becomes a memory..
Label:
Nice Quotes,
Spontaneous Thursday
Rabu, Disember 07, 2011
Terlintas Di Fikiran.. #3 - Melepaskan "Azmi" saya..
Terlintas di fikiran #2 : Terlintas di fikiran #4
Hati Cik Mendezz sudah lama memendam rasa..hari demi hari..hinggalah kemuncaknya semalam..luka itu menjadi sangat-sangat menyakitkan hingga sudah tidak tertanggung lagi..sudah puas memujuk hati..sudah puas memahami..namun ternyata dia bukan untuk saya. Mujurlah slot Tentang Dhia banyak mengajar Cik Mendezz tentang pengertian sebuah cinta. {even Cik Mendezz ni tidak lah seanggun Dhia yang comel berdentum tu!}
Dalam slot Tentang Dhia..Azmi menyayangi Dhia sepenuh hati..jiwanya penuh dengan Dhia..namun, ketentuan Tuhan menyatakan mereka tidak ditakdirkan untuk bersama..pelbagai rencam dugaan yang mereka alami hingga menjelang hari perkahwinan mereka..dan akhirnya mereka mengalah..mereka sedar..mereka tiada jodoh..biarpun rasa cinta mereka amat sarat dan dalam..
Begitulah rasa saya pada "Azmi" saya..sangat sarat dan dalam..hingga saya mampu menutup mata biar berkali-kali dia melakukan kesilapan..dan menyakiti hati ini secara sedar ataupun tanpa sedar..namun..setelah sekian lama..saya kene bangun..dan bangkit! "Azmi" saya ada kehidupan dia sendiri..dia bukan milik saya..dan biar pun luka itu sangat mencarik-carik perasaan saya..hingga saya sudah tidak mampu menangis..saya perlu tinggalkan dia..apa guna mempertahankan sesuatu yang tidak pernah ada??Apa guna memujuk hati bersangka baik sedangkan semua yang menyakitkan makin hari makin sengaja dia lakukan seolah-olah tidak berperasaan??
"Azmi" saya sudah tidak menjadi seperti Azmi yang dicintai Dhia."Azmi" saya tidak dipenjara..tetapi dia memenjara saya dengan janji-janji yang tidak tertunai. "Azmi" saya tidak pernah dianiaya..tapi dia menganiaya perasaan saya yang dia sendiri tagih dan rayu untuk diberi peluang sebelum ini."Azmi" saya berasa sangat kebal hingga merasakan apa jua yang dia lakukan takkan mampu membuat saya melangkah pergi!Kejamkan "Azmi" saya??
Bukan saya menghukum dia..tetapi semua ini berlaku akibat hubungan yang tiada penghujung..saya menjadi bosan dan marah hingga beberapa kali saya mengingatkan hati saya..saya perlu mencari jaminan hidup saya sendiri..di mana jaminan itu tidak mampu "Azmi" saya lakukan..dan hari ini..saya lepaskan "Azmi" saya pergi. Dan yang paling ajaib..biarpun rasa sesal dan terbuku itu ada..saya tidak menangis.Kuasa Tuhan yang membuatkan yang membuatkan saya sangat bersyukur. Saya telah diberi kekuatan setelah sekian lama menjeruk rasa dilukai "Azmi" saya yang sangat-sangat saya sayang.. =)
Dan kini..saya menunggu masa saya untuk menemui "Zikir" saya..mungkin "Zikir" saya tidak sehebat yang digambarkan Zikir yang hadir dalam hidup Dhia..tapi cukuplah jika dia tahu menghargai perasaan saya dan bertanggungjawab diatas segala perbuatan dan janji-janji dia..saya mahu dia menyintai saya kerana agamanya..biarpun saya masih berusaha untuk menjadi muslimah yang benar-benar sejati.
Buat seorang sahabat yang ikhlas menyayangi saya..terima kasih kerana menyedarkan saya betapa saya perlu melepaskan "Azmi" saya..ya..saya akan ketemu dengan "Zikir" saya..asalkan saya tidak putus asa..terima kasih kerana sentiasa mengejutkan saya pada saat saya terjatuh dalam kekecewaan dan cepat-cepat menarik saya agar bangkit dari kekecewaan itu sendiri..hanya Allah yang dapat membalas jasa kamu..Saya akan cuba untuk menjadi sekuat kamu..biarpun ada masanya saya cemburu melihat kamu begitu kuat dan tabah..namun saya tahu..kamu juga bangkit dari kejatuhan dengan susah-payah..terima kasih sangat-sangat!Hanya itu yang termampu untuk saya ucapkan disamping menghargai kehadiran sahabat seperti kamu dalam hidup saya. =)
Mungkin akan ada banyak "Raffi" yang masih dan tidak jemu-jemu mendekati saya..dan saya anggap segala usikan-usikan nakal itu sebagai penghibur hati saya di kala sunyi dan sedih..tapi pada masa yang sama..saya tahu "Raffi"-"Raffi" yang hadir ini juga seperti saya..pernah melalui perkara-perkara yang menyakitkan hingga mereka juga berasa serik untuk mempercayai cinta..suka saya berpesan pada "Raffi"-"Raffi" ini..sebagai lelaki yang salah satu tanggungjawabnya adalah pemimpin..kamu jangan putus asa!Dan percayalah suatu hari nanti kamu akan ketemu dengan "Dhia" kamu juga..seperti saya yang sabar menunggu hadirnya "Zikir" saya..doakan kita sama-sama ketemu apa yang kita cari..
Dan buat "Azmi" saya..terima kasih kerana menjadi insan yang pernah menyayangi saya..pada masa yang sama..kamu lukakan hati saya semahu-mahunya..sekurang-kurangnya..selepas ini..saya akan belajar untuk mengelak "Azmi" demi "Azmi" seperti kamu.. =)
Label:
Apa yg kurasa..,
Tentang dia..
Bila kita sayangkan seseorang..
Bila kita sayangkan seseorang..
kita takkan pernah mementingkan diri..
Tapi dia??
Hati berkata-kata, "Tak mengapalah..terima sahaja..dia memang begitu.."
Bila kita sayangkan seseorang..
Kita sanggup buat apa sahaja demi dia..
Kita tunggu dia lama pun tidak mengapa..
Tapi bila dia menunggu kita??Tak sampai 10 minit pun dia dah marah-marah..
Adatlah..ada yang menunggu.. ada yang ditunggu..
Bila kita sayangkan seseorang..
Kita tidak tidur pun tidak mengapa demi mahu melayankan karenah dia..
Tapi bila kita pula yang bosan..ada dia nak melayan??
Tapi kita pujuk juga hati ini.."Tak mengapalah..mungkin dia sibuk!"
Bila kita sayangkan seseorang..
Jika kita bergaduh dan bertengkar dengan dia..kita menangis..
Kita telan sahaja semua kesalahan dia..
Tapi dia..seronok berjimba dengan kawan-kawan..
Masih kita pujuk hati sendiri, "Tak mengapa..dia tengah tension tu.."
Bila kita sayangkan seseorang..
Kala bergaduh pun, kita tebalkan muka nak bercakap dengan dia..
Tapi dia tak jawab pun panggilan kita..ada masanya dia matikan terus telefon bimbitnya..
Bila jadi begitu..masih kita bersangka baik, "Layankan sahaja..dia tengah lepak dengan kawan-kawan dia la tu.."
Bila kita sayangkan seseorang..
Kita bercerita semua benda dengan dia..
Kita kongsi segala yang ada..
Tapi dia??Yang seronok sahaja mahu bersama..
Tatkala sedih??
Pada kita..susah dia..susah kita juga..
Pada dia..senang dia..milik dia sahaja!
Masih kita redha..kita anggap dia spesis lambat nak sedar..
Dan apabila dia yang bercerita kepada kita??
Kita perlu dengar dan beri sepenuh perhatian..
Jika tidak..dikatakan kita tidak ambil peduli..
Masih kita bertahan..dek kerana sayang..
Bila kita sayangkan seseorang..
Apabila sama-sama lapar..
Kita bahagiakan saja bahagian kita pada dia..
semata-mata kita tak mahu dia lapar..
Nak jaga perut dia..kasihankan dia..
Bila kita sayangkan seseorang..
Apabila dia letih..kita suruh dia berehat..
Tapi bila kita yang letih..dia buat tak faham je..
Kita pujuk hati ini, "Ala..bukan selalu..kasi chance sajalah!"
Bila kita sayangkan seseorang..
Tidak tentu arah rasanya apabila kita tahu dia jatuh sakit..
Berkejar nak buat segalanya untuk dia..
Tapi bila diri ini yang sakit..dia suruh berehat sahaja di rumah..
Hati kita berbisik.."Tidak mengapa..takkanlah mahu berkepit sepanjang masa??"
Bila kita sayangkan seseorang..
Kita tidak sanggup melihat dia derita..
Tapi tidak pernah dia cuba untuk menghargai..
Apatah pula mahu ambil tahu betapa kita sayangkan dia..
Bila kita sayangkan seseorang..
Memang sukar untuk tinggalkan dia kalau kita mahu ke mana-mana..
Dan jika boleh..kita mahu dia senantiasa berada dihadapan mata..
Tapi pada dia..kawan-kawan juga kekasih-kekasih yang lain lebih utama!
Bila insan yang kita sayang memperlakukan kita begini..
Lebih baik kita berkorban rasa..
Tinggalkanlah dia dan biarkan dia buat apa sahaja yang kita suka..
Biarkan dia bahagia dengan cara dia..
Akan tetapi..bernilaikah pengorbanan ini??
Akan mengertikah dia bahawa hati ini sebenarnya telah menyimpan seribu duka??
Tidak mengapalah..kita pujukkan hati ini, "Janji dia bahagia.."
Mungkin..apabila kita sudah tinggalkan dia buat selama-lamanya..
Barulah dia sedar tentang kewujudan kita..
Barulah dia sedar yang kita selalu ada pada saat yang dia memerlukan..
Dia datang menziarahi pusara kita..
Dia sebak..menangis..dia minta maaf di atas semua kesalahan dia..
Dia tersedu-sedu.dan minta maaf lagi sebab tergamak buat kita macam tunggul kayu..
Dia minta maaf sebab selalu menyeksa perasaan kita ini tanpa rasa bersalah walau sedikitpun..
Dia berjanji 'hanya kita yang bertakhta di hatinya selama ini'..
Dan dia meminta maaf berulang kali di atas kekesalannya memperlakukan kita sebegitu rupa..
Tapi..mengertikah dia..
pada ketika itu..semuanya sudah terlambat??
Semuanya sudah tidak akan mampu memberi apa-apa makna lagi..
Semuanya sudah berakhir!!
sumber : diolah dari Facebook threading.. =)

Jumaat, Disember 02, 2011
Menggadaikan Agama Kerana Dunia.
Mungkin tidak terfikir kita dengan semua ini namun dari setiap patah kata keluar dari mulut Rasulullah S.A.W. ternyata terbukti di zaman sekarang.
Daripada Abu Hurairah R.A. berkata ; Rasulullah S.A.W. bersabda, "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama, Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang diperbuat daripada kulit kambing {berpura-pura zuhud dari dunia} untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala {mempunyai tujuan-tujuan jahat}". Allah S.W.T. berfirman kepada mereka "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku? Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku? Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim {cendiakawan} pun akan menjadi bingung {dengan sebab fitnah itu}".
~Hadis Riwayat Tarmizi~
Golongan yang dimaksudkan di dalam hadis ini ialah orang-orang yang menjadikan agama sebagai alat untuk mendapatkan keuntungan dunia. Mereka rela menggadaikan agama untuk meraih keuntungan dunia. Dan apabila bercanggah kepentingan dunia dengan hukum syarak, mereka berani mengubah hukum Allah dan memutarbelitkan kenyataan. Mereka juga pandai mengemukakan hujah-hujah yang menarik dan alasan-alasan yang memikat hati, tetapi sebenarnya hujah-hujah dan alasan tersebut hanya semata-mata timbul dari kelicikan mereka memutarbelitkan kenyataan. Mereka menipu orang lain dan juga menipu diri mereka sendiri.
Mereka akan dilanda kekusutan pemikiran yang sangat tajam sehingga orang alim yang banyak pengalaman pun akan kehabisan akal dan buah fikiran, Mereka menghadapi masalah-masalah yang meruncing dan akan menemui jalan buntu dalam permasalahan yang dihadapi. Kalau kita perhatikan dunia Islam hari ini, keadaannya tidak jauh daripada gambaran yang telah dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W. Ulama yang dimaksudkan dalam hadis adalah ulama su' yang menjual agama mereka dengan harta benda dunia, bukan ulama akhirat yang mewarisi tugas para Nabi dan yang meneruskan penyebaran dakwah dari masa ke semasa. Ulama jenis ini bercakap menggunakan ayat suci al-Quran semata-mata demi kepentingan sendiri, selain sanggup memutar belit ayat suci Allah S.W.T. bagi meraih keuntungan dunia.
sumber dari sini
sumber dari sini
Langgan:
Catatan (Atom)