Memaparkan catatan dengan label Spontaneous Thursday. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Spontaneous Thursday. Papar semua catatan

Khamis, September 11, 2014

Spontaneous Thursday #53 : Happy Belated Birthday!!!

Pejam celik..pejam celik..sekejapnya dah Khamis..event yang tertangguh semalam diteruskan..which is celebrating our office colleague belated birthday.. Cik Ta 15/07..Wanie 11/08..

Punca kelewatan adalah disebabkan tuan punya badan cuti bersalin.Sanggup tunggu depa naik keje nak sambut punya pasal!Hehe!

Homemade birthday cake by Mama Ayuzie.


Belated birthday ladies. Left : Wanie..Right : Cik Ta



Selamat hari lahir para sahabat..Semoga persahabatan ini kekal hingga ke jannah! Aamiinn.. =)

Khamis, Januari 23, 2014

Spontaneous Thursday.. #52

Kebelakangan ni kelihatan media semasa terutama akhbar dan laman sosial seolah-olah tidak segan silu dan tidak sensitif apabila menayangkan mangsa-mangsa jenayah kejam dan kemalangan jalan raya..sekurang-kurangnya hormatilah perasaan ahli keluarga terdekat mangsa..

show some respect!!!

Cuba bayangkan salah seorang ahli keluarga kita yang melalui semua itu {mintak dijauhkan!} apakah perasaan kita jika aib jenazah mereka disebarkan??Ke tak pernah fikir??Hurmmm...

Khamis, Ogos 15, 2013

Spontaneous Thursday.. #51 - It's been a while!

Assalammualaikum..salam lebaran..harap-harap masih belum terlewat untuk Cik Mendezz mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidilfitri 1434H..maaf zahir dan batin. Maaf dipinta kerana telah sekian lama diri ini tidak bertinta..
 
Ternyata dalam tempoh setahun banyak perubahan yang kita lalui..yang kita hadapi..ada yang lebih baik..ada yang sebaliknya..namun itu bukan alasan untuk kita mudah mengalah dengan kehidupan kita. Selagi kita bernafas, itulah tanda Allah SWT masih memberikan kita peluang untuk memperbaiki hidup kita agar lebih baik dari semalam.
 
Ok..sampai sini dulu..nanti kita bertemu lagi! =)

Khamis, Ogos 23, 2012

Spontaneous Thursday.. #50 ~ Salam Lebaran 2012

Salam lebaran bloggers..readers..&followers..harap-harap masih belum terlewat untuk wish!!

Sejak dua menjak bergelar isteri ni memang jarang betul lahhhhh Cik Mendezz update blog kan?? {Cik lg ke??Hihihihi!} Setakat jengah blog dan tengok post kengkawan je..itu pon as a silent readers. Sorry banyak-banyak..xde niat nak jadi blogger suam-suam kuku. Tp sejak buat preparation wedding sampai la sekarang ni memang sibuk sangat-sangat..

Mula-mula sekali sibuk shopping barang-barang hantaran..kejap pi sopping complex sana..kejap pi sopping complex sini..mujurlahhhh adik-adik Cik Mendezz komited membantu dan memberi cadangan yang terbaik untuk majlis yang serba sederhana tapi meriahhhh gitu..hihihi!

Lepas shopping barang-barang hantaran sibuk balik kampung setiap minggu selesai kan urusan di sana. Cari pakej pelamin..setlekan katering..buat barang hantaran..dokumen perkahwinan..memang kene indipendant sungguh sebab bakal suami Cik Mendezz di seberang laut..hukkk~~

Dalam sibuk uruskan majlis, kene selesaikan urusan pindah rumah pulak. Mujurlahh masa berpindah-randah ni hubby dah mula cuti kahwin. Maka bergotong royonglah dia dengan adik lelaki Cik Mendezz mengangkut barang ke penthouse yang tak ada lift tu. Hahahahaha!!Lesu memasing! Seblom kahwin  Cik Mendezz duduk di kawasan Bukit Jalil..lepas kahwin cari pulak tempat lain..saja tuko angin..Bukit Jalil makin sesak dan padat..tak mampu dah hari-hari nak keluar kerja awal. Bila dah pindah rumah baru ni..seronok pi keje..hari-kuar pukul 7++..hihihihi!

Ni la rupa rumah baru masa mula-mula letak barang. Memang banyak dan renyah!

Lepas pindah-pindah barang Cik Mendezz pun dah terus balik ke Johor..sibuk betul lah dengan urusan majlis perkahwinan kami..dengan pakej pelamin tukar last minit sebab dapat mak andam banyak songeh..dengan kad jemputan lupa nak edar awal..memang kelam-kabut..nak menangis pon ada..mujur lah semuanya berlangsung dengan baik dan sempurna..bersyukur sangat-sangat.. =)

07/07/2012

Dua hari selepas majlis..ibu bapa Cik Mendezz pula mengerjakan umrah. Mujurlah amik katering..kalau tidak sure menangis punye nak kemaskan rumah lepas majlis tu. Lepas majlis pula Cik Mendezz dan suami terus pulang ke ibu kota. Memang penat sangat-sangat sampai nak online pon lesu..hihihi!

09/07/2012



Dan dua hari selepas ibu bapa Cik Mendezz mengerjakan umrah, suami cik Mendezz pula pulang ke tempat kerjanya di kepulauan borneo..sedey tauuuu..baru kawen kene tinggal.. tapi apakan daya..kerana sayang kuturutkan saja..dengan doa penuh harapan si dia akan dapat posting balik ke semenanjung cepat-cepat!Hehe! 

Hari kedua Ramadhan ibu bapa Cik Mendezz  kembali ke tanah air. Memang rindu sangat-sangat kat mereka. Mengenangkan suami yang jauh memang setiap hujung minggu tak lekat di rumah. Kalau tidak ke rumah adik di Sepang, Cik Mendezz dengan adik akan pulang ke Muar untuk berbuka dengan keluarga tersayang. 

Dua minggu menjelang lebaran Cik Mendezz terima berita gembira. Suami Cik Mendezz dapat cuti raya..YEAYY!!Alhamdulillah..merasa gak beraya dengan suami pada Syawal pertama bergelar isteri. 

Excited punya pasal, lupa nak amik pic raya berdua..ni je la pic incik somi berbaju Melayu di hari raya..hihihi!

Sebelum beraya rumah saudara-mara sebelah Cik Mendezz.

Seronok beraya tahun ni..setelah bertahun-tahun bercinta..barulah kami dapat raya bersama. Sebelum ni jumpa sehari sebelum raya..tak pun beberapa hari lepas aidilfitri. Dan inilah buat kali pertama kami sibuk ke sana ke mari. Segamat-KL dah macam KL-Shah Alam je ulang alik..hihihi!

Doakan yang terbaik buat kami sekeluarga. Semoga semuanya akan lebih baik dan bahagia. Aminnn.. <3

Khamis, Mac 15, 2012

Spontaneous Thursday.. #49

Biar sehebat manapun beribu penipuan..tewas jua dengan satu kebenaran..
Biar seangkuh mana beribu kejahatan..tumpas jua dengan satu kebaikan..
Kerana cahaya {kebaikan} itu lumrahnya menyinari kegelapan {kejahatan}..

Khamis, Februari 16, 2012

Spontaneous Thursday.. #48

Assalammualaikum dan selamat petang..dah hampir seminggu Cik Mendezz tiada mood untuk online..facebook ke..blogging ke..apa ke..semuanya kerana tiba-tiba datang dugaan yang tidak disangka-sangka..di mana ia menuntut jalan penyelesaian dalam kadar yang SEGERA. Selagi tak selesai perkara yang satu ni..selagi itu lah Cik Mendezz stress..

STRESS!!STRESS!!STRESS!!

Dah berhari-hari stress..sampai nak makan pun lupa..dah 4-5 hari macam ni..Sampai malam tadi goreng spaghetti pun lupa letak garam!Duhh~~ teruk la penangan stress kali ini!Pheww~~

Kita acapkali menghukum orang lain tanpa sedar..mereka begitu..dia begini..Dan kini..apa bila giliran kita yang melalui semua itu..baru kita sedar, apa yang telah kita lakukan..dan kita berazam untuk memperbaikinya agar hari-hari yang mendatang akan lebih baik.

Dan kadangkala..kita menginginkan sesuatu itu hadir dengan cara yang indah..tetapi Allah menduga dengan memberikan apa yang kita mahu dengan cara yang kita tidak pernah mahu..menjadikan sesuatu yang sepatutnya mendatangkan kebahagiaan kini berbaur dengan tekanan dan sesalan..

Apakah penantian ini akhirnya berpenghujung??Apakah penghujung saya??Akan kah semuanya berakhir dengan baik dan bahagia biarpun permulaannya hanyut dan jauh??Saya tidak tahu apa yang bakal menanti di hadapan..

Namun harapan saya, dugaan yang hebat ini dapat kami tangani sama-sama..supaya kami akan sama-sama belajar dari kesilapan yang lalu..berazam memulakan hidup yang lebih bertanggungjawab dan penuh ketenangan setelah sekian lama keresahan menghantui diri biarpun rasa cinta dan kasih yang ada itu teramat dalam..

Keresahan itu yang menabur garam dan pasir dalam dugaan ini..pertengkaran..buruk sangka..curiga..kecewa..marah..cemburu dan lara meresap hari demi hari menjadikan ada masanya tiada gunanya mempertahankan lagi..Namun masih rasa itu tidak mahu pergi..biarpun berkali-kali kami cuba..biar pun berkali-kali saya lari..Nah..sekarang..semuanya dihadapan mata!!

Berdoa..berdoa..berdoa!!

Semuanya akan baik-baik sahaja..permulaan yang lara ini akan berakhir dengan kesudahan yang baik..selepas ini, hubungan yang penuh keresahan ini diharapkan bakal berisi dengan rasa tanggungjawab dan masa depan yang pasti lebih baik!!

Amin..amin..amin!!

Saya positif..berusaha menangani tekanan itu sampai kini..satu fasa penuh suka duka telah kami tempuhi..kini kami berada di fasa yang seterusnya..menanti lagi untuk sedikit waktu..dengan penuh tekanan dihimpit dari semua sudut..Tidak mengapalah..saya redha..ini bahagian kami..yang penting, kami belajar dari kesilapan dan kekhilafan dan tidak membiarkan pegajaran ini berlalu sepi. Dan setelah fasa ini selesai, mungkin selepas itu baru Cik Mendezz baru boleh kembali tersenyum dan menarik nafas lega..Ya Allah..hikmah dugaanMu sangat besar dan baik!!Biarpun ketika ia datang..saya hilang arah!!Kuatkan hati aku, Ya-Allah..kuatkan hati kami!!Agar selepas ini kami bahagia dan tenang menuju ke jalanMu..Amin.. =)

P/S : Kini saya benar-benar mengerti kata-kata "Biar hina di mata manusia..asalkan tidak hina di mata Yang Esa.." Syukral..semoga kami tabah dan redha menghadapi hari-hari yang mendatang!Ok..dah azan Maghrib..jom kita menunaikan tanggungjawab! =)

Khamis, Februari 02, 2012

Spontaneous Thursday.. #47 - Pesanan Ustaz Azhar Idrus Kepada Lelaki

  1. Jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia
  2. Jangan buat wanita itu jatuh cinta kalau anda tak cintakan dia
  3. Jangan memberi harapan kalau anda tak pasti
  4. Jangan sakitkan hati wanita kalau anda tiada hati untuknya
  5. Jangan mainkan perasaan wanita kalau anda tiada perasaan untuknya
  6. HARAM jika jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk menikahinya
Sepatutnya tidak perlu nak tunggu ustaz/ustazah berpesan tentang semua ni. Sebagai lelaki yang berperanan sebagai khalifah di muka bumi..pemimpin..anda {Lelaki} boleh berfikir tentang ini dengan wajar!Tidak malukah kamu berterus-terusan bersikap seperti anak-anak??Hingga perlu wanita lain menjadi ibu kamu untuk mengingatkan kamu akan perkara-perkara sebegini??Kasihan sungguh!

P/S : Saya berhak dilayan sebaik-baiknya seperti mana anda mahu dilayan sewajarnya!Wallahualam..

Spontaneous Thursday.. #46

Tunjangkan resah mu di dada SOLAT..
Himpunkan peritmu di genggaman DOA..
Tutupi kekecewaan mu dengan keTAQWAan..
Dan nilaikan kesucian hatimu dengan keIKHLASan hati..

Ya Allah Ya Tuhanku..jika (NAMA ) ini adalah jodoh yang baik buat ku dan keluargaku..
Engkau satukanlah kami sebagai suami isteri..
Akan tetapi jika (NAMA) ini memudaratkan aku dan keluarga, Engkau jauhkanlah dia dari kami..

Amin..Ya Rabbal Alamin..

#Hati yang sedang berduka..sabar Cik Mendezz sabar!!

Spontaneous Thursday.. #45 - (✿◠‿◠) Kisah couple (✿◠‿◠)

Lelaki : Awak..boleh jadi awek saya??Saya berkenan sangatlah kat awak. Bagi saya..awak perfect!

Perempuan : Ok, boleh je..tak ada masalah. Couple ke??

Lelaki : Err..kalau dah minta jadi awek, maknanya couple la tu kan??

Perempuan : Ok. Bila nak kahwin??

Lelaki : Err.. boleh tak tunggu saya habis belajar dulu tahun depan..Lepas tu tunggu saya dapat keje stabil dulu. Dalam 3 tahun, Insya Allah..

Perempuan : Ok. Kita putus sekarang jugak.

Lelaki : Eh..kenapa??

Perempuan : Kerana tiga sebab.

SATU, awak ajak saya bergelumang dalam dosa untuk tiga tahun tanpa akad nikah yang sah. Tiada jaminan awak takkan jumpa saya, sentuh saya dan hal-hal berkaitan. Dalam 3 tahun itu kita akan bercakap hal sia-sia tentang soal hati yang tiada berkesudahan. Nanti ada yang terluka. Saya tak nak hati saya terluka. Saya pun tak nak hati awak terluka.

DUA, Kalau tak bersedia nak kahwin kenapa terburu-buru nak jalin hubungan??Sedangkan kahwin ni spesifiknya adalah untuk mereka yang betul-betul bersedia zahir batin, agamanya, ekonominya walaupun tidak kaya dan dari banyak sudut. Restu ibubapa juga perlu difikirkan sama.

TIGA, lelaki yang beragama tahu bahawasanya ini bukan caranya. Sabar. Tahajjud banyak-banyak. Istikharah rajin-rajin. Taubat selalu. Muhasabah sentiasa. Ubah slow-slow. Lelaki beragama takkan beri harapan palsu dengan bermain perasaan, masa dan waktu. Jangan letak harapan seandainya hati tidak yakin. Jangan beriharapan pada yang mudah menyerap harapan. Hati wanita ni macam gelas kaca, mudah pecah. Bila terluka, susah nak rawat balik. Jangan ada niat nak kahwin je, tapi tindakan ke arah itu tidak ada. Boring. Cari calon nak cuba-cuba macam cuba pakaian. Tak sesuai yang ini, ambil yang lainlahhh..

Lelaki : Emmm...tapi daya tetap nak awak. Dah bertahun-tahun tunggu awak.

Perempuan : Mohon padaNya andai hatiku yang kau pohon..Bila dah bersedia, cuba cari saya balik. Tapi ini bukan janji atau beri harapan. Jika saya masih belum berpunya, datang minta dengan mak ayah saya terus. Bincang dengan diaorang. Assalammualaikum.

Lelaki : Waalaikumussalam.

Pendapat peribadi Cik Mendezz : Hurm..memang betullah..ramai lelaki sekarang suka berniat untuk berkahwin..tapi niat ke arah itu tiada. Sudahnya pasangan kekasih lebih banyak bertengkar apabila membincangkan jaminan dan masa depan. Bukan kah lebih baik memulakan perhubungan setelah bersedia..bukan sekadar janji-janji yang masih diri sendiri tidak tahu ianya bakal tertunai atau tidak??Apa guna berjanji jika ia hanya untuk dimungkiri??Melukakan adalah perkara mudah..tetapi yang terluka tidak terperi sakitnya!

sumber : Facebook

Khamis, Januari 26, 2012

Spontaneous Thursday.. #44 - ‘MENGHISAP PAYUDARA BOLEH MENYELAMATKAN WANITA’??

Berita ini diambil dari data berita antarabangsa BBC dan National Health Service. Berikut data yang diambil untuk mencegah kanser payudara dengan cara menghisap. Dalam waktu terdekat mungkin ada wanita yang mahu membayar orang terutama lelaki untuk menghisap payudara mereka??

Dalam BBC Top News Story :

Doktor berpendapat bahawa payudara wanita yang disedut secara teratur sangat bagus untuk mengurangi risiko terkena kanser payudara.Diberitahu bahawa penghisapan payudara secara teratur akan menurunkan risiko yang cenderung menyebabkan berkembangnya kanser payudara.

Payudara harus disedut mungkin, hal ini dipercayai akan membantu perempuan melawan kanser payudara. Bagi para lelaki, silakan menolong pasangan anda, dengan menghisap payudara wanita sekarang dan bagi para wanita silakan saja lakukan terapi ini dan kamu seharusnya merelakan!

Pesanan ini dibuat oleh Department Kesihatan British dengan tema 'Melawan Kanser Payudara'.

Kalau anda percaya pada hasil penelitian ini maka {semua lelaki} jujurlah bahawa anda tentunya akan senang, jadi ikutilah cara-cara ini. Kalau perlu anda dengan rendah hati mengajukan diri untuk membantu para wanita demi menyelamatkan nyawa mereka dari penyakit kanser.

Bolehkah anda mengirim ini ke semua orang yang bertanggungjawab dan kepada para wanita agar menyedari risiko tinggi ini??Ini adalah salah satu bentuk keuntungan buat wanita yang sangat harus dilakukan untuk mencegah kanser. Ingat pesan doktor, "Mencegah itu lebih baik daripada mengubati.". 

P/S : Kalau fakta ini tidak sahih pun Cik Mendezz memang teruja!!Kenapa teruja eh??GULPPP!!Hahaahahaah!! =P

Khamis, Januari 19, 2012

Spontaneous Thursday.. #43 - Mei Ling

Mei Ling anak tunggal..menjelang Tahun Baru Cina ibubapanya pulang ke kampung. Mei Ling pula tidak dapat pulang disebabkan komitmen kerja. Apabila malam menjelma, pintu rumahnya diketuk oleh jirannya..

TOK!TOK!TOK!!!

Man : Mei Ling..i ada perkara nak cakap dengan u ni..boleh i masuk?
Mei Ling : Takpe ke??I seorang diri je kat rumah ni..
Man : Takpe..kejap je..
Mei Ling : Ok..masuklah..

Lalu jirannya melangkah masuk seraya menutup pintu.

Man : Dah lama i tunggu saat ini..sejak u pindah ke sini 3 tahun lepas..
Mei Ling : Eh..Man??U ok ke tak ni??
Man : I dah tak tahan dengan nafsu yang membuak-buak di dada i ni..
Mei Ling : Man!!Jangan!!
Man : Hehehe..sikit je..

Lalu diramas..di koyakkan..dibuka..DENGAN RAKUS SEKALI..kotak limau itu..


Man : Dah 3 Tahun Baru Cina u tak pernah pun nak bagi limau kat I..dah la  bapak u tokey buah!Memang I teringin tau!
Mei Ling : Laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!


Heyyy...apa yang korang fikirkan haa?? =P

Khamis, Januari 12, 2012

Spontaneous Thursday.. #42

Sepasang kekasih datang ke warung Wak Jeman. Setelah duduk datanglah pelayan mengambil pesanan..

Pelayan : Ya Encik..nak makan apa?

Pelanggan : Ok bang..buatkan nasi goreng dua..yang 1 pedas...yang 1 lagi jangan pedas ye??Yang pedas nak nasi setengah, yang tak pedas nasi dilebihkan..yang nasi lebih tu , campur ayam tapi jangan lebih..yang nasi setengah tu campur ayam lebih..yang ayam lebih letak telur mata kerbau..yang ayam kurang letak telur dadar..yang pedas, ayamnya ada tulang ye bang!Yang nasinya banyak tu pula bang, tak perlu ada tulang, tapi kulit ayam kasi lebihkan ye??Yang guna telur mata kerbau tu kasi lebihkan bawang goreng..Ermm..satu lagi bang..jangan lama-lama ye??

Dan kemudian pelayan itu beredar menuju ke dapur lalu menyampaikan pesanan kepada tukang masak..

Pelayan : Wak Jeman..meja no 4 kat luar tu pesan nasi goreng 2..setiap pinggan tu dia nak 5 senduk cili api!

Kehkehkeh! =P

sumber : sini

Spontaneous Thursday.. #41

Tengah-tengah menyelongkar khazanah lappy Cik Mendezz yang semakin uzur tadi..Cik Mendezz membuka satu folder berisi hasil-hasil penulisan Cik Mendezz. Semua penulisan berupa cerpen ini Cik Mendezz tulis masa study dulu. Bila diteliti semula..ternyata gaya penulisan Cik Mendezz ketika itu kengkonon sweet je..duhh~~ hahaahahahah!! Makanya sekarang ini Cik Mendezz masih berkira-kira samada adakah bagus ianya dikongsikan di dalam blog ini atau pun Cik Mendezz baca sendiri aje lahhh..

Fikir..fikir..fikir..

Ok ke tak??Tak ke ok??

Boleh ke tak??Tak ke boleh???

Ahhhhhhhh!!Seganlah!!Ok..simpan dulu..tunggu buang tebiat mari baru Cik Mendezz publish..Tata! =P

Khamis, Disember 29, 2011

Spontaneous Thursday.. #40

Apabila cinta itu datang lagi..
Segala kekosongan yang ada terisi kembali..
Apabila rasa yang pernah hilang itu datang lagi..
Kita akan lebih menghargai..lebih mengerti..
Kenapa dan mengapa cinta itu datang dan pergi..

Spontaneous Thursday.. #39

Cinta itu..
kalau dicari tak akan jumpa..
kalau ditunggu tidak akan muncul..
ibarat meredah sebuah padang yang luas..
acapkali kita melepasi bunga-bunga yang cantik kerana gusar kalau-kalau ada bunga yang lebih cantik di hadapan..
Kesudahannya..tangan kita kosong juga..
=)

Spontaneous Thursday.. #38 - Goodbye ShoutMix..Hellooooooo CBox!

Assalammualaikum & greeting to my blog readers..visitors..followers..silent readers..and blog walkers..also haters..{cheeewahhh!!!} starting Jan2012, "ShoutMix will be available for only $0.99/month and will be available effective immediatly. For the old version (the Classic) it will only be available in Premium package which cost approximately $1.67/month."


ShoutMix yang mengecewakan Cik Mendezz sejak minggu lepas!


Tuuuuuuu dia ShoutMix punya important notice rupa-rupanya..nyampah betul!Dah bagi kita seronok-seronok pakai pastu nak charge pulak..sangat berasa tidak berbaloi!Oleh itu..dengan berat hati terpaksalah Cik Mendezz padam gadget ini dari page Cik Mendezz dan gantikannya dengan CBox pula..{ala2 SIBUK pulak sebutannya kan??} Hehe..

Kesimpulannya..ada Cik Mendezz kisah ShoutMix nak charge ke apa??Ikut suka kamulah..Cik Mendezz tak kisah..asalkan kamu bahagia..sebab Cik Mendezz pon dah mula berasa bahagia dengan CBox yang belum sampai 1/2jam Cik Mendezz aktifkan..hehe!Terima kasih bebanyak la kepada member blogger Cik Mendezz si Saleem..I lappp u! =P


Dah tukar ShoutMix ke CBox dah! =D



Makanyaaaaaa....selamat tinggal kekasih gelap Cik Mendezz incik ShoutMix..selamat datang anak ikan Cik Mendezz incik CBox!!Hehe! =P

Haa..korang tunggu apa lagi??Jgn lupa tukar juga ok?? =)


Khamis, Disember 22, 2011

Spontaneous Thursday.. #37

Malam ini malam Jumaat..
Makanya Cik Mendezz kene tv tutup awal seblom hantu-hantu bengong tu kuar kt tv..
Hehe!

Spontaneous Thursday.. #36 - Bila Had Persaraan Umur 60

Pix ehsan google


Bila sign Saraan Baru Pekhidmatan Awam (SBPA) ni..servis kene sampai umur 60 tahun..Saya berborak dengan teman saya. Beliau berkhidmat dalam badan beruniform..

Saya : Sian cucu-cucu aku nanti..nenek nak pergi kerja ni..Pi main sana!!

Dia : Kau ok lagi nenek kerja di admin..Aku ni nenek kene buat operasi..Larat ke nak kejar PATI??Alamat patah la kaki nenek ni!!

Adoiiii~ gelak sampai ke sudah! =P


Khamis, Disember 15, 2011

Spontaneous Thursday.. #35

Sedang Cik Mendezz berdoa tadi..terbayang satu wajah yang tidak pernah saya ketemu..namun saya tahu siapa dia..saya harap dia sedang bersangka baik..ini kali kedua saya terbayangkan dia..kali ini..muka dia sugul..kali pertama Cik Mendezz terbayangkan wajah dia adalah pada ketika Cik Mendezz buntu dan dilemma untuk meninggalkan atau meneruskan dengan seseorang yang sangat saya sayang {dulu laa!!sekarang tidak lagi!!} =P

Spontaneous Thursday.. #34

Cinta yang aku ada tidak melayakkan kamu untuk menyakiti aku..
Kesetiaan yang aku punyai bukan alasan untuk kamu menduga sesuka hati kamu..
Dan aku juga tidak perlukan lelaki yang pengecut dalam hidupnya namun berani menjanjikan aku harapan palsu..
Juga aku tidak perlukan harapan palsumu untuk aku terus terawang2 dibumi yg nyata..
Apa yang berakhir sepatutnya berakhir dari dulu lagi..tanpa memulakannya sekali lagi..