Memaparkan catatan dengan label Tentang dia... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tentang dia... Papar semua catatan

Ahad, Februari 26, 2012

Me and Tutti Frutti!!

Entry ini mungkin agak basi sebab Cik Mendezz ke sana lebih kurang 2 minggu lepas pada tarikh 11/02/2012 bersama si dia yang sudah lama tidak ketemu. Namun disebabkan beberapa permasalahan yang tidak dapat dielakkan dan menghilangkan mood berblogging buat seketika, entry ini tertangguh.

Ok..kami pergi ke Tutti Fruitti Wangsa Walk yang terletak di Wangsa Maju pada petang Sabtu. Eloklah..cuaca pun tengah panas berbahang, memang sesuailah nak makan aiskrim yogurt ni..hehe!



Sebelum masuk

Pix your flava..owh itu tgn si dia  ye!Mukan saye! =P

Pix your toppings

Pix your fruit.

Pandangan sisi

Pandangan atas

Incik Tutti Frutti

Cik Mendezz

Alahamdulillah..Selesai..yang makan habis tu Cik Mendezz!Hehe!


Memang seronok la dapat makan aiskrim yogurt ni..lagi-lagi dengan incik kan..memang lazat je rasa..terima kasih incik..nanti belanja lagi!Abes la Cik Mendezz makin sihat pasni..kehkehkeh! =P


Lepas jenjalan si dia bagi Cik Mendezz ini..Bracelet  & brooche..
Owhh..sangat suka!! <3
 Ok..jumpa di lain entry..bye! =)

Sabtu, Februari 25, 2012

Quotes of love..

When you truly love someone..
Mistakes will never change your feelings..
Because only the mind that gets angry..
The heart still cares.. ♥

Sabtu, Februari 18, 2012

KEKASIH HALAL..

Kenapa saya mahu menjadi kekasih halal berbanding sebagai seorang kekasih??


  1. Segala yang menjadi punca dosa akan menjadi antara punca pahala kita. - Sebelum halal, berdua-duaan dan bersama adalah zina dan punca zina berbanding setelah halal ia menjadi antara punca pahala. Dugaan yang paling besar buat pasangan  kekasih pada masa kini adalah berdua-duaan tanpa melakukan apa-apa, kan??Setiap belaian wanita/lelaki untuk pasangannya yang halal adalah ganjaran pahala berbanding  kekasih tidak halal..setiap perbuatan kita bersama menghampiri ke arah dosa.
  2. Berita yang mendukacitakan buat  kekasih  akan menjadi sebaliknya jika dia adalah  kekasih halal. - Jika  kekasih halal mengandung, ianya berita gembira dan dianggap rezeki serta kurniaan Allah berbanding  kekasih yang tidak halal, ianya berita sedih, dianggap malapetaka dan mampu menjadi punca pergaduhan malahan perpisahan kerana tidak mahu terbelenggu dalam masalah itu. Dan banyak lagi perkara-perkara yang buruk yang datang di kemudian hari..Nauzubillah..
  3. Keberkatan hidup yang menjamin ketenangan emosi. - Kita yakin dan pasti dengan setiap langkah kita bersama pasangan berbanding jika belum halal.
  4. Setiap tindakan  kekasih halal  sentiasa mendapat redha dan restu orang tua berbanding jika kita belum halal.
  5. Menjamin hak seorang isteri/suami jika pasangan mereka memperlakukan perbuatan yang tidak bertanggungjawab. 
  6. Hubungan  kekasih halal dipenuhi dengan tanggungjawab masing-masing berbanding pasangan yang tidak halal. Di mana hubungan bersikap nafsi-nafsi (kau hal kau dan aku hal aku) menjadikan pasangan mungkin bersikap lepas tangan jika sesuatu ketidakjangkaan berlaku. Siapakah yang selalunya menjadi mangsa keadaan jika ini berlaku??Wanita yeh..lelaki jarang..malahan, sangat jarang!
Sebagai seorang wanita..kita mencari jaminan hidup. Kita berpegang pada janji. Kita juga antara golongan yang mudah teraniaya. Saya bukan seorang pejuang hak asasi wanita. Cuma saya tidak suka jika nasib seorang wanita itu ditindas. Saya percaya berbuat baik akan dibalas baik. Bukan mudah untuk menjadi seorang yang kuat hatinya. Juga bukan mudah untuk kita wanita bangkit dari kelukaan yang menyakitkan. Namun saya tetap yakin dan percaya bahawa setiap penghujung derita dan dugaan adalah bahagia. Dan definisi bahagia bagi setiap manusia adalah berbeza-beza. Akan tetapi tidak mengapa..asalkan ianya masih berlandaskan iman, tidak menyalahi hukum agama, terserah kamu. Saya juga wanita biasa..yang berusaha merubah diri ke arah yang lebih baik..lebih diberkati..lebih diredhai..Wallahualam.. =)

Khamis, Februari 16, 2012

Spontaneous Thursday.. #48

Assalammualaikum dan selamat petang..dah hampir seminggu Cik Mendezz tiada mood untuk online..facebook ke..blogging ke..apa ke..semuanya kerana tiba-tiba datang dugaan yang tidak disangka-sangka..di mana ia menuntut jalan penyelesaian dalam kadar yang SEGERA. Selagi tak selesai perkara yang satu ni..selagi itu lah Cik Mendezz stress..

STRESS!!STRESS!!STRESS!!

Dah berhari-hari stress..sampai nak makan pun lupa..dah 4-5 hari macam ni..Sampai malam tadi goreng spaghetti pun lupa letak garam!Duhh~~ teruk la penangan stress kali ini!Pheww~~

Kita acapkali menghukum orang lain tanpa sedar..mereka begitu..dia begini..Dan kini..apa bila giliran kita yang melalui semua itu..baru kita sedar, apa yang telah kita lakukan..dan kita berazam untuk memperbaikinya agar hari-hari yang mendatang akan lebih baik.

Dan kadangkala..kita menginginkan sesuatu itu hadir dengan cara yang indah..tetapi Allah menduga dengan memberikan apa yang kita mahu dengan cara yang kita tidak pernah mahu..menjadikan sesuatu yang sepatutnya mendatangkan kebahagiaan kini berbaur dengan tekanan dan sesalan..

Apakah penantian ini akhirnya berpenghujung??Apakah penghujung saya??Akan kah semuanya berakhir dengan baik dan bahagia biarpun permulaannya hanyut dan jauh??Saya tidak tahu apa yang bakal menanti di hadapan..

Namun harapan saya, dugaan yang hebat ini dapat kami tangani sama-sama..supaya kami akan sama-sama belajar dari kesilapan yang lalu..berazam memulakan hidup yang lebih bertanggungjawab dan penuh ketenangan setelah sekian lama keresahan menghantui diri biarpun rasa cinta dan kasih yang ada itu teramat dalam..

Keresahan itu yang menabur garam dan pasir dalam dugaan ini..pertengkaran..buruk sangka..curiga..kecewa..marah..cemburu dan lara meresap hari demi hari menjadikan ada masanya tiada gunanya mempertahankan lagi..Namun masih rasa itu tidak mahu pergi..biarpun berkali-kali kami cuba..biar pun berkali-kali saya lari..Nah..sekarang..semuanya dihadapan mata!!

Berdoa..berdoa..berdoa!!

Semuanya akan baik-baik sahaja..permulaan yang lara ini akan berakhir dengan kesudahan yang baik..selepas ini, hubungan yang penuh keresahan ini diharapkan bakal berisi dengan rasa tanggungjawab dan masa depan yang pasti lebih baik!!

Amin..amin..amin!!

Saya positif..berusaha menangani tekanan itu sampai kini..satu fasa penuh suka duka telah kami tempuhi..kini kami berada di fasa yang seterusnya..menanti lagi untuk sedikit waktu..dengan penuh tekanan dihimpit dari semua sudut..Tidak mengapalah..saya redha..ini bahagian kami..yang penting, kami belajar dari kesilapan dan kekhilafan dan tidak membiarkan pegajaran ini berlalu sepi. Dan setelah fasa ini selesai, mungkin selepas itu baru Cik Mendezz baru boleh kembali tersenyum dan menarik nafas lega..Ya Allah..hikmah dugaanMu sangat besar dan baik!!Biarpun ketika ia datang..saya hilang arah!!Kuatkan hati aku, Ya-Allah..kuatkan hati kami!!Agar selepas ini kami bahagia dan tenang menuju ke jalanMu..Amin.. =)

P/S : Kini saya benar-benar mengerti kata-kata "Biar hina di mata manusia..asalkan tidak hina di mata Yang Esa.." Syukral..semoga kami tabah dan redha menghadapi hari-hari yang mendatang!Ok..dah azan Maghrib..jom kita menunaikan tanggungjawab! =)

Isnin, Februari 06, 2012

Isteri Tua Gasak Madu Di Tepi Jalan!!

GULP!!Dah lama Cik Mendezz tak bapa akhbar online..tiba-tiba bila tengok isu utama Metro hari ini, Cik Mendezz tergamam seketika. Lagi cerita madu kena gasak. Apa reaksi anda sebagai masyarakat apabila membaca berita sebegini??Tersenyum sambil mnggeleng kepalakah??Atau pun laju sahaja mulut berkata, "Padan muka perempuan ni!Siapa suruh ambil suami orang!" ataupun "Apahal la paper ni..dah tak ada cerita lain ke??"



Pandangan peribadi Cik Mendezz..kalau Cik Mendezz di tempat isteri pertama, memanglah marah kot??Tapi nak bergaduh sampai tak pandang kiri kanan memang tidaklah! Mungkin sebagai isteri pertama, kita marahkan si suami kerana merasakan cintanya sudah beralih arah..kita diketepikan!

Tapi sedarkah kita wahai para isteri, jika benar si suami sudah tidak mencintai kita lagi, kita tidak akan berkongsi kasih dengan cik 'madu kesumat' kita itu..sebaliknya dengan tidak semena-mena kita bergelar janda/ibu tunggal, baru lah si suami kahwin lain..dan baru lah itu benar-benar tanda si suami tidak cintakan kita lagi!Logik bukan??Tapi saya pasti ramai yang berkata, "Ahhh..kau tak kahwin lagi, senang lah kau cakap!Esok-esok kau dah kahwin, kau rasa apa yang aku rasa baru kau tahu kenapa aku gasak perempuan ni!!" ya betul, saya belum berkahwin. Dan kita perempuan ini lumrahnya lebih dikuasai emosi hingga kadangkala kita abaikan akal yang waras.

Dan isteri kedua {atau isteri-isteri yang seterusnya!OPSS!!} pula..mungkin secara mentalnya mereka sudah bersedia menghadapi semua ini. Mungkin si madu merelakan sahaja bila 'Kak Yong' naik hantu seraya mengamuk semahu-mahunya. Atau mungkin juga dia menjangkakan semuanya akan baik-baik sahaja menjadikan dia sendiri tidak menjangkakan semua ini akan terjadi. Mungkin dia juga seperti si suami, ingin kan sebuah perdamaian dan suasana rumahtangga berpoligami yang harmoni. Dan yang pasti, gelaran yang akan terima adalah tidak lain tidak bukan, "PERAMPAS!!!Perempuan tak tahu malu!!Kau dah tak ada lelaki lain??Kenapa kau kacau rumahtangga aku??" dan macam-macam lagi!

Kita mungkin tidak tahu, tiada perempuan pun yang benar-benar sanggup bermadu, biar pun Allah menjanjikan payung emas di syurga nanti di atas keredhaan mereka berkongsi suami ketika di dunia. Mungkin isteri kedua ini juga seperti itu. Kita tidak tahu apa yang dia lalui hingga biarpun ramai lelaki yang hadir dalam hidup dia, masih suami kita ini dipilihnya. Saya sendiri tiada alasan yang kukuh yang mampu hendak menyokong mereka-mereka yang tidak menjadi isteri pertama ini. Akan tetapi, hasil pemerhatian saya sendiri, kebanyakan yang berpoligami ini lebih selesa jika mereka tidak tahu siapa madu mereka {biasanya yang mahu begini adalah isteri pertama!} biarpun rasa ingin tahunya membuak-buak. Dan isteri kedua pula biasanya berpegang pada, "Kalau kakak tak kacau saya, saya takkan kacau dia.." sedangkan dia tak tau kalau Kak Yong dengar apa yang dia cakap tu memang sure kene sepuk lagi..kehkehkeh!

Wahai para isteri, saya sangat maklum, bercinta sebelum dan selepas berkahwin tidak pernah sama. Jika tiada ikatan perkahwinan, cinta itu sekadar cinta nafsi-nafsi yang tiada arah juga rasa tanggungjawab. Berbanding cinta selepas perkahwinan, penuh tanggungjawab dan perancangan masa depan itu tampak pasti dan lebih meyakinkan. Akan tetapi, siapa kita untuk menjangka apa yang bakal terjadi di masa hadapan??Dan siapalah kita hendak menafikan hukum Allah yang menghalalkan poligami itu sendiri??

Manakah yang lebih diterima agama??Si suami berpoligami atau bebas bersama mana-mana perempuan sesuka hatinya hingga kita sendiri risau untuk bersama dengan suami kita??

Apakah layak isteri baru suami anda digelar perampas kerana pada pandangan saya dia tidak merampas, dia hanya berkongsi kasih dengan isteri pertama. Melainkan isteri pertama ditalakkan, baru betul isteri baru itu perampas!

Dan, sampai bila kita harus menyalahkan perempuan lain yang berkahwin dengan suami kita sedangkan yang bersalaman dengan wali wanita yang hendak dijadikan isteri itu adalah tangan suami kita sendiri??Tidak bersalah langsungkah suami kita di dalam hal ini??Terlalu dungukah dia hingga lurus bendul menikahi perempuan lain tanpa ada niat ingin memperisterikannya??Alahaii..lupa lagi kan?? 

Si suami juga memikirkan hala tuju hidupnya. Jika dia benar-benar suka dan sayangkan perempuan lain hingga bersama isteri pun sudah banyak terbayangkan cik 'madu kesumat' daripada wajah isterinya, mengapa mesti dia duduk diam sahaja sedangkan wanita yang disukai itu halal dinikahi..dan tiada halangan untuk dinikahi! {Well..mungkin terbayang amukan isteri pertama..mungkin juga terbayang dihayun parang oleh bakal mertua isteri baru!}. Tapi apa sahaja yang di dalam dunia ini tiada cabaran kan?? Selagi boleh disahut, mengapa tidak??Mengapa membuatkan wanita itu menerima kamu jika kamu sekadar berniat mempermain-mainkan perasaannya??Bukankah itu lebih menambah dosa-dosa yang sedia ada??

Apakah kita rela dibohongi oleh suami kita sendiri ke mana dia pergi berbanding kita tahu dia ke mana dan bersama siapa jika dia tidak bersama kita??Mungkin itu juga tujuan si suami ini apabila dia berniat menemukan isteri-isterinya ini. Dia sekadar mahu berlaku jujur setelah 2 tahun menyembunyikan siapa yang berkongsi kasih dengan isteri pertamanya. Dia cuba mewujudkan suasana poligami yang harmoni biar pun dia sedar perempuan-perempuan Melayu ni bukan macam perempuan-perempuan Arab yang selamba dan redha sahaja bila si suami bawak pergi makan angin sama-sama..kan??


P/S : Confirm pas ni cakap, "Mesti Cik Mendezz ni tengah bercinta dengan suami orang!" Well..kene tengok lah nanti dengan siapa saya berkahwin, baru kita cakap ok?Wallahhualam.. =)

Ahad, Februari 05, 2012

Cinta dan Benci..




Bagaimana cara membuatmu bahagia
Nyaris ku menyerah jalani semua
Telah berbagai kata ku ungkap percuma
Agar kau percaya cintaku berharga


Tak kuat ku menahanmu mempertahankan cintaku
Namun kau begitu saja..tak pernah merindu..


Sungguh aku tak bisa..sampai kapan pun tak bisa
Membenci dirimu..sesungguhnya aku tak mampu
Sulit untuk ku bisa..sangat sulit ku tak bisa
Memisahkan segala cinta dan benci yang kurasa


Apakah kau mengerti ku sedih sendiri
Tanpa ada kamu ku merasa sepi
Telah lama ku menantimu..diam sendiri menunggu..
Setengah hati mencinta..ku sakit karenamu..


Sungguh aku tak bisa..sampai kapan pun tak bisa
Membenci dirimu..sesungguhnya aku tak mampu
Sulit untuk ku bisa..sangat sulit ku tak bisa
Memisahkan segala cinta dan benci yang kurasa..

Jumaat, Februari 03, 2012

Jika Allah Tidak Mengizinkan..

Sekuat mana saya setia..
Sehebat mana saya merancang..
Sejauh mana saya menunggu..
Sekeras mana saya bersabar..
Sejujur mana saya menerima kamu..
Jika Allah tidak menulis jodoh kita bersama..kita tetap tidak akan bersama..
Tiada yang kebetulan melainkan semuanya telah dirancang..
Dan sebaik-baik yang merancang itu adalah Allah SWT..

sumber : facebook threading

Berubah..



Apabila berlembut bukan lagi jalan penyelesaian..kita marah..berantakan..mula saling menyakiti dan semakin sukar memaafkan..rasa cinta yang pada mulanya begitu indah dan membahagiakan kini bertukar menjadi duka dan tangisan..luka tidak terperi..

Luka itu akan pergi..keceriaan akan kembali..namun kamu tidak akan pernah berubah..bukan saya ego..malah terlalu banyak beralah..terlalu banyak bertolak ansur..terlalu banyak bersabar..jika itu adalah cara saya untuk meredakan suasana yang tegang..kamu menggunakan sikap yang ini untuk diambil kesempatan..

Sudah terlalu banyak kamu menguji kesabaran saya..sudah terlalu banyak sikap toleransi saya kamu gunakan untuk kepentingan sendiri..maka untuk apa lagi saya membiarkan kamu untuk terus memperlakukan ini pada saya??Siapa kamu untuk memperlakukan saya sebegini rupa??

Ya..saya tidak sempurna..tapi ketidaksempurnaan itu tidak menjadikan saya memperlakukan manusia lain sesuka hati..ketidaksempurnaan saya menjadikan saya sedar tidak perlu membuang masa pada kamu yang tidak mahu mengerti..ketidaksempurnaan saya menjadikan saya tidak perlu menjadi sempurna demi memuaskan hati orang lain yang pada dasarnya tidak sempurna juga.. =)

Lebih baik pergi dari terus disakiti..saya manusia biasa..sabar saya ada hadnya..sudah berkali-kali saya ingin melangkah pergi..tapi kamu tahan..kamu kata kamu tidak boleh lupakan saya..kamu tidak boleh hidup tanpa saya..kamu perlukan saya untuk terus berada disisi kamu..sedarkah kamu..sudah terlalu banyak kamu berjanji..dan janji itu tidak mampu kamu tunaikan menjadikan kamu lemas dengan janji-janji kamu sendiri??

Dan lupakah kamu..saya berjauh hati dan pergi bukan kerana saya sudah bencikan kamu..perasaan saya tidak pernah berubah! Akan tetapi saya memilih untuk pergi kerana kamu yang berubah..kerana kamu yang sudah tidak menyintai saya lagi..dan setelah berbulan-bulan kamu berperangai begini..saya amat yakin kamu sebenarnya sudah boleh hidup tanpa saya..sebab itu sewenang-wenangnya kamu memperlakukan sesuka hati kamu..

Ahh..retak lagi hati saya..hancurnya berderai-derai..sekali lagi kamu mempersia-siakan hati dan perasaan saya  buat kesekian kalinya setelah saya menerima kamu kembali dengan susah payah..sedikit pun kamu tidak pernah mahu mengerti!Buat kamu..tidak mengapalah..saya ok..baik-baik sahaja..perasaan ini akan sembuh asalkan kamu tidak ganggu saya lagi..pergilah ke mana pun sesuka hati kamu..saya tidak akan peduli lagi..ini lah yang kamu mahukan..keegoan kamu mengiyakan semua itu..Ya..saya tahu..sangat tahu! =)

Kesabaran saya semakin hari diuji dengan perangai dan tindakan kamu yang tidak masuk akal!Saya tidak mahu dipersia-siakan oleh lelaki yang tidak sedar diuntung..lagi tidak tahu menghargai..penantian saya bukan suatu yang sia-sia..semakin hari saya semakin mengerti mengapa begini perjalanan hidup kamu..ah..tidak mengapalah..itu jalan hidup yang kamu pilih..siapa saya untuk mengiya atau menidakkan semua itu??


Mungkin juga kamu telah jumpa apa yang kamu cari..sebab itu kamu dengan sewenang-wenangnya menyakiti hati saya tanpa rasa bersalah walau sedikitpun..malah kamu salahkan saya kerana bersedih..kamu salahkan saya kerana kecewa..tidak mengapa..kerana kamu sedang megah di atas..tidak sudi menyelami apa rasa saya yang sedang terkapai-kapai di bawah..

Kelak nanti..apabila roda kehidupan itu berputar lagi..dan kamu kembali di bawah..pada waktu itu kamu akan ingat kembali betapa saya tidak pernah mengenepikan kamu pada saat kamu melalui hari-hari yang sukar..saya hadapinya bersama kamu..saya memberi kamu 1001 jalan untuk mencari penyelesaian berbanding kamu yang suka beralasan..saya sudah penat dengan semua itu..kebongkakan kamu sangat-sangat menyakitkan hati saya..keegoan kamu telah merubah kamu menjadi lebih tidak terjangka!

Cukup..cukup..cukup..cukup untuk saya meluahkan rasa ini..saya tidak mahu meluahkan rasa-rasa yang sebegini lagi pada masa akan datang..kamu sudah terlalu banyak berbohong..memberi saya harapan palsu..memujuk saya di kala saya sedih..tapi bila saya gembira dan bahagia kamu sakitkan hati saya lagi..cukuplah sebelum ini..saya tidak mahu lagi..kamu bukan untuk saya..kamu bukan jodoh saya..mungkin saya terlalu kurang untuk kamu hingga kamu merendah-rendahkan perasaan saya sewenang-wenangnya..atau kamu terlalu kurang untuk saya hingga saya merasakan kamu sudah tidak menyayangi dan menyintai saya seperti dulu..Wallahualam..

#OPPSSS!!Emosi pula Cik Mendezz hari ini..maaflah..dah berhari-bari hati saya berasa berbuku-buku..hari ini baru terluah! =)

Selasa, Januari 31, 2012

Indah Dewi Pertiwi - Di Atas Satu Cinta

Beberapa hari ni Cik Mendezz asyik teringat-ingat lagu ni..sampai buat ringtone handphone..hehehe!Apsal eh??Apsal??Apsal??Lagi mau tanya kan??Hehe!

Cinta..definisinya berbeza-beza pada setiap manusia..ada yang menganggap ianya sekadar mengisi masa lapang..ada yang menganggapnya keperluan hidup lambang penuh kasih sayang..ada pula yang memperdagangkan cinta demi kepentingan materialisasi..ada pula yang memandang cinta itu sesuatu yang menyakitkan..ada juga yang merasakan cinta itu ertinya keikhlasan..kesetiaan..kejujuran..rasa tanggungjawab..INDAH..kerana dewasanya kita kerana cinta dan kasih sayang.. =)



Jejak-jejak langkahku..bagaikan lembaran waktu..
Apakah ku masih bisa terus melangkah..
Serpihan hidupku kan ku bangun di atas satu cinta..

Subhanallah..aku mencintainya..
Subhanallah..aku menyayanginya..
Dari ufuk timur hingga ke barat..
Selalu di hatiku..selalu di hati ku..




P/S : Cik Mendezz juga menyintai dia seadanya..biarpon  bibir menghambur marah biar pun mulut melafaz benci..mungkin pada Cik Mendezz pula cinta itu adalah sebenar-benar cinta apabila kita tidak mampu membenci biarpun dia telah menyakiti hati ini sesakit-sakitnya..damnn!Menci lah!! 

Isnin, Januari 30, 2012

Penakut!!

Malam ini Cik Mendezz dok layan lagu ni..sedey..tapi entahlah..samada si dia yang takut untuk berterus-terang pada yang patut tahu dan membuat keputusan ataupun Cik Mendezz yang tidak dapat menghadapi kenyataan yang dia hanya mampu berjanji dan memberi harapan.. =(





Tak semua kau rancang akan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja

Ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
ini tidak adil
Untuk engkau bertanya jika ku mencintaimu juga
tidak adil tidak adil baginya

Kau tak pernah cuba memahami aku
Cinta kau ucap tak pernah engkau tunjuk
Dan bila tiba saat ku kehilangan
Beban yang tak pernah cuba kau ringankan

Kau bukan milikku
Dan aku memang penakut
Mengakui cinta kepadamu
Bila bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Engkau bukan milikku

Sabtu, Disember 17, 2011

Tentang kamu.. #3

Rindu itu subjektif..Sayang itu universal..
namun cinta itu hakiki..
Dan cinta hakiki itu pula hanyalah pada Yang Satu..
Cinta pada manusia belum tentu sampai ke mati..
Namun..berdoalah moga-moga rasa itu akan kekal hingga ke syurga..

=)

Khamis, Disember 15, 2011

Spontaneous Thursday.. #34

Cinta yang aku ada tidak melayakkan kamu untuk menyakiti aku..
Kesetiaan yang aku punyai bukan alasan untuk kamu menduga sesuka hati kamu..
Dan aku juga tidak perlukan lelaki yang pengecut dalam hidupnya namun berani menjanjikan aku harapan palsu..
Juga aku tidak perlukan harapan palsumu untuk aku terus terawang2 dibumi yg nyata..
Apa yang berakhir sepatutnya berakhir dari dulu lagi..tanpa memulakannya sekali lagi..

Spontaneous Thursday.. #33

Sangat sukar untuk melepaskan apa yang amat kita sayang..
Namun..apabila sudah dilepaskan rasa itu..hati berasa sangat lapang..
Walhal..sebelum memutuskan untuk melepaskan..kita sangat takut kita akan menangis tersedu-sedan..
Seperti dunia seolah-olah sudah berakhir..

Spontaneous Thursday.. #32

Does he love me because I'm beautiful??
Or I'm beautiful because he loves me??

Spontaneous Thursday.. #31

Berhentilah menyakiti hati yang tidak mampu kau bahagiakan..
kerana ia hanya menambah luka yang sedia ada..
cukup semuanya sampai di sini..

Spontaneous Thursday.. #30 - Words is just words..

Suddenly..I'd been recalled to look back at this poem. Just to remind myself that words are just words till it been fulfil.. =)

There are things I'd like to say..
to you my love on your special day..

I am forever thankful God..
sent you my way..

Like a gift from up above..
you showed me how it is to feel real love..

I know many mountains we've had to climb..
and sometimes forever has seemed like a very long time..

Yes, we've endured our share of pain..
but together we have so much to gain..

Bigger mountains may lie ahead..
but together there is no hill we cannot tread..

So always remember my love for you..
and there is nothing together we can not do..

I'll be here forever ~ my love is true..
The person beside me, that would be you..

~20th March 2010 at 1610hrs~

And now..i know..I'm not the person that would be beside you..or even in your arms again..But it's ok..coz Im letting you go.. =)

Jumaat, Disember 09, 2011

Tentang kamu.. #2

Bila sunyi itu hadir..
Emosi menghantui diri..
Segalanya serba tidak kena..
Segala yang lebih menjadi kurang..
Dan yang mana kurang menjadi lebih..
Itu norma manusia biasa..
Seperti aku..seperti jua kamu..


Namun itu bukan bererti kamu harus menjadi orang lain demi tidak mahu melukakan..
Cuma biarkan rasa itu datang..
Relakan rasa itu pergi..
Kerana setelah rasa itu pergi..
Kamu tetap kamu..dan aku tetap aku..
Masih manusia biasa..yang saling mengasihi..saling menyintai..


Bila emosi itu hadir..beginilah aku adanya aku..
Sebagaimana kamu adanya kamu..

~ December 13, 2009 at 2:15am ~

Rabu, Disember 07, 2011

Terlintas Di Fikiran.. #3 - Melepaskan "Azmi" saya..

Terlintas di fikiran #2 : Terlintas di fikiran #4


Hati Cik Mendezz sudah lama memendam rasa..hari demi hari..hinggalah kemuncaknya semalam..luka itu menjadi sangat-sangat menyakitkan hingga sudah tidak tertanggung lagi..sudah puas memujuk hati..sudah puas memahami..namun ternyata dia bukan untuk saya. Mujurlah slot Tentang Dhia banyak mengajar Cik Mendezz tentang pengertian sebuah cinta. {even Cik Mendezz ni tidak lah seanggun Dhia yang comel berdentum tu!}

Dalam slot Tentang Dhia..Azmi menyayangi Dhia sepenuh hati..jiwanya penuh dengan Dhia..namun, ketentuan Tuhan menyatakan mereka tidak ditakdirkan untuk bersama..pelbagai rencam dugaan yang mereka alami hingga menjelang hari perkahwinan mereka..dan akhirnya mereka mengalah..mereka sedar..mereka tiada jodoh..biarpun rasa cinta mereka amat sarat dan dalam..

Begitulah rasa saya pada "Azmi" saya..sangat sarat dan dalam..hingga saya mampu menutup mata biar berkali-kali dia melakukan kesilapan..dan menyakiti hati ini secara sedar ataupun tanpa sedar..namun..setelah sekian lama..saya kene bangun..dan bangkit! "Azmi" saya ada kehidupan dia sendiri..dia bukan milik saya..dan biar pun luka itu sangat mencarik-carik perasaan saya..hingga saya sudah tidak mampu menangis..saya perlu tinggalkan dia..apa guna mempertahankan sesuatu yang tidak pernah ada??Apa guna memujuk hati bersangka baik sedangkan semua yang menyakitkan makin hari makin sengaja dia lakukan seolah-olah tidak berperasaan??

"Azmi" saya sudah tidak menjadi seperti Azmi yang dicintai Dhia."Azmi" saya tidak dipenjara..tetapi dia memenjara saya dengan janji-janji yang tidak tertunai. "Azmi" saya tidak pernah dianiaya..tapi dia menganiaya perasaan saya yang dia sendiri tagih dan rayu untuk diberi peluang sebelum ini."Azmi" saya berasa sangat kebal hingga merasakan apa jua yang dia lakukan takkan mampu membuat saya melangkah pergi!Kejamkan "Azmi" saya??

Bukan saya menghukum dia..tetapi semua ini berlaku akibat hubungan yang tiada penghujung..saya menjadi bosan dan marah hingga beberapa kali saya mengingatkan hati saya..saya perlu mencari jaminan hidup saya sendiri..di mana jaminan itu tidak mampu "Azmi" saya lakukan..dan hari ini..saya lepaskan "Azmi" saya pergi. Dan yang paling ajaib..biarpun rasa sesal dan terbuku itu ada..saya tidak menangis.Kuasa Tuhan yang membuatkan yang membuatkan saya sangat bersyukur. Saya telah diberi kekuatan setelah sekian lama menjeruk rasa dilukai "Azmi" saya yang sangat-sangat saya sayang.. =)

Dan kini..saya menunggu masa saya untuk menemui "Zikir" saya..mungkin "Zikir" saya tidak sehebat yang digambarkan Zikir yang hadir dalam hidup Dhia..tapi cukuplah jika dia tahu menghargai perasaan saya dan bertanggungjawab diatas segala perbuatan dan janji-janji dia..saya mahu dia menyintai saya kerana agamanya..biarpun saya masih berusaha untuk menjadi muslimah yang benar-benar sejati.





Buat seorang sahabat yang ikhlas menyayangi saya..terima kasih kerana menyedarkan saya betapa saya perlu melepaskan "Azmi" saya..ya..saya akan ketemu dengan "Zikir" saya..asalkan saya tidak putus asa..terima kasih kerana sentiasa mengejutkan saya pada saat saya terjatuh dalam kekecewaan dan cepat-cepat menarik saya agar bangkit dari kekecewaan itu sendiri..hanya Allah yang dapat membalas jasa kamu..Saya akan cuba untuk menjadi sekuat kamu..biarpun ada masanya saya cemburu melihat kamu begitu kuat dan tabah..namun saya tahu..kamu juga bangkit dari kejatuhan dengan susah-payah..terima kasih sangat-sangat!Hanya itu yang termampu untuk saya ucapkan disamping menghargai kehadiran sahabat seperti kamu dalam hidup saya. =)

Mungkin akan ada banyak "Raffi" yang masih dan tidak jemu-jemu mendekati saya..dan saya anggap segala usikan-usikan nakal itu sebagai penghibur hati saya di kala sunyi dan sedih..tapi pada masa yang sama..saya tahu "Raffi"-"Raffi" yang hadir ini juga seperti saya..pernah melalui perkara-perkara yang menyakitkan hingga mereka juga berasa serik untuk mempercayai cinta..suka saya berpesan pada "Raffi"-"Raffi" ini..sebagai lelaki yang salah satu tanggungjawabnya adalah pemimpin..kamu jangan putus asa!Dan percayalah suatu hari nanti kamu akan ketemu dengan "Dhia" kamu juga..seperti saya yang sabar menunggu hadirnya "Zikir" saya..doakan kita sama-sama ketemu apa yang kita cari..

Dan buat "Azmi" saya..terima kasih kerana menjadi insan yang pernah menyayangi saya..pada masa yang sama..kamu lukakan hati saya semahu-mahunya..sekurang-kurangnya..selepas ini..saya akan belajar untuk mengelak "Azmi" demi "Azmi" seperti kamu.. =)

Bila kita sayangkan seseorang..

Bila kita sayangkan seseorang..
kita takkan pernah mementingkan diri..
Tapi dia??
Hati berkata-kata, "Tak mengapalah..terima sahaja..dia memang begitu.."

Bila kita sayangkan seseorang..
Kita sanggup buat apa sahaja demi dia..
Kita tunggu dia lama pun tidak mengapa..
Tapi bila dia menunggu kita??Tak sampai 10 minit pun dia dah marah-marah..
Adatlah..ada yang menunggu.. ada yang ditunggu..

Bila kita sayangkan seseorang..
Kita tidak tidur pun tidak mengapa demi mahu melayankan karenah dia..
Tapi bila kita pula yang bosan..ada dia nak melayan?? 
Tapi kita pujuk juga hati ini.."Tak mengapalah..mungkin dia sibuk!"

Bila kita sayangkan seseorang..

Jika kita bergaduh dan bertengkar dengan dia..kita menangis..
Kita telan sahaja semua kesalahan dia..
Tapi dia..seronok berjimba dengan kawan-kawan..
Masih kita pujuk hati sendiri, "Tak mengapa..dia tengah tension tu.."

Bila kita sayangkan seseorang..

Kala bergaduh pun, kita tebalkan muka nak bercakap dengan dia..
Tapi dia tak jawab pun panggilan kita..ada masanya dia matikan terus telefon bimbitnya..
Bila jadi begitu..masih kita bersangka baik, "Layankan sahaja..dia tengah lepak dengan kawan-kawan dia la tu.."

Bila kita sayangkan seseorang..

Kita bercerita semua benda dengan dia..
Kita kongsi segala yang ada..
Tapi dia??Yang seronok sahaja mahu bersama..

Tatkala sedih??
Pada kita..susah dia..susah kita juga..

Pada dia..senang dia..milik dia sahaja!
Masih kita redha..kita anggap dia spesis lambat nak sedar..
Dan apabila dia yang bercerita kepada kita??

Kita perlu dengar dan beri sepenuh perhatian..
Jika tidak..dikatakan kita tidak ambil peduli..
Masih kita bertahan..dek kerana sayang..

Bila kita sayangkan seseorang..

Apabila sama-sama lapar..
Kita bahagiakan saja bahagian kita pada dia..
semata-mata kita tak mahu dia lapar..

Nak jaga perut dia..kasihankan dia..

Bila kita sayangkan seseorang..

Apabila dia letih..kita suruh dia berehat..
Tapi bila kita yang letih..dia buat tak faham je..
Kita pujuk hati ini, "Ala..bukan selalu..kasi chance sajalah!"

Bila kita sayangkan seseorang..

Tidak tentu arah rasanya apabila kita tahu dia jatuh sakit..
Berkejar nak buat segalanya untuk dia..
Tapi bila diri ini yang sakit..dia suruh berehat sahaja di rumah..
Hati kita berbisik.."Tidak mengapa..takkanlah mahu berkepit sepanjang masa??"



Bila kita sayangkan seseorang..
Kita tidak sanggup melihat dia derita..
Tapi tidak pernah dia cuba untuk menghargai..
Apatah pula mahu ambil tahu betapa kita sayangkan dia..

Bila kita sayangkan seseorang..

Memang sukar untuk tinggalkan dia kalau kita mahu ke mana-mana..
Dan jika boleh..kita mahu dia senantiasa berada dihadapan mata..
Tapi pada dia..kawan-kawan juga kekasih-kekasih yang lain lebih utama!

Bila insan yang kita sayang memperlakukan kita begini..

Lebih baik kita berkorban rasa..
Tinggalkanlah dia dan biarkan dia buat apa sahaja yang kita suka..
Biarkan dia bahagia dengan cara dia..

Akan tetapi..bernilaikah pengorbanan ini??
Akan mengertikah dia bahawa hati ini sebenarnya telah menyimpan seribu duka??
Tidak mengapalah..kita pujukkan hati ini, "Janji dia bahagia.."

Mungkin..apabila kita sudah tinggalkan dia buat selama-lamanya..

Barulah dia sedar tentang kewujudan kita..
Barulah dia sedar yang kita selalu ada pada saat yang dia memerlukan..
Dia datang menziarahi pusara kita..
Dia sebak..menangis..dia minta maaf di atas semua kesalahan dia..
Dia tersedu-sedu.dan minta maaf lagi sebab tergamak buat kita macam tunggul kayu..
Dia minta maaf sebab selalu menyeksa perasaan kita ini tanpa rasa bersalah walau sedikitpun..
Dia berjanji 'hanya kita yang bertakhta di hatinya selama ini'..
Dan dia meminta maaf berulang kali di atas kekesalannya memperlakukan kita sebegitu rupa..

Tapi..mengertikah dia..

pada ketika itu..semuanya sudah terlambat??
Semuanya sudah tidak akan mampu memberi apa-apa makna lagi..

Semuanya sudah berakhir!!



sumber : diolah dari Facebook threading.. =)

Selasa, Oktober 25, 2011

Bila hati harus memilih.. =)

Hari demi hari..rasa yang melukakan itu semakin terubat..maka..mungkin benar kata pujangga..masa mampu mengubati luka yang ada..biarpun parutnya entah bila akan hilang.. =)



Mungkin sudah sampai masanya hati ini memilih untuk meneruskan langkah tanpa kamu yang cuba sehabis baik menjatuhkan..kamu yang sehabis baik berusaha untuk melukakan..mungkin kerana tidak pernah tahu apa rasanya luka itu..menjadikan kamu tidak pernah berasa sesal menyakiti orang lain..mungkin juga kerana merasakan kelukaan yang bakal dirasai itu hanya sedikit dan seketika maka kamu tegar menyakiti tanpa rasa kasihan walau sedikit pun..





Maka..untuk apa aku melayan rasa sakit dan kecewa itu??Jika rasa-rasa itu menggembirakan kamu yang begitu menagih airmata ku??Dan untuk apa aku mengharap andai  kamu hanya mampu memberi harapan palsu lantaran tiada apa yang boleh dijanjikan lagi..





PERSETAN KAMU!!!Benci aku mengingati kata-kata penuh hipokrasi kamu itu!!Ternyata kamu masih sama..tiada apa yang berubah..selain menyakiti dan terus menyakiti..mengecewakan dan terus mengecewakan!Kerana apa??Ya..kini aku tahu..kamu tidak sekuat aku..maka kamu cuba menjadikan aku selemah kamu!Ketawa sendiri aku memikirkannya..kerana akhirnya aku ketemu juga jawapan yang aku cari! =)






Untuk apa aku menangis jika tangisan aku adalah kegembiraan buat kamu??Pada saat aku setia kamu turut mencipta bahagia bersama mereka yang kamu rasa jauh lebih layak dari aku..ternyata kamu masih belum ketemu apa yang kamu cari..dan mungkin apabila apa yang kamu cari itu ada pada aku..rasa tidak pernah puas kamu mendorong kamu untuk terus mencari dan mencari hingga ada masanya kamu sendiri hilang arah memikirkan apa lagi yang kamu cari..





Semua ini semakin hari semakin memenatkan..aku sudah tidak nampak kesudahan antara kamu dan aku..melainkan perangai kamu yang suka mempermainkan dan sikap aku yang mengharapkan setia ini berbalas..pandangan kita sudah terlalu berbeza kini..sedih??Owh..percayalah..aku sudah tidak mampu bersedih!Dan jika benar aku berasa sedih..masih tidak mampu membuat aku menangis..kamu sudah tidak layak menagih airmata aku! =)




Kadangkala..aku penat untuk terus kuat..tetapi hanya itu pilihan yang aku ada untuk menempuhi hidup yang semakin dipenuhi mereka seperti kamu yang tidak tahu bertimbang rasa..dan kejam barangkali!Kamu juga bukan kanak-kanak yang masih boleh dipujuk itu dan ini..kamu sudah dewasa..setiap langkah bijak dan silap itu menunjukkan sejauh mana kematangan kamu untuk meneruskan hidup..jikalau masih janji-janji kosong itu permainan lelaki seperti kamu..apa lagi yang bolah aku katakan??

Itu pilihan kamu..bukan aku..juga kemahuan kamu..bukan aku..semoga kamu ketemu apa yang kamu cari..dan apabila pencarian itu sampai ke penghujungnya, aku harap kamu takkan kehilangannya biarpun ia telah digenggam kemas dalam tangan kamu.. =)

P/S : Berasa stress sangat hari ini sebab stil tak boley buka game The Sims Cik Mendezz..hampessss...dah bape hari nii??? (*____*)



Siyess Cik Mendezz stress tahap Wolverine!!Huwarrghhhh!!


***PSSSTTTT!!Seblom lupa..credit 2 google 4 d nice picca..& my sista yg comel yang sangat rajin mengGOOGLE semalam..Sis Linda..