Memaparkan catatan dengan label Tips. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips. Papar semua catatan

Selasa, Julai 25, 2017

D'Chef yang memudahkan urusan makan2 kita!

"Apa ni yanggg..semalam dah #masakkicap arini masak kicap lagi.." tu lahh orang lelaki tau #komplen ja..walhal dia xtau #isteri dia ni bukak je mata smpi menu makan malam pon dh sibuk nak pikir.. Nak uruskan #anak lagi..redah #sesak p #kerja lagi..#boss yg xtau angin dia ok ke tak ok arini..bila blk ehhh..lupa nak sambung fikir menu apa nk masak..sampai ter #repeat menu semalam..ohh nooo!

Awok2..#wanita #bekerjaya..ataupun #surirumah..mahupon #abang2 yg suka memasak..Cik Dezz nk tunjuk ada paste #DChef yg boleh memudahkan urusan dapur anda..#pantas..#cepat..#sedap!

YEAYYYY!!Mudah lah kita nak masak pasni..balik keje pilih je nak pakai paste mana..masak #beriani pon bukan masalah lagi okk..
.
Kalau tak tahu nak masak macam mana, ni resipi Cik Dezz selitkan! Tgl nk belek n masak ja!

Mudahkan?

Kalo nk order boleh PM.DM.WA.TELEGRAM Cik Dezz 017 355 6174

Atau direct link WA

http://mendezzpbexpert.wasap.my/

Best jadi agent SHOM. Kita guna & kita promote. Dapat extra cash setiap bulan.
#tdcroadto50k #dchef #tdcroadtoKorea #beriani #asampedas #rendangdaging #turmericwithgarlicpaste #thediamondcircle #gandaincome

Selasa, Julai 04, 2017

Set Berpantang First Class!

Ramai yang bertanya..selain memakai #PremiumBeautiful corset,  apalagi yg diamalkan oleh ibu2 yg #berpantang selepas #bersalin untuk kembali mendapatkan badan yang kembali #kurus dan lebih #langsing dari sebelumnya..awok2 semua para #ibu dan #suami ..ini lah rahsia dia.. #SetPantang 1st class kami.. #PremiumBeautifulCorset + #JamuHerbaMaharani + #BioSeleza ! Masih tercari2 #SetBersalin anda atau isteri anda? Hubungi Cik Dezz naa..boleh whatsapp/pm/dm/telegram di 0173556174 !

Isnin, Julai 03, 2017

Promosi Hebat Min Kaffe Kembali Lagi!

Tawaran hebat kembali lagi awok2 sekalian..beli 24 kotak #MinKaffe dapat percuma #LimitedEdition #Termos sempena #25thAnniversarySHOM !!

Eh 24kotak #minkaffe..banyak? Tak banyak..

Sebulan 3 kotak.. Wifey n hubby minum sama2☕☕..4bulan 12 boxes...

Lg 12 kotak.. Letak Kat office masing2..minum dengan rakan2 office.. Hadiah pd mak ayah.. Ni nak Ziarah Raya.. Boleh bawakan Hadiah..

Sama2 kita enjoy khasiat Min Kaffe!!Dapatkan dari Cik Dezz laju2 tauu di 0173556174..Cik Dezz bagi special price!Haa..double promo terus!

Direct link WA

http://mendezzpbexpert.wasap.my/

Ahad, Julai 02, 2017

Found My Perfect Kitchen Helper!

Semalam Cik Dezz rasa nak cuci tungku dapo yang bertahun dok cuci x mahu tanggal tu..ni Cik Dezz share hasilnya..

Senang je..cuma 3 langkah mudah ;
1. Sapukan cecair #EziCleanDishwash ke kotoran degil.
2. Biarkan seketika.
3. Kemudian gosok la dengan berus gigi lama ke..dengan berus periuk ka..

Mcm Cik Dezz x berapa nak rajin nak sental beria..gosok gitu2 je..so dapat macam ni pon dah rasa happy sangat..tak sangka la boleh tanggal..seblom ni dah mcm2 jenama Cik Dezz cuma x mau dia tanggal..ohhh, I'm the happiest woman in the kitchen! :-) :-) :-)

Dapatkan #EziCleanSeries dan #EziCleanDishWash anda dari pengedar anda Cik Azura Mendezz di 0173556174

Direct link WA

http://mendezzpbexpert.wasap.my/

Selasa, Jun 20, 2017

Bersediakah kita?

#Syawal bakal menjelang tiba.. tua dan muda sama merai.. sanak saudara dan rakan taulan saling kunjung mengunjungi..bertukar khabar..saling bermaafan..dan dijamu dengan pelbagai #juadah #Aidilfitri ..cewah..bermadah ria Cik Dezz di pagi hari..

Juadah terhidang menggamit #selera .. #lauk pauk aneka jenis.. #ketupat #rendang #lemang .. kuih2 #moden mahupun #traditional semua terhidang di atas meja..aduhaiii..sedapnya..lazatnya!!

Lupa seketika betapa gigih kita menurunkan #berat badan ketika #Ramadan .. lupa juga #RTW kita hanya muat2 setelah puas kita kehilangan beberapa kg lemak di badan..baru hari raya ketiga dah ada yang #histeria .. sebab apa? baju dah x muat!! Kain tak boleh nk cangkuk..zip lagi la tak lepas..baju apatah lg..puas tahan nafas tapi senak juga!

Mujurla Cik Dezz ada set #PremiumBeautifulCorset dan #SetKurusBudget yg mengandungi #MinKaffe #BVAlfalfa dan #Garlic !

Pakai PB bukannya sebab kita tak boleh makan langsung..tapi kita makan ikut portion yg sebenar..sedikit2 tapi kerap. Baru la #metabolism kita berada di peringkat yg sepatutnya.

Min Kaffe pula buatkan kita kenyang lebih lama. BV Alfalfa membantu proses #detox dan pelawasan manakala #GarlicTablet mengawal paras kolestrol dan buang angin..mmg sesuai la dengan menu2 lemak2 lazat #butter & #minyaksapi Aidilfitri tu..

So..jangan tunggu lagi ya..prevent is better than cure..grab your PB set dan Set Kurus Budget dengan Premium Beautiful Expert anda Cik Dezz di 0173556174 .

Dapatkan sekarang!

Isnin, Jun 19, 2017

Apabila sakit pinggang dan sakit pinggang menjelma..

Alhamdulillah..more #testimonial dari pemakai tegar #healthcorset #PremiumBeautiful ..memang benar ianya mampu mengurang dan menghilangkan #sakitpinggang kerana pemakaian PB menjadikan secara automatically body #posture kita berada pada kedudukan yg betul serta selesa. Antara salah satu sebab PB amat sesuai untuk mereka yang mempunyai kerjaya #lasak ..

Tak pernah kita baca korset untuk buat kerja lasak kan? selalu diajar korset hanya dipakai dgn baju #cantik..baju ready-to-wear..nak pergi #kenduri..tapi PB tak macam tu awak2 semua..material dia sgt #selesa dan #mudah dicuci. Walaupun buat kerja lasak..korset tidak akan melekit dan tidak berbau peluh yang menjadikan ia masam dan kepam..

Macam Cik Dezz cakap la..dah pakai baru tahu kenapa ramai yg telah memilih untuk pakai PB tau..rugi kalau tak cuba! ;-) ;-) ;-)

Dapatkan Premium Beautiful dari Premium Beautiful Expert anda..

Azura Mendezz 0173556174

Ahad, Jun 04, 2017

Sekejapnya masa berlalu..

2017..tahun yang agak sibuk buat Cik Dezz..tambahan pula dah serumah dengan En Shuben yang sebelum ni PJJ..meniaga serba-serbi lagi dan macam2 aktiviti yang jadikan aktiviti nak update blog asyik tertangguh dari hari ke hari sudahnya makan bulan daaa..akhirnya malam ini baru berkesempatan..itu pon tak pasti lagi entry ni panjang sedepa atau sejengkal sekejap lagi..hehe!

Tahun ni officially bergelar #MakcikKuih dan #PremiumBeautifulExpert . Alhamdulillah..memula malu juga nak buka mulut nak berniaga..biasa mulut ni sibuk gelak kuat2 je..hihihi!
Dan Alhamdulillah. .ini Ramadhan kali kedua bersama En Shuben tercinta..masih menantikan kehadiran si kecil dalam hidup kami..doakan yang baik2 ye! Akak nak pulun #JamuHerbaMaharani nanti..tengok testimonial pon menarik ja..Cik Dezz last amalkan masa siang malam dok kerja masa single sebelum ni..Siang keje office..malam dan hujung minggu keje part time cashier..mana larat kalo takde tenaga..makan la jamu ni supaya tak letih..kelmarin Cik Dezz dok google testimonial bukan setakat tak kasi letih ja..lebih dari itu khasiat jamu ni..patut la #HotSelling item!

Kejap..Cik Dezz terbagi testimonial #JamuHerbaMaharani ka??Bukan update recent activities ekk?? Opss..takpe lah..nanti cerita lain ekk..nak tido dulu..esok nak bangun sahur..masak pulak..Selamat malam cinta!

Rabu, September 24, 2014

Khasiat Garam

Ehhh..terlepas pandang pulak nak update blog beberapa hari ni. Dengan rutin harian yang semakin sibuk walaupun di hujung minggu. Badan pun mula rasa letih..lesu..lenguh-lenguh. Aku suka borak dengan seorang kakak senior kat office aku ni. Kami panggil dia Kak As. Dia ni memang suka amalkan petua-petua traditional untuk kesihatan dan kecantikan. Kalau bab-bab ni memang dia tegas. Jangan lawan! Tengok dia pon maintain je walaupun dah 4 series ateee berani ke nak melawan??Hehehe!

Aku pon mula la mengadu kat dia yang aku mula lenguh-lenguh badan macam lah kerja teruk sangat. Jadi dia pun picit-picit mana yang aku cakap lenguh-lenguh dan sakit tu. Kak As cakap mungkin badan aku banyak toksin. Cuba rendam air garam kasar. Lagipun garam ni kan salah satu sunnah nabi. Tak ada ruginya kalau mencuba. Dapat pahala lagi ada kan!

Aku pon teringat yang aku memang dah lama tak buat. Sebelum ni rendam pakai garam masak tu je..tapi Kak As kata cuba pakai garam kasar. Tengok apa kesan dia. So..balik kerja tadi aku pun pergi cari, dan akhirnya jumpa ni...

Saiz paket dekat sekilo. Harga tak sampai RM10!!
Aku pun ikut arahan kat paket ni dan rendam kaki sambil tonton tv. Lepas setengah jam kulit kaki pon dah lembut so memang perfect time untuk home pedicure. Best je rasa kaki..especially kat tumit..rasa nak jalan jengket-jengket jek!Hahahahahah!! Memang relaxing! Badan pun rasa lega!

Kak As pesan untuk mula-mula ni buat directly seminggu. Rendam kaki tu..buang toksin-toksin dalam badan. Lepas tu boleh lah nak selang-selang hari. Jom cuba!

Khamis, Ogos 02, 2012

Rahsia Garam... Amalan Sunnah Yang Tidak Diketahui...

Amalan Rasullullah S.A.W memakan secubit garam sebelum dan selepas makan kini dibuktikan oleh sains bahawa tabiat ini menambahkan keberkesanan perut untuk menghadam makanan dan menghindarkan perut dari menyerap racun.

Pada zaman Yunani, Tentera Yunani {askar Greek} dibayar gaji menggunakan garam. Begitu juga dengan episod penjajahan kecil oleh negara besar dengan mengenakan hukuman penjara kepada penentang mereka.

Apabila dipenjarakan, mereka {penentang} akan diberi makanan seperti roti dan air tanpa garam. Walaupun kerap dihidangkan dengan roti dan air, tanpa garam badan mereka tetap lemah memandangkan kurangnya kandungan garam dalam badan.

Dari Abdullah bin umar

"Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat {mempunyai kebaikan} dari langit {menerusi hujan} ke bumi iaitu besi, api, air dan garam,"

Hadis Riwayat Al-Baghawiy dalam tafsirnya dari Anas bin Malik, nabi bersabda, "Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam,"

Dalam kitab perubatan islam, untuk penyakit dari laut maka untuk keluarkannya dari badan/merawatnya dari laut juga iaitu menggunakan air garam. Antaranya ;

  1. Penyakit Gout - timbus anggota badan atau bahagian yang bengkak dengan pasir laut {tepi pantai} 1 - 2 jam kemudian mandi air laut.
  2. Kalau tinggak di bandar, goreng 1 - 2 genggan garam kasar sampai kekuningan kemudian demah/tuam di bahagian yang bengkak atau sakit. Garam itu dibungkus dengan kain.
  3. Guna cara yang sama seperti di atas untuk penyakit lenguh-lenguh sendir, sakit kepala, senggugut. Kalau sakit lelah demah/tuam pada tapak kaki.
  4. Elak mabuk semasa perjalanan dengan meminum madu dan secubit garam atau air suam dan secubit garam sebelum memulakan perjalanan.
  5. Mengembalikan tenaga untuk orang yang bekerja berat seperti bertani, bersukan dan seumpamanya - minum air suam dan sedikit garam.
  6. Cuci perut : minum air suam dan satu butir garam kasar sebelah pagi.
Petua berdasarkan kajian

  • Merendam kerang supaya hilang tahinya - dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut, dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya {tahi}.
  • Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga.
  • Merawat cirit-birit. Ia juga boleh diubati dengan meminum air yang dicampur dengan sedikit garam.
  •  Garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.
  • Menambah imuniti badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yang berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin tempat baru. Air garam diminum sebagai ubatnya.

Isnin, Mei 14, 2012

Ciri suami yang hebat mengikut Ustaz Azhar Idrus..



  1. Solat fardhu cukup 5 waktu.
  2. Ada kerja gaji RM800 - RM1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa..boleh beli beras..boleh isi minyak kenderaan..boleh hantar ke tempat kerja. Nafkah zahir boleh bagi..bukan nafkah batin aje tau!
  3. Ada kenderaan : motor kapcai dah cantek..honda EX% orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pon boleh..tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.
  4. Lulus ujian fardhu 'ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul..apatah lagi mandi-mandi yang lain.
  5. Boleh baca al-Quran walaupun setakat 'alif' 'baa' 'taa' sampai surah 'Iqra' Bismirabbikallazi Khalaq'
  6. Jenis lurus, baik & hati baik serta tidak menipu. Tak adalah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi megorat jiran taman sebelah.
  7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.
  8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.
  9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, "Ehemmmm...ramainya kawan lelaki kat ofis..Jangan sampai lupa abang tau.."
  10. Belajar setakat PMR pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.
  11. Kalau dia jenis diam takdelah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun takdelah sampai dia mengata-ngata orang lain.
  12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2x sekurang-kurangnya Maghrib dan Isyak.
  13. Walaupun tidak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika ada kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.
  14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri menangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.
  15. Jenis senyum sokmo.
  16. Tak tengok sangat awek cun..dok tengok bini dia je walaupun bini dia tak cun,, {Tak cun takpe, boleh tutup lampu!}

P/S : Macamana??Adakah anda tergolong dalam kategori suami / calon suami yang hebat??Renung-renungkan dan selamat beramal! =)

Khamis, Januari 26, 2012

Spontaneous Thursday.. #44 - ‘MENGHISAP PAYUDARA BOLEH MENYELAMATKAN WANITA’??

Berita ini diambil dari data berita antarabangsa BBC dan National Health Service. Berikut data yang diambil untuk mencegah kanser payudara dengan cara menghisap. Dalam waktu terdekat mungkin ada wanita yang mahu membayar orang terutama lelaki untuk menghisap payudara mereka??

Dalam BBC Top News Story :

Doktor berpendapat bahawa payudara wanita yang disedut secara teratur sangat bagus untuk mengurangi risiko terkena kanser payudara.Diberitahu bahawa penghisapan payudara secara teratur akan menurunkan risiko yang cenderung menyebabkan berkembangnya kanser payudara.

Payudara harus disedut mungkin, hal ini dipercayai akan membantu perempuan melawan kanser payudara. Bagi para lelaki, silakan menolong pasangan anda, dengan menghisap payudara wanita sekarang dan bagi para wanita silakan saja lakukan terapi ini dan kamu seharusnya merelakan!

Pesanan ini dibuat oleh Department Kesihatan British dengan tema 'Melawan Kanser Payudara'.

Kalau anda percaya pada hasil penelitian ini maka {semua lelaki} jujurlah bahawa anda tentunya akan senang, jadi ikutilah cara-cara ini. Kalau perlu anda dengan rendah hati mengajukan diri untuk membantu para wanita demi menyelamatkan nyawa mereka dari penyakit kanser.

Bolehkah anda mengirim ini ke semua orang yang bertanggungjawab dan kepada para wanita agar menyedari risiko tinggi ini??Ini adalah salah satu bentuk keuntungan buat wanita yang sangat harus dilakukan untuk mencegah kanser. Ingat pesan doktor, "Mencegah itu lebih baik daripada mengubati.". 

P/S : Kalau fakta ini tidak sahih pun Cik Mendezz memang teruja!!Kenapa teruja eh??GULPPP!!Hahaahahaah!! =P

Selasa, Januari 10, 2012

Hati Seorang Wanita


1. SENSITIF ~ Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.

2. CEREWET ~ Bukan bermaksud fussy  tidak tentu hala, cuma kadangkala ingin LELAKI mengikut kata-katanya.

3. HALUS ~ Ibarat sehelai sutera..cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan tercarik dan koyak. Walaupun seorang  WANITA memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.

4. IKHLAS ~ Ikhlas seorang  WANITA tidak perlu diragui.

5. KORBAN ~  WANITA sanggup berkorban apa sahaja untuk seseorang yang amat disayangi..termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami.  WANITA amat tabah.




6. PRIHATIN ~ Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.

7. MANJA ~ Walaupun dia seorang  WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang  WANITA masih lagi tetap seorang  WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama  LELAKI, namun juga sesama kaum.

8. EGO ~  WANITA yang terlalu sayangkan kekasih/suami sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan orang yang dicintai.

9. CINTA ~ Cinta pertama bagi  WANITA adalah yang paling dalam dan tulus.

10. SEKS ~ Seks bukanlah segala-galanya buat  WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. Nafsu yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu sahaja.  LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan 1 nafsu. Fungsi  LELAKI adalah membimbing  WANITA dan bukan menghanyutkannya.

Memutihkan Leher atau Bawah Lengan Yang Hitam

1. Sediakan bahannya iaitu..

  • kunyit
  • limau nipis
  • timun

2. Perahkan limau nipis.
3. Manakala timun hendaklah dikisar halus untuk mendapatkan ekstraknya.
4. Seterusnya, tumbukkan sedikit kunyit.
5. Campur dan gaulkan perahan limau nipis serta ekstrak timun tadi dengan kunyit hingga sekata.
6. Akhir sekali, anda sapukan bahan-bahan tersebut pada bahagian leher atau bawah lengan. Biarkan selama 20minit dan bilas dengan air suam.


Ok readers..SELAMAT MENCUBA!! =)

Selasa, Disember 20, 2011

Bila dah hujan ni..!!!

Diam tak diam..dah 6 tahun lebih Cik Mendezz menjadi anak rantau di ibu kota..daripada ke sana sini naik kenderaan awam sekarang sudah berkereta. Tetapi yang dikesalkan bila di atas jala raya ni perangai sesetengah para pemandu masih tidak berubah..malah lebih suka bila dah terhantuk baru lahhhh nak terngadah!

Apalah Cik Mendezz membebel malam-malam ini kan??Tak tau ke orang nak tidur??Adess..maaf lah..tapi dah tak tahan sangat dah ni..dah lama sangat memendam rasa pada pemandu-pemandu perasan handal walhal kalo jadi musibah..dia la malapetaka!OPSS!!Terlebey sudah!


Pix ehsan dari google

Cuba tengok foto ni..jelas ke pandangan kita apabila hari hujan??Ini foto hujan dah reda..Cik Mendezz pula dah berhari-hari masa balik kerja je hujan mesti lebat!Bukan nak salahkan hujan lebat..dah hujan kan..rahmat!Tapi yang bikin malang para-para pemandu yang perasan power sangat ni lah..hari dah gelap gelita..jalan pon tak berapa nak nampak..dengan kereta memasing warna kelabu..warna hitam..TAK RETI-RETI NAK BUKA LAMPU KENDERAAN!Lepas tu..pandu kereta macam hari tak hujan!Laju semacam!Tak tahu nak bagi signal pula..tukar laluan sesuka hati..lepas tu bila dah berdentum.. 

"Awak tak nampak ke kereta saya yang besar ni??"

Halooooo!!Mana gaya nak nampak kalau tengah-tengah hujan tak tahu nak buka lampu kenderaan??Nak bagi isyarat tukar laluan??Pandu kereta macam di litar F1??Akal ada??Lain kali kalau hari mendung sampai nampak gaya matahari dah tenggelam ke..hujan lebat ke..hari belum siang ke..sila la buka lampu kenderaan tu!Tak payahhhhh nak sayang sangat bateri kereta tu..harga paling mahal pun RM200++ je!Tapi..kalau nyawa melayang..ADA GANTI??Sendiri mau ingat la erk??Ok..dah malam..nak tidur.. 

SEBAB-SEBAB HANTU PEREMPUAN RAMAI

Kalau kita kaji betul-betul pasti kita akan dapat mengira yang jumlah hantu berjantinakan perempuan lebih ramai berbanding hantu lelaki.Kenapa agaknya ye??

SEBAB 1
Untuk membalas dendam terhadap lelaki yang suka sangat menganiaya orang perempuan.

SEBAB 2
Kerana sifat orang perempuan lebih pandai menggoda, jadi senanglah sikit untuk mendajali orang lelaki.

SEBAB 3
Hantu lelaki tak menonjol sangat kerana hantu perempuan terbukti lebih menyeramkan untuk menjalankan tugas.

SEBAB 4
Untuk menguji keberanian orang lelaki yang sering cakap besar tapi kecut perut bila terjumpa hantu perempuan.

SEBAB 5
Pakaian serta bau-bauan perempuan memang sesuai dengan identiti hantu.

Sebab itulah ramai hantu perempuan kan??Tapi kalau Cik Mendezz sendiri..jika saya masih saya yang dahulu..saya nak jadi hantu berdasarkan sebab nombor 1!Hehe!Jadi di mana kah hantu-hantu berjantina lelaki  ini hilang??Pandai-pandai la kita cari kat pusat serenti..yang dok merempit tak tentu hala tu eh??OPSS! =P

Rabu, Disember 14, 2011

Mata dan Bulu Kening Wanita dan Tandanya

MATA
Condong ke atas ~ suka bercumbu-cumbu tetapi lekas meradang, tidak tetap hati dan teragak-agak.
Besar dan bulat ~ bersifat menawan erotik, mudah menghairah dan suka menunjuk-nunjuk.
Mata kecil {Macam Cik Mendezz!} ~ kuat cemburu tetapi wanita ini boleh menumpu perhatian kepada sesuatu hal dengan lebih teliti.
Menonjol ~ lurus dan mudah tertipu.
Ke dalam ~ suka ramai teman lelaki sebelum perhubungan tetap, suka mencuba sesuatu yang baru berkaitan dengan seks segera dan berterus-terang.


BULU KENING
Tebal ~ tertarik terhadap tindakan dan pengembaraan dan tidak setia, sukar mempunyai hubungan kekal dengan satu pasangan sahaja.
Kurus ~ kurang berminat terhadap seks.
Dekat satu kepada yang lain ~ cemburu.
Jauh satu daripada yang lain ~ malu dengan hal seks.
Lengkung ~ sangat suka hal-hal seks dan sensual. {errkk??Kantoi Cik Mendezz!!!}
Berbentuk segi tiga ~ lebih suka kepada persahabatan/teman karib daripada bernafsu di katil.
Lurus ~ sangat menurut kebiasaan di katil.

sumber : dari sini

Khamis, Disember 01, 2011

Spontaneous Thursday.. #25 - TANDA-TANDA CINTA YANG SEMAKIN PUDAR... !

Kita selalu terfikir..kenapa dia dah tak macam dulu??Kenapa dia dah tak kisah sekarang??Apa dah jadi??Dan kita mula menyalahkan diri sendiri..mungkin salah aku..aku selalu kecilkan hati dia..{naluri bersalah seorang perempuan!!}..

Well...hello darlingSS!!Bukan kerana kamu sudah tidak melayan dia seperti dulu..bukan juga kerana kamu selalu cari pasal dengan dia..tapi ini SOAL HATI..bila ia mula berubah..tidak pasti entah bila ia akan kembali..hati biar pun bukan rama-rama..yang terbangnya tiada arah..walau pun bukan burung yang serba serbinya bebas ke mana sahaja..tiada siapa yang mampu menduga..yang penting..kita percaya..JODOH ITU RAHSIA ALLAH..suami hanyalah pinjaman..darah daging kita yang kekal hingga ke akhirat..Insya Allah..kita  tidak mudah melatah dengan keadaan yang tidak terjangka ini.. =)

Cinta yang makin pudar..apa tandanya??Jom kita skodeng!

  • Malas angkat telefon - yang ini memang ketara!Telefon sebelah laptop pon dia boleh cakap tertinggal entah di mana..
  • Apa-apa hal asyik cakap malas..malas..MALAS!! 
  • Bila ajak keluar, si dia asyik sibuk sepanjang masa..lagi-lagi la tengah perhimpunan agong ni..lagi la dia semedang dok bagi alasan SIBUK!
  • Sudah pandai bergurau secara kasar dan menyakitkan hati..
  • Mula mengelakkan diri daripada berjumpa.
  • Dia sudah tidak kisah kalau tidak berjumpa pun..sebulan tak jumpa lagi bagus!
  • Bila sudah berjanji untuk bertemu, tapi lupa nak datang..alasan dia amat lazat untuk didengar..TERLUPA..TERTIDUR..serius makan dalam alasan kan?? =P
  • Apa yang kita buat dah tak betul di mana dia..
  • Dia nampak kelemahan kita lebih dari kebaikan..
  • Taip sms pun pendek-pendek sahaja..
  • Bila kita cakap "I love you.." dia balas "errrmmmmm.." jer.DUSHH!!DUSSHH!!
  • Bagi alasan "Awak ni terlalu baik untuk saya..saya tidak layak untuk awak.." kelakarkan??Masa dia mengurat kita dulu tak pula fikir!Pembaziran perasaan berlaku! =P
  • Bila ajak jumpa ibu bapa, macam-macam cara dia cuba mengelak..
  • Dah jumpa ibu bapa pun alasan banyak.Hendak cakap hal "kahwin.." dia terus tukar topik..
  • Dia dah tak kisah apa yang jadi pada kita..
  • Susah betul la dia nak senyum atau bergurau macam dulu-dulu..
  • Dengan orang lain dia boleh mengaku single..kalau yang kenal kita ni dia cakap dia tengah bermasalah dengan kita..tiada persefahaman katanya..{nannnnti ko!! =P }
  • Dulu-dulu masa nak keluar dating mesti nak pakai baju yang sama atau sedondon..sekarang dah tak nak..rimas katanya..poyo pula katanay sekarang..
  • Dulu sanggup tolak ajakan kawan-kawan semata-mata nak keluar dengan kita..tapi sekarang terbalik sudah!
  • Dulu boleh bergayut berjam-jam..bateri telefon habis siap cucuk pengecas - sambung lagi bercakap..sekarang ni..5MINIT PUN SUSAH!!Katanya..handphone cepat panas!
Jadi..bagaimana??Sudah ketemu jawapan pada pasangan anda yang seperti buang tebiat itu??Terima sahaja hakikat..hatinya sudah berubah..JOM CARI YANG BARUUUU!!Opss! =P

Khamis, November 24, 2011

Spontaneous Thursday.. #20 - Doa Pembuka 12 Pintu

Ya Allah..

Engkau bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan..
pintu-pintu keselamatan..
pintu-pintu kesihatan..
pintu-pintu nikmat..
pintu-pintu keberkatan..
pintu-pintu kekuatan..
pintu-pintu cinta sejati..
pintu-pintu kasih sayang..
pintu-pintu rezeki..
pintu-pintu ilmu..
pintu-pintu keampunan..
dan pintu-pintu syurga..

Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Amiiinn~~

Isnin, Oktober 17, 2011

Bila dah sayang baru tahu kekasih hati milik orang..

"GERAMNYA!!!Ingatkan selama ini dia berlaku jujur tetapi rupa-rupanya lidah bercabang!"Itu antara ungkapan pertama yang akan dilemparkan setelah mendapat tahu si dia kekasih hati, rupa-rupanya milik orang.

Lebih menambah kemarahan di hati apabila mengetahui si dia sudahpun berumah tangga dan mempunyai cahaya mata."Kenapa aku tidak diberitahu lebih awal??" atau "Mengapa ini yang terjadi??" adalah antara persoalan yang bermain di kotak fikiran anda ketika itu. (jarang lelaki mengeluh tentang ini..biasanya wanita yang mengeluh sebab berasa tertipu!)

  1. Cuba alih renungan wajahnya - Sewaktu berbual, si dia akan cuba mengelak daripada memandang tepat ke wajah anda kerana bimbang pembohongannya dapat dikesan. Kata orang, apabila seseorang telah melakukan kesalahan, hatinya akan berasa resah bagai tidak menentu apabila berbicara.
  2. Berjumpa di tempat awam - Si dia jarang mengajak anda keluar makan bersama di kawasan yang terbuka seperti pusat beli-belah atau di restoran, Perbuatan ini dilakukan kerana si dia khuatir sekiranya tindakan itu akan dikesan olah orang lain yang mengenali dirinya, Bagi menjaga statusnya sebagai suami atau kekasih orang, si dia sanggup membeli apa sahaja makanan dan menikmatinya di dalam kereta.
  3. Bola mata tidak ketentuan - Ketika anda dan si dia sedang menikmati kemesraan kala berjumpa, posisi bola matanya dilihat tidak tentu arah. Sekejap ke kanan dan beralih pula ke kiri bagai memerhati dunia sekeliling. Ini mungkin kerana si dia bimbang terserempak dengan rakan-rakan atau saudara mara kekasih mahupun isterinya.
  4. Sukar untuk dihubungi - Setiap kali menelefonnya, si dia sentiasa sibuk atau mungkin berada di luar kawasan liputan. Si dia kerap kali sukar dihubungi melalui telefon bimbitnya walaupun menggunakan dua atau lebih daripada satu talian telefon. Ini kerana si dia hendak menyembunyikan rahsianya daripada terbongkar.
  5. Merahsiakan alamat dan nombor telefon rumahnya - Anda tidak pernah diberitahu di mana si dia tinggal, tempat kerjanya dan nombor telefon rumahnya. Segala maklumat penting itu seolah-olah ingin dirahsiakan dari kamu. Paling ketara, sewaktu si dia berada di rumah, intonasi suaranya ketika berbual menerusi telefon amat berbeza. Si dia tiba-tiba mengubah topik perbualan dan meletakkannya dengan cepat.
  6. Elak berjumpa orang tuanya - Si dia yang telah pun berpunya juga tidak pernah atau tidak akan sesekali menjemput anda datang ke rumahnya atau berjumpa dengan orang tuanya. Ini kerana dia bimbang, rahsianya akan terbongkar.
  7. Pengalamannya begitu luar biasa - Pengetahuannya tentang isi hati wanita agak luar biasa kerana dia memiliki banyak pengalaman berdampingan dengan wanita lain. Pandai memujuk dan bijak menyelongkar rahsia dalaman wanita, antara kelebihan yang ada pada dirinya.
  8. Kegatalan yang melampau - Sewaktu bersama anda, si dia berani melakukan sesuatu tanpa disedari. Ini kerana si dia mungkin dikongkong oleh teman wanita atau isterinya. Oleh itu, anda seharusnya berhati-hati dan ambil tindakan berjaga-jaga dengan sikap lelaki seperti ini.
  9. Masa yang terhad - Disebabkan banyak komitmen yang perlu ditunaikan, si dia begitu sukar untuk bertemu dan meluangkan masa berbual di telefon. Menyedari masalah itu, kamu pula yang terpaksa mengikut masa yang dia tetapkan. Alasannya..dia sibuk!Sedangkan dia sebenarnya menemani wanita lain.
  10. Menjauhi perbualan telefon - Bila telefonnya berdering, si dia akan beredar agak jauh daripada anda atas alasan takut perbualannya didengari. Untuk menyelamatkan diri, dia sanggup berjalan jauh.
sumber : SINI

Pandangan peribadi Cik Mendezz..semua ni betul. Tapi ada juga yang berani mati menidakkan semua ini demi membuktikan dia bukan milik sesiapa. Bila semua kebenaran telah terbentang dihadapan mata..nah..segala pujuk rayu dan janji-janji indah dilambakkan pada kita.

Persoalannya..akan terpancing lagikah kamu andai sayang itu hadir terlebih dahulu dari status dirinya yang telah berpunya itu??Adakah kamu terus mempercayai atau terus melangkah pergi??Atau adakah kamu hanya tunggu & lihat sejauh mana hubungan itu boleh pergi??

Cik Mendezz sendiri??Tiada jawapan..masih menunggu..dan melihat..OPSS! =P

P/S : Selalu maklum orang ini sedang berbohong..tapi aku diamkan demi melihat sejauh mana kamu sanggup membohongi aku! =)

Sabtu, September 17, 2011

Wanita sekalian!!Kes Canny Ong mungkin berulang lagi!!HATI-HATI!!


INFO PENTING !

Peringatan kepada semua !!!!!!!!!!!Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong.

Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak.Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai.

Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai.

Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti.Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang . Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis.Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa.

Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita ..

Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka.

Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka..

Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua.

Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam.
Kedua, Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma!
Ketiga, Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam!

Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia !
Jadikan amalan :
1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar.
2.  Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta.
3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam!


Sumber adalah dari sini..