Memaparkan catatan dengan label Bergadang2... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bergadang2... Papar semua catatan

Sabtu, April 21, 2012

TOLOOONNNGGGGG!!!!!!Godaan dia sangat hebat!

Sekarang ni ice blended fever kan??Dengan BLACK PEARL yang sangat tempting!Cubaan pertama Cik Mendezz yang buat Cik Mendezz ketagih sampai sekarang adalah masa Cik Mendezz balik kampung halaman di Segamat, Johor. Masa tu menyinggah sekejap kat hypermarket baru sebab nak belanja barang dapur dan sebab parents nak balik tengok rumah..dannnnnn sebab nak survey persediaan untuk majlis..hehe!

Perisa pertama yang Cik Mendezz cuba adalah Bandung Blog..uhhh~~ memang sangat nyaman! Pulak masa tu tengah panasss berdenting..rasa pengap dah kepala ni..bonda Cik Mendezz pilih perisa Choc Blog dan Ayahanda Cik Mendezz pilih perisa Cincau Blog..


Oleh sebab ke hausan yang terlampau, memang xsempat snap la pic minuman ni..sempat snap pix kt kedai jek masa tengah que..hihihi!

Then bila balik KL..dok fikir..mana nak cari menatang ni!Dadah apa dia letak dalam ramuan pearl tu sampai Cik Mendezz memang dok teringat-ingat jek!Nak dijadikan cerita..kebetulan Cik Mendezz bermalam di rumah teman sepejabat Cik Mendezz..dia ni orang utara..satu hari housemate dia yang sama-sama kerja dengan kami ada hal..jadi kami pun balik kerja sendiri naik bas..Member Cik Mendezz dok cakap..

"Sat gi aku mo singgah CM sat naa nak beli eachkaq.." banyak kali dia ulang tapi Cik Mendezz tak paham-paham lagi apa dia cakap. Iyakan ajelahhh sampai kami dah sampai CM..Rupa-rupanya dia maksudkan menatang ni haa...


It's Each A Cup!Aaaaaaaa....awatlaaa hang segan sangat nak sebut penuh-penuh Jue oiiii!!Bila dah tengok kedainya baru la paham..hehe!Di CM ada..di Sogo ada..Sunway Piramid pon ada..Wangsa Walk pun ada..fuhh..memang susah nak lari dari godaan yang hebat neh!

Almond Oreo + Pearl & Choc Oreo + Pearl
Tapi tidak mengapalah..Cik Mendezz akan berusaha untuk menepis dugaan yang hebat ni buat seketika..badan Cik Mendezz ni memang cepat kembang kalau dah menghadap ais..apatah lagi ais blended dan perkara-perkara yang sewaktu dengannya!Semoga usaha Cik Mendezz berjaya..lagi-lagi hendak menyahut seruan incik hubby yang dok bising-bising Cik Mendezz dah xmo melawo untuk dia dah..aduhh..bukan itu niat dinda, kanda..maafkan dinda!!  Each A Cup ini yang menggoda-goda adinda!!Rasanya yang mantop membuatkan adinda susahhhh nak lupa!

Ada-ada je alasan kalo dah kemaruk tu eh??Kehkehkeh!

P/S : Belum cerita lagi kes kempunan tak abes sebab tak cuba lagi burger kaw-kaw yang Cik Epal promote tu..huwahhhhhhhhhhhhhhhhh!!Nanti ko!Tunggu lah serangan Cik Mendezz!! =P


Ahad, Februari 26, 2012

Me and Tutti Frutti!!

Entry ini mungkin agak basi sebab Cik Mendezz ke sana lebih kurang 2 minggu lepas pada tarikh 11/02/2012 bersama si dia yang sudah lama tidak ketemu. Namun disebabkan beberapa permasalahan yang tidak dapat dielakkan dan menghilangkan mood berblogging buat seketika, entry ini tertangguh.

Ok..kami pergi ke Tutti Fruitti Wangsa Walk yang terletak di Wangsa Maju pada petang Sabtu. Eloklah..cuaca pun tengah panas berbahang, memang sesuailah nak makan aiskrim yogurt ni..hehe!



Sebelum masuk

Pix your flava..owh itu tgn si dia  ye!Mukan saye! =P

Pix your toppings

Pix your fruit.

Pandangan sisi

Pandangan atas

Incik Tutti Frutti

Cik Mendezz

Alahamdulillah..Selesai..yang makan habis tu Cik Mendezz!Hehe!


Memang seronok la dapat makan aiskrim yogurt ni..lagi-lagi dengan incik kan..memang lazat je rasa..terima kasih incik..nanti belanja lagi!Abes la Cik Mendezz makin sihat pasni..kehkehkeh! =P


Lepas jenjalan si dia bagi Cik Mendezz ini..Bracelet  & brooche..
Owhh..sangat suka!! <3
 Ok..jumpa di lain entry..bye! =)

Rabu, Januari 04, 2012

New Year's Eve..Hellooooo 2012!!

Assalammualaikum dan salam sejahtera untuk pembaca tersayang.. {cheeewaahhhh lagi!}. Maafkan Cik Mendezz jika entry ini agak basi mengenangkan kita sudah menjelang hari ke 4 untuk tahun baru..bukannya apa..kepulangan Cik Mendezz ke kampung halaman kali ini tidak dirancang..tambahan pula komputer riba yang mula buat hal membuatkan Cik Mendezz beranggapan..lebih baik tak payah bawa daripada bawa tapi hati ni sakit!Hehe..ok..let's check it out!

Seawal pagi Sabtu Cik Mendezz bertolak ke Johor menemui ayahanda dan bonda tercinta di Muar, Johor. Perjalanan melalui tol PLUS bermula dari tol Sungai Besi yang sepatutnya memakan masa hanya 2 jam lebih menjadi hampir 3 jam disebabkan pergerakan trafik yang perlahan di Seremban dan juga kereta-kereta yang makan angin di lorong kanan lebuhraya AMJ sebaik sahaja Cik Mendezz keluar dari Tol Jasin..memang bikin hangin tau..nasib baik la kesopanan masih merajai diri..terpaksalah Cik Mendezz memintas mereka dari lorong kiri..adoii!!Kehkehkeh! =P

Setibanya di Muar..tak sampai setengah jam adinda-adinda Cik Mendezz pun sampai dari Segamat dan Nilai..terus masing-masing menggesa Cik Mendezz agar bersiap-siap. Rupa-rupanya dah rancang nak sambut tahun baru di Melaka. Alahai..baru pukul 3 petang..nak tunggu sampai pukul 12tengah malam..larat ke??Larat tak larat..dah terlanjur masuk kereta ikut mereka ke sana..layanzzz! 


Muka Rayyan yang sangat excited..Ini bukan parents dia yeh!


With my younger sista..Bella..


Cute isn't it??


Dataran Pahlawan..sangat hot sampai kene buka cardigan!


Pahlawan Wall Market


Rayyan dah boring..baru kol 8 lebih masa ni..


Almost 12..memang kaki berjalan la adik Cik Mendezz & her hubby neh!


After 12..semua org dok berpusu2 nak bayar parking kat mall..

Penat jek tunggu lama-lama..bunga apinya tak sampai 5minit kot??Badan pon penat..but it's ok..quality time with my siblings..hehe!


Me latest..hehe!
Ok readers..see u in d next entry then! 

Jumaat, Oktober 07, 2011

Meroyan di Kenny Rogers Alamanda!!

Kisah ini terjadi pada hari Ahad yang lepas..bertarikh 02/10/2011..pertemuan ini tidak dirancang..tambahan pula disebabkan kereta kesayangan Cik Mendezz tersadai di workshop selama 2 hari..dalam pukul 11 pagi macam tu baru la orang workshop telefon..ateee~~ katenye clutch plate kereta Cik Mendezz masih sihat sejahtera..punca kereta Cik Mendezz jadi semput tak hengat tu hanyalah kerana disebabkan ada 1 cabel plug tercabut..kalaulah dari hari Jumaat hari tu dia perasan..mesti Cik Mendezz tak patah kaki hujung minggu..adehh!!


Muka baru ada mood nak bercanda! =P


Ni satu hal plax nak amik kete kat workshop..terkedek2 lah Cik Mendezz turun dari blok..tengah imagine mengatur langkah dengan ganas menuju ke LRT..tapi apa kan daya..tiba2 teksi lalu..maka angan2 hanya tinggal angan2.."Giant Kelana Jaya ye uncle.." xsampai 20minit dah sampai ke worshop..tengok2 meter teksi dh mencanak2..makk aii..masa ni baru la Cik Mendezz berasa kasihan pada mereka2 yang suka naik teksi & mula mengira2 untung rugi pakcik2 teksi..hihihihi! =P

Lepas je bayar tambang, Cik Mendezz kuar dari teksi dan terus masuk ke workshop. En Azwan yang handsome tu dah tunggu dengan muka malu2 alah..nanti ko!

"Alamak..macam mana mekanik u boleh xperasan..xpasal2 dua hari i patah kaki!" lembut jek suara Cik Mendezz berbahasa..nasibla..hahahahaahah!!Dan En Azwan selaku orang workshop situ bercerita lah tentang itu & ini. Selepas selesai menerangkan..{nasib baik kali ini tiada charge dikenakan!!} dia terus kembalikan kunci kereta.

"Betul dah ok ni erk En Azwan??I nak terus shoot ke Nilai ni.." Cik Mendezz sengaja menduga. En Azwan muka dia still tenang & sejuk seperti selalu sekadar bertanya atas urusan apa..

"Bukan outstation la..jumpa adik..my sister yang bongsu ada kat sana," Cik Mendezz senyum lawa2..lupa kejap kat incik hubby..OPSS!!Kikikii!! =P

"Ok..hati2 drive Cik Zura..apa2 masalah kereta nanti telefon saya.." 

"Baik..terima kasih.." dan Cik Mendezz terus memecut laju menuju ke Nilai melalui Lebuhraya MEX..dalam 45minit Cik Mendez dah sampai ke Nilai..sebaik sahaja adik Cik Mendezz si Bella masuk ke dalam kereta..Cik Mendezz teru memecut laju menuju ke Putrajaya.

And you wanna know the best part??I dont know where's the hell the Alamanda is!!So..walaupon perjalanan ke Putrajaya melalu Dengkil xsejauh mana..hampir sejam juga kereta Cik Mendezz berlegar-legar mencari arah tuju.Mujur lah jumpa..sudah la masing2 lapar..cepat2 kami beli tiket wayang..

Selesai membeli tiket wayang..bermula la adegan buruk lantak kami..haahahahaahah!! =P


Beef bolognese..Grilled Chic Salads..Quarter plate..agak2 berapa orang punya makan ni?? =P


My sister Bella


My quarter plate with rice..mashed potato & coleslaw as the side dishes! 


The yummy yumm grill chicken salads! =P


Air Bella yg xigt apa ke namanya! =P


Selesai! =P


Banana muffin dh telan..tinggal vanilla dgn chocolate jek! =P


muke org dh kenyang!


Ah haa~~ the recent me! =)

Selesai menikmati hidangan Kenny Rogers yang lazat tu..kami pon menonton wayang berjudul Bini2ku Gengster. Cerita dia memang layan habissssss!!Cik Mendezz kira tengok kali kedua ni nk temankan adik punya pasal..Tapiiiiiii...yang jadi xbest nye panggung GSC Alamanda ni berbau semacam la..entah bau apa tu xpasti la..tapi bau dia memang pengapppppp semacam!Mujur la adik Cik Mendezz ada bawak perfume dia..habis semua baju dengan kerusi Cik Mendezz sekali dia sembur!Hihihi!Makanya ini akan jadi kali pertama  terakhir lah Cik Mendezz tengok wayang kat sini.. =P

Tamat je wayang, Cik Mendezz hantar adik Cik Mendezz ke Nilai..& Cik Mendezz kembali semula ke ibu kota & sampai di rumah seawal 10.30malam..memang hari yang mengujakan..lama xkuar dengan adik Cik Mendezz yang ni..macma2 cerita keluar sepanjang kami keluar..

Ok la..itu sahaja untuk hari ini..kita jumpa di lain entry..daa~~ =)

Selasa, Oktober 04, 2011

Lain dicari..lain pula yang Cik Mendezz beli!

Kisah ini berlaku sekitar 2 minggu lepas..bertarikh 26/09/2011..mungkin entry ini agak basi kerana lambat dimuat turun..tapi apa nak buat apabila empunya kamera dilarikan oleh boss kami..menjadikan pada minggu seterusnya barulah kami berkesempatan untuk memuat turun gambar2 ini..hehehe!

Dan..hendak dijadikan hikayat..pada hari angin bertiup sepoi-sepoi bahasa..dan ketika Cik Mendezz sedang merajinkan diri hendak melihat-lihat perabot baru untuk bilik peraduan.Alahai..cari robok je pon..bukan la set bilik tido bagai..hehe!

Teman sepejabat Cik Mendezz mencadangkan kami ke IKEA..Makanya bila habis je keroje kami..kami pon bertolak ke sana. Mujur la tak sesak trafik memandangkan kami meninggalkan pejabat tepat-tepat pukul 5 ptg..{sepatutnya pukul 5 tu baru kuar ofiz kan??} =P

Ok..xmo citer panjang-panjang..biarlah gambar2 ini yang bercerita..hehe! =P

Meatball Ikea..lapo punye pasal..sorang amik 10ketul! =P


Isk..iskk...ayunya la dia makan erk??Makan dulu ye!


Kalau la tag2 harga ni xde!Owhh indahnye!!

Ni katalog tahun bila?? =P


Posing mode perasan model jap! =P


Nak jugak posing tu!Wit my ofizmate Gegurlz!

Bila dah habis meronda Ikea..Cik Mendezz masih tak jumpa robok yang dicari..tapi kat tangan memasing dah amik barang lain ke kaunter bayaran..hamparan kecil ala2 material bulu kambing dengan bekas kutleri..Hahaaahahahah!!

Akhirnya kami berdua pun mengatur langkah menuju ke Courts Mammoth bersebelahan..malangnya gudang perabut itu pula sedang mengadakan jualan penghabisan stok.Kenapa malang??Sebab yang mana robok yang Cik Mendezz berkenan semuanya dah di wrapping sekemas2nya untuk pelanggan yang telah membeli. Dah ler harganya drop gila2!!

Apa nak buat..bukan rezeki Cik Mendezz..redha saje la.. =)

Selasa, Ogos 23, 2011

Shopping Raya!!

Fuh..fuh..fuhhhhhhhhhhhhhh....punya la bz bershopping smpi 2hari tinggal blog..hehe!Im sorry readers..bukan lupa kt korg..mesti korg ternanti2 entry baru Cik Mendezz erk??{Pooodeyyy!!} Hahaahhaahah!!Sehari dua ni..my precious time r fully booked by my dearest family..Jumaat mlm hari itu my parents & my only brother smpi dr Johor..actly xde la mlm sgt..dh kol 1++ pagi dh ms tu..siyes mamai..smpi cri kunci uma pon xjumpa..hahahahh!

Dgn muka tpisat2..bukak pintu pastu tdo blk..time sahur tgk mak dh bgn dulu dah..mmg gagah la Mak eden neh!Entah kenapa bila Mak dtg sini automatik mmg rs malas nk masak..OPSS!!Hehe..Cepat2 Cik Mendezz Isyak..then bersahur dgn family..Muka memasing slenga..my only brother refused xnk bgn..dh bape kali kejut dh..hishh..dh la siang tu nk wat program jalan2 soping raya..kalo dia kantoi poser mmg siap la!

Lepas jek sahur..memasing tgu azan Subuh..then baru la tdo..Sir Laden {my dad} dh bg arahan..kol 9 kuar umah..blk seblom Asar..memasing ok jek..sebab nk tdo blk..hahahah!!Ok2..malas mo citer panjang2...let's view d pix!Venue : Sogo ; Jalan TAR.. =D



Me wit family seblom nek tren..owh yeah!!


@Sogo..tgu seluar ayah kene alter!


My sisters dh rambang mata!sana cantik!sini cantik! =P


last destination seblom blk..kedai tudung!


Dh sakan bersopping..kami blk ke Bukit Jalil dkt kol 4 gitew..tgk2 gaye Maam Salmah {my mum} dh xlarat nak masak..makanya kene la kami tapau beramai2 di bazaar Kinrara..lepas sahur pg Ahad, ibubapa Cik Mendezz dgn adik lelaki tunggal kami kembali ke Johor..One more to go..my angah yg smpi uma Cik Mendezz di kala Cik Mendezz dh membuta..entah sape bukak kan pintu utk dia..hihi! =P

So..Angah ni lain pulak citer dia..mmg spesis malas bjalan laki bini!So xkesah la..sebab hubby dia yg drive..not me..senyum aje la..mcm hari Sabtu gak..kiteorg kuar pg..kol 10pg dh tpacak kt Mid Vec tunggu kedai bukak!Best x??Hahahaahahah!!And this time venue : Mid Valley & One Utama.. =P


Me & my younger sista..Bella


Posing sekejap ms tgu my Angah sopping!


My other sisters pon dh xlarat nk ikut!



Mood soping xhengat!

After teman Angah soping..Cik Mendezz terbeli lg satu kasut..yg Angah tetap xberkenan yg mne2..duhh~~rabak!! =P Dlm lebih kurang kol 2 ptg..urusan sopping tamat..

Ahad, Julai 03, 2011

Dari maya ke realiti.. =D

Hari terakhir dlm bulan June beberapa hari yg lepas..Cik Mendezz dipelawa oleh abg angkat Cik Mendezz yg paling garang diantara abang2 angkat yg lain {ramai ke??} =P ..pd ms yg sama paling macho lg ensem..Incik Farid Ramlan yg Dezz panggil Scar ajak gi karaoke kt Wangsa Walk..cadangnya mau jumpa kenalan maya yg mmg kiteorg kamceng dr zaman2 layan Tagged lg..sampai la skrg..dh jangkit ke Facebook..sape lg kalo bukan itu PaLie SoriMachi ..  actly dh byk kali dia turun KL atas urusan keje..Tp Dezz ni haa yg xbape nk ada ms tluang nk jumpa dia..but since dh bulat hati berhenti wat partime beberapa minggu lepas Cik Mendezz agak byk masa la utk bergadang2 semula seperti dulu..Cuma yg xbaper nk best kete pulak condition tgh xok..mencik tau!

Jadi..seperti yg dirancang..mlm tu dlm kol 9 Scar pon smpi..cepat2 Cik Mendezz turun..bukannya apa..dh la dia yg jemput kt uma pastu nk soh dia nunggu lg??dr Setiawangsa ke Bukit Jalil tu..bukan dekat2..then terus shoot ke Wangsa Walk {Cik Mendezzz baru 1st time smpi sini hoccay??terpinga2 tgk sana sini!!Hehe!}..ntah mana2 jalan ntah Scar ikot..kejap jek dh smpi..suke!Hehe!

Tp itu incik Palie xsampai2 lg..walhal dr Sri Gombak jek jawe tu..saje tau nk bikin surprise..Tunggu punya tunggu..punye tunggu..akhirnya btemu muka sudahnye dgn kawan Cik Mendezz yg sorg ni..tall..dark..sedikit encem..tp xrabun mcm Scar{mampos la kalo dia bace ni!!} hahahaahahh!!Smpi2 jek terus la amik no giliran karok..pastu Palie pon melanja kiteorg dlm 2 jam giteww..hehe!Ape lg Cik Mendezz bila dpt mic..harus la xlepas2!!

Hehe!Candid jek muke Palie baru smpi! =P




Masing2 dh ilang sore gare2 tunjuk skill karok..smpi Scar yg selama ni kalo karok sore kepit2 pon mlm tu kemain gagah sore..


Ahhh~~Cik Mendezz tselit jek..huhu!



Lepas tu kiteorg pon lepak kt maplay NZ yg kecik kt tebing tu..layan char kue teow..mula la sesi berborak xhengat..tau2 jek jam dh kol 1++ dh..walhal esoknye keje ni..Scar la shiokk sebab dia offday ari Jumaat tu..tp yg jd dia xbape nk shiokk sebab dia kene anto Cik Mendezz semula ke Bukit Jalil..baru la dia ley blk melepekk atas tilam kt Setiawangsa nuuu~~ hihihihii!!So..akhirnya dlm kol 1.30pg gitew kiteorg pon bsurai...blk ke sarang masing2..hihihi!

Pd keesokan harinya..Cik Mendezz smpi ofiz sedikit lambat..gara2 kol 3 bru tdo..tapi apa2 pon Palie la champion sebab dia masuk ofiz kol 10++..hahahaah!Padan muke!Mne xnye..bole diaorg borak2 ckp kompemmm Cik Mendezz tbabas ari esoknye..sekali diri sendiri yg lmbt gi keje..Kikikii!! =P

Apa2pon mmg seronok kuar dgn diaorg..masing2 sempoi jek..sebab dh lama kenal..cuma baru jumpa jek..Harap2 pasni jumpa lg.. =)

Ahad, Jun 26, 2011

Terminal Bersepadu Selatan..

1233hrs
26/06/2011

Skrg ni Cik Mendezz tgh ada kt Johor.Sebab semalam genap usia ayahanda Cik Mendezz 55tahun. Semoga ayah panjang umur & terus sihat walafiat hingga ke akhir hayat..Aminn.. =D

Pada hari Jumaat yg lepas..Cik Mendezz mmg sgt bsemangat nk balik kampung..tp kereta tgh x ok..xley nk jalan jao2..jadi, nak xnk kene la nek public transport blk Johor..Apa rupa la Terminal Bersepadu Selatan@TBS tu??Selamat ke??Ok ke??Cik Mendezz ni bukannya apa..bab2 naik pengangkutan awam tu mmg xde masalah..sebab mula2 dtg KL dulu pon baper tahun gak la bergantung dgn pengangkutan awam..tapi tu la dia..keadaan persekitaran sementara menunggu pengangkutan smpi yg bikin seram tu!

Sape yg pernah tunggu bas kt Stesen Bas Puduraya sebelom dinaiktaraf tu..mmg tau la apa rasanya seksa menunggu yg Cik Mendezz maksud kan ni..Mana xnye..dgn persekitaran yg sesak..panas..berkuap..ulat tiket merata2..bau enjin bas..penyeluk poket..kaki pukau..apa jek xde..u name it..mmg rs mcm tgh berjuang la selagi bas xsampai tu!Dan mmg akan jadi lebih haru bila bas yg ditunggu2 nk blk ke kampung halaman tu keadaannya xbaper nk semenggah..aduhh~~ spoil!harus pening2 lalat sepanjang perjalanan balik kampung tu..kan??kan??

So..lepas bersiap lebih kurang pas blk keje ari Jumaat hari tu..Cik Mendezz mintak adik Cik Mendezz anto smpi LRT Bukit Jalil..terketar2 jugak la dia bawak kete Cik Mendezz yg conditionnye xbaper nk bagus tu..kalo x..xde maknanya Cik Mendezz nk naik bas blk kampung..Baikla Cik Mendezz tekan minyak laju2 sambil drift menuju ke Selatan nun..OPSS!!Hehe! =P

LRT Bukit Jalil blom nk ramai ms Cik Mendezz smpi..mungkin sebab org lom kuar dr ofiz lg ms tu..Cik Mendezz jek yg ntah kol bape sampai uma & grab brg nk blk kampung awal.. =P So senang hati sikit la Cik Mendezz beratur nk beli tiket kat kaunter menuju ke stesen Bandar Tasik Selatan.RM0.70 jek dari Bukit Jalil..hehe!

Bila smpi ke LRT Bandar Tasik Selatan..haa..kt situ la Cik Mendezz mula nk berdebar2 tu..tp muke maintain jek pakai sun glasses..so xde la obvious sgt mata ni tercari2..hehe!Slow jek Cik Mendezz berjalan cari arah menuju ke TBS..dr jauh ni dok usha ni..selalunya nmpk TBS bila lalu dr MRR2 jek..xpernah pon nk singgah ke apa..

Bila sampai ke TBS..wow..mmg rs best!!Mende yg mula2 bikin Cik Mendezz shiokkk ialah tang penghawa dinginnya..mmg sejuk gila..suke!!Suke!!Then..tgk persekitaran..petugas2 TBS dgn uniform mereka yg warna putih & kemas..ada polis bantuan..so boleh bezakan mana org TBS dan yg mana meyamar jd org TBS..so..bila dh tgk mereka2 itu..timbul la rasa selamat..owhhh~~ beshh!!Hilang rs gelabah ni!

Lepas tu masa beratur beli tiket..melambak kaunter..tp pening..mne nama syarikat bas yg Cik Mendezz nak naik ni??Owh tidak!!Tgk punye tengok..punye tengok..nmpk la arahan2 yg dia tulis kt kaunter..”Sila pilih nama syarikat bas, destinasi & waktu perjalanan anda kepada petugas kaunter TBS..” owwhhh~~ ok..tp sebab dh lama xnaik bas..Cik Mendezz lupa nama syarikat bas yg blk ke kampung Cik Mendezz tu..bole??Adoiii!!Hahaahahahahahh!!Tp last2 dh tgk senarai nama syarikat bas yg ada kt kaunter tu..Cik Mendezz igt la balk..tp igt2 lupa pulak bas mne yg double deck tu erk??Duhh~~ asik lupa jek!Mencik tau!

Then Cik Mendezz dpt la tiket menuju ke destinasi Cik Mendezz pukul 7.15ptg..tgk2 jam ada lebih kurang sejam lagi so Cik Mendezz dh standby bwk novel & lappy..bukannya apa..sebab risau takut dpt tiket lambat..at least kalo battery lappy habes bole la layan novel..hehe..{walhal xtau lg whether this area selamat ke x nk layan lappy!!Berangan jek!!}

Jadi Cik Mendezz pon naik eskulator menuju ke tingkat atas..mmg ada la bebe rapa kedai makanan segera kt atas tu..then kt ruang legar tu ada la seat yg selesa utk mnom or layan internet..Cik Mendezz pon pilih la tempat duduk..malangnye xde wifi pulak..Cik Mendezz mmg sengaja xbawak bband blk sekali sebab kt kampung Cik Mendezz Digi mmg xde line tenet..so..layan game jek la..tgh seronok2 layan game tgk2 jam dh kol 6.50ptg..Cik Mendezz pon turun nk masuk ke balai berlepas..tgk??Mne la Cik Mendezz xckp mcm airport??Harap2 maintenance utk TBS ni bagus so dat kesejahteraan pengguna TBS akan terpelihara..persekitaran yg selamat akan kekal..dan yg penting penghawa dingin yg sejuk & nyaman gitew~~ hehe!

Kat sini Cik Mendezz sertakan la gambar2 kt TBS yg Cik Mendezz sempat ambil.. =)

Kakitangan TBS yg segak beruniform putih. Stand berbentul  1 Malaysia tu tempat scan ticket seblom  naik bas kt luar gate tu.. =)

The printed ticket with d secured bar code..I loikee~~ =D

Bas yg sedia menunggu..tp Cik Mendezz nek bas yg lepas ni..
Ni bas kol 7..hehe! =P

Nampak tak??Ruang menunggu yg selesa..penghawa dingin yg sejuk..owhh~~ best!!
bole la nek bas selalu pas ni.. =D
 Jadi..sesiapa yg pernah ada pengalaman hitam di stesen bas sebelom2 ni..dh bole lupakan semua2 tu..terminal bas dh makin selesa..mcm ni la baru betul bila kerajaan galakkan penggunaan pengangkutan awam..apa pon selesa..dan yg penting persekitaran tu menjamin rasa selamat pengguna..Cik Mendezz bg 4 bintang utk Terminal Bersepadu Selatan ni..Rate akan naik ke 5 bintang jika semuanya berjalan lancar apabila Cik Mendezz gunakan khidmat TBS utk hari2 yg seterusnya..hehe..Daaa~~ =D

1610 hrs