Memaparkan catatan dengan label Info. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info. Papar semua catatan

Isnin, September 15, 2014

Apam Balik Abang Pick-up Yang Thorrrbaekk!

Hari ini Cik Dezz busy sungguh. Rasa macam tak menang tangan nak buat semua kerja. Mana tak nya..diri sendiri pun kena buat ETK..lepas tu kene buat pulak kerja rakan setugas yang bercuti hari ni..kalau tak flow kerja sangkut.KPI pon ke laut nanti..

Disebabkan sibuk punya pasal maka tak sempatlah Cik Dezz nak lunch. Memang ingat nak power nap je tengahari sebab letih berfikir. Mujur pagi tadi sarapan homemade lamb chop..jadi memang tak lapar sangat lah tengahari tadi.

Tapi..tapi...tapi...apabila Asar menjelang dan kerja masih banyak..owh nooooo..mula la otak ni terfikir nak makan macam-macam.Mode arini pulak mode malas nak masak balik kerja..so pergi lah menjengah khabar tokey apam balik depan masjid Lake Garden ni. Memang sedap apam balik dia..cukuppppp rasa..manis..lemak..kacang..coklat..semua cukup. Abang ni kalau bulan Ramadhan dia meniaga kat kampung baru sebab rumah dia kat situ. Rumah kaler oren kalau tak silap..penah cari Ramadhan tahun lepas kat bazaar Kg Baru.Hehehe!

Tokey bz jadinya snap curi aje la!Hehe!
Abang ni mula meniaga luar entrance office Cik Dezz sejak setahun lepas. Masa mula-mula dia meniaga hari-hari Cik Dezz dengan officemate tapau apam balik kat dia. Mula-mula dulu ada perasa jagung..kacang..coklat..dan mix. Setelah berbulan mengelak dari godaan bila ke pick-up dia hari ini dah ada perasa baru..cheese..cheese..cheese..owh my favorite! Tapi tadi Cik Dezz beli perasa kegemaran Cik Dezz coklat + kacang. Lain kali lah try perasa cheese.

Lagi satu tentang Abang apam balik ni selain rasa apam balik dia yang sedap tu ialah dia ni memang meniaga stail orang Arab. Bunyi je azan dia terus tinggal kedai dia pergi solat. Yelah..kan ustaz dah pesan..nak makan ni bukan sekadar tengok makanannya..tapi tukang masaknya..sebab tu semua akan jadi darah daging kita..sebab tu nk usha mamak pon kene tengok tukang masaknya macam mana..baru senang hati..tenang jiwa..ehhh..terpanjang lagi entry ni.Later erk..daa!

Sabtu, November 10, 2012

TIGA PERKARA TENTANG SUJUD

Assalammualaikum dan salam sejahtera readers & followers..maafkan Dezz kerana sekian lama tidak bertinta..mungkin kerana mula merasakan beratnya tanggungjawab kita sebagai penulis yang menyebarkan perkhabaran buat pembaca. Seandainya ianya penuh kebaikan dan memberi tauladan Insya Allah ia akan membawa kebaikan yang berterusan..tetapi bagaimana pula jika ia mempunyai khilaf??Kesannya juga akan berterusan..tak pasal-pasal..hehehe!

Dan di atas kesedaran inilah Dezz mula berhati-hati dalam menuliskan post kebelakangan ini..ilmu-ilmu yang bermanfaat memang Dezz akan lajuuuuuuu je share post tapi mana yang rasa macam lagha tu..simpan sendiri ajelah..hehe! =)

Insya Allah..jika tiada aral melintang, untuk beberapa post yang akan datang Dezz akan kongsikan ilmu yang berjaya Dezz perolehi setelah menghadiri Seminar PEMANTAPAN PENGURUSAN KELUARGA yang bermula 6 November 2012 dan berakhir pada 9 November 2012..yeee..baru semalam habis..tu yang semangat berkobar-kobar nak kongsi..mudah-mudahan ia member manfaat dalam kehidupan kita sekeluarga sehari-hari..Inn Shaa Allah.. =)

Buat permulaan..Dezz nak kongsi satu topik yang ringkas..tapi ramai yang mengambil mudah tentangnya..semoga setelah ia dikongsikan bersama..solat kita akan lebih sempurna rukunnya..Inn Shaa Allah..ianya tentang sujud yang diceramah oleh Ustaz Ziaul Haq Hashim yang merupakan seorang pegawai dari Pusat Pungutan Zakat {PPZ}..

Bismillahhirrahmannirrahim..adapun sujud itu ada 3..


  1. SUJUD YANG AFDHAL ~ iaitu apabila kita berjemaah kita di belakang imam dan apabila imam berada pada tahiyat akhir, suami/lelaki perlu bangun menyertai imam. Maka berpesanlah pada suami kita apabila berjemaah di surau/masjid, janganlah berlama-lama di sujud yang akhir jika imam sudah bangun menduduki tahiyat akhir. Ini kerana ia akan menjadi sujud yang kedua..iaitu ;
  2. SUJUD YANG HARAM/TERTEGAH ~ di mana apabila imam telah menduduki tahiyat akhir bermula rukun pertama menduduki tahiyat akhir dan masuk rukun kedua iaitu membaca tahiyat akhir dan sehingga masuk rukun ketika di tahiyat akhir {selawat ke atas nabi}, jika makmum masih sujud  maka terbatallah solat makmum itu. Adapun jika makmum tidak terdengar akan imam maka jadilah ia sujud yang ketiga..iaitu ;
  3. SUJUD YANG DIMAAFKAN ~ di mana apabila makmum bangun dari sujudnya dan di dapati imam telah selesai memberi salam atau telah membaca doa kerana tidak terdengar akan suara imam ketika bangun dari sujud akhirnya. Hukum solatnya adalah sah.
Semoga serba sedikit ia mampu menambahkan ilmu pengetahuan kita. Jumpa lagi di post yang akan datang.. =)



Sabtu, Oktober 20, 2012

KEHEBATAN DOA

Kali pertama bumi diciptakan, lalu bumi bergoyang, bergoncang dan tidak berputar dengan stabil malah tidak berputar pada paksinya. Perkara ini merunsingkan para malaikat lalu para malaikat menghadap Allah SWT :

" Wahai Rabb Yang Maha Mengetahui, mengapa bumi ini bergoyang? " tanya para malaikat.

" Kerana belum dipaku, " jawab Allah singkat.

" Lalu bagaimana Engkau memaku bumi wahai Rabb? " tanya malaikat lagi.

" Aku akan menciptakan gunung-ganang, " jawab Allah.

Setelah itu, Allah terus menciptakan gunung-ganang di berbagai belahan bumi. Apa yang terjadi adalah sememangnya benar setelah diciptakannya gunung-ganang, bumi pun diam kemudian berputar sesuai paksinya. Maka kemudian gunung dikenali sebagai bumi yang diciptakan Allah SWT. Paku merupakan benda keras yang terbuat dari besi.

Setelah Allah menciptakan paku bumi iaitu gunung-ganang, kemudian para malaikat pun bertanya lagi ;

" Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari paku? "

" Ada! " jawab Allah. " Iaitu api, yang dengan panasnya dapat melelehkan besi, "

" Adakah yang lebih kuat lagi selain api, Ya Rabb? " tanya malaikat.

" Ada! Yakni air yang dapat memadamkan api, " jawab Allah lagi.

" Jadi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari air? " sambung malaikat.

" Ada! Iaitu angin, yang kerananya dapat membawa air ke mana pun ia berhembus, " jawab Allah lagi.

" Tapi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat daripada semua itu (gunung, api, air dan  angin)? " malaikat bertanya lagi.

" Ada! Iaitu nafas hambaKu yang berdoa kepadaKu. Kerana sesungguhnya doa itu mampu mengubah takdirKu, " demikian Allh SWT menjelaskan.

{Sumber : Hadith Kudsi}

P/S : Gunakanlah kehebatan doa untuk ubah nasib kita!

Selasa, Oktober 09, 2012

NAFKAH ISTERI

Keputusan Majlis Fiqh Sedunia dalam persidangan yang ke-16 bertempat di Dubai pada 9-14 April 2005 telah membuat ketetapan seperti berikut :

1. Pemisahan tanggungan harta di antara suami isteri
Isteri mempunyai kelayakan sepenuhnya dan hak harta yang tersendiri. Menurut hukum Syariah, isteri mempunyai hak penuh terhadap {harta} yang diusahakan, samada untuk menggunakannya, memiliki sesuatu, membelanjakan sementara suami tidak punyai sebarang berkuasa ke atas harta isterinya itu. Isteri juga tidak perlu mendapat izin suami dalam pemilikan hartanya dan cara membelanjakannya.

2. Nafkah Perkahwinan
Seorang isteri berhak menerima nafkah yang telah ditetapkan mengikut kemampuan suami bersesuaian dengan uruf yang benar juga kebiasaan masyarakat setempat yang diterima syara'. Kewajipan memberi nafkah ini tidak gugur kecuali jika berlaku nusyuz {di pihak isteri}.

3. Isteri keluar bekerja
*Tanggungjawab asas bagi seorang isteri ialah mengurus keluarga, mendidik anak-anak dan memberi sepenuh perhatian terhadap generasi masa depan itu. Walau bagaimanapun, di ketika perlu, isteri berhak untuk bekerja dalam bidang yang bersesuaian dengan tabiat dan kemahirannya menurut uruf yang diiktiraf syara' dengan syarat hendaklah dia beriltizam {menjaga} hukum-hukum agama.
*Kewajipan suami memberi nafkah kepada isteri yang bekerja tidak gugur menurut Islam, selagi mana tidak berlaku ketika keluarnya isteri tersebut untuk bekerja menyebabkan berlakunya isteri 'nusyuz', tatkala itu gugur kewajipan suami memberi nafkah kepada isterinya yang nusyuz.

4. Isteri turut serta membiayai perbelanjaan keluarga
*Menurut pandangan Islam, dari awal mula lagi, isteri tidak wajib berkongsi peranan membiayai nafkah {perbelanjaan} yang diwajibkan ke atas suami. Suami juga tidak harus mewajibkan isteri membantunya {dengan bekerja}.
*Kerelaan seorang isteri untuk berperanan membantu perbelanjaan keluarga merupakan suatu perkara dibenarkan menurut pandangan syara' demi menjayakan makna bantu-membantu dan bertolak ansur di antara suami isteri.
*Diharuskan untuk membeuat persefahaman dan persepakatan di antara suami isteri akan cara pengurusan pendapatan mereka termasuk pendapatan yang diperolehi oleh isteri.
*Jika keluarnya isteri bekerja memerlukan kos tambahan, maka isteri menanggung sendiri kos tersebut {seperti pengangkutan dan lain-lain}.

5. Kerja Sebagai Syarat
*Seorang isteri dibenarkan untuk meltakkan syarat pada akad perkahwinannya bahawa ia hendaklah dibenarkan bekerja, apabila suami redha dengan syarat itu, ia menjadi kemestian baginya untuk membenarkan {setelah berkahwin}. Syarat itu hendaklah dinyatakan secara jelas ketika akad.
*Suami pula harus meminta isteri meninggalkan kerjayanya walaupun sebelum ini membenarkannya, iaitu sekiranya meninggalkan pekerjaan itu dibuat atas tujuan kepentingan keluargga dan anak-anak.
*Tidak harus, pada pandangan syara' bagi seorang suami untuk menjadikan keizinannya kepada isteri untuk bekerja dengan syarat isteri hendaklah membantu perbelanjaan keluarga yang diwajibkan ke atas suami; tidak harus juga suami mensyaratkan isteri memberi sebahagian daripada pendapatannya kepada suami.
*Suami tidak boleh memaksa isteri untuk keluar bekerja.

6. Perkongsian isteri dalam pemilikan harta.
Apabila isteri benar-benar turut menyumbang harta dan pendapatannya bagi mendapatkan dan memiliki rumah, aset tetap atau sebarang projek perniagaan, ketika itu isteri mempunyai hak perkongsian pemilikan terhadap rumah atau projek tersebut mengikut kadar harta yang disumbangkannya.

7. Penyalahgunaan hak dalam bidang pekerjaan.
*Sesebuah perkahwinan itu mempunyai beberapa kewajipan bersama yang patut ditanggung oleh pasangan suami isteri dan ia ditentukan oleh syariah Islam dengan jelas. Justeru hendaklah perhubungan antara suami isteri dibina adalah berlandaskan keadilan, tolak ansur dan saling menyayangi. Sebarang tindakan yang melangkaui batasan berkenaan adalah haram pada kacamata syara'.
 *Seorang suami tidak harus menyalahgunakan haknya sebagai suami untuk menghalang isteri bekerja atau memintanya meninggalkan kerjayanya sekiranya ia hanya bertujuan untuk memudaratkannya {isteri}  atau diyakini tindakannya itu hanya akan menyebabkan keburukan melebihi kepentingan yang diperolehi.
*Demikian juga halnya ke atas isteri {tidak harus menyalahgunakan keizinan dan hak yang diberikan}, iaitu jika ia berterusan dengan kerjayanta hingga menyebabkan mudarat kepada suami dan keluarga atau melebihi maslahat yang diharapkan. 

Firman ALLAH SWT ; "Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya bahawa Dia menciptakan untuk kamu {wahai kaum lelaki} isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya. Dan menjadikan antara kamu {suami isteri} perasaan kasih sayang dan belas kasihan.."
{surah Ar-Rum : Ayat 21}

Khamis, Ogos 02, 2012

Rahsia Garam... Amalan Sunnah Yang Tidak Diketahui...

Amalan Rasullullah S.A.W memakan secubit garam sebelum dan selepas makan kini dibuktikan oleh sains bahawa tabiat ini menambahkan keberkesanan perut untuk menghadam makanan dan menghindarkan perut dari menyerap racun.

Pada zaman Yunani, Tentera Yunani {askar Greek} dibayar gaji menggunakan garam. Begitu juga dengan episod penjajahan kecil oleh negara besar dengan mengenakan hukuman penjara kepada penentang mereka.

Apabila dipenjarakan, mereka {penentang} akan diberi makanan seperti roti dan air tanpa garam. Walaupun kerap dihidangkan dengan roti dan air, tanpa garam badan mereka tetap lemah memandangkan kurangnya kandungan garam dalam badan.

Dari Abdullah bin umar

"Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat {mempunyai kebaikan} dari langit {menerusi hujan} ke bumi iaitu besi, api, air dan garam,"

Hadis Riwayat Al-Baghawiy dalam tafsirnya dari Anas bin Malik, nabi bersabda, "Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam,"

Dalam kitab perubatan islam, untuk penyakit dari laut maka untuk keluarkannya dari badan/merawatnya dari laut juga iaitu menggunakan air garam. Antaranya ;

  1. Penyakit Gout - timbus anggota badan atau bahagian yang bengkak dengan pasir laut {tepi pantai} 1 - 2 jam kemudian mandi air laut.
  2. Kalau tinggak di bandar, goreng 1 - 2 genggan garam kasar sampai kekuningan kemudian demah/tuam di bahagian yang bengkak atau sakit. Garam itu dibungkus dengan kain.
  3. Guna cara yang sama seperti di atas untuk penyakit lenguh-lenguh sendir, sakit kepala, senggugut. Kalau sakit lelah demah/tuam pada tapak kaki.
  4. Elak mabuk semasa perjalanan dengan meminum madu dan secubit garam atau air suam dan secubit garam sebelum memulakan perjalanan.
  5. Mengembalikan tenaga untuk orang yang bekerja berat seperti bertani, bersukan dan seumpamanya - minum air suam dan sedikit garam.
  6. Cuci perut : minum air suam dan satu butir garam kasar sebelah pagi.
Petua berdasarkan kajian

  • Merendam kerang supaya hilang tahinya - dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut, dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya {tahi}.
  • Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga.
  • Merawat cirit-birit. Ia juga boleh diubati dengan meminum air yang dicampur dengan sedikit garam.
  •  Garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.
  • Menambah imuniti badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yang berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin tempat baru. Air garam diminum sebagai ubatnya.

Selasa, Julai 24, 2012

♥ Untungnya menjadi seorang isteri.. ♥

  1. Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun.
  2. Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah.
  3. Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin.
  4. Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad.
  5. Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalh menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir).
  6. Tidak akn putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.
  7. Apabila meninggal dunia seorang isteri dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga . {Hadith Riwayat At-Tirmizi}
  8. Seorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yang difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka.
Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu TAAT.

Sabtu, Julai 21, 2012

Berwudhu' Yang Lebih Sempurna

Bila ingin berwudhu' lebih sempurna, iaitu sempurna lahiriah dan sempurna pula dalam ganjaran, maka kerjakanlah tambahan-tambahannya seperti berikut :


  1. Mulakanlah dengan mengucapkan BISMILLAH HIRRAHMAN NIRRAHIM...
  2. Menghadap ke arah kiblat
  3. Usahakanlah berwudhu' dengan tidak meminta bantuan orang lain, seperti menimba dan sebagainya
  4. Basuhlah jari-jari di tangan dengan menyelat-nyelatinya. Dan bagi jari yang bercincin, jam atau perhiasan yang dipakai di jari-jari lainnya, bukalah perhiasan tersebut agar air dapat merata membasahi seluruh jari-jari.
  5. Berkumur-kumur
  6. Masukkan air ke dalam hidung, lalu keluarkanlah kembali (istinsyaq)
  7. Gosoklah gigi untuk menghilangkan sisa makanan dan bau mulut yang kurang sedap
  8. Mulailah dengan anggota wudhuk yang sebelah kanan.
  9. Ulangilah masing-masing sampai tiga kali (3x)
  10. Ratakanlah air hingga membasahi seluruh anggota wudhu'
  11. Ketika menyapukepala, ratakan seluruhnya (letakkan ibu jari samping kiri dan kanan kepala, lalu putarkanlah tapak tangan dari depan ke belakang, kemudian kembali ke depan [cukup sekali])
  12. Basuhlah telinga dengan memasukkan telunjuk ke lubang telingan, ibu jari dibelakang telinga
  13. Bila selesai berwudhu', hadapkan muka ke arah kiblat dan berdoalah dengan membaca:
Asyhadu an laa ilaaha illalaahu wa asyhadu anna Muhammadan 'abduhu wa Rasuuluh, Allahummaj'alnii minat tawwaa biinaa waj'alnii minal mutathahhiriin.
Aku bersaksi bahwa Tidak ada Tuhan selain Allah, dan aku bersaksi bahwa sesungguhnya Muhammad itu adalah hamba-Nya dan rasul-Nya. Ya allah , masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang bertaubat, dan jadikanlah aku masuk ke dalam golongan orang-orang yang suci.
 14.  Lakukanlah solat sunat wudhu' dua rakaat.

Sabtu, Mei 19, 2012

Dosa Simpan Kuku Panjang Seperti Bela Khinzir

Menyimpan sebatang jari kuku yang panjang sama dosanya seperti memelihara sekandang khinzir. Jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang..bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua khinzir tersebut!Jadi..potonglah kuku anda apabila ia panjang.

Jangan sesekali ada niat hendak menyimpan kuku panjang, walaupun hanya 1mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa jua alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi kita menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh ataupun degil dan suka berbuat onar kerana diberi makan bahan kotor yang berada pada kuku jari ibunya semasa menyediakan makanan menjadikan apa jua ilmu yang diajar tidak akan boleh masuk ke dalam kepala.

Untuk yang bujang beringatlah..jika hendak mencari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata, pilihlah wanita atau lelaki yang sendtiasa berkuku pendek. Insya-Allah..

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu sentiasakah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.

Memanjangkan kuku termasuk perbuatan yang bertentangan dengan ketentuan as-Sunnah, di mana Rasulullah SAW telah bersabda ;

اَلْفِطْرَةُ خَمْسٌ أَوْ خَمْسٌ مِنَ الْفِطْرَةِ اَلْخِتَانُ وَالاِسْتِحْدَادُ وَتَقْلِيْمُ اْلأَظَافِرِ وَنَتْفُ اْلإِبْطِ وَقَصُّ الشَّارِبِ

"Hal yang fitrah itu ada lima atau lima hal merupakan fitrah ; iaitu khatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur kumis.
{Hadith Riwayat Al-Bukhari, bab pakaian [5889] ; Muslim, bab bersuci [257]}

P/S : Cik Mendezz memang dah berhenti bela kuku sejak tau perkara ni. Panjang sikit pon dah rasa gewli geleman..hehe!

Ahad, Mei 06, 2012

Hikmah Bersujud Yang Kita Tidak Tahu.

Pakar sains mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling menggalakkan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Percaya atau tidak, berikut adalah hikmah yang diperoleh daripada perbuatan bersujud ketika sembahyang :


  1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.
  2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
  3. Melegakan sakit hernia.
  4. Mengurangkan senggugut ketika haid.


Maka sujudlah kepada Tuhan mu..Wallahualam..

Sabtu, April 21, 2012

Wanita Akhir Zaman..

Ya Allah..
Aku ditakdirkan lahir sebagai wanita akhir zaman..
Saban hari mencuba..
Menjadi wanita solehah..
Namun aku sering kufur dengan nikmatMu..
Meski dalam gelap aku masih tercari-cari arahku..

Ya Allah..
Dalam kesenangan duniawi..
Aku sering terlupa pada keperitan Zinnirah..
Mempertahankan cintaMu yang satu..
Sedangkan aku begitu tegar..
Membiarkan cinta padaMu layu..

Ya Allah..
Dalam kesamaran dangkalnya iman..
Aku tidak pernah mengambil peduli..
Tentang bagaimana sejarah Asiah..
Yang telah membuktikan iman bukan penjara jiwa..

Ya Allah..
Dalam takdirMu..
Aku mencuba lagi untuk menjadi..
Teman pendamping persis Siti Khadijah..
Namun aku hanya seorang wanita akhir zaman..
Yang ada kalanya terlupa..

Ya Allah..
Teguhkanlah rasa cintaku padaMu..
Jadikanlah aku hambaMu yang tidak pernah melupakanMu..
Sentiasa berpegang pada sunnah RasulMu..
Menjadi anak yang berbakti kepada ayah dan ibu..
Dan juga seorang isteri yang taat kepada suami..
Semoga wanita akhir zaman ini sentiasa dekat denganMu..

sumber : sini


***

Zinnirah : seorang gadis tawanan perang dari Rome yang memeluk agama Islam dan pernah menjadi hamba kepada Umar Al-Khattab sebelum beliau memeluk agama Islam.

Asiah : isteri kepada Firaun

TOLOOONNNGGGGG!!!!!!Godaan dia sangat hebat!

Sekarang ni ice blended fever kan??Dengan BLACK PEARL yang sangat tempting!Cubaan pertama Cik Mendezz yang buat Cik Mendezz ketagih sampai sekarang adalah masa Cik Mendezz balik kampung halaman di Segamat, Johor. Masa tu menyinggah sekejap kat hypermarket baru sebab nak belanja barang dapur dan sebab parents nak balik tengok rumah..dannnnnn sebab nak survey persediaan untuk majlis..hehe!

Perisa pertama yang Cik Mendezz cuba adalah Bandung Blog..uhhh~~ memang sangat nyaman! Pulak masa tu tengah panasss berdenting..rasa pengap dah kepala ni..bonda Cik Mendezz pilih perisa Choc Blog dan Ayahanda Cik Mendezz pilih perisa Cincau Blog..


Oleh sebab ke hausan yang terlampau, memang xsempat snap la pic minuman ni..sempat snap pix kt kedai jek masa tengah que..hihihi!

Then bila balik KL..dok fikir..mana nak cari menatang ni!Dadah apa dia letak dalam ramuan pearl tu sampai Cik Mendezz memang dok teringat-ingat jek!Nak dijadikan cerita..kebetulan Cik Mendezz bermalam di rumah teman sepejabat Cik Mendezz..dia ni orang utara..satu hari housemate dia yang sama-sama kerja dengan kami ada hal..jadi kami pun balik kerja sendiri naik bas..Member Cik Mendezz dok cakap..

"Sat gi aku mo singgah CM sat naa nak beli eachkaq.." banyak kali dia ulang tapi Cik Mendezz tak paham-paham lagi apa dia cakap. Iyakan ajelahhh sampai kami dah sampai CM..Rupa-rupanya dia maksudkan menatang ni haa...


It's Each A Cup!Aaaaaaaa....awatlaaa hang segan sangat nak sebut penuh-penuh Jue oiiii!!Bila dah tengok kedainya baru la paham..hehe!Di CM ada..di Sogo ada..Sunway Piramid pon ada..Wangsa Walk pun ada..fuhh..memang susah nak lari dari godaan yang hebat neh!

Almond Oreo + Pearl & Choc Oreo + Pearl
Tapi tidak mengapalah..Cik Mendezz akan berusaha untuk menepis dugaan yang hebat ni buat seketika..badan Cik Mendezz ni memang cepat kembang kalau dah menghadap ais..apatah lagi ais blended dan perkara-perkara yang sewaktu dengannya!Semoga usaha Cik Mendezz berjaya..lagi-lagi hendak menyahut seruan incik hubby yang dok bising-bising Cik Mendezz dah xmo melawo untuk dia dah..aduhh..bukan itu niat dinda, kanda..maafkan dinda!!  Each A Cup ini yang menggoda-goda adinda!!Rasanya yang mantop membuatkan adinda susahhhh nak lupa!

Ada-ada je alasan kalo dah kemaruk tu eh??Kehkehkeh!

P/S : Belum cerita lagi kes kempunan tak abes sebab tak cuba lagi burger kaw-kaw yang Cik Epal promote tu..huwahhhhhhhhhhhhhhhhh!!Nanti ko!Tunggu lah serangan Cik Mendezz!! =P


Ahad, Mac 18, 2012

Istilah Makanan Yang Berkaitan Dengan Babi..

Mungkin ramai umat Islam tidak tahu bahawa label bertulis 'This product contain substance from porcine' sebenarnya bermaksud 'Produk ini mengandungi bahan daripada babi'. Selain itu, antara label yang kerap digunakan adalah 'The source of gelatine capsule is porcine' yang bermaksud 'Kapsul dari gelatin babi' .

Berikut adalah istilah sains yang digunakan dalam produk yang mengandungi unsur babi :

1. PORK - istilah yang digunakan untuk daging babi dalam masakan.

2. SWINE - istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.

3. HOG - istilah yang digunakan untuk babi dewasa, berat melebihi 50kg.

4. BOAR - istilah yang digunakan untuk babi liar.

5. LARD - istilah yang digunakan untuk lemak babi yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun.

6. BACON - istilah yang digunakan untuk daging haiwan yang disalai, termasuk babi.

7. HAM - istilah yang digunakan untuk daging pada bahagian peha babi.

8. SOW - istilah yang digunakan untuk babi betina dewasa {jarang digunakan}.

9. SOW MILK - istilah yang digunakan untuk susu babi.

10. PIG - istilah umum yang digunakan untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang daripada 50kg.

11. PORCINE - istilah yang digunakan untuk sesuatu berkaitan atau berasal daripada babi. Porcine sering digunakan dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada babi.




Sebarkan dan maklumkan kepada semua saudara-saudara kita agar lebih berhati-hati. Moga Allah SWT akan membalas jasa baik anda dan semoga Allah memelihara kita di dunia dan di akhirat.

Ahad, Februari 19, 2012

Personaliti melalui jenis darah

Sebenarnya entry ni dah lama ada dalam draft post..tapi hari ini baru ada kesempatan untuk publish. Barulah Cik Mendezz tahu melalui darah juga kita boleh menilai personaliti seseorang. Jom kita tengok! =)

1. Jenis DARAH A adalah Petani (Farmers).
Mereka yang berdarah A adalah golongan yang pemalu tetapi mementingkan kesempurnaan dalam senyap. Mereka sangat bertimbang rasa terhadap orang lain dan tidak pandai menipu. Mereka setia dengan kawan dan rakan sekerja. Mereka boleh menjadi perahsia, kuat, tetapi jarang sekali berkongsi perasaan mereka. Mereka ini sukar dipuaskan dan serius dalam hidup.

Peribadi asas : 
Berhati-hati dalam membuat keputusan, sentiasa memastikan sesuatu jelas melalui kontrak, terlalu mementingkan undang-undang sosial dalam kehidupan.

Kadar Toleransi :
Toleransi tinggi dengan kerja-kerja fizikal dan berulang, tidak mampu menerima perubahan dengan mudah, hilang minat pada satu-satu hobi dengan mudah.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau :
Terlalu mencuba untuk melupakan masa lampau, sikap pesimis(bimbang/terlalu berfikir) terhadap masa hadapan.

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan :
Boleh berpura-pura membuat muka tenang walau hakikatnya sedang marah, memerlukan masa yang lama untuk pulih jika dilukai, sensitif kepada pandangan orang lain.

Bagaimana mereka bekerja :
Menguruskan satu perkara sahaja dalam satu masa, membezakan antara kerja dan peribadi, sangat bertanggungjawab, terdorong untuk memilih hobi yang membantu mereka menenangkan perasaan.

2. Jenis DARAH B adalah Pemburu (Hunters).
Mereka yang berdarah B adalah golongan yang periang, memiliki semangat dan personaliti yang kuat dan tersendiri. Dalam waktu yang sama, mereka tidak menghiraukan apa yang orang lain fikir tentang mereka dan liar. Mereka boleh menjadi sangat lemah, pemalas dan kurang sabar. Namun mereka sangat bersungguh-sungguh (passionate) dengan apa yang mereka mahukan.

Peribadi Asas : 
Pantas membuat keputusan, boleh menjadi sangat fleksibel, tidak kisah pada peraturan, menghormati penemuan sains dan perkara teknikal.

Kadar Toleransi :
Mengekalkan sepenuh minat pada apa yang mereka lalkukan, kelihatan tidak sabar, tidak sukakan kerja yang berulang.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau :
Sukar melupakan hubungan terkini tetapi mudah melupakan kenangan masa silam.

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan :
Seseorang yang 'expressive' , 'cool' dan bersifat objektif, walaupun selalu bergurau tetapi boleh menjadi sangat pemalu, cepat menukar 'mood' seperti cuaca, tidak boleh berhenti merungut apabila mereka kecewa.

Bagaimana mereka bekerja : 
Kreatif dan memiliki idea baru, tidak boleh membezakan kerja dan hobi, sukar meneriba arahan, tidak gentar mencadangkan perubahan yang inovatif dan tidak takutkan kritikan.

3. Jenis DARAH AB adalah Ahli Kemanusiaan (Humanists).
Mereka sukar untuk dimengerti, gemar menjauhkan diri, selalu menggunakan logik daripada mengikut gerak hati. Selain itu, AB sangat bagus menguruskan kewangan, walaupun berfungsi sebagai pendamai, kadangkala AB bersikap talam dua muka.

Peribadi Asas :
Sangat praktikal, bangus dalam menganalisa, memberikan kritikan yang membina, sukar membuat keputusan untuk perkara penting.

Kadar Toleransi : 
Cuba untuk menjadi rajin, kelihatan kurang sabar.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa silam :
Sangat sentimental tentang masa silam, lebih risau tentang masalah semasa berbanding perkara lain.
Bagaimana mereka menggambarkan perasaan :
Berjiwa sentimental, selalunya 'cool' dan 'steady', tetapi boleh berasa sangat kecewa dengan masalah semasa yang tidak diselesaikan, boleh menjadi 'moody' sekelip mata.

Bagaimana mereka bekerja :
Boleh menguruskan bidang kerja yang luas, menghargai kerja keras, cepat memahami, tidak terlalu bertanggungjawab, tidak mampu mebuat 'follow up' sebelum projek kerja diselesaikan.

4. Jenis DARAH O adalah Pejuang (Warriors)
Mereka 'outgoing', 'expressive' dan 'passionate' . O sangat bermotivasi dan mempunyai ciri pemimpin semulajadi. Dikurniakan rasa kewujudan yang kuat, tidak takut untuk mengambil risiko jika mereka yakin mereka akan menang, seorang ahli sukan semulajadi.

Peribadi Asas : 
Memastikan objektif jelas, sangat yakin dengan diri, jujur, optimis(yakin) dan bertenaga.

Kadar Toleransi :Kekuatan dan kecekalan bergantung kepada matlamat mereka, mudah mengalah jika kerja dirasakan sia-sia.

Bagaimana mereka melihat masa depan dan masa lampau : 
Positif tentang masa lampau, oleh itu tidak menyesali masa silam, mencari kestabilan kewangan di masa hadapan.

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan :
Selalunya bersikap tenang, sensitif dengan keikhlasan, memberikan pandangan terbuka dengan jujur secara terus.

Keupayaan mereka bekerja : Keupayaan menumpukan perhatian bergantung kepada keadaan, biasanya lebih gemar memimpin, boleh mengabaikan perkara terperinci.

Sumber : Sini


P/S : Cik Mendezz berdarah jenis A..ayahanda Cik Mendezz dan si dia berdarah jenis O. =)

ALLAH : MENGAPA BERPALING DARI-KU?

Cik Mendezz terbaca tulisan ini beberapa minggu yang lalu yang dikongsikan oleh teman sekampus Cik Mendezz di laman facebooknya. Sesungguhnya..hati yang penuh persoalan ini sangat tersentuh dan insaf membacanya. Tetapi lumrah kita manusia..mudah lupa..dan tidak pernah sunyi dari melakukan kesilapan. Kita sangkakan iman kita sudah cukup kuat untuk menepis godaan demi godaan. Tapi rupa-rupanya, masih senipis kulit bawang rupanya tahap keimanan kita ini.

Tulisan ini diinterprasikan berdasarkan HADITH-HADITH QUDSI yang diceritakan oleh Ibn Husain dan diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Imam Muslim & At-Tirmidzi serta Ibn Hibban.

Dalam beberapa hadith Qudsi Allah berfirman :

Demi kemuliaan dan kebesaran - KU..
Dan juga demi kemurahan dan ketinggian kedudukan  - KU di atas Arsy..
AKU akan mematahkan harapan orang yang BERHARAP kepada selain AKU..

..Akan  AKU pakaikan kepadanya pakaian kehinaan di mata manusia.
..AKU singkirkan ia dari mendekati  - KU , lalu  AKU putuskan hubungan  - KU dengannya.

Mengapa ia BERHARAP kepada selain  AKU ketika dirinya sedang berada dalam kesulitan,
Padahal sesungguhnya kesulitan itu berada di tangan - KU
..Dan hanya  AKU yang dapat menyingkirkannya.

Mengapa ia BERHARAP kepada selain  AKU dengan mengetuk pintu-pintu lain,
..Padahal pintu-pintu itu tertutup?
Padahal hanya pintu  - KU yang terbuka bagi siapa pun yang berdoa memohon pertolongan dari  - KU.

Siapakah yang pernah mengharapkan  AKU menghalau kesulitannya, lalu  AKU kecewakan?

Siapakah yang pernah mengharapkan keampunan  - KU..
Kerana dosa-dosanya yang besar, lalu  AKU putuskan harapannya?
Siapakah pula yang pernah mengetuk pintu  - KU lalu tidak  AKU bukakan?

AKU telah mengadakan hubungan langsung..
Antara  AKU dengan angan-angan dan harapan seluruh makhluk   - KU.
Akan tetapi, mengapakah mereka bersandar selain  AKU?

AKU telah menyediakan semua harapan hamba-hamba  - KU.
Tetapi mengapa mereka tidak puas dengan perlindungan  - KU?

Dan  AKU pun telah memenuhi langit  - KU..
Dengan para Malaikat yang tidak pernah jemu bertasbih kepada  - KU,
Lalu AKU perintahkan mereka..
Supaya tidak menutup pintu antara  AKU dengan hamba-hamba  - KU.
Akan tetapi mengapa mereka tidak pernah PERCAYA kepada firman-firman  - KU?

Tidakkah mereka mengetahui..
Bahawa sesiapa pun yang ditimpa oleh bencana yang  AKU tutunkan,
Tiada yang dapat menyingkirkannya kecuali  AKU?
Akan tetapi mengapa  AKU melihat..
Ia dengan segala angan dan harapannya itu selalu BERPALING dari  - KU?

Mengapakah ia sampai tertipu oleh selain  AKU?

AKU telah memberikan kepadanya segala KEMURAHAN  - KU..
Tanpa ia harus meminta terlebih dahulu.
Ketika semua itu  AKU cabut kembali darinya,
Lalu mengapa ia tidak lagi memintanya kepada  - KU untuk segera mengembalikannya?
Tetapi sebaliknya meminta PERTOLONGAN kepada selain  AKU?

Apakah  AKU yang MEMBERI sebelum diminta,
Lalu ketika diminta kembali tidak  AKU berikan?

Apakah  AKU ini bakhil sehingga dianggap bakhil oleh hamba  - KU?

Tidakkah dunia dan akhirat itu semuanya MILIK  - KU?

Tidakkah semua rahmat dan kurnia itu berada di tangan  - KU?

Tidakkah dermawan dan kemurahan itu adalah sifat  - KU?

Tidakkah hanya  AKU tempat bermuaranya semua HARAPAN?
Dengan demikian, siapakah yang dapat memutuskannya dari  - KU?

Dan semua yang  AKU berikan tidak akan mengurangi KEKAYAAN  - KU..
Meskipun hanya sebesar debu.
Bagaimana mungkin kekayaan yang begitu sempurna akan berkurang,
Sedangkan  AKU mengawasinya?

Sungguh, alangkah celakanya orang yang terputus dari rahmat  - KU.

Alangkah kecewanya orang yang berlaku MAKSIAT kepada - KU
Dan tidak merasa AKU memerhatikannya

Dan tetap juga melakukan perbuatan HARAM seraya tidak berasa malu kepada  - KU..

sumber : sini

Sungguh..Hati Cik Mendezz sangat-sangat tersentuh membaca semua ini..sambil terfikir..mengapa begitu mudah kita lupa..mengapa begitu mudah kita berpaling dariNYA??Mengapa begitu mudah kita berputus asa dengan rahmatNYA..sedangkan Allah memberi sesuatu nikmat itu tanpa kita minta pun..

EMPAT GOLONGAN LELAKI YANG AKAN DITARIK MASUK KE NERAKA OLEH WANITA

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka  yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah: 

1. AYAHNYA 
Apabila seseorang  yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya. 
(p/s; Duhai lelaki yang bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?Adakah kau mengajarnya bersolat dan saum? Menutup aurat? Pengetahuan agama? Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah untuk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. SUAMINYA 
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiamkan diri walaupun seorang yang alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka. 
(p/s; Duhai lelaki yang bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang? Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yang kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .) 

3. ABANG-ABANGNYA 
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
(p/s; Duhai lelaki yang mempunyai adik perempuan, jangan hanya menjaga amalmu, dan jangan ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.) 

4. ANAK-ANAK LELAKINYA 
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram disisi Islam bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka. 
(p/s; Duhai anak-anak lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... kerana ibu juga insan biasa... tidak lepas dari melakukan dosa... selamatkanlah dia dari menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.) 

Lihatlah betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka. Firman Allah S.W.T;

"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...." !!!

Selasa, Januari 31, 2012

Selamat Menyambut Hari Wilayah!! =D

Sepatutnya semalam lagi program ini berlansung. Tapi tergendala pula disebabkan ada urusan yang melebihi masa sebelum itu. Dan program itu dibawa ke hari ini. Iaitu membeli barangan keperluan peribadi saya..{hehe!Apalaaaaaaaaahhh yang penting sangat tadi..rupa-rupanya!!} Hey..jangan lupa yeh kawan-kawan..shopping is the best therapy when we are in a deep stress..well, of course lagi stress lah bila yang kita nak tu over budget kita kan??Tapi pada Cik Mendezz..biar la sedikit dari tak ada langsung..hehe!

Makanya pada hari yang agak mendung-mendung tidak berapa berangin tengahari tadi melangkahlah Cik Mendezz dengan teman sepejabat menuju ke Pasar Seni yang juga dikenali sebagai Central Market. Ingatkan nak tapau tako tao..tapi tutup pulak kiosk depan KFC tu..makanya terus lah Cik Mendezz dan kawan Cik Mendezz menuju ke Watsons..

Kenapa Watsons??Tidak ke hypermarket ke..pasar malam ke??Mesti ada yang tanya kan??Cik Mendezz ada alasan yang tersendiri..

  1. Harga barangannya yang lebih murah berbanding di gedung lain ~ ada yang bezanya sehingga RM3 lebih murah!Kalau 5 barang, berapa RM kita dah jimat??? $$$$$$$!! 
  2. Watsons juga menawarkan mata terkumpul/rebate yang boleh ditebus setiap kali pembelian kita.
  3. Ada diskaun untuk ahli Watsons lagi!
  4. Promosi yang menarik..contoh..RM1 untuk item kedua..beli satu barang RM8.90, beli dua barang RM10.80 (macam shower gel yang Cik Mendezz beli tadi!)..Heyyy..gila kalau kau kata tak nak!!Dan macam-macam lagi lahhhh yang Cik Mendezz sukeee!!sukee!!sukeee!!Hehe!
  5. Susunan barangan peribadi yang teratur..sedap mata memandang..memilih..lagiiii mencapai..kehkehkeh! =P
  6. Juruwang-juruwang Watsons Pasar Seni ni dah kenal muka Cik Mendezz..sangat mesra dan ramah. Senyum..senyum..senyumm.. "Datang lagi ye Cik!!" Ye dik..Kau tak suruh pun memang akak kene datang dik!Toiletries tu kewajipan..bukan kehendak! =D
Dan inilah hasil belian wajib saya tadi..kalau ikutkan hati lagi banyak ni..tapi ku sabarkan aja..maklumlah..baru memperbaharui insurans dan cukai jalan kereta..hehe!

These costs me below RM50.. =D
"Cik ada nilai tebusan sebanyak RM8.80 dalam kad ni..Cik nak terus tebus ke simpan??Sebab nilai mata terkumpul ni sah untuk dua tahun sahaja." beritahu juruwang itu sebaik sahaja kad ahli Watsons Cik Mendezz di imbas..wow..besh..maknanya shower gel percuma lahhh Cik Mendezz hari ni..hehe!Alhamdulillah.. =D

"Kasi tebus la dik..kalau simpan lama-lama kang lupa sama tak tebus nanti.." senyum meleret-leret Cik Mendezz!

Selesai urusan pembayaran, Cik Mendezz pun terus kembali ke pejabat. Ingatkan nak lepak jap di cafe tingkat dua Pasar Seni yang cosy tu..tapi kene kejar masa sebab ada mesyuarat pukul 2.30 nanti..huhu!

Heyy...tipu la Cik Mendezz ni!!Tajuk entry bukan ke  "Selamat Menyambut Hari Wilayah!! =D" ?? Ni apa sampai ke shopping la..promosi la..Watsons la!!GULP!!GULP!!GULPP!!Lupe laaaa...ni baru sedar diri balik ni!!Hihihi!

Ok..ok..kepada warga penduduk Wilayah Persekutuan..tidak kiralah dimana kamu berada..samada di Kuala Lumpur, Labuan mahupun Putrajaya..ada lagi ke yang lain??Ok..ingat-ingat lupa! =P
Selamat Hari Wilayah kepada kamu semua!!
Oiii..pada diri Cik Mendezz juga!!Hehehehhh!!Esok 01/02/2012 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur cuti ye..makanya bolehlah Cik mendezz bermalas-malas melayan perasaan..well..mungkin di rumah..mungkin juga bergadang di luar..hehe!

Dannnnnn..tak mahu tulis panjang-panjang lagi..sebab kejap lagi Vanilla Coklat dah nak mula..suka tengok Izara Aishah yang cantik menawan tu..makanya..jumpa kita di lain entry ok?? =D

P/S : Ada ke yang tak tahu apa itu tako tao??Sila rujuk gambar di bawah nye..sangat lazat dan ringkas!I loikee~~tapi tadi kiosk dia tutup!Ahh..lain kali! 






Isnin, Januari 30, 2012

Awan Nano Juara AJL 26

Adehhh...sipi-sipi jek ramalan Cik Mendezz semalam..rupa-rupanya Awan Nano oleh Hafiz yang merangkul gelaran juara..Alyah sekadar menjuarai persembahan terbaik..tapi memang sangat cantik bergaya ala-ala patung musical box..diserikan lagi dengan kehadiran Remy Ishak..Aduhhhh~~ memang teruja!!Cik Mendezz pon bersorak kat rumah..lupa sekejap yang Cik Mendezz tengah tak berapa nak sihat..hihihi!

Beribu Sesalan pula mendapat tempat kedua..diikuti Karma oleh Faizal Tahir ditempat ketiga..Semuanya hebat-hebat belaka..Sedetik Lebih yang dinyanyikan oleh Jack pon sangat-sangat mengesankan..

Hafiz..tahniah dengan kemenangan Awan Nano anda..memang Cik Mendezz tak perasan langsung Herman Tino jadi bapa dia..heheh!Rambut memang sama! =D



Juga tahniah pada lagu Beribu Sesalan yang mendapat naib juara..



Juga Faizal Tahir dengan Karma..I loike..



Alyah..sangat teruja dengan persembahan kamu..Kisah Hati memang sangat-sangat mengujakan..{errr..bukan Remy Ishak ke yg bikin saya teruja??}Kehkehkeh!




Kita nantikan pula AJL 27..siapa pula yang bakal mengungguli eh??

P/S : Pic yang santik2 ni sume ihsan pakcik google.. daa~~

Ahad, Januari 29, 2012

Anugerah Juara Lagu ke 26..siapa juara??

Dari siang tadi dok menghadap sakit kepala yang apsal entah..sampai terpaksa batalkan niat mahu ke Stadium Putra Bukit Jalil bersama teman yang sudah mempunyai tiket AJL..malah Cik Mendezz siap temankan dia ke Summit USJ semalam nak ambil tiket dari kawan dia..tapi apa kan daya..daripada Cik Mendezz pening-pening lalat dikalangan pengunjung yang sesak tu nanti..baiklah tengaok dari rumah je..huhu!

Berdebar-debar Cik Mendezz menunggu AJL malam ni..siapaaaaalah bakal bergelar juara erk??Hehe!Cik Mendezz minat 3 buah lagu ni..

Lagu pertama.. paling suka.. 

KISAH HATI by ALYAH



Lagu kedua..suka jugak hehe..

BERIBU SESALAN by NING BAIZURA, JACKLYN VICTOR & SHEILA



Lagu ketiga..suka-suka aje..

GADIS SEMASA by YUNA



Harap-harap menang la salah satu lagu ni..tapi kalau lagu lain yang menang pun..tidak mengapalah..kerana lagu-lagu lain pun tidak kurang hebatnya..Apa-apa pun..goodluck untuk semua finalis! 

P/S : Cik Mendezz memang obses dengan lagu Kisah Hati oleh Alyah tu..sampai timeline FB dh jadi lagu ni..Hahahaahhah!!Jangan mare! =P





Khamis, Januari 26, 2012

Spontaneous Thursday.. #44 - ‘MENGHISAP PAYUDARA BOLEH MENYELAMATKAN WANITA’??

Berita ini diambil dari data berita antarabangsa BBC dan National Health Service. Berikut data yang diambil untuk mencegah kanser payudara dengan cara menghisap. Dalam waktu terdekat mungkin ada wanita yang mahu membayar orang terutama lelaki untuk menghisap payudara mereka??

Dalam BBC Top News Story :

Doktor berpendapat bahawa payudara wanita yang disedut secara teratur sangat bagus untuk mengurangi risiko terkena kanser payudara.Diberitahu bahawa penghisapan payudara secara teratur akan menurunkan risiko yang cenderung menyebabkan berkembangnya kanser payudara.

Payudara harus disedut mungkin, hal ini dipercayai akan membantu perempuan melawan kanser payudara. Bagi para lelaki, silakan menolong pasangan anda, dengan menghisap payudara wanita sekarang dan bagi para wanita silakan saja lakukan terapi ini dan kamu seharusnya merelakan!

Pesanan ini dibuat oleh Department Kesihatan British dengan tema 'Melawan Kanser Payudara'.

Kalau anda percaya pada hasil penelitian ini maka {semua lelaki} jujurlah bahawa anda tentunya akan senang, jadi ikutilah cara-cara ini. Kalau perlu anda dengan rendah hati mengajukan diri untuk membantu para wanita demi menyelamatkan nyawa mereka dari penyakit kanser.

Bolehkah anda mengirim ini ke semua orang yang bertanggungjawab dan kepada para wanita agar menyedari risiko tinggi ini??Ini adalah salah satu bentuk keuntungan buat wanita yang sangat harus dilakukan untuk mencegah kanser. Ingat pesan doktor, "Mencegah itu lebih baik daripada mengubati.". 

P/S : Kalau fakta ini tidak sahih pun Cik Mendezz memang teruja!!Kenapa teruja eh??GULPPP!!Hahaahahaah!! =P

Rabu, Januari 18, 2012

KISAH IBU DAN ANAK

Sebagai seorang insan, mak terpanggil untuk menyebarkan satu kisah agar ia menjadi tauladan kepada kita semasa hidup ini.


Sebagai seorang anak yang berbakti kepada orang tuanya, Hasan (bukan nama sebenar), mengajak ibunya untuk menunaikan rukun Islam yang kelima. Sarah (juga bukan nama sebenar), si Ibu, sudah tentu berasa senang dengan ajakan anaknya itu.

Sebagai muslim yang mampu secara material, mereka memang berkewajipan menunaikan ibadah haji. Segala kelengkapan sudah disediakan. Ringkasnya ibu dan anak ini akhirnya berangkat ke tanah suci. Keadaan keduanya sihat walafiat, tak kurang satu apapun. Tiba harinya mereka melakukan tawaf dengan hati dan niat ikhlas menyeru panggilan Allah, Tuhan Semesta Alam. "Labaik allahuma labaik, aku datang memenuhi seruanMu ya Allah".

Hasan memegang ibunya dan berbisik, "Ummi undzur ila Kaabah (Bu, lihatlah Ka'bah) ". Hasan menunjuk kepada bangunan empat persegi berwarna hitam itu. Ibunya yang berjalan di sisi anaknya tak menunjukkan respons, ia terdiam. Perempuan itu tidak melihat ke arah apa yang ditunjukkan oleh anaknya. Hasan kembali membisiki ibunya. Dia bingung melihat raut wajah ibunya yang juga kelihatan kebingungan. Ibunya sendiri tidak faham mengapa dia tidak boleh melihat apa-apa selain kegelapan. Beberapa kali dia mengusap-usap matanya, tetapi apa yang dilihatnya hanyalah kegelapan. Padahal, tak ada masalah dengan kesihatan matanya sebelum ini. Beberapa minit yang lalu dia dapat melihat segalanya dengan jelas, tapi apabila memasuki Masjidil Haram segalanya menjadi gelap gelita. 

Hasan bersolat di hadapan Kaabah memohon keampunan-Nya. Hatinya begitu sedih. Sesiapa yang datang ke Baitullah, mengharapkan rahmatNya. Hasan tidak berkecil hati, mungkin dengan ibadah dan taubatnya yang bersungguh-sungguh, ibundanya akan dapat merasakan anugerah-Nya, dengan menatap Kaabah, kelak. Anak yang soleh itu berniat akan kembali membawa ibunya mengerjakan haji pada tahun hadapan.

Bila sampai tahun berikutnya, ternyata nasib baik belum berpihak kepadanya. Tahun berikutnya kejadian serupa berulang lagi. Ibunya kembali dibutakan di dekat Kaabah, sehingga tak dapat menyaksikan bangunan yang merupakan simbol persatuan umat Islam itu. Wanita itu tidak boleh melihat Kaabah. Hasan tidak patah arang, dia kembali membawa ibunya ke tanah suci tahun berikutnya.

Anehnya, ibunya tetap tidak boleh melihat Kaabah sebaik saja berada di Masjidil Haram, yang nampak di matanya hanyalah gelap dan gelap.Begitulah keganjilan y ang berlaku pada diri Sarah, kejadian itu berulang sampai tujuh kali menunaikan ibadah haji.

Hasan tertanya-tanya apa yang menyebabkan ibunya menjadi buta di depan Kaabah, sedangkan di tempat lain, penglihatannya normal. Dia terfikir mungkin ibunya pernah membuat salah sehingga mendapat azab dari Allah SWT?. Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh ibunya, sehingga mendapat musibah seperti itu? Segala persoalan berkecamuk dalam dirinya.

Akhirnya dia memutuskan untuk mencari seorang alim ulama, yang boleh membantu permasalahannya. Kemudian dia mendengar ada seorang ulama yang terkenal kerana kesolehannya dan kebaikannya di Abu Dhabi.

Tanpa berlengah, Hasan bertemu dengan ulama yang dimaksudkan. Dia pun mengutarakan masalah kepada ulama yang soleh ini. Ulama itu mendengar dengan teliti dan kemudian meminta ibu Hassan menelefonnya sendiri. Anak yang berbakti ini pun pulang dan meminta ibunya untuk menghubungi ulama di Abu Dhabi tersebut. Si ibu iaitu Sarah pun menelefon ulama itu, dan menceritakan kembali peristiwa yang dialaminya di tanah suci.

Ulama itu kemudian meminta Sarah mengingat kembali, mungkin ada perbuatan atau peristiwa yang berlaku padanya di masa lalu, sehingga dia tidak mendapat rahmat Allah. Sarah diminta untuk bersikap terbuka, mengatakan dengan jujur, apa yang telah dilakukannya.

"Anda harus berterus terang kepada saya, kerana masalah anda bukan masalah kecil," kata ulama itu kepada Sarah. Sarah terdiam sejenak. Kemudian dia meminta masa untuk memikirkannya. Tujuh hari berlalu, namun ulama itu masih tidak mendapat khabar berita daripada Sarah. Pada minggu kedua setelah percakapan pertama mereka, akhirnya Sarah menelefon, "Ustaz, sewaktu masih muda, saya bekerja sebagai jururawat di rumah sakit," cerita Sarah akhirnya. "Oh, bagus ..... Pekerjaan jururawat adalah pekerjaan mulia," potong ulama itu. "Tapi saya mencari wang sebanyak-banyaknya dengan berbagai cara, tidak peduli, apakah cara saya itu halal atau haram," katanya berterus-terang.

Ulama itu terkejut. Dia tidak menyangka wanita itu akan berkata demikian. "Waktu itu ...." sambung Sarah, "Saya banyak kali telah menukar bayi, kerana tidak semua ibu suka dengan bayi yang telah dilahirkan. Ada yang mahukan anak laki-laki, padahal bayi yang dilahirkannya perempuan, dengan ganjaran wang, saya tukar bayi-bayi itu sesuai dengan keinginan mereka . "

Ulama tersebut amat terkejut mendengar penjelasan Sarah. "Astagfirullah ......" sampai hati wanita itu menyakiti hati para ibu yang diberi amanah Allah untuk melahirkan anak. Bayangkan, betapa banyak keluarga yang telah dirosaknya, sehingga tidak jelas nasabnya. Apakah Sarah tidak tahu, bahawa dalam Islam menjaga nasab atau keturunan sangat penting.

Jika seorang bayi ditukar, tentu nasabnya menjadi tidak jelas. Padahal, nasab ini sangat menentukan dalam perkahwinan, terutama dalam masalah mahram atau muhrim, iaitu orang-orang yang tidak boleh dinikahi. "Cuma itu yang saya lakukan," kata Sarah.

"Cuma itu?" tanya ulama terkejut. "Tahukah anda bahawa perbuatan anda itu dosa yang luar biasa, betapa banyak keluarga yang sudah anda hancurkan!". ucap ulama dengan nada tinggi.
"Lalu apa lagi yang anda lakukan?" tanya ulama itu lagi sedikit kesal. "Di rumah sakit, saya juga melakukan tugas memandikan orang mati." "Oh bagus, itu juga pekerjaan mulia," kata ulama "Ya, tapi saya memandikan orang mati kerana ada kerjasama dengan tukang sihir." "Maksudnya?". tanya ulama tidak mengerti. "Setiap saya bermaksud menyengsarakan orang, baik membuatnya mati atau sakit, segala perkakas sihir itu sesuai dengan syaratnya, harus dipendam di dalam tanah. Akan tetapi saya tidak menguburnya di dalam tanah, melainkan saya masukkan benda-benda itu ke dalam mulut orang yang mati. "

"Ada sekali itu, seorang alim meninggal dunia. Seperti biasa, saya memasukkan berbagai barang-barang tenung seperti jarum, benang dan lain-lain ke dalam mulutnya. Entah mengapa benda-benda itu tidak hendak masuk, walaupun saya sudah menekannya dalam -dalam. Ianya keluar semula. Saya cuba lagi berulang-ulang. Akhirnya, kemarahan saya memuncak, saya masukkan benda itu dan saya jahit mulutnya. Cuma itu dosa yang saya lakukan. "
Mendengar kata-kata Sarah yang datar dan tanpa rasa dosa, ulama itu berteriak marah. "Cuma itu yang anda lakukan?". "Masya Allah ....!!! Saya tidak boleh bantu anda. Saya angkat tangan". Ulama itu amat terkejut mengetahui perbuatan Sarah. Tidak pernah terbayang dalam hidupnya ada seorang manusia, apatah lagi dia adalah wanita, yang mempunyai nurani begitu tega, begitu keji. Tidak pernah berlaku dalam hidupnya, ada wanita yang melakukan perbuatan sekeji itu. Akhirnya ulama itu berkata, "Anda harus memohon ampun kepada Allah, kerana hanya Dialah yang dapat mengampuni dosa Anda."

Selepas tujuh hari ulama itu tidak mendengar khabar daripada Sarah, akhirnya dia menghubungi Sarah melalui telefon. Dia berharap Sarah telah bertaubat atas segala perbuatannya. Dia berharap Allah akan mengampuni dosa Sarah, sehingga Rahmat Allah datang kepadanya. Panggilan telefon itu dijawab oleh Hasan. Ulama menanyakan khabar Sarah.
"Ummi sudah meninggal dunia dua hari selepas menelefon ustaz," ujar Hasan Ulama itu terkejut mendengar khabar tersebut. "Bagaimana ibumu meninggal, Hasan?". tanya ulama itu. Hasanpun akhirnya bercerita: Selepas menelefon ulama, dua hari kemudian ibunya jatuh sakit dan meninggal dunia. Yang mengejutkan adalah peristiwa pengebumian Sarah. Ketika tanah sudah digali, untuk memasukkan jenazah atas izin Allah, tanah itu rapat kembali, tertutup dan mengeras. Para penggali mencari lokasi lain untuk digali. Peristiwa itu berulang kembali. Tanah yang sudah digali kembali menyempit dan tertutup rapat. Peristiwa itu berlangsung begitu cepat, sehingga tidak seorang pun para pengusung jenazah yang menyedari bahawa tanah itu kembali rapat. Peristiwa itu terjadi berulang-ulang.

Para hadirin yang menyaksikan peristiwa itu merasa ngeri dan merasakan sesuatu yang aneh berlaku. Mereka yakin, kejadian tersebut pastilah berkaitan dengan perbuatan si mayat. Waktu terus berlalu, para penggali kubur putus asa dan keletihan kerana pekerjaan mereka tak juga selesai. Siang pun berlalu, petang menjelang, bahkan sampai hampir maghrib, tidak ada satu pun lubang yang berjaya digali. Mereka akhirnya pasrah, dan beranjak pulang. Jenazah itu dibiarkan saja terdampar di tanah kering kontang. Sebagai anak yang begitu sayang dan hormat kepada ibunya, Hasan tidak mahu meninggalkan jenazah orang tuanya ditempat itu tanpa dikubur. Kalaupun dibawa pulang, rasanya tidak mungkin. Hasan termenung di tanah perkuburan seorang diri. Dengan izin Allah, tiba-tiba berdiri seorang lelaki yang berpakaian hitam panjang, seperti pakaian khusus orang Mesir. Lelaki itu tidak kelihatan wajahnya, kerana terhalang tutup kepalanya yang labuh ke depan. Lelaki itu mendekati Hasan kemudian berkata kepadanya, "Biar aku tangani jenazah ibumu, pulanglah!". kata orang itu.
Hasan lega mendengar bantuan orang tersebut, dia berharap lelaki itu akan menunggu jenazah ibunya. dan berharap mahu menggali kubur untuk kemudian mengebumikan ibunya. "Aku minta supaya kau jangan menoleh ke belakang, sehingga tiba di rumah," pesan lelaki itu. Hasan mengangguk, kemudian dia meninggalkan tanah perkuburan. Belum sempat dia keluar dari kawasan perkuburan, terdetik keinginannya untuk mengetahui apa yang terjadi dengan jenazah ibunya.

Sedetik kemudian ia menengok ke belakang. Betapa pucat wajah Hasan, melihat jenazah ibunya sudah dijilat api, kemudian api itu menyelimuti seluruh tubuh ibunya. Belum habis rasa herannya, sedetik kemudian dari arah yang berlawanan, api menerpa ke wajah Hasan. Hasan ketakutan. Dengan langkah seribu, dia pun bergegas meninggalkan tempat itu.

Demikian yang diceritakan Hasan kepada ulama itu. Hasan juga mengaku, bahawa separuh wajahnya yang tertampar api itu kini berbekas kehitaman kerana terbakar. Ulama itu mendengarkan dengan teliti dan sabar semua yang diceritakan oleh Hasan. Dia menyarankan, agar Hasan akan beribadah dengan khusyuk dan meminta ampun atas segala perbuatan atau dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh ibunya. Akan tetapi, ulama itu tidak menceritakan kepada Hasan, apa yang telah diceritakan oleh ibunya kepada ulama itu.

Ulama itu meyakinkan Hasan, bahwa apabila anak yang soleh itu memohon ampun dengan bersungguh-sungguh, maka bekas luka di pipinya dengan izin Allah akan hilang.

Tidak berapa lama kemudian Hasan kembali mengkhabarkan ulama itu, bahawa lukanya yang dulu amat terasa sakit dan panas luar biasa, semakin hari bekas kehitaman hilang. Tanpa tahu apa yang telah dilakukan ibunya sewaktu hidup, Hasan tetap mendoakan ibunya. Dia berharap, apa-apa perbuatan dosa yang telah dilakukan oleh ibunya, akan diampuni oleh Allah SWT.

Semoga kisah benar masa kini dari Mesir ini boleh menjadi pengajaran kepada kita semua.



sumber : sini