Khamis, Januari 23, 2014

Spontaneous Thursday.. #52

Kebelakangan ni kelihatan media semasa terutama akhbar dan laman sosial seolah-olah tidak segan silu dan tidak sensitif apabila menayangkan mangsa-mangsa jenayah kejam dan kemalangan jalan raya..sekurang-kurangnya hormatilah perasaan ahli keluarga terdekat mangsa..

show some respect!!!

Cuba bayangkan salah seorang ahli keluarga kita yang melalui semua itu {mintak dijauhkan!} apakah perasaan kita jika aib jenazah mereka disebarkan??Ke tak pernah fikir??Hurmmm...

Rabu, Januari 22, 2014

Wordless Wednesday.. #23

Owhhh..lamanya tak berWordless Wednesday..my #1st WW for 2014! =)


Berbengkel-bengkel! =)

Selasa, Januari 21, 2014

It's been a long while!

Assalammualaikum dan salam sejahtera..hari yang ke-21 untuk 2014. Tiada apa yang istimewa melainkan anjakan masa demi masa.

Buat masa sekarang ni tiada apa yang menarik dalam hidup Cik Dezz..melainkan..

  1. Abang Jebat dalam 'Bukan Kerana Aku Tak Cinta'
  2. En Muka Ketat dalam 'Projek Memikat Suami'
  3. Harith dan Tengku Adam Mukhriz dalam 'Ariana Rose' {novel The Wedding Breaker is much2 better!}
  4. Aariz Danial dan Dahlia dalam 'Jodoh Itu Milik Kita'
  5. Arka Raja Haji yang mengisahkan zaman Kesultanan Johor-Riau arahan Datin Paduka Suhaimi Baba.
Dan sedang xsabar2 menunggu kemunculan new season of



Fuh..sanggup ni xkeluar ari keje sebab komited kt semua ni. Kalo tertinggal tu memang xsenang duduklah..except Ariana Rose sebab dah baca novel dia.Hikhik!

Ok..itu je nak kabo..till the next post! =)

Khamis, Ogos 15, 2013

Spontaneous Thursday.. #51 - It's been a while!

Assalammualaikum..salam lebaran..harap-harap masih belum terlewat untuk Cik Mendezz mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidilfitri 1434H..maaf zahir dan batin. Maaf dipinta kerana telah sekian lama diri ini tidak bertinta..
 
Ternyata dalam tempoh setahun banyak perubahan yang kita lalui..yang kita hadapi..ada yang lebih baik..ada yang sebaliknya..namun itu bukan alasan untuk kita mudah mengalah dengan kehidupan kita. Selagi kita bernafas, itulah tanda Allah SWT masih memberikan kita peluang untuk memperbaiki hidup kita agar lebih baik dari semalam.
 
Ok..sampai sini dulu..nanti kita bertemu lagi! =)

Sabtu, November 10, 2012

TIGA PERKARA TENTANG SUJUD

Assalammualaikum dan salam sejahtera readers & followers..maafkan Dezz kerana sekian lama tidak bertinta..mungkin kerana mula merasakan beratnya tanggungjawab kita sebagai penulis yang menyebarkan perkhabaran buat pembaca. Seandainya ianya penuh kebaikan dan memberi tauladan Insya Allah ia akan membawa kebaikan yang berterusan..tetapi bagaimana pula jika ia mempunyai khilaf??Kesannya juga akan berterusan..tak pasal-pasal..hehehe!

Dan di atas kesedaran inilah Dezz mula berhati-hati dalam menuliskan post kebelakangan ini..ilmu-ilmu yang bermanfaat memang Dezz akan lajuuuuuuu je share post tapi mana yang rasa macam lagha tu..simpan sendiri ajelah..hehe! =)

Insya Allah..jika tiada aral melintang, untuk beberapa post yang akan datang Dezz akan kongsikan ilmu yang berjaya Dezz perolehi setelah menghadiri Seminar PEMANTAPAN PENGURUSAN KELUARGA yang bermula 6 November 2012 dan berakhir pada 9 November 2012..yeee..baru semalam habis..tu yang semangat berkobar-kobar nak kongsi..mudah-mudahan ia member manfaat dalam kehidupan kita sekeluarga sehari-hari..Inn Shaa Allah.. =)

Buat permulaan..Dezz nak kongsi satu topik yang ringkas..tapi ramai yang mengambil mudah tentangnya..semoga setelah ia dikongsikan bersama..solat kita akan lebih sempurna rukunnya..Inn Shaa Allah..ianya tentang sujud yang diceramah oleh Ustaz Ziaul Haq Hashim yang merupakan seorang pegawai dari Pusat Pungutan Zakat {PPZ}..

Bismillahhirrahmannirrahim..adapun sujud itu ada 3..


  1. SUJUD YANG AFDHAL ~ iaitu apabila kita berjemaah kita di belakang imam dan apabila imam berada pada tahiyat akhir, suami/lelaki perlu bangun menyertai imam. Maka berpesanlah pada suami kita apabila berjemaah di surau/masjid, janganlah berlama-lama di sujud yang akhir jika imam sudah bangun menduduki tahiyat akhir. Ini kerana ia akan menjadi sujud yang kedua..iaitu ;
  2. SUJUD YANG HARAM/TERTEGAH ~ di mana apabila imam telah menduduki tahiyat akhir bermula rukun pertama menduduki tahiyat akhir dan masuk rukun kedua iaitu membaca tahiyat akhir dan sehingga masuk rukun ketika di tahiyat akhir {selawat ke atas nabi}, jika makmum masih sujud  maka terbatallah solat makmum itu. Adapun jika makmum tidak terdengar akan imam maka jadilah ia sujud yang ketiga..iaitu ;
  3. SUJUD YANG DIMAAFKAN ~ di mana apabila makmum bangun dari sujudnya dan di dapati imam telah selesai memberi salam atau telah membaca doa kerana tidak terdengar akan suara imam ketika bangun dari sujud akhirnya. Hukum solatnya adalah sah.
Semoga serba sedikit ia mampu menambahkan ilmu pengetahuan kita. Jumpa lagi di post yang akan datang.. =)