Sabtu, Julai 15, 2017

Set Bersalin Superb!!

Ramai yang bertanya..selain memakai #PremiumBeautiful corset,  apalagi yg diamalkan oleh ibu2 yg #berpantang selepas #bersalin untuk kembali mendapatkan badan yang kembali #kurus dan lebih #langsing dari sebelumnya..awok2 semua para #ibu dan #suami ..ini lah rahsia dia.. #SetPantang 1st class kami.. #PremiumBeautifulCorset + #JamuHerbaMaharani + #BioSeleza ! Masih tercari2 #SetBersalin anda atau isteri anda? Hubungi Cik Dezz naa..boleh PM.DM.WA.TELEGRAM Cik Dezz 017- 355 6174
Atau direct link WA
http://mendezzpbexpert.wasap.my/

Selasa, Julai 11, 2017

Dah boleh solat macam biasa!

Semalam Cik Dezz ada cerita kan perkembangan #positif officemate Cik Dezz setelah amalkan #MinKaffe ?

Kawan Cik Dezz ni pernah jatuh masa kerja pada pertengahan tahun lepas. Biasalah tugas pencari fail..ada masanya kene juga panjat rak yang tinggi tu utk capai fail2 yang dicari. Kesan dari jatuh tu dia tak boleh bangun beberapa minggu kerana kesakitan yang teramat sangat di bahagian #pinggang .. kakinya berasa #kebas dan lutut kanannya turut mengalami kecederaan. Doktor memang beri dia Sijil Kerja Ringan period by period disebabkan kecederaannya itu..

Pada mulanya dia ambil #MinKaffe utk #energybooster ..rupanya selain itu dia dapat rasa kebas2 di kakinya mula berkurangan. So slowly dia dh boleh #solat macam biasa..sebelum ni dia solat duduk kat kerusi je..

#Alhamdulillah ..Cik Dezz tumpang gembira dengan perubahannya..

Ada jugak ke yg masih #sakitkepala atau #migrain ketika menunaikan #PuasaEnam ?? Dapatkan #KopiGaramBuluh #MinKaffe anda dari Cik Dezz ye! Boleh PM.DM.WA.TELEGRAM Cik Dezz 017- 355 6174

Atau direct link WA

http://mendezzpbexpert.wasap.my/

Sama2 kita pelihara dan perbaiki kesihatan kita!

#Hugs & #kisses ..
Your #PremiumBeautifulExpert
Cik Azura Mendezz

Khamis, Julai 06, 2017

Pressure Ke Nak Cari Second Income?

Masa memula dulu join Sahajidah Hai-O Marketing Sdn Bhd a.k.a SHOM semata2 sebab nk beli produk SHOM dgn harga member.. Cik Dezz daftar Disember 2015. Masa tu Fadhluhartini Muftah yang tolong register.
Seronok la sebab dapat beli #MarineEssenceShampoo #BVAlfalfaConcerntrate #JamuHerbaMaharani #MinKaffe #GarlicTablet and so on dengan harga member.. #PremiumBeautiful mmg dah beli  since 2012..  pastu tgk maybank2u ada masuk sikit2..tgk penyata dari SHOM.. walhal beli ja.. bukan beratus pon sekali beli.. itu pon SHOM bagi.. kalo beli banyak mesti dapat banyak kan? Dapat rebat lagi.. siapa nak bagi?

Tapi memula tu dok fikir pasal modal.. target and so on..  mesti pressure ni.. so diam aje la..tak berani nak tanya.

Then macam tu aje la sampai beberapa bulan lepas Cik Dezz tanya betol2 pada Tini how to join.. igtkan kene ada certain figure utk modal tapi tak pon.. rupa2nya banyak plan yang fleksibel! !Point dari memula join SHOM pon xluput..elok je x berusik!

Terus Cik Dezz join SHOM under Team #TheDiamondCircle.. Cik Dezz dibimbing  daripada hanya pakai sendiri better dok share kebaikan produk di IG , FB & Blog.. dan macam2 tips perniagaan..we keep supporting each even ada yg tak pernah bersua muka.. best sgt!

Betol awok..RM50 je! Dah boleh start bisnes.

RM50 tu bukan bayar pada Cik Dezz pon. Tapi bayar untuk diri sendiri. Kelebihan:

(+) Bonus masuk dalam akaun sendiri
(+) Ada payslip yang sah untuk urusan bank
(+) Setiap kali beli barang untuk diri sendiri atau beli untuk 'clients' anda, dapat kumpul point.
(+) Setiap barang ada point
(+) Point akan terkumpul & menaikkan 'Bonus Percentage'
(+) Point takkan hilang sampai bila2, tiada istilah point berkurang bila redeem & tiada istilah redeem points��
(+) Point terkumpul atau keahliaan anda boleh diwarisi anak.

Nak lebih info? Wasap Cik Dezz 0173556174

Rabu, Julai 05, 2017

Dugaan Melanda Lagi..

Arini dah macam join acara walkathon.. pagi2 tadi dah jalan kaki hampir 2km..then tengahari mujur la adik polis Sheikh Ali Safwan tolong towing motor sampai bengkel.. kalo tak menolak lagi la jawab dia.. selesai urusan bengkel download app uber tetiba bateri nak kong.. Allahu.. sempat msg En Husband nk naik lrt aje la jawab dia. Then dari bengkel kt bulatan loke yew tu menapak ke stesen lrt hang tuah.. more kilometer to go.. sampai kat kinrara tgk kereta En Husband tak ada.. hp dah mati.. no option.. paksa gak jalan kaki p nuju ke ofiz En Husband.. plan dah sampai guard house IPD nanti nk minta maklum kedia.. tapi baru je nak sampai simpang ofiz dia tgk kereta dia baru keluar.. bila dah dpt on hp kat rumah baru boleh baca reply En Husband "Tgh meeting".. alahaii.. mujurlah pakai PB td.. xde la sakit pinggang dok sakan berjalan almost 6km arini.. tapak kaki aje la mintak urut.. jgn cramp pg esok sudah ler..

Yang motor punya cerita pulak.. Cik Dezz dah raya sakan dia pon nak raya! Geram betol! Baru nk rasa bonus SHOM Isnin ni.. motor Cik Dezz dah cop sesiap duit raya dia! Grrr..

So  sementara nk tgu motor keluar bengkel Isnin ni.. kita p la keje macam zaman bujang2 dulu.. nek public transport..

Sekian luahan arini.. semoga perkara baik  berkunjung tiba..rasa mcm bertimpa2 dugaan sejak puasa aritu..

Selasa, Julai 04, 2017

Apabila bercerita tentang persahabatan..

Dah lama kisah ini terperap dalam draft blog Cik Dezz..since 2012..buat sahabat..you know who you are..even kita dah tak macam dulu..kenangan bersama tetap abadi di dalam ingatan..

Bila bercerita tentang persahabatan..saya rindukan seseorang yg pernah berkongsi suka-duka dengan saya bertahun lamanya..bermula dengan perkenalan yang ringkas sewaktu bekerja di sektor swasta dahulu dan ianya menjadi mesra hari demi hari. Kami senang bersama..kekecewaan..kegembiraan..suka duka..semuanya dikongsi bersama..sama nakal..sama degil..kadangkala sama-sama keras hati tapi kami cuba untuk tidak merajuk terlalu lama..hehe!

Apabila dia tidak pulang ke rumah kerana pergi bercuti atau pulang ke kampung...atau mungkin sekadar menyelesaikan urusan kerja di pejabat..dan mungkin kerana tidak bertemu di rumah kerana berselisih waktu kerja..kami berhubung melalui telefon..sms..dan maya. Apabila saya sakit..dia jaga waktu makan ubat saya.. dan begitulah sebaliknya..kadangkala seronok masa sakit sebab dia buat bubur sedapppp...dan masakan dia memang sedap-sedap..Dia memang seorang sahabat yang menghiburkan..ada masanya juga memeningkan kepala..namun itu lah erti persahabatan..walau apa pon..segala suka duka dikongsi bersama..gelak ketawa..tangis hiba..semuanya dengan dia..kami memang rapat..tambahan pula kami sebaya..semuanya mudah untuk dikongsi bersama..

Ada masanya kami sama-sama ambil cuti/mc kerana tiada mood nak bekerja..mandi air terjun..ada masanya ke shopping complex..paling selalu kami berkaraoke..hehe!Bila-bila masa kami rasa ingin melepak ke kedai mamak..kami on je..walaupun hanya secawan teh tarik..sesekali kami cuci kereta sama-sama.pendek kata..susah senang kami kongsi bersama..

Namun..setelah erti persahabatan itu saya dalami..setelah erti persahabatan itu saya lalui..konflik yang kecil telah memisahkan kami..dia memilih jalan hidup dia..dan saya tetap dengan keputusan yang telah saya buat..keegoan menjarakkan kami..sifat keras hati menjadikan masing-masing tidak mahu mengalah..dan kami saling menyalahkan..menyebabkan ia berkesudahan dengan kesedihan yang masing-masing cuba sembunyikan.

I miss our moment..i miss her jokes..i miss her cook..i miss her anger..ada masanya dia menceceh seperti mak nenek..tapi saya hanya sekadar gelak dan buat-buat tak layan. Namun saya tahu dia tahu yang saya akan ikut nasihatnya..cuma cepat atau pon lambat..

Entah di mana dia sekarang..terlalu banyak untuk dikongsi dan diceritakan..mungkin jika kami bertembung dimana-mana selepas ini..dia akan pura-pura tidak mengenali saya..atau mungkin juga kami berpelukan erat dan menangisi kebodohan masing-masing yang menjadikan persahabatan kami terkorban begitu sahaja..

Sejak dia tiada dalam hidup saya..saya belajar untuk hidup seorang diri..saya takut dengan gelaran sahabat..saya risau jika saya kehilangan sahabat buat kesekian kalinya..sahabat bukan lah sekadar seorang insan yang biasa-biasa dalam kehidupan kita..adakalanya biarpun dia biasa-biasa sahaja..dia mengajar kita erti kehidupan yang sebenar..biarpun adakalanya kami berselisih pendapat..itu perkara juga biasa..perkara apa yang tiada jalan penyelesaian??Yang penting tolak ansur..

Adakah kami masih menyalahkan sesama sendiri hingga kini??Saya tidak tahu..yang saya tahu saya ingin mengetahui khabarnya..saya ingin kami bermaaf-maafan biarpun mungkin selepas ini hubungan kami takkan sama seperti dulu..i miss her.. =(