Ahad, Jun 04, 2017
Sekejapnya masa berlalu..
Tahun ni officially bergelar #MakcikKuih dan #PremiumBeautifulExpert . Alhamdulillah..memula malu juga nak buka mulut nak berniaga..biasa mulut ni sibuk gelak kuat2 je..hihihi!
Dan Alhamdulillah. .ini Ramadhan kali kedua bersama En Shuben tercinta..masih menantikan kehadiran si kecil dalam hidup kami..doakan yang baik2 ye! Akak nak pulun #JamuHerbaMaharani nanti..tengok testimonial pon menarik ja..Cik Dezz last amalkan masa siang malam dok kerja masa single sebelum ni..Siang keje office..malam dan hujung minggu keje part time cashier..mana larat kalo takde tenaga..makan la jamu ni supaya tak letih..kelmarin Cik Dezz dok google testimonial bukan setakat tak kasi letih ja..lebih dari itu khasiat jamu ni..patut la #HotSelling item!
Kejap..Cik Dezz terbagi testimonial #JamuHerbaMaharani ka??Bukan update recent activities ekk?? Opss..takpe lah..nanti cerita lain ekk..nak tido dulu..esok nak bangun sahur..masak pulak..Selamat malam cinta!
Ahad, Ogos 14, 2016
KTM Komuter : Balik-balik Isu Yang Sama
Hari ini buat kesekian kalinya aku naik komuter dari stesen komuter Sungai Buloh menuju ke Terminal Bersepadu Selatan a.k.a TBS. Aku ni bukanlah pengguna komuter yang tegar. Namun setiap bulan dalam 2-3kali mesti pakai jugak kad touch n go aku pada mana-mana panel keluar stesen komuter. Kadangkala dari Seremban..selalunya stesen TBS, Kuala Lumpur dan Sungai Buloh.
Setiap kali aku naik komuter tak kira lah dari mana-mana stesen yang berkenaan ni..aku memang akan masuk ke ladies coach. Terima kasih kepada pihak komuter kerana peka dengan gadis-gadis, isteri-isteri, wanita warga emas dan ibu tunggal yang ada masanya perlu keluar bersendirian menuju ke destinasi masing-masing.
Akan tetapi..apa yang menyedihkan atau menimbulkan paranoia di kalangan hawa dalam ladies coach adalah apabila masih ada kaum adam terutama sekali golongan bangsa asing tanpa segan silu menggunakan koc ini tanpa ada inisiatif untuk bertanya dan mata-mata mereka ini melilau dan memerhati para wanita dan remaja ini dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Jarang mereka masuk berseorangan. Selalunya berdua..adakalanya lebih dari tiga orang.
Ada masanya aku mengambil inisiatif sendiri untuk menegur, "Sir..this is ladies coach..please go to the next coach," Ada yang faham akan pergi..yang tak faham ni bikin panas hati. Dah lama kerja kat Malaysia..bercita-cita jadi warganegara Malaysia macamana ayat yang paling mudah yang terpampang depan mata pon mereka tak nak cuba untuk faham? Yang ni aku tak faham!
Yang selalu masuk seorang diri ke koc wanita ni tidak lain tidak bukan lelaki Malaysia sendiri..siap duduk..bukak hand phone layan internet sengih sorang2..nak tunggu kakitangan komuter halau baru la nak angkat punggung. Siap cakap lagi "Oh..ye ke? Saya tak perasan lah!" Well..jangan ingat aku tak nampak macamana kau usha line kiri kanan nak tengok polis bantuan ktm ada ke tidak. Siap aku cakapkan lagi ini koc perempuan kau buat pekak aje layan telefon. Bila PB ktm datang halau buat2 cemas cakap tak perasan..euwhh please!!!
Mungkin isu ini tak berapa penting pun pada wanita2 lain yang menggunakan ladies coach..tapi pada aku ia penting. To feel safe and secure. Sesiapa yang pernah jadi mangsa ragut atau mangsa lain2 kes jenayah akan rasa apa yang aku rasa apabila kaum adam tidak kisahlah dari pelusuk mana pun menggunakan koc wanita.
Last not least, buat stesen komuter Sungai Buloh..lama lagi ke nak pasang terminal touch n go di exit gate menghala Rawang? Seriously I feel damn stupid and tired to cross to the next exit gate just to touch out my card. Please take note.
Itu sahaja keluhan rakyat masa kini pada hari ini..sekian.
#LadiesCoach
#KTMKomuterSungaiBuloh
Selasa, Ogos 02, 2016
Thank you Allah..
Jumaat, Oktober 10, 2014
Belanjawan 2015
| Kuda besi ni pon sesekali je mandi. |
Jumaat, Oktober 03, 2014
Salahkah??
Tidak salah rasanya
Andai ku memuja
Anggun di wajahmu
Kerna hati ini telah tertawan
Cinta tak kenal siapa
Hadir tanpa dipaksa
Walau berkecai badan
Melepaskanmu..aku rela berputih tulang..
Duhhh..handphone siapalah ni??Macam kena-kena jek lagu tu dengan kami..(erk??)