Ahad, September 14, 2014

Hujung Minggu Yang Pantas!

Semalam Sabtu..arini dah Ahad..dan hari dah pun malam.Wowww..cepatnya masa berlalu. Dah lama sangat dok terperuk aja kat rumah hujung minggu..nowadays melihat dunia luar sikit.Harap-harap hasilnya bagus dan memberansangkan..juga menggembirakan.Looking forward!

Anak saudara yang terbaru..bila nak jumpa ni..gambo dah berkeping-keping kat whatsapp...peluk tak lagi!Aduhhhh..adik-adik lain dah balik dah rumah mak jenguk anak saudara.Mak long aja yang belom...huk!

Jumaat, September 12, 2014

Syukur Alhamdulillah!!

Sesungguhnya Jumaat ini Jumaat yang berkat..orang-orang lama kata baroqah..baru sebentar tadi adik ketiga Cik Dezz selamat melahirkan anak pertama.Bertambah lagi seorang anak saudara..hero-hero junior dalam keluarga Haji Ladin.

#AKU BERSYUKUR!!

Ziarah

Alhamdulillah.. Finally it's Friday..Cuti sekolah pon dh mula..balik kerja tadi tengok jalan pon jem semacam.Info trafik pulak maklum ada treler terbalik.Entah kat mana entah la mangsa jem nanti..nasib la aku merempit jek pergi kerja..jadi takde lah nak pening fikir-fikir jem ke tidak jalan-jalan di ibu kota ni.

Tapi tengahari tadi kene fikirkan jugak jalan mana yang jem..jalan mana yang clear..gara-gara ofizmate; Wanie, Kak Asmah dan Mak Buyung Noli berhajat nak ziarah ofizmate ; Mama Ayuzie yang cuti bersalin.Tambah pulak tasking jadi supir...waduhhhh..memang kene betol-betol la pilih jalan. Sian Mek Na tinggal kat ofiz..ingat tak sempat tadi sebab last week lepak rumah mama lambat kami sampai ofiz.

Mama Ayuzie ni masalahnya satu jek..dia risau kalau orang datang rumah dia kelaparan.So dia mesti kalut nak masak macam-macam walaupon sebelah tangan kendong baby..seblah  tangan pedang sudip..salute!!Hehe!

So..kami berempat bertolak dari pejabat lebih kurang 12.30 tghari.Dalam 25minit sampai dah rumah Mama Ayuzie.


Wanie tolong mekap kek minyak Mama Ayuzie

Nasi Ayam yang akhirnya licin kami kerjakan. Hahahahahah!


Kek Minyak yang yummy!!



Mak Buyung Noli yang teruja bau baby!

Setelah lebih kurang 2 - 3 kali tambah nasi..plus makan kek, kami kembali ke pejabat. Alhamdulillah.. jalan clear. Laju je tekan pedal minyak kereta Wanie. Dia pulak tidur di seat penumpang.Cisss!!

Great day.. Fantastic Friday! IM LUVVING IT!!

Khamis, September 11, 2014

Spontaneous Thursday #53 : Happy Belated Birthday!!!

Pejam celik..pejam celik..sekejapnya dah Khamis..event yang tertangguh semalam diteruskan..which is celebrating our office colleague belated birthday.. Cik Ta 15/07..Wanie 11/08..

Punca kelewatan adalah disebabkan tuan punya badan cuti bersalin.Sanggup tunggu depa naik keje nak sambut punya pasal!Hehe!

Homemade birthday cake by Mama Ayuzie.


Belated birthday ladies. Left : Wanie..Right : Cik Ta



Selamat hari lahir para sahabat..Semoga persahabatan ini kekal hingga ke jannah! Aamiinn.. =)

Rabu, September 10, 2014

This is my Wednesday!

Kind of hectic today..tapi takde lah sampai jadi chaos.. Beban kerja makin bertambah means less time for my android during work.But guess what..Im luvving it!Hehe..sekejap jek dah petang..sekejap jek dah Rabu..

Tapi dalam aku menyukai hari yang berlalu pantas ini..kadangkala aku lupa yang mati itu kian menghampiri..sepantas hari yang telah berlalu hari ini!