Isnin, Mac 12, 2012

Akta 15..

Sepasang kekasih baru yang bekerja sebagai pekerja sosial. Hamid dan Rosni selalu bersama walau kemana jua.. Suatu malam ketika mereka berdua keluar berdating…

Hamid   : Kita nak kemana nie?
Rosni    : Tak kisah la.. mana-mana pun boleh
Hamid   : Apa kata kalau kita ke pantai..
Rosni    : Saya ok aje..

Apabila sampai di pantai mereka berdua tidak keluar dari kereta. Mereka hanya berehat sambil berbual-bual di dalam kereta. Mulanya berbual biasa, lama-kelamaan Hamid meletakkan tangannya di paha Rosni. Nampaknya Rosni tidak membantah. Beberapa minit kemudian, Hamid menggerakkan tangannya beberapa inci ke atas, Rosni masih tidak membantah hinggalah akhirnya ketika Hamid mengerakkan tangannya beberapa inci lagi. Rosni berkata dengan sopan… "Abang Hamid... ingatlah pada akta 15 dalam perlembagaan pekerja sosial.."
Setelah mendengarkan teguran Rosni itu. Hamid terus menarik tangannya menjauhi Rosni. walaupun sebenarnya dia tidak berapa ingat isi kandungan akta 15 itu.

Hamid    : Maafkan saya..
Rosni      : Tak apa..

Lalu mereka pulang. Di rumah, Hamid terus masuk ke bilik dan membuka buku perlembagaan pekerja sosial dan mencari akta 15. Lalu dia membaca kandungannya, 

"Teruskan Usahamu.. Jangan lakukan Separuh Jalan Sahaja"

sumber : sini 

Rabu, Mac 07, 2012

Curang

Dalam satu kejiranan... bermulalah satu cerita dimana isteri jiran sebelah ni jatuh cinta dengan suami jiran sebelah. 

Jadi.....korang faham-fahamlah apa yang dia orang buat kat rumah si isteri tuh. Tak disangka-sangka, suami si isteri ni pulang awal dari kerja hari tu. Maka, kelam-kabutlah si isteri dengan boyfriend dia tu bersurai. 

Walaubagaimanapun, suami jiran sebelah tu dah tak sempat lagi keluar ikut pintu belakang.Si suami jiran ni pun bagi idea kat si isteri. Lalu si isteri berlari dengan pantas ke bilik untuk mengambil baby oil dengan bedak badan lalu disapunya baby oil pada badan boyfriendnya. Setelah tu, diletakkan pula bedak badan pada badan boyfriendnya sehingga keseluruhan badan boyfriendnya itu kelihatan putih melepak. Lalu boyfriendnya pun berdiri di salah satu sudut rumah dan meng'freze'kan dirinya supaya kelihatan seperti patung. Setelah melalui saat yang genting itu, si isteri pun membuka pintu kepada suaminya yang sudah sekian lama mengetuk pintu. Si suami tercengat seketika apabila ternampak 'patung' itu lalu bertanya kepada isterinya,

"Aik??!!.....dari mana pulak datangnya patung nih??" 

"Oooo.....patung tuuu. Patung ni saya order dari katalog mak cik sebelah. Baru je sampai tadi." jawab si isteri selamba. "ooooooo.....begitu." balas si suami. 

Tepat pukul 3 pagi, tanpa mengejutkan isterinya, si suami keluar dari bilik tidur lalu menuju ke dapur. Kelihatan 'patung' tu masih berada dalam keadaan asalnya tanpa sebarang perubahan. Setelah tiba di dapur, si suami membuat sandwich lalu meletakkannya di atas trey menghidang bersama segelas susu. 

Setelah itu, si suami mengangkat makanan itu lalu berdiri betul-betul di hadapan 'patung' itu lalu berkata,
"nah....makanlah.".

Si 'patung' berasa amat terkejut dan takut kalau-kalau si suami mengetahui hal sebenarnya. Dengan selamba, si suami berkata," aik??!!! tak nak??? orang dah bagi makanan ambik la! Saya ni kira baik la..... Tak macam awak..........dulu, tiga hari tiga malam saya jadi patung kat rumah awak, jangankan makanan..........segelas air pun awak tak bagi!!!!!!"

sumber : sini

Selasa, Mac 06, 2012

Tersalah Rendam!!


Seorang pemuda yang akan berkahwin telah berjumpa seorang bomoh yang juga seorang pakar dalam masalah tenaga batin untuk mendapatkan sedikit petua. 

Pemuda : Tok,saya akan berkahwin tidak lama lagi tetapi saya masih belum bersedia.Bagilah petua untuk saya menghadapi malam pertama nanti. 

Bomoh : Malam pertama merupakan malam yang sangat penting bagi lelaki.Kamu seharusnya dapat memberi kepuasan yang tidak dapat dilupakan oleh isteri kamu nanti. 

Pemuda : Bagaimanakah caranya tok bomoh. 

Bomoh : Begini,kamu seharusnya membesarkan alat kelaminmu dan ini akan membuatkan isterimu menjerit pada malam pertamanya. 

Pemuda : Bagaimana caranya tok ? 

Bomoh : Kamu mesti merendam alat kelaminmu setiap malam dalam air teh setiap malam sehinggalah malam pertamamu. 

Pemuda tersebut balik ke rumah dan melakukan apa yang dikata oleh tok bomoh pada setiap malam. 

Pada malam pertamanya,tok bomoh juga berada dirumahnya.Tiba-tiba kedengaran isteri pemuda itu menjerit kuat.Tok bomoh mula terfikir akan kehebatan petua yang diberikannya kepada pemuda tersebut.Tiba-tiba pemuda tersebut keluar dari biliknya dengan wajah yang sedih.Tok bomoh hairan lalu bertanya kepada pemuda tersebut. 

Bomoh : Kenapa cepat sangat..? 

Pemuda : Saya punya memang panjang tok tapi kenapa hanya sebesar pensil saja...? 

Bomoh : Adakah kamu ikut petua yang tok ajarkan...? 

Pemuda : Sudah tok.Tiap-tiap malam saya merendam saya punya dalam segelas air teh. 

Bomoh : Teh apa yang kamu gunakan ? 

Pemuda : ????????? Mustika Ratu - Slimming Tea tok..

KAH!!KAH!!KAHHHH!!


sumber : sini

Surat Cinta Lawak Yang Sadis..

Bila ku kemas-kemas kat office ni tiba-tiba terjumpa dengan satu surat. Bila aku buka dan aku baca..

" Valentine hari itu ayang tanya tang mana kita sayang kat ayang. Masa tu kita tak dapat nak jawab. Semalam ayang merajuk dengan kita. Kita dah penat nak layan. Ayang call kita, kita malas nak jawab. Tang mana erk kita sayang kat ayang??Semalaman kita duk pikir-pikir soalan tu. Pernah ke?Maybe tidak sedalam cinta Titanic atau Taj Mahal. Sayang kita kat ayang sangatlah kerdil. Sebab tu ayang selalu merajuk erk??Tak tahulah..sebab setahu kita :

  1. Sebelum kita kenal ayang, setiap semester kita dapat anugerah Dekan. Bila kita kenal ayang, setiap semester kita repeat paper. Sebelum kenal ayang jugak kita belajar pakai duit biasiswa, lepas kenal ayang, keluar makan lagi nak minta duit dengan mak kita.
  2. Kalau ada 1 buah epal, kita bagi je kat ayang. Kalau ada 2 buah epal, kita bagi yang besar kat ayang.
  3. Kalau kita makan ikan, ayang makan tang badan ikan tu..kita makan tang kepala ikan tu je.
  4. Ayang tak lah cun sangat, tapi kita tak pernah kutuk ayang tak cun. Tapi kita yang handsome ni ayang lagi nak kutuk dengan kawan depan kita, kata kita tak handsome langsung. Erra Fazira berlalu depan mata, kita diam je. Takut kalau puji kang ayang marah. Mat Indon duk depan Sogo ayang gi ngorat masa kita pergi tandas. Siap minta nombor telefon depan kita lagi.
  5. Kalau keluar dengan ayang, ayang selamba nak makan Starbucks, kita tipu kita dah kenyang, padahal bila dah sampai rumah kita makan mee segera je.
  6. Sebelum kenal ayang kita tak pernah ada girlfriend. Selepas ayang kenal dengan kita, genaplah koleksia ayang ada 20 boyfriend kesemuanya. Kita tak pernah marah ayang playgirl, tapi ayang samakan kita macam sami Buddha.
  7. Kalau ayang rasa nak cium kita, ayang cium je terus tak pernah tanya pun. Tapi bila kita rasa nak cium ayang, lepas tanya je ayang terus reject.
  8. Ayang selalu pukul dada kita, tampar muka kita, cubit peha kita, kita tak pernang tengking walau sekali pun..apatah lagi nak cubit, nak tampar, nak pukul?
  9. Pernah ayang tanya kalau ayang jatuh cinta dengan lelaki lain, kita nak buat apa?Kita kata kita nak bunuh lelaki tu. Tapi bila kita tanya kalau kita jatuh cinta kat perempuan lain, ayang nak buat apa? Ayang kaya ayang nak bunuh kita, emak kita, ayah kita dengan nenek kita sekali!
  10. Kita beli mask Clinique dengan ayang harga RM300.00 kita kata RM30.00. Ayang beli jam tangan kat kita yang harga RM30.00 ayang kata RM300.00.
  11. Setiap kali berjumpa kita bagi hadiah kat ayang, tapi setiap tahun hari lahir kita ayang kata ayang dah lupa.
  12. Hari itu ayang peluk kita kata nak sangat romen dengan kita, kita kata tak boleh, berdosa. Ayang kata kita tak sayang ayang. Pastu semalam ayang paksa kita romen dengan ayang. Kalau tak ayang nak break dengan kita. Ok..pukul 2 pagi kita sanggup bawak motor sampai Jalan Pahang nak beli kondom. Ayang kata saja nak test kita, pastu marah kata kita keji. Kita diam jek duduk tepi akuarium..tengok ikan emas romen.
  13. Kita rosakkan headphone walkman ayang, kita ganti satu discman baru. Ayang rosakkan kereta kita, ayang buat derk aje.
  14. Sekali ayang deman, kita kene diet 2 kg nak jaga ayang. Sekali kita deman, ayang tambah berat 2 kg sebab habiskan makanan kita.
  15. Kita tak pernah kata ayang pendek, ayang marah kita tinggi sangat, kawan-kawan ayang ketawakan ayang.
  16. Ayang datang umah kita, kita tidur sofa. Kita datang rumah ayang, kita jugak kena tidur di sofa.
  17. Mak belikan kita rantai Tiffany dengan ayang. Mak ayang tak pernah ajak kita makan kat rumah ayang walau sekalipun.
  18. Kucing rumah kita bersalin, kita bagi anak kucing yang paling cute kat ayang. 2 hari je ayang bela, kucing tu dah mati. Ayang kata tak apa pun. Ayang bagi ikan emas yang dah dekat nak mati kat kita, 2hari je kita bela dah mati, Ayang kata nak bunuh semua anak kucing kita.
  19. Ayang kalau nak pakai duit kita, terus ambil tak payah bagitau. Rm30 ke..RM80 ke..RM100 ke selagi wallet kita ada duit. Hari itu kita kata nak pinjam RM10 kat ayang sebab terlupa bawak wallet, ayang kata kita kedekut.
  20. Hari lahir sayang kita tak pernah lupa. Hari lahir kita hari ini ayang tak pernah ingat.
P/S : Sedih kannnn baca surat cinta macam ni..lawak pun ada!Jadi, moralnya : JANGANLAH BERCINTA DENGAN ORANG YANG TIDAK TAHU MENGHARGAI KITA! =)

Sabtu, Mac 03, 2012

Pagi yang mendamaikan.. #2

Apabila semakin ramai orang Islam kembali kepada fitrah dan berkongsi kebaikan, dikatakan pula..

"macam bagus!'"

"nak dakwah pergi duduk masjid la!!"

"Kau ingat kau baik sangat??Kau pun sama je dulu!!"

Itulah ujian bagi setiap dai'e sahabat sekalian..Jangan hiraukan kata-kata dan nista daripada mereka, kerana  Allah SWT bersama hamba-hambaNya yang sabar. Lakukan dengan ikhlas demi Allah SWT. Janji kita tak minta apa-apapun dari mereka!