Ahad, Mei 27, 2012

Cerpen : KISAH HATI...#35


Kau ok ke tak ni , Rina ? ” sapa Elise yang entah dari mana munculnya .

Kenapa kau tanya macam tu ? ” Arina yang asyik melayan perasaannya di tepi padang seperti tersentak dengan persoalan dari teman yang agak baik dengannya ini .

Tak adalah … aku , Farah , Mila malah kawan-kawan kau yang lain pun perasan yang kau sekarang ni dah tak berapa nak ceria . Dulu , kalau kau jalan-jalan mesti dengan kawan-kawan taekwondo kita , tak pun kawan-kawan sekelas kau , member-member secretary kau tu … Tapi sekarang ni , ke mana-mana pun seorang je aku tengok . Nak jumpa kau pun macam payah sekarang ni . Tak kau berkurung dalam bilik sepanjang hari , kau melepak kat tepi padang macam hari ni . Latihan taekwondo pun kau dah tak attend ! Hei , where’s our Rina ? ” bahu gadis itu dipaut erat . Arina sekadar membiarkan seraya tersenyum pahit .

Aku malu , Elise …, ” jawabnya pendek membuatkan dahi Elise berkerut tanda hairan .

Malu ? Pasal apa pula kau nak malu tiba-tiba ni ? ” soalnya tidak lama kemudian .

Kau tahukan yang aku selalu nasihat kawan-kawan course aku yang bermasalah ?

Hmm … kenapa pula nak malu ?

Kau tak faham lagi rupanya . Macam ni lah , biar aku terangkan , boleh ? ” Arina tergelak lucu melihat wajah temannya yang asyik berkerut itu .

Aku selalu nasihat pada kawan-kawan aku , kalau putus cinta jangan menangis , buka mata kau , banyak lagi yang ada dalam hidup selain cinta ! Jangan kau ingat jantan curang tu , entah dia ingat kau entah tidak ! Cari je orang lain ,

Ha , tu aku ingat ! Sebab kalau tak silap aku , memang kau yang cakap macam tu pada aku , kan ? ” sampuk Elise pantas menyebabkan mereka tertawa kecil .

Tapi kan , Elise … entah kenapa bila semua ini jadi pada diri aku sendiri , aku marah ! Aku tak boleh terima aku boleh nak nasihat orang macam tu ! Tak adil aku paksa orang lain buat perkara yang aku sendiri tak mampu buat ! ” bentaknya tiba-tiba . Elise beralih tempat duduk lalu melabuhkan punggung di hadapannya . Arina sekadar memerhati .

Kenapa kau mesti malu , Rina ? Jawapan kau jujur , ikhlas dan tak hipokrit …, ” Elise mendongak memandang langit petang yang cerah . Di satu sudut padang , kelihatan segelintir pelajar siswa sedang memanaskan badan untuk bermain bola sepak .

Maksud kau ? ” giliran Arina pula yang pelik mendengar kata-kata gadis itu .

Sebelum aku kenal kau , kawan-kawan aku yang lain kebanyakannya meyakinkan aku bahawa Harry akan kembali dalam hidup aku . Kami akan bahagia seperti dulu membuatkan aku mengharapkan ia akan terjadi meskipun hakikatnya takkan begitu , ” Elise menghela nafas santai .

Tapi nasihat kau macam petir , tau tak Rina … macam arus letrik , tersentap aku … kau buat aku sedar realiti tak selalunya indah . Bukan semua cinta itu membahagiakan , ” pandangannya kembali ke arah Arina .

Itu dulu , Elise … sewaktu aku yang mengambil keputusan untuk meninggalkan seorang lelaki . Sekarang lain , aku ditinggalkan … aku dikecewakan ! Tambahan pula jiwa aku ni kau sendiri maklum , sentimental . Ah , kalaulah kau tahu apa yang aku rasa , Elise … balkoni level hostel kita yang jadi tempat rasmi aku berbual dengan Zammir di telefon pun aku tak berdaya nak pandang ! Apatah lagi bilik aku , Elise … tempat aku menulis diari aku yang semuanya hanya tentang dia , tempat aku buat kad untuk dia , tempat aku pilih pakaian untuk aku pakai sebelum berjumpa , tempat aku melihat gambar-gambar kenangan aku dengan dia …, ” airmata yang bergenang segera diseka . Suasana padang bola pula mula meriah dengan kehadiran para siswa dan siswi yang lain . Ada yang melihat permainan bola sepak , ada juga yang berjumpa dengan kekasih hati , tidak ketinggalan juga yang ingin bersantai dengan rakan-rakan sepertimana Arina dan Elise . Ah , Arina melepaskan keluhan . Berat sekali dirasakan !

Cuba kau tengok siswa-siswa yang main bola di tengah padang tu , ” gesa Elise tiba-tiba membuatkan Arina mengalih pandangan .

Kenapa ? Apa yang tak kena ? ” tanya Arina pelik .

Ha , bila kau tengok secara rawak macam ni , boleh kau teka yang mana jantan , yang mana lelaki ? Yang mana setia , yang mana yang curang ?

Gila ! Ingat aku ni pakar psikologi ke apa ? ” Arina menolak bahu Elise lembut seraya tertawa kecil . Elise juga turut tertawa sepertinya .

Ha … itulah maksud aku , Rina . Kau tak boleh nak salahkan diri kau atau Zammir dalam hal ni . Terimalah ketentuan ALLAH itu seadanya . Masa kau kenal dia , mana kau tau perangai baik dia , perangai buruk dia . Dia jantan ke , dia lelaki ke , bukannya kau tau sangat walaupun kau pernah satu sekolah dengan dia , kan ? ” Elise memandang Arina dengan satu senyuman yang benar-benar ikhlas Arina rasakan .

Terima kasih , Elise …,

Kaulah sahabat baik aku , kan ? ” sampuk Elise seolah-olah tahu apa yang mahu dikatakan Arina seterusnya membuatkan Arina tertawa girang lantas menganggukkan kepala tanda mempersetujuinya . Pandangan mereka mula beralih ke arah para siswa yang sedang seronok bermain bola di tengah padang .

Eh , ada seorang lah aku tengok . Memang lelaki , memang setia ! ” ujar Arina tiba-tiba membuatkan Elise tercari-cari .

Mana ? Siapa ? ” tanya Elise tidak sabar .

Tu , yang pakai baju putih dengan short merah line kuning tu , ” mata Elise segera menuruti telunjuk Arina .

Weh , siot kau! Itu Ezuan! " Elise segera bangkit mengejar Arina yang sudah berlari-lari anak meninggalkannya. Arina tergelak riang. Kegirangannya kembali terserlah! 

Rabu, Mei 23, 2012

Cerpen : KISAH HATI...#34


Zammir , kalau betul awak dah bosan dengan saya , tak payahlah awak nak cakap awak dah bosan dengan dunia , awak dah bosan dengan perempuan ,cakap je awak dah bosan dengan saya ,

                “ Zammir tak tipu . Zammir cakap apa yang betul . Baiklah , Zammir dah tak mampu nak bohong Reen lagi ! Zammir mengaku , selain Reen , Zammir ada perempuan lain kat KL . Dengan dia pun Zammir dah bosan , dengan yang sorang lagi tu pun Zammir dah bosan , ” kata-kata itu membuatkan gadis ini buntu seketika .

                “ Habis tu ... Zammir nak macam mana ? Zammir nak Reen tunggu sampai Zammir habis dengan dunia bosan Zammir atau Zammir nak keluarkan Reen dari dunia Zammir yang bosan ni ?” rasa sebak mula menguasai dirinya . Tenyata kesetiaannya selama ini sia-sia belaka . Namun Rina berusaha untuk tabah kerana dia telah berjanji supaya tidak sekali-kali akan menitiskan  airmata di hadapan lelaki itu buat kali ini .

                “ Tak payah lah tunggu Zammir . Untuk tunggu Zammir habis dengan dunia bosan Zammir, semua itu mengambil masa yang terlalu lama . Biarlah Zammir dengan dunia bosan Zammir , dan Reen dengan dunia Reen,

                “ Apadia , Zammir ? ” Rina seperti terawang-awang seketika setelah mendengar kata-kata yang pedih buatnya itu .

 “ Reen tak perlu tunggu Zammir lagi . Untuk tunggu Zammir habis dengan dunia bosan Zammir , semua itu mengambil masa yang terlalu lama . Biarlah Zammir dengan dunia bosan Zammir , dan Reen dengan dunia Reen , ” dan setelah Muzammir mengulanginya sekali lagi , wajah pemuda itu direnung kali terakhir .

                “ Macam tu je ? ” soal gadis itu lemah .

                “ Zammir nak buat macam mana lagi ? Reen yang nak macam ni , ” kelihatan wajah pemuda itu juga kebuntuan sepertimana dia .

                “ It’s not me , Zammir . It’s you ! Zammir yang nak Reen fikirkan yang bukan-bukan then akhirnya sampai ke tahap ni . Puaslah hati Zammir ?!! ” bentak Arina marah .

                “ Yes , I’m ...., ” ah , entah mengapa , sinis sekali kedengaran kata-kata pemuda itu pada pendengarannya .

                “ Terima kasihlah , Zammir ! Terima kasih di atas segala-galanya . Kahwin nanti jangan lupa jemput . Coz Reen nak tengok ... rupa perempuan mana yang tak membosankan awak tu ! ” Arina sudah tidak tahu untuk berkata apa lantas terus menghidupkan enjin motor Yusnizah . Serentak itu juga Muzammir menghidupkan enjin motornya lalu masing-masing beredar membawa haluan sendiri .

                “ Macam mana ? ” tanya Yusnizah yang sedang mengunyah satay bersama Aswad . Jauh di sudut hatinya pantas berdoa agar hubungan itu masih dapat diselamatkan . Moga-moga mereka kan lebih bahagia daripada dulu . Namun , bila memperlihatkan wajah Muzammir yang keruh dan seperti tergamam menjadikan Yusnizah menjadi kaget juga buat seketika . Pandangannya beralih ke arah kekasihnya Aswad . Cuba membayangkan apakah perasaan Arina ketika ini .

Dah settle . Settle habis ! ” akhirnya terluah juga setelah agak lama lelaki itu berdiam diri sebaik sahaja melabuhkan punggung di meja Yusnizah .   Yusnizah bingung seketika . Selesai ? Betul ke ? Selesai macam mana ?

                Tut ...! Tut ...! Belum sempat Yusnizah bertanya dengan lebih lanjut , telefon bimbitnya sudah berbunyi . Melihatkan empunya nama yang tertera di skrin , gadis ini segera menjawab .

Hello , Rina ... kau kat mana ?

Niza ... tolong aku ..., ” ah , antara dengar dengan tidak , tangisan itu terhambur jua .

Kau kat mana ni ? ” hampir-hampir Yusnizah terjerit setelah mendengarkan suara teman baiknya yang tenggelam-timbul itu .

Niza ..., ” hanya itu yang mampu terlafaz . Selebihnya hanyalah sendu yang tidak tertahan-tahan .

Kau tunggu . Nanti kejap lagi aku tiba , ” Yusnizah memutuskan talian lalu bergegas pergi setelah Aswad membayar bil . ‘ Ini mesti kes selesai yang tak patut ni ! ’ bisik hatinya sewaktu mengatur langkah menuju ke tempat Arina menunggu .

Setibanya Yusnizah di tempat Arina menunggu , kedengaran esakan hiba milik gadis itu . Ya-ALLAH , Kau kuatkanlah hati sahabatku menghadapi dugaan perpisahan kedua ini ! Kau kuatkanlah hati Arina , Ya-ALLAH !

Niza ..., ” terhambur esak tangisnya di bahu temannya setibanya Yusnizah di situ tanpa memperdulikan kehadiran Aswad yang menemani . Ah , kecewa sungguh hatinya !

Kita balik , Niza .., ” pinta Arina dalam tangisnya .

Sabarlah , Rina , ” pujuk Aswad juga turut merasai kesedihan yang dialami oleh sahabat baik teman wanitanya ini . Ah , penderitaan yang tidak tertanggung yang dipersembah di hadapannya membuatkan serba sedikit Aswad menyedari dalam sekeras-keras jiwa seorang wanita , masih mampu tersentuh jiwanya apabila diamuk perpisahan yang tidak terduga !

Namun jauh di sudut hatinya , Aswad lega dengan perpisahan itu . Perkenalannya dengan Muzammir juga bukanlah sehari dua . Malah sewaktu dia bekerja di Kuala Lumpur lebih kurang hampir 2 tahun dulu , rumah sewanya berhampiran dengan rumah sewa Muzammir . Memperlihatkan sikap Muzammir yang memang agak liar dan bebas keluar bersama beberapa orang wanita yang berbeza menjadikan dia agak terkejut pada mulanya apabila mengetahui bahawa sudah lebih setahun bekas rakan sekolahnya bercinta dengan Arina .

Awek engkau ke ? ” tegurnya ketika berselisih dengan Muzammir ketika berjalan-jalan di salah sebuah kompleks membeli-belah di Kuala Lumpur .

Biasalah , KL , ” balas Muzammir senang . Entahkan bangga , entahkan malu kerana belangnya diketahui teman sedaerah tidak dapat Aswad pastikan .

Niza bawa Rina baliklah , Aswad , ” putus Yusnizah akhirnya setelah tangisan gadis itu agak reda . Aswad mengangguk setuju . Cepat-cepat Arina dan Yusnizah memakai helmet lalu motor itu menderam pergi jauh dari pandangan Aswad ..



Hey , tak habis-habis mengelamun ! ” teguran sahabat baiknya ini menyentak lamunan Arina . Yusnizah duduk disebelahnya .

Kau teringatkan Amri lagi eh ? ” teka Yusnizah lagi . Arina tersenyum pahit .

Dah 1 semester dah berlalu ... maknanya dah 3-4 bulan juga kami berpisah . Sekejap je masa berlalu kan Niza ? ” Arina memaksa dirinya untuk senyum . Namun ternyata senyuman itu pahit .Tiada serinya . Wajah Muzammir terbayang diingatan .

Arina sayang , ada yang lebih baik menanti . Jangan putus asa ! Sebab itu kau tak menjadi kawan dengan si Muzammir  Amri perasan handsome tu ! Well , aku terpaksa akui dia memang handsome ! ” ujar Yusnizah seraya tergelak . Arina turut gelak bersamanya .

Tak mengapalah , semoga pengalaman ini mematangkan aku . Jangan percayakan lelaki selagi dia tak jadi suami , jangan nak sayang lelaki selagi tak jadi isteri dia ! ” bisik Arina perlahan . Namun Yusnizah tahu sahabat baiknya ini benar-benar maksudkannya .

Jangan seksa diri kau kerana seorang lelaki . Tuhan tidak zalim , pada setiap dugaan ada kebahagiaan yang menanti . Kita sebagai hambaNya perlu tabah mengharunginya , ok ? ” pujuk Yusnizah lagi . Arina hanya diam . Tidak lama kemudian dia mengangguk setuju .

Terima kasih sahabat , kau tak pernah berputus asa dengan aku ! ” dan Arina dibuai rasa terharu .

Aku akan cakap sama-sama dengan satu syarat ! ” Yusnizah memaut bahu sahabatnya ini .

Apa dia ? ” Arina seperti terpinga-pinga .

Kau kena janji pada aku kau takkan menangis pasal Amri lagi , boleh ?

I can’t promise you , but I’ll try .. ” Arina senyum pendek .

Cukup untuk aku . Sama-sama ! ” mereka tergelak bersama . Ah Yusnizah , ada sahaja yang menghiburkan hati lara Arina !


Isnin, Mei 21, 2012

Cerpen : KISAH HATI...#33



It’s late in the evening
She's wondering what close to wear
She put all the make up
And brushing her long dark hair
And then she ask me – do I look alright
And I say “Yes…you look wonderful tonight,”
We go to a party and everyone turns to see
This ‘beautiful’ lady was walking around with him
And then she ask me – do you feel alright
And I say “Yes…I feel wonderful tonight,”
I feel wonderful because I see the luvv that’s right in your eyes
And no wonder of it all is that you just don’t realize how much I luvv you
I really do …
It’s time to go home now
And I got the aching head
So she gave me the car key
And  she help me into bed
And then I tell her as I turn off the light
I say “Darling …you are wonderful tonight,”
I said “Darling … you were wonderful tonight,”
“You were wonderful … you’re everything I need more…,”
“You were wonderful … so beautiful tonight……,”

Arina meraup wajahnya menahan sendunya yang teramat . Masih segar diingatannya sewaktu Zammir memetik gitar menyanyikan lagu Wonderful Tonight oleh Eric Clapton ini. Dan lagu ini adalah salah satu lagu kegemarannya hingga kini .

Zammir … Rina pasrah andai perpisahan kita ini suratan takdir . Mungkin Rina bukan yang terbaik buat Zammir atau mungkin juga sebaliknya . Tapi Rina benar-benar perlukan Zammir sekarang ! Pada waktu dan ketika ini . Rina mahu bersemuka dengan Zammir , Rina mahu Zammir ada di depan Rina setiap saat , walaupun itu semua mustahil ! Semua itu menjadi mustahil kini … Rina menderita , Zammir … amat menderita … mengertilah !

Rina , kenapa kau tak tidur lagi ni ? ” teman biliknya terjaga apabila menyedari skrin komputer peribadi Arina masih menyala tambahan pula sedu-sedan Arina juga jelas kedengaran .

Aku tak boleh tidur . Ada kerja sikit , ” jawab gadis itu tanpa menoleh .

Duratul Shazni bangkit dari pembaringannya lantas menghampiri teman sebiliknya ini lantas memaut bahu Arina . Arina hanya membisu tanpa sepatah kata . Dia sekadar memerhatikan gelagat temannya ini .

Kita perempuan , Rina . Mahu atau tidak , kau tak boleh terus macam ni . Biarpun Zammir tu diam macam batu kat tepi jalan pun , kau tak perlu menangis begini mengharapkan penjelasan . Tunjukkan kau seorang yang kuat sepertimana ketika kau mengambil keputusan untuk meninggalkan Johan dulu , ” pujuk Duratul Shazni bagai dapat mengagak apa yang telah melanda jiwa Arina .

Entahlah , Dura … ” hanya itu yang mampu diperkatakan . Duratul Shazni memegang tetikus menggerakkan ikon ke butang save lantas mengeluarkan disket lalu menutup komputer .

Sekarang dah pukul 3 lebih , Rina . Esok kita ada kelas , kan ? Jom tidur . Jangan difikirkan sangat tentang Zammir sekarang ni . Kawan-kawan kita ada untuk menemani kau , membuatkan kau lupakan Zammir , ” pujuknya lagi .

Siapa kata kami dah berpisah ? Kenapa kau suruh aku lupakan dia pulak ni ? Aku cuma kesal , Dura … kesal bila dia tiba-tiba diam macam ni , ” balas Arina macam orang bodoh .

Rina , tak guna kau sembahyang 5 waktu , mengaji … berzikir … kalau dugaan macam ni pun kau jadi goyah , hilang pedoman ! Semester 5 baru bermula ,aku mahu kau mulakan semester ni dengan semangat yang baru , aku mahu kita sama-sama berjaya , clear paper , ok ? Ingat ALLAH banyak-banyak Rina , Dialah Yang Maha Mengetahui di sebalik apa yang terjadi …, ” kata-kata itu membuatkan Arina terus teresak-esak bagaikan anak-anak kecil . Benar kata Dura , lemah betul jiwanya hingga dugaan sekecil ini menjadikan dia lupa ini semua dugaan dariNya . Tetapi sesungguhnya memang dia tidak mampu menghadapi semua ini ! Mungkin sewaktu menghadapi kegagalan buat pertama kali , dia masih gagah untuk bangkit menghadapi cabaran hidup . Namun setelah kali kedua mengalami semua ini , hancur luluh jiwanya . Terasa semuanya seperti tidak bererti lagi !

Tolong aku , Dura … tolong aku … jiwa aku terseksa dek kenangan Zammir … harapan Zammir yang tak tertunai … tolong aku …, ” pinta Arina lemah .

InsyaALLAH , aku sedia membantu . Tapi yang penting , kau mesti bantu diri kau sendiri dulu , Rina …, ” Duratul Shazni menyelimutkan temannya yang sudah dipapah ke katil ini .

Terima kasih , Dura …, ” dengan airmata yang masih berlinang , Arina memejamkan mata . Aku mesti tabah ! Aku mesti !


Ahad, Mei 20, 2012

Cerpen : KISAH HATI...#32


SUDAH hampir sebulan semester baru bermula . Tugasan demi tugasan sudah sedia menanti untuk diselesaikan . Begitu juga beberapa ujian hanya menunggu tarikh untuk dilaksanakan . Dan dalam diam juga , sudah sebulan Arina bertukar menjadi seorang yang terlalu pemikir .

Selama hampir sebulan itu , pelbagai pendapat yang didengari , pelbagai tuduhan dan prasangka yang diterima . Ada yang mengatakan dia bodoh kerana keputusannya tetap sama . Dia cintakan Muzammir . Dia perlukan Muzammir . Dan hingga kini , Muzammir adalah segala-galanya. Muzammir adalah yang terindah padanya . Memang bukan jodohnya dengan Muzammir . Arina sedia menerima suratan itu . Namun kehilangan Muzammir selama-lamanya dari diari cintanya adalah suatu yang tidak mampu dia terima !

Kalau boleh , dia ingin satu dunia tahu bahawa dia tidak bersalah . Salahnya hanya dia terlalu menyintai lelaki itu . Salahnya hanya dia terlalu setia hinggakan memandang lelaki lain , perasaan bersalah sungguh menghantui dirinya . Gilakah aku ?

Arina membungkam memeluk lututnya . Perasaan sayunya yang ditahan-tahan ternyata sudah tidak terbendung lagi . Airmatanya mengalir tanpa dipinta , tanpa diundang . Ah , andai airmata senjata seorang wanita , mengapa Muzammir terus diam begini ? Mengapa Muzammir tidak memperdulikannya lagi ? Mengapa , Muzammir ? Seriuskah Muzammir apabila melafazkan kata-kata perpisahan ketika itu ?

Ah , terseksa sungguh jiwanya memendam perasaannya begini . Untuk merayu-rayu agar Muzammir kembali kepadanya , itu adalah sesuatu yang mustahil ! Tidak mungkin dia berbuat begitu tambahan pula kini , selain panggilan dan sms , tiada apa yang boleh dibuat lagi ! Muzammir hanya diam membisu dan terus membisu sedangkan Arina di kampus bagai nak gila tertanya-tanya mengapa dia diperlakukan begini ?


Disket yang mengandungi  diarinya dimasukkan ke Floppy A lalu dibuka failnya lantas dibaca isinya . Hati Arina kembali dipagut sayu. Meneliti setiap kenangan yang diabadikan di dalam diarinya ternyata amat menyeksa perasaannya yang sedia terdera oleh kelukaan yang sangat dalam!


Airmatanya menitis lagi . Semua itu ditulis sewaktu dia dalam bahagian 3 . Pada saat cintanya kepada Muzammir mula bersemi dengan rasmi tanpa sebarang penyamaran lagi . Dan sejak itu , tiada apa yang Arina sembunyikan dari pengetahuan Muzammir . Bahagia benar perasaannya ketika itu . Mengenangkan penerimaan Muzammir , penerimaan keluarganya , keluarga Muzammir … hubungan itu direstui ! Maka di mana silapnya ?

Bersabarlah Arina , semua ini dugaan Yang Maha Esa . Mungkin perpisahan ini hanya sementara , mungkin juga ia selama-lamanya . Tabahlah hati … jangan ditangiskan lagi semua ini kerana ada hikmah di sebalik segala yang terjadi ini !

Arina menyambung bacaannya lagi . Ah , dia benar-benar maklum bahawa mengimbas kenangan manis setelah luka terjadi adalah sesuatu yang perit ! Akan tetapi , dia perlu melakukannya demi untuk memastikan adakah Muzammir masih kuat di hatinya atau dia sudah mampu tersenyum menganggap semua hanya tinggal kenangan . Kenangan cinta Arina Zainal bersama Muzammir Amri Mohamad .

Dear..
To my dear..
Dear my dearest …. Ah ………!!!! – Not suitable ….
So … I start again …

Dear my dearest Comel …. ;)
I don't know how to start..
But knowing you is the most interesting part …
Comel … I don’t know what’s is so comel about you
May be your smile .. or may be it just you are already comel
I don’t know … still wondering … until now … I’m still thinking about that …
About the reason why am I keep wanna luvv u more than ever …
After almost 6 years ( I guess ) … then we met ….
Something burst inside..
I wanna get near you..
I wanna get close to you..
I wannabe with you..walk by your side..talk about love..
Talk about the future..
Having the most sweetest memories we can ever make..
Which is..just be with you.. every time..in any time..that I would..
Every time..in any time..that we would..
Oh..could it be so sweet?I don't know..

Once..I felt sorry to myself for being so naughty to you..
Once … it feel so wordless when I see your comel smile …
And once … it feel so wow when I know you more and more …
Because knowing you more is the most thing.. most thing, Sayang..
Thank you for loving me with the precious words..
You make me loving you more and more..
Thank you for loving me with the body language..
You make me feel strong again in facing the reality..
Thank you for remembering about me..about all the memories we had..about us..
You make me strongly believe that you are not really a short term memory person at all..ehehe!

Well …… well … well … after all these words …
May be I’d miss something ….
Or I just don’t wanna say it …
But...I just really wanna make you sure that I'm so much in love with you..
That I..really wanna know so much about you..more than anyone else..
So so sooo much..in anything..in everything..
That involving you..Zammir..Reen..US..

Ah , Arina tersenyum sendiri . Bagaimana aku sebegini keanakan sewaktu menulis buat Zammir? Mesti jika lelaki itu membacanya semula , ini semua hanya menjadi senda yang lucu buat dia ! Kenangan , pergilah engkau ! Cukup-cukuplah kau mendera perasaan ini ! Aku terseksa !



Sabtu, Mei 19, 2012

Dosa Simpan Kuku Panjang Seperti Bela Khinzir

Menyimpan sebatang jari kuku yang panjang sama dosanya seperti memelihara sekandang khinzir. Jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang..bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua khinzir tersebut!Jadi..potonglah kuku anda apabila ia panjang.

Jangan sesekali ada niat hendak menyimpan kuku panjang, walaupun hanya 1mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa jua alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi kita menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh ataupun degil dan suka berbuat onar kerana diberi makan bahan kotor yang berada pada kuku jari ibunya semasa menyediakan makanan menjadikan apa jua ilmu yang diajar tidak akan boleh masuk ke dalam kepala.

Untuk yang bujang beringatlah..jika hendak mencari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata, pilihlah wanita atau lelaki yang sendtiasa berkuku pendek. Insya-Allah..

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu sentiasakah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.

Memanjangkan kuku termasuk perbuatan yang bertentangan dengan ketentuan as-Sunnah, di mana Rasulullah SAW telah bersabda ;

اَلْفِطْرَةُ خَمْسٌ أَوْ خَمْسٌ مِنَ الْفِطْرَةِ اَلْخِتَانُ وَالاِسْتِحْدَادُ وَتَقْلِيْمُ اْلأَظَافِرِ وَنَتْفُ اْلإِبْطِ وَقَصُّ الشَّارِبِ

"Hal yang fitrah itu ada lima atau lima hal merupakan fitrah ; iaitu khatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur kumis.
{Hadith Riwayat Al-Bukhari, bab pakaian [5889] ; Muslim, bab bersuci [257]}

P/S : Cik Mendezz memang dah berhenti bela kuku sejak tau perkara ni. Panjang sikit pon dah rasa gewli geleman..hehe!

Cerpen : KISAH HATI...#31


Rina belum bayar lagi . Sebab tu Rina nak naik JB esok , ” jawab gadis ini dengan suara yang mendatar .

Baru raya ke berapa ni kau sibuk nak ke sana ? Apa yang dikejar sangat tu , Rina ? ” soal ibunya pelik . Lebih-lebih lagi sejak anak sulungnya balik dari bermalam di rumah Yusnizah pada malam raya keempat itu , mukanya memang keruh semacam . Bergaduh ke dengan Muzammir sampai tak nampak bayang anak muda itu bertandang ke rumahnya pada hari lebaran tahun ini ? Hai , entahlah anak-anak muda sekarang ni ! Sudah betul hendak dibaca rentak hati mereka !

Mak , Rina dah lama hilang mood nak beraya ni , tau tak ? Rina dah tak boleh nak pandang tempat ni lagi ! ” bentak gadis itu akhirnya apabila ibunya masih berkeras tidak mahu melepaskan dia pergi .

Takkanlah tiba-tiba anak dara Mak ni boleh hilang mood nak beraya ? Balik ke sini pun bukannya selalu . Jumpa Zammir pun dah jarang . Ha , dia tak datang pun ke rumah tahun ni , kenapa ? Tiba-tiba Yazid yang tak pernah muncul tu pula yang datang , ” ternyata ibunya masih tidak dapat meneka apa yang tersirat di hati anak sulungnya ini . Sejak kelmarin , keletah manjanya hilang entah ke mana ! Yang jelas terserlah hanyalah wajah yang hendak senyum pun tidak berdaya , hendak diajak menziarah sanak-saudara pun tidak mahu . Asyik berkurung saja mahunya !

Mak , please ... stop mentioning about Zammir , Mak ... it’s over . I’d loose him , Mak ... And if he is still don’t wanna think about us , it’s gonna be forever ! ” akhirnya terluah jua apa yang cuba disembunyikan dari pengetahuan ibunya .

Kenapa pula jadi macam tu ? Dia marah kamu keluar dengan Yazid ke ? Takkanlah sampai macam tu sekali ?

Yazid tak ada kena-mengena lansung dalam hal ni . Si Zammir tu , entah hantu raya mana yang merasuk agaknya musim raya ni . Habis semua tentang Rina ni ditolak ke tepi ! Sebab tu Rina nak naik JB sekejap sampai habis cuti semester ni . Rina duduk rumah Wati . Dah tak boleh nak pandang tempat ni ... terseksa rasanya ! ” keluhnya berat . Airmata yang memang mudah bergenang sejak akhir-akhir ini diseka pantas . Dia tidak mahu menangis lagi ! Cukuplah menangisi lelaki itu semahu-mahunya sepanjang malam selepas perpisahan mereka !

Hmm ... pergilah . Mak tak kisah . Tapi Ayah kamu , Mak tak tahulah , ” putus ibunya akhirnya tanda mengerti akan penderitaan yang sedang melanda jiwa muda Arina .

Terima kasih , Mak , ” wajah yang semakin dimamah usia itu dikucup pipinya pantas dengan rasa terharu yang tertahan-tahan .

Kalau betul pergi ke sana tu buat Rina lega , pergilah . Tapi jangan sampai dah tak mahu balik sini pula , ” ah , ibunya masih sempat mengusik !

Ok , tapi Mak tolonglah back up Rina depan Ayah nanti . Rina kalau boleh petang ni juga nak pergi ke sana . Dah tak boleh dah lama-lama kat sini , ” pujuknya manja . Lengan ibunya diraih lalu dipautnya erat .

Petang ini ?! ” hampir saja ibunya terpekik .

Mak ..., ” Arina mencebikkan bibirnya manja .

Hmm ... ikut kamulah Rina ..., ” ibunya akur akhirnya .


Jumaat, Mei 18, 2012

Cerpen : KISAH HATI...#30


Benarkah ini keputusannya ? Perpisahan antara aku dengan Arina ? Patutkah semua ini terjadi ? Dapatkah Arina menerima semua ini ? Ya-ALLAH ... apakah yang telah aku lakukan ?

Sesungguhnya Muzammir mengakui , kesetiaan Arina untuknya tidak pernah berbelah-bahagi . Gadis itu sanggup melakukan apa sahaja untuknya . Namun sayangnya hatinya tidak sekuat Arina ketika berjauhan ! Sejak Arina begitu berani mencabar ego lelakinya sewaktu di KLCC tidak lama dulu , hatinya yang tiba-tiba memberontak kembali goyah seperti sebelum perkenalannya dengan Arina . Dia semakin kerap keluar bersama Diana walaupun hanya sebagai seorang kawan. Pada Diana , dilepaskan segala kerinduannya terhadap Arina . Muzammir melayan Diana seperti Diana itulah kekasihnya , bukan Arina !

Mengetahui bahawa teman sekelasnya itu turut meminatinya , langkah Muzammir semakin panjang biarpun pada mulanya dia menghindar . Pada Diana diluahkan segala-galanya . Kononnya dia kesepian . Kononnya dia diabaikan Arina . Kononnya cintanya dikhianati . Sedangkan apa yang berlaku adalah sebaliknya ! Dialah yang sunyi-sepi tanpa khabar berita ! Dialah yang mengabaikan Arina ! Dialah yang mengkhianati kesetiaan gadis itu ! Wanita yang begitu tulus menyintainya sepenuh jiwa ! Ah , kejamkah aku ?

Masih adakah harapan agar dia kembali padaku , Ya-ALLAH ? Masih ingatkah dia pada janji-janji kami dahulu ? Masihkah dia merasai cintaku yang tidak pernah berbelah-bahagi atau semua itu sudah lama ditolak ke tepi ? Dalam sendunya yang masih belum reda , Arina bermonolog sendiri .

“ Prinsip pertama Zammir , sekali Zammir dah ludah , Zammir takkan jilat semua ... Jadi Reen tak perlulah nak risau tak tentu pasal bimbangkan Zammir akan kembali ke pangkuan ex-girlfriend Zammir ..., ” ya , mungkin itu semua benar . Tapi bagaimana pula jika perpisahan itu perpisahan antara kita , Zammir ? Tidak mahukah Zammir pertimbangkan semula ? Mungkin Zammir terlalu marah bila kata-kata Rina agak sinis tadi , tapi demi ALLAH , bukan itu semua yang ingin Rina katakan pada Zammir . Rasa buntu , bingung dan kehilangan menjadikan rasa tidak percaya mula menggugat kesetiaan Rina . Maafkan Rina , Zammir .... jangan buat Rina begini ! Rina tak sanggup untuk menghadapi perpisahan lagi ! Rina tak dapat bayangkan bagaimana hidup Rina tanpa Zammir !

Airmatanya mengalir lagi tanpa henti . Kali ini sendunya sudah tidak berlagu . Sunyi sepi ... hanya bantal milik Yusnizah yang basah dek airmata . Ya-ALLAH ... berikanlah hambaMu ini kekuatan untuk menghadapi semua ini ! Kembalikanlah perasaan Muzammir kepadaku ! Kembalikanlah perasaan cintanya padaku !

Ingin sekali aku melafazkan ribuan maaf kerana membuat kau terluka dek perbuatanku , Arina . Tapi egoku menghalang untuk berbuat begitu . Cintamu memang cinta yang terindah dalam hidupku . Itu pasti ! Namun untuk kembali kepadamu seperti dulu , membiarkan dirimu terus menaruh harapan pada pengkhianat cinta sepertiku , aku tidak pasti , Arina . Mengertilah !

Setiap tempat persinggahan di kampung halaman kita ini , menyimpan 1001 memori perkenalan dan percintaan kita , Zammir . Buat masa sekarang , Rina tidak sanggup untuk terus hidup dalam kenangan cinta kita ! Kalau benar inilah keputusanmu ... Arina terpaksa redha dengan segala ketentuan dariNya . Andai benar cinta ini milik kita , ke hujung dunia pun pemergianku , kau pasti milikku jua . Namun andai cinta ini bukan untuk kita , bertemu wajahpun hampirnya kita , tidak mungkin cinta itu menjadi milik kita !

Pergilah , Sayang ... jika itu kemahuanmu . Andainya cintamu masih buatku , aku setia di sini menanti dirimu seadanya . Namun andai hadirmu terlewat , pada ALLAH tempatku meminta petunjuk tentang hikmah yang tersembunyi . Yang pasti , dalam jangkamasa terdekat ini , aku tidak mahu berada di sini untuk menangisi setiap memori suka duka antara kita . Aku tidak mahu kegilaan akibat kehilanganmu menjadikan aku yang kuat menjadi lemah tidak berdaya ! Biarlah aku membawa diri , mencari kekuatan yang hilang sewaktu aku menangisi cintamu yang agung bagiku . Aku pasrah dengan ketentuanNya !

Khamis, Mei 17, 2012

Cerpen : KISAH HATI...#29



Teruk betullah kau ni , Niza … belum sempat aku lepas rindu pada Mak aku , kau dah kidnap aku …, ” rungut Arina seraya tergelak kecil . Memang dia dan Yusnizah berkawan baik sejak sekolah rendah lagi dan hubungan mereka akrab hingga kini biarpun terpisah seketika sewaktu di sekolah menengah kerana berlainan sekolah . Malah sekarang ini , meskipun dalam satu universiti , mereka berada di kampus dan jurusan yang berlainan . Arina dalam bidang kejuruteraan awam, manakala Yusnizah dalam bidang senigrafik dan senireka .

Ala … nak buat macam mana ? Bukan mak kau saja yang rindu , aku pun rindu juga kat kau …, ” Yusniza membalas kata-kata Arina pantas . Kekenyangan setelah menikmati satay di rumah Arina tadi masih terasa .

Ok juga Farhan tu , ya ? ” getus Yusnizah dalam nada mengusik .

Tolong sikitlah kalau kau nak puji Farhan tu … dia laser , tau tak ! ” Arina mengerutkan dahinya tanda kurang senang apabila Yusnizah memuji Farhan .

Kau nak setia dengan Zammir , kau punya pasallah . Takkan setia punya pasal , tak boleh nak puji pakwe lain , kot ? Serious injured kau ni , Rina …, ” Yusnizah menggelengkan kepalanya .

Niza … lantak kau lah nak kata apa pun . Yang penting , aku kurang berkenan dengan perangai dia yang tak menghargai perempuan tu …., ” muncung Arina sudah sedepa . Masih terbayang-bayang kata-kata Farhan sewaktu Tajul yang sedang berurusan meninggalkan mereka berdua di dalam kereta .

Apa ringtone macam budak kecik ni ? ” Farhan terus mentertawakan . Arina menahan rasa . Ikutkan hati , mahu saja dicili-cilikan mulut lelaki itu . Biar cakapnya beralas sikit ! Sakit hatinya bila diperbudak-budakan sebegitu rupa oleh Farhan yang sebaya dengannya .

Patutlah Dura reject ! Laser tak agak-agak ! ”  sangkanya Farhan akan terdiam apabila dibalas begitu . Namun sebaliknya yang terjadi ; gelaknya semakin galak dan semakin menjengkelkan !

Pergi mampuslah dengan Dura ! Dia ingat dia seorang saja ke perempuan kat Malaysia ni ? ” luahnya sinis dalam tawa . Arina terus mengambil telefonnya kembali dan mengalih pandangannya ke luat tingkap . Sakit hatinya apabila serendah itu sekali Farhan memandang teman sebiliknya . Semakin sakit hatinya apabila Farhan berlagak bagai anak kecil mengadukan perihal itu kepada bapa saudaranya .

You ni banyak memorilah , Rina …, ” usik Tajul apabila Arina lebih banyak mendiamkan diri sepanjang perjalanan . Hmm … bukan banyak memori , tapi sakit hati !

Teruk juga tahap laser mulut Farhan tu , ye ? ” komen Yusnizah apabila mendengar Arina mengadu .

Hish , sakit hati aku , tau tak ! ” menderam-deram Arina menahan marah . Sangkanya lelaki seperti itu hanya wujud dalam drama ! Mungkin penulis itu pun dapat ilham setelah mendengar percakapan Farhan agaknya .

Kau sepatutnya buat dia tunduk pada engkau . Takkan selamanya kau nak biar dia pandang perempuan macam tu ! ” cadang Yusnizah pantas .

Tolong sikitlah aku nak layan lelaki macam tu ! Aku tak suka nak buang masa dengan lelaki macam tu , ok ? Dahlah muka dia tu ada iras Johan . Uh , tengok mukanya pun aku dah sakit hati ! ” pantas Arina menempelak kata-kata teman baiknya ini . Namun Yusnizah hanya menyambut dengan gelak ketawa .

Ok lah … ok lah … Kita tak payah cerita pasal lelaki yang menyakitkan hati tu , ok ? Kita tukar topik , tentang Muzammir . Ha … apa yang tak kenanya dengan kamu berdua ni ? ” tawa nakal Yusnizah sudah mula reda . Ternyata dia agak terkejut dengan keluhan teman baiknya beberapa minggu lepas . Ah , siapa yang dapat menerima hakikat insan yang disayangi berlaku curang ?

Seperti Arina , Yusnizah juga mengenali Muzammir . Malah dia dan Muzammir berada dalam satu sekolah yang sama sewaktu mereka sekolah menengah dahulu . Dari apa yang dia tahu , Muzammir bukanlah seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab . Dan … pendek kata , memang dia tidak percaya Muzammir akan berbuat begini kepada teman baiknya .

Aku kebelakangan ni banyak mendiamkan diri . Beberapa minggu lepas dia ada balik sini. Aku pun ada balik . Ada juga selisih faham . Tapi bila aku call dia , he’s okay … Cuma dia dah tak mahu jumpa dan call aku … suddenly ! Hari tu , aku spy dia … tapi dia just jumpa Intan . Aku geram betul bila aku rasa bodoh dan tertipu macam ni ! ” matanya sudah mula digenangi airmata .

Apa yang tak kena ni ? Amri … Amri …., ” Yusnizah turut mengeluh apabila melihat kolam mata Arina mula basah . Apakah hubungan Arina dengan Muzammir sudah sampai ke penghujungnya ? Tapi kenapa begini akhirnya ? Benarkah Muzammir kini bukan Muzammir yang pernah kita kenali dulu , Arina ? Entahlah …

Aku sudah tidak berdaya , Niza … aku rasa lemah sekali ! Macam sesuatu yang telah sebati dalam jiwa ni diragut , disentap … sakit , Niza ! ” ah , lemah sekali Arina ketika menyatakannya .

Hish , apa yang tak kena ni ?! ” Yusnizah semakin sakit hati . Serba-salah pun ada kerana Muzammir dan Arina adalah kawannya . Kedua-dua mereka Yusnizah sangat maklum . Hendak disalahkan Arina , dia nampak kesungguhan Arina . Mahu disalahkan Muzammir , tidak pernah dia mendengar cerita yang tidak baik tentang bekas rakan sekolahnya itu .

Apakah yang telah terjadi ? Adakah kerana tidak pernah mendengar cerita yang tidak baik tentang Muzammir , maka Muzammir itu baik orangnya ? Dan apakah kerana dia berani mengakui dia benar-benar mengenali Arina maka dia tidak berani mengakui Arina mungkin pesalahnya ? Pelbagai persoalan terus melanda fikiran Yusnizah . Namun penghujungnya tetap buntu .

Mungkin kerana aku dan Zammir jauh …, ” keluh Arina tiba-tiba .

So ? Sebab kau jauh , dia nak cari perempuan lain for his pleasure ? Atau kau pleasure dia ? Aku tak suka macam ni … sebab aku suka kamu berdua bersama ! ” bentak Yusnizah bertambah marah  . Tiba-tiba dia dihantui perasaan yang tidak-tidak . Tiba-tiba juga dia rasa hubungan cinta sahabat baiknya yang selama ini bahagia sudah mula berantakan dan mungkin tidak dapat diselamatkan lagi . Oh , sedihnya dia sebagai seorang sahabat kerana melihat kesetiaan Arina selama ini ! Kesanggupan Arina melakukan apa sahaja demi Muzammir adalah sesuatu yang dia sendiri tidak sanggup untuk lakukan ! Memang kadang-kadang dia jadi benci apabila Arina terlalu menurut kata-kata Muzammir hingga ada masanya dia berasa seperti diketepikan sebagai seorang sahabat . Hai … entahlah !

Niza … aku tak sanggup nak habiskan cuti semester aku kat sini …, ” keluh Arina setelah agak lama suasana bilik Yusnizah sunyi-sepi . Yusnizah turut sepi . Keperitan yang dialami oleh kekasih setia seperti Arina bukanlah satu perkara yang boleh dipandang mudah ! Kerana kesetiaannya sebagai seorang kekasih mungkin sudah tidak dihargai Muzammir lagi ….