Hari ini , Sir Jalal yang merupakan jurulatih kelab taekwondo UiTM mengenakan latihan asas yang berat buat semua ahli kelab taekwondo . Sebaik sahaja mereka dibenarkan berehat , tidak sampai 2 minit mereka sudah dipanggil semula masuk ke gelanggang . Sesudah itu , barulah Sir Jalal kembali memberi latihan taekwondo dari tali pinggang junior hinggalah ke tali pinggang yang paling senior . Mila , Fairuz , Hisham dan Rais antara yang lambat keluar dari barisan lantaran corak latihan mereka yang belum selesai . Arina , Elise dan Farah pula sudah terjelepok di satu sudut kerana keletihan . Mereka tidak menghiraukan segelintir siswa dan siswi yang turut ada memerhati mereka berlatih di luar gelanggang .
“ Aduh … ini bukan setakat nak keluarkan peluh , mahu aku kering peluh 2-3 dalam bulan lagi ni , ” rungut Elise lemah . Manik-manik peluh memenuhi wajah dan lehernya manakala bajunya pula sudah lama dibasahi peluh . Latihan asas yang dijalani pada mula-mula latihan menyebabkan perut mereka berasa sedikit tegang menjadikan Arina dan Farah hanya mampu menganggukkan kepala .
“ Aduh , letihnya …! ” Mila yang baru tamat latihan menyandarkan dirinya ke sisi Arina .
“ Wei , busuklah ! ” Arina menolak tubuh itu membuatkan Mila membaringkan dirinya ke pangkuan Arina pula sambil tergelak kecil . Arina sekadar membiarkan . Sepanjang perkenalan mereka , salah satu perkara tentang Mila yang mereka ketahui ialah tidak makan saman . Apa yang dia nak buat , dia akan buat tanpa menghiraukan orang lain !
“ Assalammualaikum . Pada ahli kelab yang belum bayar yuran bulan ni sila bayar ya ? Bukannya apa , ada yang dari masuk awal semester pun tak bayar lagi . Nanti bising pula si Fairuz kata aku tak buat kerja , ” umum Maria yang merupakan bendahari kelab teakwondo untuk semester ini .
“ Ha … dia sound kitalah tu . Tapi bulan ni memang aku sengkeklah , ” rungut Farah perlahan seraya memandang ke arah Elise .
“ Jangan pandang aku ek ! Aku memang clear yuran time nak grading .., ” cepat-cepat Elise membela diri sambil kata-katanya dipersetujui oleh Arina .
“ Mila , bila kau nak bayar ? ” siku Arina ke arah gadis yang terjelepok keletihan sepertinya juga . Mila hanya menjungkitkan bahunya selamba .
“ Eh , aku balik dululah . Level aku ada meeting malam ni , ” cepat-cepat Mila meminta diri secara tiba-tiba . Apa kenalah minah ni ! Asal sebut pasal yuran je mesti nak lari ! Relakslah !
“ Maria , kau ada masalah ke dengan Mila tu ? Aku tengok bila kau sebut pasal yuran dia asyik cabut je , kenapa ? ” tanya Arina kepada bendahari kelabnya ini pelik .
“ Dia memang bermasalah sikit . Dari dia masuk kelab ni dulu sesen pun dia tak pernah bayar , ” rungut Maria agak geram . Matanya masih tidak lepas-lepas memandang ke arah Mila yang terkocoh-kocoh meninggalkan gelanggang setelah memberi hormat kepada Sir Jalil , jurulatih mereka .
“ Dia tu sebenarnya part berapa ? Course apa ? ” tanya Farah pula .
“ La … sebaya kamu semualah . Banking , part 3 sebab dia ada ambil pra dulu , ”
“ Huh ? ” Arina , Elise dan Farah agak terkejut lantas berpandangan sesama sendiri .
“ Ni mesti dia mengaku dia part 1 , kan ? Alah , tak payah hairan . Si Mila tu semua orang dia nak auta kalau boleh … jaga sikit , ”
“ Patutlah aku pelik macam mana budak part 1 boleh dapat tinggal kat kompleks , ” Elise menggaru kepalanya yang tidak gatal .
“ Tak apa … minggu depan , kita serbu dia ramai-ramai , ” Arina mengenyitkan matanya lantas tersenyum nakal . Elise dan Farah menganggukkan kepalanya setuju .
woooo best2..tak sabaq nk tunggu sambungan dia hehehe
BalasPadam@Kumbang Jingga : Bersambung mgu depan..ada urusan kt kg ni..
BalasPadamhehe!
manyak busy woo cik mendezz...bru hr ni ada peluang nk baca smbgn cerita u...mcm biasalh dah smpi climax tiba2 kena smbung pulak...hoho
BalasPadam@OdahOne OdahOneBizz : Kita stil via phone ni..
BalasPadamLama sket la nk tgu sambungannya eh??
Hehe!