Khamis, Disember 29, 2011

Spontaneous Thursday.. #40

Apabila cinta itu datang lagi..
Segala kekosongan yang ada terisi kembali..
Apabila rasa yang pernah hilang itu datang lagi..
Kita akan lebih menghargai..lebih mengerti..
Kenapa dan mengapa cinta itu datang dan pergi..

Spontaneous Thursday.. #39

Cinta itu..
kalau dicari tak akan jumpa..
kalau ditunggu tidak akan muncul..
ibarat meredah sebuah padang yang luas..
acapkali kita melepasi bunga-bunga yang cantik kerana gusar kalau-kalau ada bunga yang lebih cantik di hadapan..
Kesudahannya..tangan kita kosong juga..
=)

Spontaneous Thursday.. #38 - Goodbye ShoutMix..Hellooooooo CBox!

Assalammualaikum & greeting to my blog readers..visitors..followers..silent readers..and blog walkers..also haters..{cheeewahhh!!!} starting Jan2012, "ShoutMix will be available for only $0.99/month and will be available effective immediatly. For the old version (the Classic) it will only be available in Premium package which cost approximately $1.67/month."


ShoutMix yang mengecewakan Cik Mendezz sejak minggu lepas!


Tuuuuuuu dia ShoutMix punya important notice rupa-rupanya..nyampah betul!Dah bagi kita seronok-seronok pakai pastu nak charge pulak..sangat berasa tidak berbaloi!Oleh itu..dengan berat hati terpaksalah Cik Mendezz padam gadget ini dari page Cik Mendezz dan gantikannya dengan CBox pula..{ala2 SIBUK pulak sebutannya kan??} Hehe..

Kesimpulannya..ada Cik Mendezz kisah ShoutMix nak charge ke apa??Ikut suka kamulah..Cik Mendezz tak kisah..asalkan kamu bahagia..sebab Cik Mendezz pon dah mula berasa bahagia dengan CBox yang belum sampai 1/2jam Cik Mendezz aktifkan..hehe!Terima kasih bebanyak la kepada member blogger Cik Mendezz si Saleem..I lappp u! =P


Dah tukar ShoutMix ke CBox dah! =D



Makanyaaaaaa....selamat tinggal kekasih gelap Cik Mendezz incik ShoutMix..selamat datang anak ikan Cik Mendezz incik CBox!!Hehe! =P

Haa..korang tunggu apa lagi??Jgn lupa tukar juga ok?? =)


Khamis, Disember 22, 2011

Spontaneous Thursday.. #37

Malam ini malam Jumaat..
Makanya Cik Mendezz kene tv tutup awal seblom hantu-hantu bengong tu kuar kt tv..
Hehe!

Spontaneous Thursday.. #36 - Bila Had Persaraan Umur 60

Pix ehsan google


Bila sign Saraan Baru Pekhidmatan Awam (SBPA) ni..servis kene sampai umur 60 tahun..Saya berborak dengan teman saya. Beliau berkhidmat dalam badan beruniform..

Saya : Sian cucu-cucu aku nanti..nenek nak pergi kerja ni..Pi main sana!!

Dia : Kau ok lagi nenek kerja di admin..Aku ni nenek kene buat operasi..Larat ke nak kejar PATI??Alamat patah la kaki nenek ni!!

Adoiiii~ gelak sampai ke sudah! =P


Selasa, Disember 20, 2011

Bila dah hujan ni..!!!

Diam tak diam..dah 6 tahun lebih Cik Mendezz menjadi anak rantau di ibu kota..daripada ke sana sini naik kenderaan awam sekarang sudah berkereta. Tetapi yang dikesalkan bila di atas jala raya ni perangai sesetengah para pemandu masih tidak berubah..malah lebih suka bila dah terhantuk baru lahhhh nak terngadah!

Apalah Cik Mendezz membebel malam-malam ini kan??Tak tau ke orang nak tidur??Adess..maaf lah..tapi dah tak tahan sangat dah ni..dah lama sangat memendam rasa pada pemandu-pemandu perasan handal walhal kalo jadi musibah..dia la malapetaka!OPSS!!Terlebey sudah!


Pix ehsan dari google

Cuba tengok foto ni..jelas ke pandangan kita apabila hari hujan??Ini foto hujan dah reda..Cik Mendezz pula dah berhari-hari masa balik kerja je hujan mesti lebat!Bukan nak salahkan hujan lebat..dah hujan kan..rahmat!Tapi yang bikin malang para-para pemandu yang perasan power sangat ni lah..hari dah gelap gelita..jalan pon tak berapa nak nampak..dengan kereta memasing warna kelabu..warna hitam..TAK RETI-RETI NAK BUKA LAMPU KENDERAAN!Lepas tu..pandu kereta macam hari tak hujan!Laju semacam!Tak tahu nak bagi signal pula..tukar laluan sesuka hati..lepas tu bila dah berdentum.. 

"Awak tak nampak ke kereta saya yang besar ni??"

Halooooo!!Mana gaya nak nampak kalau tengah-tengah hujan tak tahu nak buka lampu kenderaan??Nak bagi isyarat tukar laluan??Pandu kereta macam di litar F1??Akal ada??Lain kali kalau hari mendung sampai nampak gaya matahari dah tenggelam ke..hujan lebat ke..hari belum siang ke..sila la buka lampu kenderaan tu!Tak payahhhhh nak sayang sangat bateri kereta tu..harga paling mahal pun RM200++ je!Tapi..kalau nyawa melayang..ADA GANTI??Sendiri mau ingat la erk??Ok..dah malam..nak tidur.. 

SEBAB-SEBAB HANTU PEREMPUAN RAMAI

Kalau kita kaji betul-betul pasti kita akan dapat mengira yang jumlah hantu berjantinakan perempuan lebih ramai berbanding hantu lelaki.Kenapa agaknya ye??

SEBAB 1
Untuk membalas dendam terhadap lelaki yang suka sangat menganiaya orang perempuan.

SEBAB 2
Kerana sifat orang perempuan lebih pandai menggoda, jadi senanglah sikit untuk mendajali orang lelaki.

SEBAB 3
Hantu lelaki tak menonjol sangat kerana hantu perempuan terbukti lebih menyeramkan untuk menjalankan tugas.

SEBAB 4
Untuk menguji keberanian orang lelaki yang sering cakap besar tapi kecut perut bila terjumpa hantu perempuan.

SEBAB 5
Pakaian serta bau-bauan perempuan memang sesuai dengan identiti hantu.

Sebab itulah ramai hantu perempuan kan??Tapi kalau Cik Mendezz sendiri..jika saya masih saya yang dahulu..saya nak jadi hantu berdasarkan sebab nombor 1!Hehe!Jadi di mana kah hantu-hantu berjantina lelaki  ini hilang??Pandai-pandai la kita cari kat pusat serenti..yang dok merempit tak tentu hala tu eh??OPSS! =P

Isnin, Disember 19, 2011

Berapa Lama Wanita Boleh Tahan??

Ibn Juraij berkata : "Ada seseorang yang menceritakan kepada saya bahawa pada suatu malam ketika Umar radiyalaahu anhu sedang berkeliling (ghast) di sekitar lorong-lorong kota Madinah, tiba-tiba beliau mendengar aseorang wanita sedang melantunkan syair..

Betapa panjang malam ini dan betapa gelap gelita disekelilingnya..
Daku tidak boleh tidur kerana tiada yang tersayang yang boleh ku ajak bercumbu..
Andai bukan kerana takut berdosa kepada Allah yang tiada sesuatu pun dapat menyamaiNya..
Sudah pasti ranjang ini digoyang oleh yang lainnya!

Ketika Umar r.a. mendengar syairnya ity, maka dia bertanya kepada wanita tersebut, "Apa yang terjadi padamu?" Wanita itu menjawab, "Saya sangat merindukan suami saya yang telah meninggalkan saya selama beberapa bulan." Umar r.a bertanya, "Apakah kamu bermaksud melakukan hal yang buruk?" Wanita itu menjawab, "Saya berlindung kepada Allah." Umar r.a berkata, "Kuasailah dirimu!Sekarang saya akan mengutus orang untuk memanggil suamimu."

Setelah itu Umar r.a bertanya kepada anak perempuannya Hafsah r. anha, "Aku akan bertanya padamu mengenai sesuatu masalah yang membingungkan aku, mudah-mudahan kamu boleh memberi jalan keluar untukku. Berapa lama seorang wanita mampu menahan kerinduan ketika berpisah dari suaminya?" Mendengar pertanyaan itu, Hafsah r. anha menundukkan kepala kerana berasa malu. Umar r.a berkata "Sesungguhnya Allah tidak pernah merasa malu dalam hal kebaikan." Hafsah menjawab sambil berisyarat dengan kari tangannya, "Tiga sampai empat bulan." Kemudian Umar r.a menulis surat kepada setiap amir(pimpinan) pasukan tentera Islam supaya tidak menahan anggota pasukannya lebih dari 4 bulan. "

(Riwayat Abdur Razzaq dalam kitab Al-Kanz Jilidl VIII, m/s 308)

Ibnu 'Umar (Radiallahu'Anhu) mengatakan bahawa pada suatu malam Umar r.a keluar (untuk melihat hal ehwal orang ramai), tiba-tiba beliau mendengar seorang wanita sedang bersyair  :

Betapa panjang malam ini dan betapa gelap di sekelilingnya..
Aku tidak boleh tidur kerana tiada yang tersayang yang boleh ku ajak bercumbu..

Kemudian Umar r.a bertanya kepada Hafsah r.anha, "Berapa lama wanita dapat bertahan tidak bertemu dengan suaminya?" Hafsah r.anha menjawab, "Enam atau empat bulan." Maka Umar r.a berkata, "Untuk selanjutnya saya tidak akan menahan tentera lebih dari masa itu."

(Hr. Baihaqi dalam kitabnya jilid IX m/s 29) [seperti yang dipetik dari kitab Hayatus Sahabah, bab Al-Jihad]

sumber : dari sini

Awak..saya gila kan??

Seorang kenalan Cik Mendezz menghubungi Cik Mendezz..
"Saya ada dua wanita dalam hidup saya..dan saya sayangkan kedua-duanya.Saya bercadang untuk menikahi kedua-duanya sekali.Saya gila kan, Zura??" ucapnya berat. Cik Mendezz hanya tersenyum sendiri.Sedikit pun tidak terkejut.Sedih pun tidak..kecewa apatah lagi.
"Awak tak gila lah..apa yang gilanya??" Cik Mendezz jawab selamba.
"Ye la..saya belum pernah berkahwin tapi dah berangan nak berpoligami,
"Awak..betullah cara awak tu..awak sayangkan dua-dua wanita tu kan?Jadi awak kahwin kedua-duanya.Dan kedua-duanya pun dah bersetuju..bukan tak setuju..jadi apa masalahnya??"
Diam.
"Awak gila kalau awak buat keputusan untuk mengahwini salah seorang sahaja daripada mereka!Dan seorang lagi terpaksa mengalah jadi perempuan simpanan awak!Itu gila..sedangkan awak cakap awak sayang dua-dua!Macamana pula seorang awak buat isteri..jadikan dia tanggungjawab awak dan seorang lagi cuma sekadar wanita biasa yang tiada ikatan dengan awak..tapi awak ikat dia..tak bagi dia pergi ke mana pun dengan cara yang kejam..Haaa...pada saya, itu baru awak betul-betul gila!" panjang lebar Cik Mendezz menjelaskan.
"Hehe..betul jugak tu..terima kasih awak.." suaranya kedengaran kendur dan lega.

Cik Mendezz tahu..mesti ada yang tidak berpuas hati dengan kata-kata saya pada kenalan saya itu. Tapi..setelah melalui pelbagai fasa kehidupan..saya belajar banyak perkara.Dahulu..pandangan saya tentang poligami juga berbeza..saya mengambil masa yang amat lama untuk memahami betapa poligami itu sebenarnya tidak salah..dan saya semakin faham kenapa Allah menghalalkan poligami dan juga penceraian.

Mengapa kita sebagai wanita sentiasa terluka bila memperdengarkan isu ini??Lebih-lebih lagi wanita yang statusnya isteri pertama.Kenapa sedih apabila si suami meminta izin untuk berpoligami??Apakah kerana kita berasakan bahawa kita tidak akan disayangi lagi??Atau mungkin merasakan selepas ini kasihnya kepada kita akan berkurangan.Mungkin sebab itu kah??Atau sebab-sebab lain??Ataupun kita lebih rela suami kita bersama dengan mana-mana sahaja perempuan diluar sana tanpa pengetahuan kita asalkan kita tidak dimadukan??Pada saya sendiri..lebih baik saya tahu dengan siapa dia bersama jika dia tidak bersama saya berbanding saya kantoikan dia dalam keadaan yang mengaibkan..tak begitu??

Bohonglah jika emosi saya tidak tercalar sedikit pun apabila si suami menyatakan hasratnya..namun jika dia mampu..kita pula menghalang..akan tertanggungkah kita akan dosa-dosa yang dibuat di luar pengetahuan kita nanti??Dengan alasan kita tidak mengizinkan dia berpoligami??

Namun pernyataan saya ini pula bukan lah kerana saya menyokong lelaki berpoligami sewenang-wenangnya!Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum mereka membuat keputusan untuk berpoligami.Kemampuan dari segi agama sudah tentu..ekonomi..kewarasan minda juga penting..sebab bila dah ramai isteri banyak keputusan yang perlu dibuat secara berhemah & bijak demi menjaga hati kedua-dua belah pihak.Kalau semua ini lelaki tidak ada..jangan cuba-cuba mahu mencari peluang di luar sana!Memancing sana-sini..janji sampai langit ke-7..tapi kemudiannya tanpa disedari dia telah melukakan hati kedua-dua belah pihak.Pihak isteri sudah tentu!Kerana sudah terang-terang anda curang dan membuatkan dia hilang kepercayaan kepada kamu!Kepada perempuan yang sudah dikatakan teman wanita tapi dilayan seperti isteri juga terluka..kerana kamu kata kamu sayangkan dia..tapi kamu tidak berbuat apa-apa pun untuk menjadikan dia tanggungjawab kamu!Sebaliknya kamu lelaki hanya pentingkan diri kamu dengan alasan kamu tersepit dan tidak mampu membuat keputusan!

Wanita lain yang si suami cari diluar itu telah diberikan bermacam-macam harapan..limpahan kasih sayang yang memang dicari-cari selama ini sehingga wanita ini akhirnya bersedia menghadapi segala kemungkinan hidup berpoligami {setelah mengetahui lelaki yang menyayanginya telah berkahwin!} namun tidak kesampaian..bagaimana pula nasibnya??Di mana hak dia sebagai seorang perempuan jika dia hanya layak dilayan seperti perempuan simpanan sedangkan dia boleh mendapat lebih dari itu??Mengapa lelaki yang status sudah berkahwin ini memberi alasan tidak mampu sedangkan dia yang memberi janji dan harapan agar wanita ini menerima diri dia seadanya!Wajarkah setelah diterima..wanita ini diperlakukan sebegitu rupa??Di manakah keadilan untuk dia??Wanita ini dizalimi hanya semata-mata dia percaya lelaki ini sayangkan dia dan akan memperisterikan dia.Masihkah salah wanita ini semata-mata??Mengapa lelaki ini mencari wanita lain diluar sedangkan dia sedar yang dia tidak mampu??Hanya untuk keseronokan??Penyedap??Uhhh~~ sangat kebinatangan sungguh alasan itu!Lelaki-lelaki seperti ini lah sebenarnya yang menampakkan cinta itu zalim dan kejam!

Hah..lelaki yang berperangai seperti ini pada Cik Mendezz memang tidak layak langsung untuk sebut pasal poligami!

Dan buat kenalan saya ini..saya sangat menyokong tindakan kamu. Kerana kamu berlaku adil pada wanita-wanita yang kamu benar-benar cinta. Pedulikan apa yang bakal orang perkatakan ok??Lebih baik hina di mata manusia daripada hina di mata Allah. Manusia ni apa sahaja tentang orang lain yang mereka tidak nampak??Beli seluar salah warna pun jadi bahan juga!

Kita sebagai manusia biasa perlu ingat..perjalanan hidup setiap manusia takkan pernah sama.Yang sama hanya rasa sesama kita. Yang membezakan kita pula adalah dosa dan pahala.Bukan hak kita sewenang-wenangnya kalau kita tidak pernah ada dalam suatu keadaan itu. Sebagaimana kita rasa orang lain tidak berhak hendak memperkatakan tentang kita sewenang-wenangnya tanpa mereka tahu apa sebenarnya yang kita hadapi..apa sebenarnya yang kita lalui..kan??

Sebagai manusia biasa, kita perlu adil dalam menilai seseorang.Sebab itu bukan semua orang boleh jadi hakim bukan??Masyarakat masa kini sangat lantang bermegah-megah dengan kehidupan mereka..hal yang tidak sepatutnya kita ambil tahu dan mencemar maruah orang itu lah yang jadi buah mulut..senang sungguh mengata orang..esok-esok bila kena batang hidung sendiri nak kata apa ye??Mungkin tidak kena pada diri kita..tapi mungkin pada anak-anak kita..cucu-cucu kita..siapa tahu??

Janganlah benda yang termaktub halal oleh Allah dinafikan oleh kita yang hanya sekadar manusia biasa.Dan hanya kerana apa yang boleh itu salah pada mata kita..jangan sesekali bertindak di luar batasan!Itu namanya dah melawan hukum Allah..tahu kah apa hukumnya??Tau kannnnn?? =)

Ok..penat cakap panjang-panjang..tapi ini lah yang terfikir dek Cik Mendezz malam ni..{sebenarnya dah lama sangat..tapi baru malam ini terluah!}. Jumpa di lain entry!Salam.. =)

Sabtu, Disember 17, 2011

Tentang kamu.. #3

Rindu itu subjektif..Sayang itu universal..
namun cinta itu hakiki..
Dan cinta hakiki itu pula hanyalah pada Yang Satu..
Cinta pada manusia belum tentu sampai ke mati..
Namun..berdoalah moga-moga rasa itu akan kekal hingga ke syurga..

=)

Potong stim betullah!

Hari ini Cik Mendezz sedikit keletihan sebab celik je tidur pagi tadi Cik Mendezz terus membuat operasi membersihkan rumah. Selepas selesai barulah Cik Mendezz bersiram..jadi tak ada lah sejuk sangat sebab hari dah tinggi kan??OPSSS!!Hehe! =P

Selepas membersihkan diri..Cik Mendezz check in di dapur pulak..menyediakan juadah tengahari yang serba ringkas untuk Cik Mendezz yang seorang membujang di rumah ni. Selepas check out dapur..perut pun dah kenyang..rumah pon dah sedap mata memandang..Cik Mendezz mula mencapai buku untuk dibaca..sebelum ni dah baca dah buku ni..tapi macam best pulak..jadi..nak baca lagi sekali..bukan novel panglipur lara ye readers..it's a motivation book..Cik Mendezz memang suka membaca buku-buku motivasi sebab ia mampu membina pemikiran yang positif..meningkatkan self-esteem diri kita dan yang penting membuatkan kita lebih berilmu ok?? =D



Tapiiiiiiiii...baru je buka fridge dan bukak chiller..Cik Mendezz tengok stok coklat sume dah tinggal sikit!!Huwaaaaaaaaa!!Mencik!!Mencikk!!Yang lenlain sume tinggal kotak je..dalam fridge cuma tinggal 1 bar Cadbury Blackforest dengan Toblerone..


Yang ni semua dah selamat masuk perut Cik Mendezz!! =P


So..terpaksalah membaca dengan penuh berhemah..tanpa kerosakan gigi..duhhh~~ sabar Cik Mendezz..sabar..pasni borong lagi banyak-banyak kalau pegi free duty island eh??

Ok..nak sambung baca buku..daa~~ =D


Timeline Facebook

Wahhh..sampai sahaja di rumah petang tadi Cik Mendezz terus onkan lappy seperti biasa.Lepas tu bila tengok page kengkawan ada yang sudah bertukar seperti pix ni..



Cik Mendezz pon jadi teruja dan tukar wall Cik Mendezz sekali..so dari tadi kejenye dok gelak sendiri tengok update lama-lama..hehehe!Cara nak tukar dari normal page ke Timeline..kamu klik https://www.facebook.com/about/timeline  pastu klik Get Started kat icon bawah seblah kanan page. =)

Ok..nak kepochi pasal timeline Fb je malam ni..ada yang tak suka..tp Cik Mendezz pulak bukan setakat suka dah neh..kes teruja neh!Hehehe!

Do add me at https://www.facebook.com/Azura.Mendezz ok my dearest readers..tapi kalo tak boleh add sila poke..sebab setting Cik Mendezz memang utntuk friends of friends sahaja..have a sweet dream.. =)

Jumaat, Disember 16, 2011

Perkhabaran Jumaat.. #1

Wahai kaum Adam..
jangan sekali-kali kamu menghampiri seorang wanita dengan melembutkan hatinya seumpama kekasih..
tetapi tiada sedikitpun niat untuk mengambilnya sebagai isteri!


~Sekadar peringatan di hari Jumaat~ =)

Khamis, Disember 15, 2011

Spontaneous Thursday.. #35

Sedang Cik Mendezz berdoa tadi..terbayang satu wajah yang tidak pernah saya ketemu..namun saya tahu siapa dia..saya harap dia sedang bersangka baik..ini kali kedua saya terbayangkan dia..kali ini..muka dia sugul..kali pertama Cik Mendezz terbayangkan wajah dia adalah pada ketika Cik Mendezz buntu dan dilemma untuk meninggalkan atau meneruskan dengan seseorang yang sangat saya sayang {dulu laa!!sekarang tidak lagi!!} =P

Spontaneous Thursday.. #34

Cinta yang aku ada tidak melayakkan kamu untuk menyakiti aku..
Kesetiaan yang aku punyai bukan alasan untuk kamu menduga sesuka hati kamu..
Dan aku juga tidak perlukan lelaki yang pengecut dalam hidupnya namun berani menjanjikan aku harapan palsu..
Juga aku tidak perlukan harapan palsumu untuk aku terus terawang2 dibumi yg nyata..
Apa yang berakhir sepatutnya berakhir dari dulu lagi..tanpa memulakannya sekali lagi..

Spontaneous Thursday.. #33

Sangat sukar untuk melepaskan apa yang amat kita sayang..
Namun..apabila sudah dilepaskan rasa itu..hati berasa sangat lapang..
Walhal..sebelum memutuskan untuk melepaskan..kita sangat takut kita akan menangis tersedu-sedan..
Seperti dunia seolah-olah sudah berakhir..

Spontaneous Thursday.. #32

Does he love me because I'm beautiful??
Or I'm beautiful because he loves me??

Spontaneous Thursday.. #31

Berhentilah menyakiti hati yang tidak mampu kau bahagiakan..
kerana ia hanya menambah luka yang sedia ada..
cukup semuanya sampai di sini..

Spontaneous Thursday.. #30 - Words is just words..

Suddenly..I'd been recalled to look back at this poem. Just to remind myself that words are just words till it been fulfil.. =)

There are things I'd like to say..
to you my love on your special day..

I am forever thankful God..
sent you my way..

Like a gift from up above..
you showed me how it is to feel real love..

I know many mountains we've had to climb..
and sometimes forever has seemed like a very long time..

Yes, we've endured our share of pain..
but together we have so much to gain..

Bigger mountains may lie ahead..
but together there is no hill we cannot tread..

So always remember my love for you..
and there is nothing together we can not do..

I'll be here forever ~ my love is true..
The person beside me, that would be you..

~20th March 2010 at 1610hrs~

And now..i know..I'm not the person that would be beside you..or even in your arms again..But it's ok..coz Im letting you go.. =)

Rabu, Disember 14, 2011

Mata dan Bulu Kening Wanita dan Tandanya

MATA
Condong ke atas ~ suka bercumbu-cumbu tetapi lekas meradang, tidak tetap hati dan teragak-agak.
Besar dan bulat ~ bersifat menawan erotik, mudah menghairah dan suka menunjuk-nunjuk.
Mata kecil {Macam Cik Mendezz!} ~ kuat cemburu tetapi wanita ini boleh menumpu perhatian kepada sesuatu hal dengan lebih teliti.
Menonjol ~ lurus dan mudah tertipu.
Ke dalam ~ suka ramai teman lelaki sebelum perhubungan tetap, suka mencuba sesuatu yang baru berkaitan dengan seks segera dan berterus-terang.


BULU KENING
Tebal ~ tertarik terhadap tindakan dan pengembaraan dan tidak setia, sukar mempunyai hubungan kekal dengan satu pasangan sahaja.
Kurus ~ kurang berminat terhadap seks.
Dekat satu kepada yang lain ~ cemburu.
Jauh satu daripada yang lain ~ malu dengan hal seks.
Lengkung ~ sangat suka hal-hal seks dan sensual. {errkk??Kantoi Cik Mendezz!!!}
Berbentuk segi tiga ~ lebih suka kepada persahabatan/teman karib daripada bernafsu di katil.
Lurus ~ sangat menurut kebiasaan di katil.

sumber : dari sini

PERKARA YANG PELIK TETAPI BERLAKU DI ALAM NYATA!

Banyak perkara yang agak pelik berlaku di alam nyata. Bunyi macam mengarut, tetapi itulah kenyataannya...

THAILAND


  • Dilarang keluar rumah tanpa memakai seluar dalam.

SWISS


  • Dilarang berkebun di hari minggu. 


SWEDEN


  • Dilarang mengecat rumah tanpa izin daripada kerajaan dan harus menggunakan cat yang sudah mendapat sertifikasi dari mereka.

KOREA SELATAN


  • Polis wajib melaporkan jumlah wang rasuah yang mereka terima daripada para pemandu yang ditahan.

SINGAPURA


  • Tidak flush jamban setelah buang air di toilet, dikenakan denda.

UNITED KINGDOM

  • Dilarang menjual sayuran di hari minggu .
  • Wanita dilarang makan coklat di tempat umum.

MEXICO
  • Wanita yang bekerja dilarang mengenakan pakaian seksi yang dapat memprovokasi rakan kerja selama jam kerja.
  • Dilarang memaki di tempat umum.

AUSTRALIA
  • Dilarang mengangkat telepon pada deringan pertama.
  • Dilarang mengenakan spenda Hot Pink di hari minggu.

YUNANI


  • Dilarang mengenakan topi di stadium, kerana dapat mengganggu pandangan orang lain.

KANADA


  • Dilarang menempel plaster luka di tempat umum.
  • Dilarang menyirami tananam di kebun waktu sedang hujan.
  • Dilarang memanjat pokok.

PERANCIS

  • Dilarang berciuman di keretapi bawah tanah.

ISRAEL


  • Dilarang memelihara babi di Israel. Orang yang melakukannya akan ditembak mati.

AMERIKA (ARIZONA)


  • Dilarang memandu tanpa kasut.
  • Dilarang bermain domino di hari Minggu.
  • Dilarang memakai kumis palsu di gereja.
  • Hukuman mati dikena bagi sesiapapun yang menaburkan garam di atas rel kereta api.
  • Dilarang memandu dengan mata tertutup.

ALASKA


  • Dilarang mengambil gambar beruang yang sedang tidur.
  • Dilarang memberi minum bir pada rusa.
  • Dilarang berjalan-jalan sambil membawa busur dan anak panah.

ARKANSAS


  • Suami diizinkan memukul isterinya, tapi tidak boleh lebih dari 1 kali sebulan.
  • Dilarang memelihara buaya di dalam bathtub.
  • Wanita yang saling menggoda di tepi jalan, akan dikenakan 30 hari penjara.
  • Dilarang membawa lembu berjalan-jalan di jalan utama di hari Minggu.

CALIFORNIA


  • Binatang peliharaan dilarang dibiarkan berhubungan seks di sekitar lokasi sekolah, taman, dan tempat ibadah.

COLORADO


  • Dilarang berdebat dengan polis, kecuali kenderaan anda ditahan olehnya.

FLORIDA


  • Dilarang bernyanyi di depan umum sambil mengenakan pakaian renang.
  • Dilarang kentut di tempat umum setelah pukul 6 .
  • Dilarang memecahkan piring dan gelas lebih dari 3 buah sehari.

WASHINGTON


  • Dilarang menyusui anak di tempat awam.

MALAYSIA


  • Motosikal wajib memasang lampu pada waktu siang !

sumber : Facebook threading

Selasa, Disember 13, 2011

DOA SEWAKTU BERSUJUD & KEISTIMEWAANNYA


Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati akan hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa di dalamnya.

Sabda Rasulullah S.A.W : "Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanykkan doa di dalamnya."

"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, iman yang benar, ilmu yang bermafaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar."

Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat.

Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya. Rasulullah S.A.W biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud.Keistimewaan umatnya yang telah bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud :-

"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang mengenalinya di hari kiamat."

Mendengar itu para sahabat bertanya, "Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?"

Jawab baginda, "Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat seekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?"

Sahabat menjawab, "Bah kan!" Rasulullah S.A.W menyambung, "Kerana sesungguhnya pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih (berseri-seri)disebabkan mereka bersujud(di dunia), segala anggota mereka (terutama anggota wudhu') putih berseri-seri oleh cahaya wudhuk'. "

Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud, "Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia juga memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah SWT menegah neraka memakan(menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud."

Begitulah Allah memuliakan hambaNya yang bersujud,Orang yang bersujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita kan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.

Wassalam.

Isnin, Disember 12, 2011

Monday blues..

Hari ini Cik Mendezz sibuk sangat-sangat..dan sedikit cemburu sebab Selangor cuti umum.Almaklumlah..hari Isnin..semua dokumentasi yang tertangguh pada hari Jumaat turut dibawa ke hari ini..Mujurlah semua siap tepat pada masanya..kalau tidak..berjerit bagai lagi lah dengan department sebelah..hehe!

Tengah-tengah buat kerja tadi teringat pulalah la update seorang teman FB Cik Mendezz..

SOMETIMES WE FORGIVE PEOPLE BECAUSE WE SIMPLY STILL WANT THEM IN YOUR LIFE..
BUT SOMETIMES..THEY ACT LIKE SH*T!

Hahaahhahahah!!Bila difikir-fikirkan balik..memang betul pon..sampai malas dah nak fikir pasal manusia-manusia yang berperangai macam ni..Masa minta maaf..masa minta diberikan peluang sekali lagi merayu beria-ria..tapi bila dah kasi chance, dah cakap kat dia yang kita ni bukan nak tinggalkan dia pun..cuma nak dia fikir kenapa kita pergi dia pun cakap.."I dah sedar sekarang..I tau you banyak terluka disebabkan I..I tau u banyak menangis pasal I..I minta maaf ok??Kita mulakan sekali lagi..Please!!" Tapi..tak berapa lama lepas kengkonon insaf tu..BUAT PERANGAI LAGI!Takkkkk serik-serik lahhh kau ni labu!

Huh..Cik Mendezz harap  Cik Mendezz takkan lalui lagi peristiwa orang minta maaf pastu buat hal lagi ni..bosannnnnn!!Sampai ke sudah esok kitaran hidup ni kat situ jek!It's time for someone new..I'm not expecting someone perfect..it's just I hope he's not another beautiful liar..responsible..respectful..and he'll make sure that he'll act his words and promises..that's all..

P/S : Love is kind..love is pure..but it become a disaster when it comes with lies & hypocritical.. =)



Sabtu, Disember 10, 2011

Pakcik Stalker ke Pakcik Pervert??

Malam kelmarin, tengah Cik Mendezz leka membasuh baju di pantry belakang selepas mandi Cik Mendezz terperasankan seperti ada bayangan yang melihat Cik Mendezz..dari celah-celah lubang pantry dapur tu dapat Cik Mendezz perhatikan ada susuk tubuh yg berkain pelikat..apa kejadah la manusia ni dok jengah-jengah pantry Cik Mendezz??Tak memasal-masal..dah macam askar Cik Mendezz merangkak-rangkak masuk dalam rumah!Bila jengah-jengah semula dari tingkap dapur, memang ada seorang lelaki tua yang sama tengah bersidai di koridor depan lift.Cari pasal ye pakcik??Nanti ko!

Semalam..balik je kerja..terus Cik Mendezz masuk ke pantry nak sidai baju yang dah dispin malam tadi..tengok-tengok je pakcik tu dh bersidai semula kat koridor depan lift. Dan Cik Mendezz stil tak nampak muka pakcik ni..pandai dia menyorok!Hati ni dah sumpah seranah macam-macam!!Orang tua gatal!!Tak sado tua!!Bini ko mane???Hish..macam-macamlah Cik Mendezz menyumpah bagai dalam hati ni..Tak sampai dua helai Cik Mendezz sidai..Cik Mendezz masuk dalam rumah hempas pintu pantry kuat-kuat!Sempat Cik Mendezz jerit..

"DAH TUA-TUA PON GATAL!!DAH TAKDE KERJA KE DOK MENGINTAI RUMAH ORANG??!!"

Dan malam tadi bila Cik Mendezz nak keluar makan dengan date Cik Mendezz..Pakcik tu boleh buat muka tak malu bersidai kat koridor depan lift tu lagi!!Lu memang nak kene la pakcik tua!!Nanti kau!!TUNGGU!

Malam tu Cik Mendezz dibawa makan di sebuah restoran fastfood terkemuka di Kuala Lumpur.Lepas makan dan berborak..kami bersiar-siar lagi menaiki kereta di sekitar KL. Tenang sikit lah rasa hati yang marah berasap tadi..selepas itu..dia hantar Cik Mendezz balik. Perkara yang paling best selepas dia berhentikan kereta di hadapan lift, dia suruh Cik Mendezz ambil sesuatu kat bonet kereta dia. Bila Cik Mendezz bukak bonet..tu dia..satu rumah punya set langsir dia bagi!Hahahhaahahah!!Tergelak-gelak Cik Mendezz..katanya langsir itu ibu dia bagi untuk dipasang di rumah dia..tapi takkanlah rumah lelaki nak pasang langsir warna merah jambu??Tu yang dia bagi kat Cik Mendezz alang-alang Cik Mendezz pon memang sedang memerlukan bekalan langsir dengan kadar segera..

Maka..tengah malam tadi memang Cik Mendezz tak boleh tidur..dah rasa macam nak declare perang dengan orang tua gatal tu!Macam dah tak boleh tunggu esok!Malam tadi jugak Cik Mendezz pasang cangkuk-cangkuk langsir tu..sebelum tu satu keje juga nak cari kotak berisi cangkuk langsir kat bilik setor belakang. Dah lama tak usik bersepah pulak dah..kemas terus..serius multitasking malam tadi.Bila dah pasang cangkuk langsir..Cik Mendezz tak perasan pukul berapa Cik Mendezz terlena sampai hampir tengahari hari dah terang.. {macam penat apa je malam tadi tu kan??Hehe!}

Sebaik sahaja celik mata Cik Mendezz ni..Cik Mendezz tidak berlengah lagi..cepat-cepat Cik Mendezz menggantung langsir tersebut di pantry dengan penuh senyap dan berhati-hati..

Dannnn...ini lah hasilnya!! 


Kemudian baru lah Cik Mendezz menyelesaikan laundry di pantry seperti biasa..Mesti pakcik tu buat-buat nak bagi kucing makan time tu jugak!HAHAHAHAHAHHH!!!!Haaa...baru la puas hati Cik Mendezz!!Selamat tinggal pakcik gatal!!Tenunglah kau langsir Cik Mendezz ni puas-puas!!Kehkehkeh! =P

Jumaat, Disember 09, 2011

Tentang kamu.. #2

Bila sunyi itu hadir..
Emosi menghantui diri..
Segalanya serba tidak kena..
Segala yang lebih menjadi kurang..
Dan yang mana kurang menjadi lebih..
Itu norma manusia biasa..
Seperti aku..seperti jua kamu..


Namun itu bukan bererti kamu harus menjadi orang lain demi tidak mahu melukakan..
Cuma biarkan rasa itu datang..
Relakan rasa itu pergi..
Kerana setelah rasa itu pergi..
Kamu tetap kamu..dan aku tetap aku..
Masih manusia biasa..yang saling mengasihi..saling menyintai..


Bila emosi itu hadir..beginilah aku adanya aku..
Sebagaimana kamu adanya kamu..

~ December 13, 2009 at 2:15am ~

Khamis, Disember 08, 2011

Spontaneous Thursday.. #29

Boleh pulak la mamat ni perasan dia ada stalker!!berhenti skodeng and copy paste any content of my blogs!!Before I print screen every single thing that you'd copy without my permission!!Dah dia seronok copy paste mende-mende yang Cik Mendezz tulis & share kat Facebook Cik Mendezz takkan lah tak ada mata yang perasan dan mulut yang menyampai!Akai ada kaa??Opss..lupa..dia letak kat lutut!!Kehkehkeh!

Mood : Bengang dengan jejaka perasan yang tak tahu menghargai! 

Spontaneous Thursday.. #28


Jangan pernah sekalipun kita jadikan seseorang itu keutamaan kita sedangkan kita ini hanyalah pilihan dalam hidup dia..

Spontaneous Thursday.. #27


Sometimes..you will never know the value of a moment until it becomes a memory..

Rabu, Disember 07, 2011

Terlintas Di Fikiran.. #3 - Melepaskan "Azmi" saya..

Terlintas di fikiran #2 : Terlintas di fikiran #4


Hati Cik Mendezz sudah lama memendam rasa..hari demi hari..hinggalah kemuncaknya semalam..luka itu menjadi sangat-sangat menyakitkan hingga sudah tidak tertanggung lagi..sudah puas memujuk hati..sudah puas memahami..namun ternyata dia bukan untuk saya. Mujurlah slot Tentang Dhia banyak mengajar Cik Mendezz tentang pengertian sebuah cinta. {even Cik Mendezz ni tidak lah seanggun Dhia yang comel berdentum tu!}

Dalam slot Tentang Dhia..Azmi menyayangi Dhia sepenuh hati..jiwanya penuh dengan Dhia..namun, ketentuan Tuhan menyatakan mereka tidak ditakdirkan untuk bersama..pelbagai rencam dugaan yang mereka alami hingga menjelang hari perkahwinan mereka..dan akhirnya mereka mengalah..mereka sedar..mereka tiada jodoh..biarpun rasa cinta mereka amat sarat dan dalam..

Begitulah rasa saya pada "Azmi" saya..sangat sarat dan dalam..hingga saya mampu menutup mata biar berkali-kali dia melakukan kesilapan..dan menyakiti hati ini secara sedar ataupun tanpa sedar..namun..setelah sekian lama..saya kene bangun..dan bangkit! "Azmi" saya ada kehidupan dia sendiri..dia bukan milik saya..dan biar pun luka itu sangat mencarik-carik perasaan saya..hingga saya sudah tidak mampu menangis..saya perlu tinggalkan dia..apa guna mempertahankan sesuatu yang tidak pernah ada??Apa guna memujuk hati bersangka baik sedangkan semua yang menyakitkan makin hari makin sengaja dia lakukan seolah-olah tidak berperasaan??

"Azmi" saya sudah tidak menjadi seperti Azmi yang dicintai Dhia."Azmi" saya tidak dipenjara..tetapi dia memenjara saya dengan janji-janji yang tidak tertunai. "Azmi" saya tidak pernah dianiaya..tapi dia menganiaya perasaan saya yang dia sendiri tagih dan rayu untuk diberi peluang sebelum ini."Azmi" saya berasa sangat kebal hingga merasakan apa jua yang dia lakukan takkan mampu membuat saya melangkah pergi!Kejamkan "Azmi" saya??

Bukan saya menghukum dia..tetapi semua ini berlaku akibat hubungan yang tiada penghujung..saya menjadi bosan dan marah hingga beberapa kali saya mengingatkan hati saya..saya perlu mencari jaminan hidup saya sendiri..di mana jaminan itu tidak mampu "Azmi" saya lakukan..dan hari ini..saya lepaskan "Azmi" saya pergi. Dan yang paling ajaib..biarpun rasa sesal dan terbuku itu ada..saya tidak menangis.Kuasa Tuhan yang membuatkan yang membuatkan saya sangat bersyukur. Saya telah diberi kekuatan setelah sekian lama menjeruk rasa dilukai "Azmi" saya yang sangat-sangat saya sayang.. =)

Dan kini..saya menunggu masa saya untuk menemui "Zikir" saya..mungkin "Zikir" saya tidak sehebat yang digambarkan Zikir yang hadir dalam hidup Dhia..tapi cukuplah jika dia tahu menghargai perasaan saya dan bertanggungjawab diatas segala perbuatan dan janji-janji dia..saya mahu dia menyintai saya kerana agamanya..biarpun saya masih berusaha untuk menjadi muslimah yang benar-benar sejati.





Buat seorang sahabat yang ikhlas menyayangi saya..terima kasih kerana menyedarkan saya betapa saya perlu melepaskan "Azmi" saya..ya..saya akan ketemu dengan "Zikir" saya..asalkan saya tidak putus asa..terima kasih kerana sentiasa mengejutkan saya pada saat saya terjatuh dalam kekecewaan dan cepat-cepat menarik saya agar bangkit dari kekecewaan itu sendiri..hanya Allah yang dapat membalas jasa kamu..Saya akan cuba untuk menjadi sekuat kamu..biarpun ada masanya saya cemburu melihat kamu begitu kuat dan tabah..namun saya tahu..kamu juga bangkit dari kejatuhan dengan susah-payah..terima kasih sangat-sangat!Hanya itu yang termampu untuk saya ucapkan disamping menghargai kehadiran sahabat seperti kamu dalam hidup saya. =)

Mungkin akan ada banyak "Raffi" yang masih dan tidak jemu-jemu mendekati saya..dan saya anggap segala usikan-usikan nakal itu sebagai penghibur hati saya di kala sunyi dan sedih..tapi pada masa yang sama..saya tahu "Raffi"-"Raffi" yang hadir ini juga seperti saya..pernah melalui perkara-perkara yang menyakitkan hingga mereka juga berasa serik untuk mempercayai cinta..suka saya berpesan pada "Raffi"-"Raffi" ini..sebagai lelaki yang salah satu tanggungjawabnya adalah pemimpin..kamu jangan putus asa!Dan percayalah suatu hari nanti kamu akan ketemu dengan "Dhia" kamu juga..seperti saya yang sabar menunggu hadirnya "Zikir" saya..doakan kita sama-sama ketemu apa yang kita cari..

Dan buat "Azmi" saya..terima kasih kerana menjadi insan yang pernah menyayangi saya..pada masa yang sama..kamu lukakan hati saya semahu-mahunya..sekurang-kurangnya..selepas ini..saya akan belajar untuk mengelak "Azmi" demi "Azmi" seperti kamu.. =)

Bila kita sayangkan seseorang..

Bila kita sayangkan seseorang..
kita takkan pernah mementingkan diri..
Tapi dia??
Hati berkata-kata, "Tak mengapalah..terima sahaja..dia memang begitu.."

Bila kita sayangkan seseorang..
Kita sanggup buat apa sahaja demi dia..
Kita tunggu dia lama pun tidak mengapa..
Tapi bila dia menunggu kita??Tak sampai 10 minit pun dia dah marah-marah..
Adatlah..ada yang menunggu.. ada yang ditunggu..

Bila kita sayangkan seseorang..
Kita tidak tidur pun tidak mengapa demi mahu melayankan karenah dia..
Tapi bila kita pula yang bosan..ada dia nak melayan?? 
Tapi kita pujuk juga hati ini.."Tak mengapalah..mungkin dia sibuk!"

Bila kita sayangkan seseorang..

Jika kita bergaduh dan bertengkar dengan dia..kita menangis..
Kita telan sahaja semua kesalahan dia..
Tapi dia..seronok berjimba dengan kawan-kawan..
Masih kita pujuk hati sendiri, "Tak mengapa..dia tengah tension tu.."

Bila kita sayangkan seseorang..

Kala bergaduh pun, kita tebalkan muka nak bercakap dengan dia..
Tapi dia tak jawab pun panggilan kita..ada masanya dia matikan terus telefon bimbitnya..
Bila jadi begitu..masih kita bersangka baik, "Layankan sahaja..dia tengah lepak dengan kawan-kawan dia la tu.."

Bila kita sayangkan seseorang..

Kita bercerita semua benda dengan dia..
Kita kongsi segala yang ada..
Tapi dia??Yang seronok sahaja mahu bersama..

Tatkala sedih??
Pada kita..susah dia..susah kita juga..

Pada dia..senang dia..milik dia sahaja!
Masih kita redha..kita anggap dia spesis lambat nak sedar..
Dan apabila dia yang bercerita kepada kita??

Kita perlu dengar dan beri sepenuh perhatian..
Jika tidak..dikatakan kita tidak ambil peduli..
Masih kita bertahan..dek kerana sayang..

Bila kita sayangkan seseorang..

Apabila sama-sama lapar..
Kita bahagiakan saja bahagian kita pada dia..
semata-mata kita tak mahu dia lapar..

Nak jaga perut dia..kasihankan dia..

Bila kita sayangkan seseorang..

Apabila dia letih..kita suruh dia berehat..
Tapi bila kita yang letih..dia buat tak faham je..
Kita pujuk hati ini, "Ala..bukan selalu..kasi chance sajalah!"

Bila kita sayangkan seseorang..

Tidak tentu arah rasanya apabila kita tahu dia jatuh sakit..
Berkejar nak buat segalanya untuk dia..
Tapi bila diri ini yang sakit..dia suruh berehat sahaja di rumah..
Hati kita berbisik.."Tidak mengapa..takkanlah mahu berkepit sepanjang masa??"



Bila kita sayangkan seseorang..
Kita tidak sanggup melihat dia derita..
Tapi tidak pernah dia cuba untuk menghargai..
Apatah pula mahu ambil tahu betapa kita sayangkan dia..

Bila kita sayangkan seseorang..

Memang sukar untuk tinggalkan dia kalau kita mahu ke mana-mana..
Dan jika boleh..kita mahu dia senantiasa berada dihadapan mata..
Tapi pada dia..kawan-kawan juga kekasih-kekasih yang lain lebih utama!

Bila insan yang kita sayang memperlakukan kita begini..

Lebih baik kita berkorban rasa..
Tinggalkanlah dia dan biarkan dia buat apa sahaja yang kita suka..
Biarkan dia bahagia dengan cara dia..

Akan tetapi..bernilaikah pengorbanan ini??
Akan mengertikah dia bahawa hati ini sebenarnya telah menyimpan seribu duka??
Tidak mengapalah..kita pujukkan hati ini, "Janji dia bahagia.."

Mungkin..apabila kita sudah tinggalkan dia buat selama-lamanya..

Barulah dia sedar tentang kewujudan kita..
Barulah dia sedar yang kita selalu ada pada saat yang dia memerlukan..
Dia datang menziarahi pusara kita..
Dia sebak..menangis..dia minta maaf di atas semua kesalahan dia..
Dia tersedu-sedu.dan minta maaf lagi sebab tergamak buat kita macam tunggul kayu..
Dia minta maaf sebab selalu menyeksa perasaan kita ini tanpa rasa bersalah walau sedikitpun..
Dia berjanji 'hanya kita yang bertakhta di hatinya selama ini'..
Dan dia meminta maaf berulang kali di atas kekesalannya memperlakukan kita sebegitu rupa..

Tapi..mengertikah dia..

pada ketika itu..semuanya sudah terlambat??
Semuanya sudah tidak akan mampu memberi apa-apa makna lagi..

Semuanya sudah berakhir!!



sumber : diolah dari Facebook threading.. =)

Jumaat, Disember 02, 2011

Menggadaikan Agama Kerana Dunia.

Mungkin tidak terfikir kita dengan semua ini namun dari setiap patah kata keluar dari mulut Rasulullah S.A.W. ternyata terbukti di zaman sekarang.

Daripada Abu Hurairah R.A. berkata ; Rasulullah S.A.W. bersabda, "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama, Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang diperbuat daripada kulit kambing {berpura-pura zuhud dari dunia} untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala {mempunyai tujuan-tujuan jahat}". Allah S.W.T. berfirman kepada mereka "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku? Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku? Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim {cendiakawan} pun akan menjadi bingung {dengan sebab fitnah itu}".
~Hadis Riwayat Tarmizi~ 

Golongan yang dimaksudkan di dalam hadis ini ialah orang-orang yang menjadikan agama sebagai alat untuk mendapatkan keuntungan dunia. Mereka rela menggadaikan agama untuk meraih keuntungan dunia. Dan apabila bercanggah kepentingan dunia dengan hukum syarak, mereka berani mengubah hukum Allah dan memutarbelitkan kenyataan. Mereka juga pandai mengemukakan hujah-hujah yang menarik dan alasan-alasan yang memikat hati, tetapi sebenarnya hujah-hujah dan alasan tersebut hanya semata-mata timbul dari kelicikan mereka memutarbelitkan kenyataan. Mereka menipu orang lain dan juga menipu diri mereka sendiri.

Mereka akan dilanda kekusutan pemikiran yang sangat tajam sehingga orang alim yang banyak pengalaman pun akan kehabisan akal dan buah fikiran, Mereka menghadapi masalah-masalah yang meruncing dan akan menemui jalan buntu dalam permasalahan yang dihadapi. Kalau kita perhatikan dunia Islam hari ini, keadaannya tidak jauh daripada gambaran yang telah dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W. Ulama yang dimaksudkan dalam hadis adalah ulama su' yang menjual agama mereka dengan harta benda dunia, bukan ulama akhirat yang mewarisi tugas para Nabi dan yang meneruskan penyebaran dakwah dari masa ke semasa. Ulama jenis ini bercakap menggunakan ayat suci al-Quran semata-mata demi kepentingan sendiri, selain sanggup memutar belit ayat suci Allah S.W.T. bagi meraih keuntungan dunia.

sumber dari sini

Khamis, Disember 01, 2011

Spontaneous Thursday.. #26

Bukan aku ingin pergi..
Tidak juga aku melarikan diri..
sekadar tidak mahu api yang terpercik itu semakin marak..
sekadar mahu meredakan apa yang bergejolak..
semoga engkau mengerti bahawa diri ini tidak pernah melangkah pergi..

Spontaneous Thursday.. #25 - TANDA-TANDA CINTA YANG SEMAKIN PUDAR... !

Kita selalu terfikir..kenapa dia dah tak macam dulu??Kenapa dia dah tak kisah sekarang??Apa dah jadi??Dan kita mula menyalahkan diri sendiri..mungkin salah aku..aku selalu kecilkan hati dia..{naluri bersalah seorang perempuan!!}..

Well...hello darlingSS!!Bukan kerana kamu sudah tidak melayan dia seperti dulu..bukan juga kerana kamu selalu cari pasal dengan dia..tapi ini SOAL HATI..bila ia mula berubah..tidak pasti entah bila ia akan kembali..hati biar pun bukan rama-rama..yang terbangnya tiada arah..walau pun bukan burung yang serba serbinya bebas ke mana sahaja..tiada siapa yang mampu menduga..yang penting..kita percaya..JODOH ITU RAHSIA ALLAH..suami hanyalah pinjaman..darah daging kita yang kekal hingga ke akhirat..Insya Allah..kita  tidak mudah melatah dengan keadaan yang tidak terjangka ini.. =)

Cinta yang makin pudar..apa tandanya??Jom kita skodeng!

  • Malas angkat telefon - yang ini memang ketara!Telefon sebelah laptop pon dia boleh cakap tertinggal entah di mana..
  • Apa-apa hal asyik cakap malas..malas..MALAS!! 
  • Bila ajak keluar, si dia asyik sibuk sepanjang masa..lagi-lagi la tengah perhimpunan agong ni..lagi la dia semedang dok bagi alasan SIBUK!
  • Sudah pandai bergurau secara kasar dan menyakitkan hati..
  • Mula mengelakkan diri daripada berjumpa.
  • Dia sudah tidak kisah kalau tidak berjumpa pun..sebulan tak jumpa lagi bagus!
  • Bila sudah berjanji untuk bertemu, tapi lupa nak datang..alasan dia amat lazat untuk didengar..TERLUPA..TERTIDUR..serius makan dalam alasan kan?? =P
  • Apa yang kita buat dah tak betul di mana dia..
  • Dia nampak kelemahan kita lebih dari kebaikan..
  • Taip sms pun pendek-pendek sahaja..
  • Bila kita cakap "I love you.." dia balas "errrmmmmm.." jer.DUSHH!!DUSSHH!!
  • Bagi alasan "Awak ni terlalu baik untuk saya..saya tidak layak untuk awak.." kelakarkan??Masa dia mengurat kita dulu tak pula fikir!Pembaziran perasaan berlaku! =P
  • Bila ajak jumpa ibu bapa, macam-macam cara dia cuba mengelak..
  • Dah jumpa ibu bapa pun alasan banyak.Hendak cakap hal "kahwin.." dia terus tukar topik..
  • Dia dah tak kisah apa yang jadi pada kita..
  • Susah betul la dia nak senyum atau bergurau macam dulu-dulu..
  • Dengan orang lain dia boleh mengaku single..kalau yang kenal kita ni dia cakap dia tengah bermasalah dengan kita..tiada persefahaman katanya..{nannnnti ko!! =P }
  • Dulu-dulu masa nak keluar dating mesti nak pakai baju yang sama atau sedondon..sekarang dah tak nak..rimas katanya..poyo pula katanay sekarang..
  • Dulu sanggup tolak ajakan kawan-kawan semata-mata nak keluar dengan kita..tapi sekarang terbalik sudah!
  • Dulu boleh bergayut berjam-jam..bateri telefon habis siap cucuk pengecas - sambung lagi bercakap..sekarang ni..5MINIT PUN SUSAH!!Katanya..handphone cepat panas!
Jadi..bagaimana??Sudah ketemu jawapan pada pasangan anda yang seperti buang tebiat itu??Terima sahaja hakikat..hatinya sudah berubah..JOM CARI YANG BARUUUU!!Opss! =P

Spontaneous Thursday.. #24

Real men always have time for their woman..
No matter what..even he's busy..he'll find a way to make time for her..

Spontaneous Thursday.. #23

Rakyat mungkin kurang berpengetahuan..tetapi mereka tidak bodoh..
Rakyat juga mungkin diibaratkan mereka yang percaya apa yang berlaku di hadapan mata..tetapi lupakah mereka rakyat juga pandai menilai yang mana baik & buruk??
Kami tidak dungu untuk menilai yang itu.. =)

Spontaneous Thursday.. #22

Cinta SEBELUM NIKAH = adalah kemungkinan JANJI PALSU SERTA BERHELAH
Cinta SELEPAS NIKAH = adalah sudah pasti JANJI BERSATU KERANA ALLAH