Ahad, November 27, 2011

Awal Muharram / Maal Hijrah 1433HJ

Tahun baru Hijrah datang lagi..Hari ini hari pertama tahun 1433 Hijrah..hari yang istimewa bagi sebahagian besar umat Islam..dan mungkin juga hari yang biasa-biasa sahaja pada mereka yang lain..Hari ini..hampir semua siaran televisyen menyiarkan tentang erti penghijrahan..tentang erti permulaan hidup yang baru..akan tetapi..sejauh mana semua ini mampu mempengaruhi kita??

Semuanya terpulang pada diri kita..tepuk dada tanya iman..ada yang beranggapan "Nanti dah pencen baru la nak hijrah ke..apa ke..sekarang ni enjoy selagi boleh!!" dan tidak kurang juga yang berfikir "Sampai bila nak macam ni??" ataupun "Aku memang macam ni..tak boleh nak ubah dah!"

Apa-apa pun..semoga tahun baru ini akan membawa lebih kebahagiaan..lebih kasih sayang..lebih rezeki untuk kita semua..penghijrahan yang paling penting adalah penghijrahan hati..bukan destinasi..penghijrahan jiwa..bukan harta..sentiasa bersangka baik..positif..dan adil dalam sesuatu perkara.. =)

Terlintas Di Fikiran.. #2


"Mummy..kalau Mummy nak Kir bawak Dhia datang sini sebab Mummy nak buat dia macam orang gaji, lebih baik Kir hantar dia balik!" ujar Zikir pada ibunya dengan perasaan marah.
"Nenek yang mahu Dhia masak!" tiba-tiba nenek Zikir muncul dari tingkat atas.

Pheww~~ bayangkan kita berada dalam situasi Dhia..apa kah yang kita rasa kan??Yang memang pandai bawak diri..pandai masak..mungkin relax-relax jer dan cakap.. "Ok..tapi tunjukkan saya dimana garam dan gula yeh??" Tapi..bagi yang sudip dengan senduk pun tak kenal..macamana pulak??Mesti seram kan??

Cik Mendezz sendiri..yang serba sederhana sahaja di dapur..kalau-kalau diuji begini oleh bakal mertua..mungkin risau jugak..lauk yang kita selalu masak pon takut jadi lauk yang tak pernah kita masak!Sape nak jawab tu??Kehkehkeh!

Apa-apa pun..masakan isteri itu salah satu pengikat kasih sayang. jangan abaikan..hari-hari dok bantai makan kat luar..sampai si suami boleh ada second thoughts "Macam ni lebih baik tak kahwin!" Yes..ada masa-masanya kita penat..tapi kalo hari-hari penat dan beralasan..tambahan tidak pula mahu mencuba..yang tak tahu masak tidak mahu belajar memasak..yang dah pandai masak pulak asyik tidak sempat aje katanya..Esok-esok..jangan salahkan suami jika dia mula nak merasa masakan orang lain!{chewahh...Cik Mendezz cakap macam dah pernah jadi isteri pulak kan??} =P

Oleh itu..kepada bakal-bakal mertua..memang Cik Mendezz bersetuju lah kalau calon-calon menantu diuji begini..tidak ada salahnya..seorang ibu senantiasa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Tapi bakal mertua pulak jangan lah mengharapkan semuanya sempurna macam masakan Chef Wan jek!Kalau itu macam Cik mendezz pon hempas periuk membaling sudip kat dapur!OPSSS..kehkehkeh! =P

P/S : Sangat tidak sabar menunggu sambungan Tentang Dhia pada hari Isnin ini!

Khamis, November 24, 2011

Spontaneous Thursday.. #21 - Terlintas di fikiran!

 Terlintas di fikiran | Terlintas di fikiran #2


Teringat dialog dlm Tentang Dhia smlm..
"Alah Mak..Azmi tu Dhia kenal lebih 5 tahun..xjadi kahwin jugak..
Jadi apa bezanya Mak..kenal sehari dgn 100 tahun??"
Cik Mendezz setuju dengan dialog Dhia ni. Kadang-kadang terfikir..bagus juga kalau masyarakat masa kini masih berfikiran begini bila berfikir tentang jodoh dan pertemuan. Tapi ternyata pemikiran kita sudah tidak seperti dulu. 

Orang dulu : dijodohkan/diketemukan ibu bapa ---> nikah ---> kenal lepas berkahwin = jarang kes penceraian terjadi..
Orang sekarang : Cari sendiri/mak ayah tidak berani nak carikan ---> berkenalan pakej siap gaduh + perang + berbaik +  manja + test drive + segala bagai ---> kecewa banyak kali ---> tak tahu kahwin atau tidak = malas/jemu/tidak percaya tentang perkahwinan..

Jika ada perempuan atau lelaki yang berfikir seperti Zikir ataupun Dhia..mereka akan dikategorikan..
  • sangat terdesak!
  • kg.com {kampung!!}
  • "Korang ni xnk kenal2 dulu ke??kot dia penyamun ke..apa ke??Cuba bawak bersabar sikit!"
  • "Jangan-jangan sudah mengandung tak??"
Dan macam-macam lagi respon negatif yang mereka akan terima..sedangkan ibu bapa hanya akan melafazkan "Alhamdulillah!" sambil tersenyum lega.. =)

Pengalaman Cik Mendezz sendiri..lama-lama kenal..memang jadi bergaduh dikemudian hari..Sebab memang Cik Mendezz ni jenis tak suka berkawan lama-lama. Bila dah lama-lama berkawan tanpa ada penghujung ni ikatan akan jadi beku dan bosan..sebab apa??Hubungan yang tiada perancangan akan membuatkan pasangan kita berasa buang masa..terlalu banyak alasan..dan mula mencari jaminan yang lebih baik..

Oleh itu..buat mereka yg dah kawan lama-lama..tapi akhirnya tidak menjadi/pasangan anda berkahwin dengan orang lain..jangan salahkan pasangan anda!Jangan tuduh dia curang atau mempermain-mainkan perasaan anda!Salahkan diri sendiri yang suka memberi harapan tetapi tidak tahu entah bila dapat menunaikannya..suka berjanji namun janji itu sekadar janji..setiap manusia ada perancangan hidup masing-masing..jika anda rasa si dia tidak termasuk dalam perancangan anda..jangan lah memberi harapan..jangan buang masa si dia..kelak di penghujung masing-masing akan saling menyalahkan..{pesanan ini secara amnya adalah untuk para lelaki kerana bukan perempuan yang salam tok kadi yeh!}And why I'm saying all these??Only because of one sweet reason..I'D BEEN THERE..so many time..and trust me..it's such a waste!Dan sekarang mentaliti Cik Mendezz kembali seperti dahulu..setia Cik Mendezz & kasih sayang Cik Mendezz hanyalah milik SUAMI.Bukan untuk mereka-mereka yang suka melengah-lengahkan penantian yang tiada berkesudahan.

P/S : Kalaulah hidup ini sebuah drama..mesti Cik Mendezz akan pilih skrip yang terbaik untuk kehidupan Cik Mendezz! =)


Spontaneous Thursday.. #20 - Doa Pembuka 12 Pintu

Ya Allah..

Engkau bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan..
pintu-pintu keselamatan..
pintu-pintu kesihatan..
pintu-pintu nikmat..
pintu-pintu keberkatan..
pintu-pintu kekuatan..
pintu-pintu cinta sejati..
pintu-pintu kasih sayang..
pintu-pintu rezeki..
pintu-pintu ilmu..
pintu-pintu keampunan..
dan pintu-pintu syurga..

Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Amiiinn~~

Rabu, November 23, 2011

Wordless Wednesday..#18

My next entry of Wordless Wednesday..
dan ianya masih terpulang pada yang menilai.. =)



Wordless Wednesday..#17

It's Wordless Wednesday again everyone..sorry..hari ini urusan harian sangat tidak mengizinkan..baru ada masa ni..jom kita tengok entry untuk minggu ni! =D


Selasa, November 22, 2011

TAHNIAH HARIMAU MUDA!!!

Holla readers..rasa-rasanya Cik Mendezz sudah mula meminati pasukan HARIMAU MUDA..punyalah teruja sangat dengan perlawanan malam tadi..asik tersasul panggil HARIMAU MALAYA!Hehe..terasa kamu sangat gah kini.. =)

Entah macamana boleh terlayan dan mengikuti perlawanan mereka semasa SEA GAMES ni tak tahu lah..tapi..memang sangat teruja dengan kemenangan HARIMAU MUDA malam tadi..biar pon Bonai berkali-kali mandrem gawang gol Indonesia..walaupon berkali-kali HARIMAU MUDA dikasari..mereka positif..secara tidak lansung telah menunjukkan pasukan tuan rumah (GARUDA) sudah begitu terdesak untuk memenangi pingat emas yang telah HARIMAU MUDA menangi sewaktu di Laos dulu.

Buat pasukan HARIMAU MUDA kita.. 

TAHNIAH!! TAHNIAH!! TAHNIAH!! 

Pelbagai rencam rasa yang berbaur sepanjang perlawanan berlangsung malam tadi..tertekan..teruja..geram..amarah..namun..semuanya berakhir dengan kegembiraan..KITA MENANG!!!

Tidak ketinggalan juga..muncul pelbagai gambar-gambar lucu malam tadi..Cik Mendezz sekadar mampu tergelak sendiri..Yelah..tengah seorang diri di rumah..pelik pulak la jiran-jiran nanti kalo terdengar suara manja Cik Mendezz ni gelak kuat-kuat! =P

Jommm!Biarpon hari ini belom Rabu..nak juga kongsi gambar-gambar ni.. 


Ini Cik Mendezz paling suka!

Gila berlagak kan?? =P


YES!! 


Uhhh~~ memang makan dalam! =P


Siap ada yang berangan PM kita isytihar cuti!AMBOII!!




Pix yang ni kurang setuju..sebab apa??Garuda la sepatutnya jd ANGRY BIRD! =P
Kan bagus kalau mentaliti kebanyakan Indonesians begini.Kurang emosi.. =)


Tapi..apa-apa pon~~ =)

Betullah kata jurulatih HARIMAU MUDA iaitu Mr ONG KIM SWEE..

"KEJAYAAN INI CUKUP MANIS SEBAB KITA KEKALKAN PINGAT EMAS SEKALIGUS MEMBUKTIKAN KEMENANGAN SUKAN SEA DI LAOS 2 TAHUN LEPAS BUKAN KERANA NASIB!" 

benar..ia bukan kebetulan kerana sekali lagi kita memenangi emas di Palembang, Indonesia malam tadi..

Dear HARIMAU MUDA..semoga anda terus mengaum dengan megah membawa nama MALAYSIA!Cik Mendezz secara peribadi..mengakui..akan terus mengikuti perkembangan anda selepas ini..
AUUUMMMMMMMMMMMMMM!!
Sebelum ucap selamat tinggal..terjumpa pulak la gambar ni..makkk!!Memang tak ley blah!Hahahahaahaha!! 

Jampi la kamu sampai sawan pon!MALAYSIA DAH MENANG!!



Khamis, November 17, 2011

Spontaneous Thursday.. #19


Sometimes..it's better left unsaid..
because everything wont feel the same after what shouldn't been told had reveal..
Unless..you are a RISK TAKER!!
I'm!! =)

Rabu, November 16, 2011

Wordless Wednesday..#16

Holla my dearest readers..here we meet again..mesti ada yang makan hati dengan entry Cik Mendezz yg sebelum ni kan??Minta maaf..bukan niat Cik Mendezz nak sakitkan hati sesiapa..cuma geram dengan sikap sesetengah blogger yang menyinggah bukan sebab nak baca apa yang kita kongsi..tapi sebab nak kita jadi FOLLOWER dia semata-mata..duhhh~~ Plzzlah!Malassss nk layan tau..kalo layan pon lambat sket..sebab sekarang ni Cik Mendezz sibuk dengan urusan harian..sempat blogwalking jek..tu pon as a silent reader..hehe!

Ok la..xmo cakap banyak-banyak..my Wordless Wednesday for this wex everyone!!



Jumaat, November 11, 2011

My dearest..Yang tersayang..

Dear my blog readers..visitors..followers..silent readers..and blog walkers..also haters..

Thank you for reading my blogs..your time spending here are highly appreciated. I'm humbly inform that I wont follow your blog upon your request. This is because I'll ONLY be your follower when your blogs's entry are suit my reading and of course because I want to be your follower! =)

So..for those who are following my blogs because you love what you read here..

~ THANK YOU..THANK YOU..THANK YOU!! ~

But those who are following me with OBVIOUS intention just because you want me to follow you back..

~ HOLD UP!!BECAUSE I WONT SIMPLY FOLLOW!!I'M FOLLOWING YOUR BLOG BECAUSE I LOVE WHAT I READ AND I'M EXPECTING ANOTHER INTERESTING READING IN THE NEXT ENTRY..~

Your understanding are kindly appreciated..Thank you!

Follow with passions & love what I read..
~ Mendezz ~ 


--------------------------------------------------------

Ke hadapan para pembaca blog saya..para pelawat..para pengikut..pembaca sorok-sorok..para blog-walker..dan haters saya sekalian..

Terima kasih kerana sudi membaca tulisan saya..masa yang telah anda semua luangkan disini amat saya hargai. Saya dengan rendah diri ingin memberitahu bawa saya tidak akan mengikuti blog anda di atas permintaan anda. Ini adalah kerana saya HANYA mengikuti blog anda kerana ia menepati apa yang saya mahu baca dan sudah tentu kerana saya mahu mengikuti blog anda! =)

Oleh itu..kepada mereka yang mengikuti blog saya kerana anda suka apa yang anda baca..

~ TERIMA KASIH..TERIMA KASIH..TERIMA KASIH!! ~ 

Akan tetapi..pada mereka yang mengikuti blog saya dengan NIAT YANG JELAS anda mahu saya mengikuti kamu semua..

~ SABAR!SAYA BUKAN ORANG YANG MENGIKUTI BLOG ORANG SECARA MEMBUTA TULI. SAYA MENGIKUTI KAMU KERANA SAYA SUKA APA YANG SAYA BACA..DAN SAYA TERNANTI-NANTI ENTRY BARU KAMU YANG SELEPAS ITU! ~

Kefahaman anda tentang niat saya menulis entry ini sangat saya hargai..Terima kasih!

Follow with passions & love what I read..
~ Mendezz ~ 

11/11/11



Wow..ramai betul yang update pasal tarikh 11/11/11 ni..tapi..apa yang penting dan menarik tentang tarikh ini??Cik Mendezz sendiri ternanti-nanti..apakah keajaiban yang bakal Cik Mendezz lalui hinggalah detik 12tghmlm esok..apa pon..yang penting..what's my miracle today??

~ Owhhh yess!!I'M STILL BREATHING & ALIVE!! ~

Alhamdulillah..so..what's yours??

P/S : Cik Mendezz laaaagi suke tarikh 20.11.2011! =)

Khamis, November 10, 2011

Spontaneous Thursday.. #18



11/11/11 is just around d corner..
wut's 4 tomorrow??
Me??Nuting yet..unless..miracle happens! 
=)

Spontaneous Thursday.. #17


S[he's] br[ok]en be[cause] s[he] be[lie]ve[d] !!

Spontaneous Thursday.. #16

Mengapa perlu terus bersedih andai kita tahu ada yg LEBIH MENYAYANGI??
Mengapa perlu terus bersedih andai kita tahu ada yg LEBIH MEMAHAMI??
Mengapa perlu terus bersedih andai kita tahu ada yg LEBIH MENCINTAI??
Mengapa perlu terus bersedih andai kita tahu ada yg BOLEH MEMBERIKAN kita segalanya..
Mengapa perlu bersedih andai kita tahu bahawa DIA lah segalanya buat kita??


Moral : Janganlah bersedih andai TIADA insan untukmu..belum masanya kamu menerima semua ini..
Jagalah cinta kepadaNya..InsyaAllah akan ada CINTA yg lain bersamaNya..YG LEBIH BAIK UNTUKMU..


~ Luvv is all around us!! ~

Rabu, November 09, 2011

Wordless Wednesday..#15

My another Wordless Wednesday..
enjoy!! =)



Wordless Wednesday..#14

Ehhhhh~~ lupa plax arini hari Rabu!Maklumlahhh..mula keje hari Selasa..
Ok..it's a wordless Weds again ev1!!
dimana pada hari ini semua bloger post the pic without d description seperti yg dinyatakan di sini..
terpulang pd yg menilainya..enjoy! =D




Ahad, November 06, 2011

Selamat Menyambut Aidiladha!!

Hari Raya Aidiladha atau lebih dikenali sebagai Hari Raya Korban muncul lagi. Tahun lepas Cik Mendezz sambut kt kaunter bayaran..sebab masih bekerja sambilan sebagai cashier di sebuah hypermarket. Tahun ni kembali berkesempatan untuk pulang beraya bersama keluarga tersayang..hehe..happy giler!! =P

Banyak perubahan yg Cik Mendezz lalui sepanjang setahun dua kebelakangan ni..kalau sebelum ni bila nak keluar rumah mesti pastikan diri HOTSSSS VERSI HOLLYWOOD..


Tapi kini..sebelum keluar rumah mesti pastikan diri HOTSSS VERSI WANITA ISLAM..



Pengorbanan buat setiap muslimat itu mungkin berbeza-beza definisinya..Ini pengorbanan Cik Mendezz : berusaha merubah diri ke arah yang lebih baik..hari demi hari..biarpun dugaan2 fashion HOTTT DIVA semakin byk sale disana sini!Cik Mendezz rasa ini lah perkara yang sangat-sangat sukar untuk Cik Mendezz lakukan..memandangkan Cik Mendezz ni sangat-sangat suka berfesyen!!Duhhhh~~ Tapi Alhamdulillah..kekuatan itu semakin bertambah hari demi hari.. =)

Doakan semua ini berkekalan eh??Salam Aidiladha buat semua!!Lot's of LOVE!! =))


Khamis, November 03, 2011

Spontaneous Thursday.. #15

Bila awek call..kene angkat!
Sebabnye....

1 misscall : RINDU
2 misscall : SAYANG
3 misscall : BIMBANG
4 misscall : SYAK WASANGKA
5 misscall : MANA SAJEEEEE LAH KO NI ERK??
6 misscall : KO DENGAN PEREMPUAN/LAKI MANEEE BODOH???

=P

Rabu, November 02, 2011

Wordless Wednesday..#13

Bibir tidak perlu bersuara apabila hati berkata-kata..
And this is my another pix 4 thix wex..



Wordless Wednesday..#12

Ok..it's a wordless Weds again ev1!!
dimana pada hari ini semua bloger post the pic without d description seperti yg dinyatakan di sini..
terpulang pd yg menilainya..enjoy! =D